Monday, July 14, 2014

Kisah AKU n Summary - My Degree's Life

Assalamualaikum,

Sementara ada beberapa jam lagi before Final World Cup 2014 nak start ni, sempatlah rasanya kalau aku nak update special entry ni..:-) As being mentioned before dalam previous entry, aku telah pun menamatkan pengajian kat UiTM ni, and aku rasa worthwile jugak kalau aku dedikasikan satu entri yang cover the whole summary of my degree life since 2011, tahun aku start belajar sampailah 2014 ni.
September 2011 - January 2012, merupakan semester pertama aku kat sini. Great kickstart dengan kawan-kawan mostly came from Asasi which sangat menyenangkan hati aku. Subjek yang paling aku minat was the Quality Management System for Public Sector. Dalam semester ni sukan yang aku main badminton je. Untuk semester pertama aku kat sini, examination result boleh dikatakan okay jugaklah dengan GPA 3.40
March 2012 - July 2012 , semester ni dianggap sebagai antara semester yang paling aku sayang sepanjang aku bergelar pelajar degree. Hubungan yang baik dengan kawan-kawan, lecturer. Semester ni jugak merupakan permulaan untuk perjalanan hidup aku didalam SMF dengan menyertai TUNAS. The Principle of Management was my favourite subject dalam semester ni dan still, badminton merupakan riadah biasa kami. Exam result ada sikit penurunan dengan catatan GPA 3.30.
September 2012 - January 2013 - mula berkhidmat bersama SMF FSPPP sebagai EXCO NR, semester ni merupakan yang paling pahit aku rasa, mungkin agak exhausted dan juga pincang sikit dalam time management yang menyebabkan ada decline for GPA aku which numbered 3.10. Dalam semester ni jugak aku mengenali sukan Boling Padang bila terpaksa jadi Pengurus time SAF 2012 dimana aku jadi bidan terjun jugak.. Subjek favourite of course lah International Relations..hii
March 2013 - July 2013, semester 4 ni aku dah pun terbiasa dengan kerja-kerja SMF dimana meeting, program etc menjadi common things. Mungkin sebab semester tiga dah bagi lesson learned yang banyak kan, so time management kali ni agak organized. Sukan still stick with boling padang, tapi still ada main jugak badminton but tak sekerap dulu. Subjek kegemaran ialah Policy Analysis, asalnya ASEAN, tapi result subjek ni cam cibai - terus aku letak paling bawah, lol..haha. Exam result untuk semester ni meningkat balik, iaitu dalam nilai sebanyak GPA 3.20. 
September 2013 - Januari 2014, semester terakhir berkhidmat untuk SMF, but still ada beberapa program wajib yang kena organized. Bagi aku, semester ni yang paling menyakitkan dengan subjek-subjek seperti Project Management, dan juga Research Proposal. However, masa dengan kawan-kawan digunakan sebaiknya seperti Konvoi Shah Alam - Morib, Piknik di Sg. Congkak dan Air Terjun Gabai. Untuk aktiviti sukan, aku join SAF 2013 for Team Boling Padang FSPPP. Subjek the best ialah Public Finance walaupun tak A, sebab this semester, result jatuh balik drastically to 3.05.
March 2014 - July 2014 - Tudiaa, final semester ..huu, antara semester yang asalnya paling leisure sebab banyak kerja dah cuba cover time praktikal, but pertengahan agak huru-hara sikit sebab dilantik menjadi EXCO Publisiti/Informasi for Persatuan Pelajar-Pelajar Ehwal Asia Tenggara UiTM, dengan dua program besar, dan pada masa yang sama follow up for research dan praktikal report - things start to crumbled but at the end, dapat jugak keep the pace. Aktiviti sukan untuk semester terakhir ni pun ditutup dengan kejayaan merampas Emas untuk Team Lawn Bowls NR untuk SUKOL 2014. Subjek yang aku minat untuk semester ni ialah Strategic Management tapi tak tau lah macam mana resultnya nanti..harap-harap sangat dapat excel, Amin

Jadi, begitulah pengakhiran bagi sebuah perjalanan yang menyumbangkan memori pahit dan manis aku demi menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Segala syukur aku panjatkan ke hadrat ilahi, sekalung penghargaan kepada ibubapa, keluarga dan rakan-rakan kerana sentiasa berada disisi sepanjang perjalanan ini. Tak lupa juga kepada pengurusan UiTM dan FSPPP kerana sanggup menerima aku sebagai mahasiswa disini, takkan aku lupakan "hadiah" ini kerana UiTM dan FSPPP Sentiasa Dihatiku!

No comments:

Post a Comment