Monday, July 20, 2026

Kisah AKU n Fariq's 7th Birthday

Assalamualaikum,

Okay lah, petang ni nak update cerita pasal anak lelaki aku si Fariq tu yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ketujuh tanggal 14 Julai hari tu.
Kita start dengan cerita minggu lepas. Sabtu Lepas ada sesi perjumpaan parents-teacher di SRA Wahdah. Both Fariq dan Iman belajar kat sini. 
Pakai uniform Art Class, terus pergi kelas lepas tu.
Malam tu pergi rumah ayah. Ada makan-makan sikit, plus Along nak bagi hadiah baju Hang Tuah. Member dah minat sangat. Huhu
Adik Iman pun dapat jugak.. Huhu
Malam 14 Julai, hari Rabu tu kami berempat keluar for a small celebration at McDonald . Buat kecil-kecilan je since next week nak keluar lagi for staycation.
Fariq with his new football boot. Dia biasa main bola dengan kawan-kawan kat Padang Mawarsari. Syok la boleh tunjuk dengan member.. tunjuk skill sekali Fariq. Jangan menang gaya je. Haha
Budak ni? Apa-apa je lah, yang penting aku dapat sundae.:-p
Selfie keluarga before we conclude our quick celebration.
Pagi Jumaat, ada sesi PDBD di SK Bandar Sungai Buaya. So aku dan wife ambil cuti hari tu. Iman pun cuti jugak.
Alhamdulillah, Fariq is doing well kat sekolah. Cuma kena kurangkan malu dan jadi berani sikit. Believe it or not, ni dulu kelas aku waktu darjah empat, some twenty-four years ago. Sekarang ni anak aku pulak belajar dalam kelas ni...:-)
Settle dalam jam 11 pagi, then singgah kedai berdekatan beli stok before memulakan perjalanan ke Melaka.  
Malam Sabtu pun ada small celebration until both Fariq dan Maryam yang lahir dalam bulan Julai
Ada beli pizza sikit bagi menambah kek yang dibuat oleh Hafsah.
Pagi tadi aku tengok game terakhir WC26 untuk penentuan tempat ketiga. Tengok sorang je. Since Amien dan Zed support Argentina. A very entertaining game yang berakhir dengan kemenangan 6-4 England keatas musuh tradisi, France. Kenapa last game pulak, bukan ada final lagi ke? Senang cerita dua team aku tak berkenan. Spain memang aku tak layan. Argentina cheater tu memang confirm lah aku tak sokong. Haha
Tengok apa tu? 
Sorry lah gambar pecah, sebab zoom dari jauh. Bangga lah tengok team England ni dapat bronze medal. Lagi-lagi ada few familiar face. Sudah tentunya our Big Dan Burn, plus ada ex-Toon; Anthony Gordon dan Elliot Anderson. Sayang betul Livramento injured, kalau tak dapat medal WC dah..:-)

Okay settle entri malam ni. Jom lah tidur, kita bukan nak tengok game final pun. Huhu

P/S: Newcastle menang 3-0 versus Darlington untuk match pertama pre-season, hasil jaringan Osula, Neave dan Willock.

Thursday, July 9, 2026

Kisah AKU n WC2026 - Wk4

Assalamualaikum,

So, round quarter final akan berlangsung sekejap lagi dengan opening match diantara France menentang Morocco. Aku tak support either of them pun. Tapi dalam entri ni you all akan tahu lah team mana yang aku support still hidup dan berjuang lagi 
Akhirnya, our Big Dan Burn dapat jugak main dalam WC tahun ni. He is instrumental in the final 30 minutes ketika perlawanan menentang Mexico di Estadio Aztecs minggu lepas. 
So, logik yang sama. Dimana ada player Newcastle, team tu lah yang aku support , plus Portugal due to our Goat's aura. Ceritanya, Brazil dah out. Portugal pun dah out. Cuma tinggal satu je team pilihan yang ada sekarang. England.

Even though dalam game Argentina Vs Egypt baru-baru ni kita dah dapat bayangan team mana yang akan menang WC tahun ni, but it's okay..as for now let's enjoy the moment. If England tersungkur menentang Norway, Ahad ni. Consider tu final game lah yang aku tengok . Huu
So, for the remaining of WC ni. Aku akan support the Three Lions. Come on you Lions!
Dalam FC26 pun aku pakai England sekarang. Haha. Noticed that's a lot of familiar face Dalam skuad England. Ex player, Gordon dan Anderson, berserta current player, Livramento and Burn. Of course in real setup, Biasanya dua orang ni main subs since Tuchel lagi prefer Konsa/Guehi untuk position Burn, while guna Recce James for Livramento. Ada sorang lagi player Newcastle supposed to be here, Lewis Hall main LB tapi tak terpilih. Tapi O'Reilly pun not bad jugak kat situ.
Prediction final WC. England Vs Spain. Menang 2-0!. Gol dijaringkan oleh ex-player Newcastle, Gordon dan juga tandukan deras Dan Burn. Huu
Champion!!

P/S: Macam sial je fans Messi kat socmed. Wei, kalau Argentina memang pun korang tengok sendiri lah laluan diorang camna. Grouping dengan Jordan, Algeria, Austria. RO32 dengan Cape Verde, RO16 dengan Egypt. Quarter final dengan Switzerland. If diorang menang lawan Swiss, then jumpa either England / Norway dekat semi. 

Disclaimer: Credit to owner for photos except for my FC26 photos.

Thursday, July 2, 2026

Kisah AKU n WC2026 - Wk3

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, nak update sikit cerita berkenaan Piala Dunia 2026 yang tengah hangat berlangsung sekarang. So, my favourite - Germany dah tersingkir. Kalah penalti dua hari lepas lawan Paraguay. Tapi entri ni bukan nak discuss pasal performance Germany. Tapi nak sembang sikit pasal team negara yang ada player-player Newcastle. Jom kita tengok sikit performance diorang sepanjang kejohanan ni berlangsung yang dah memasuki minggu ketiga.
1) Germany: Ada dua player Newcastle - Nick Woltemade dan Malick Thiaw. Out of 4 games yang Germany main, each of them buat two appearances as substitution. Yang kebetulannya, diorang ni main time game yang Germany kalah. Lawan Ecuador, and latest one - Paraguay. Yang lagi tak cantiknya - Woltemade merupakan salah seorang penalty-taker Jerman yang tak masuk hari tu. Haha
2) Brazil: Ada sorang player, iaitu our skipper Bruno Guimaraes. Out of 4 games, Bruno main semua game dan as of now, dah mencetak 4 assist! Unlike Germany, Brazil masih lagi dalam tournament.
3) Sweden: Ada sorang player, Anthony Elanga. Out of 4 games, Elanga pun main semua game dimana beliau scored 2 goals. Not bad. Cuma semalam diorang ditunjukkan jalan keluar di RO32 oleh France.
4) England: Initially ada tiga player - Anthony Gordon, Tino Livramento dan Dan Burn. Cuma Livramento injured and dihantar pulang ke England. While Gordon as you all know, just completed his transfer to Barcelona. So considered not our player anymore. Out of 4 games malangnya, Burn tak main langsung setakat ni. Maybe competition agak kuat since England still ada Konsa dan Guehi yang aku rasa tengah on-form. Sabar ye Burn, if masuk final nanti. Hang masuk and scored header macam time kita menang EFL Cup tahun lepas. Huhu
5) Last but not least, Congo: Ada sorang player, Yoanne Wissa. Out of 4 games, dia main semua dan berjaya scored 3 goals which is impressive. Malangnya Congo tersingkir di RO32, beaten by England.

So, technically tinggal tiga team je yang aku akan still tengok untuk the rest of WC26. Brazil dan England. Eh apa satu lagi? Sudah semestinya Portugal, kat sana ada GOAT. Kita support maa~

P/S: All photos credit to Newcastle United Official FB.

Kisah AKU n Goodbye Miss Dell

Assalamualaikum,

Siapa Miss Dell tu? Haha. Ni nickname laptop aku dekat TNG. Yup as the title suggested, laptop ni aku kena serahkan balik ke IT Department as a part of Technology Refreshment initiative, iaitu mana-mana staf yang dah pakai laptop lebih lima tahun, layak untuk dapat replacement dan aku merupakan salah seorang ystaf bertuah. Huhu

Ini lah dia Miss Dell pada hari terakhir dia berkhidmat dengan aku sepanjang enam tahun setengah di TNG. Laptop ni pun bila aku serahkan kat IT hari tu, memang agak uzur condition dia. Dengan keypad "CTRL" dah takde. Getah dah tercabut dan yang paling teruk sekali - bateri. Time charge penuh, tapi bila bukak tahan sejam je. Haha. Kad tu pun kena return jugak, digantikan dengan the latest NFC Business Card. 
20 Mac 2020 merupakan hari pertama aku dapat laptop ni, sebab aku joined TNG betul-betul time Covid. Seingat aku, HR kurier laptop ni from Bangsar sampai ke Rawang. Nak sangat suruh aku kerja time tu. Haha

Habis tu sekarang pakai laptop apa?
Haa, tengok ni HP Probook. Baru semangat nak kerja. Hihi

Akhir kata, thank you Miss Dell for serving me faithfully. From era Expressway, sampailah terhumban ke Parking unit ni. Thanks for three consecutive years of 3.5 KPI. Jasamu dikenang. Semoga kita berjumpa di lain hari. Sobs.

P/S: Pagi tadi dapat automated email. Ada remarks from IT untuk next action "Recommended for disposal"

Kisah AKU n Salam Maal Hijrah 1448H

Assalamualaikum,

Sementara tengok England versus Congo ni, elok jugak update entri untuk cerita minggu lepas. Seperti yang you all tahu, Rabu lepas merupakan cuti Maal Hijrah.

Seperti biasa Masjid ar-Rahmah kat sini memang ada organize event. Dan untuk tahun ni, penceramah jemputan yang diundang ialah tak lain tak bukan - the DUKE himself. Siapa tu? Sudah semestinya Dato Ustaz Kazim Elias yang membawa topik: Hijrah Hati, Hijrah Kehidupan

Aku dengar kat luar je. Ini gambar sebelum ramai. Asalnya memang duduk dalam Dewan Solat dengan Fariq, tapi tah mahkluk mana tiba-tiba dia boleh solat sunat betul-betul belakang Fariq (lebih kurang nak squeeze macam tu), sedangkan budak tu elok je duduk situ. Kuang ajo punya orang tua. Sebab tua je, tu yang aku malas nak amik port. Then terus keluar. 

Memang ramai hari tu. Cuba korang tengok yang beratur nak makan. Punya lah panjang, aku takde kisah sangat bab-bab makan ni. Datang nak ambil ilmu. Hihi. Tapi diorang kata Kari Kambing hari tu..:-p
Ayah dan beberapa jiran Taman Mawarsari pun ada hadir jugak.
Sudahnya, lepak sini pekena Teh Tarik, while budak dua orang ni aku beli air vending machine..:-)
Ni pulak cerita Sabtu lepas. Eh sejak bila kelas swimming hari Sabtu, bukan Ahad ke? Wife tukar jadual minggu lepas, gara-gara nak tengok Portugal main pagi Ahad tu. Haha
Habis kelas jam 11AM. Wife pun shift kelas Seni diorang ni jugak pukul 2PM. So ada masa lagi, korang berkubanglah dalam pool ni dulu
Aik, tak habis main lagi? 
Dalam jam 12 tu baru kami bergerak menuju ke Anggun City. Since ada dua jam lagi, kita lunch dulu di Raintown Kopitiam. Biasanya setiap Ahad, aku dan cik isteri lepak kat Bungkus Kaw sementara tunggu the kids ni habis kelas, laa ni lain sikit.
Masuk AEON jap, nak cari sweater untuk Iman. Maklumlah, dalam kelas tu sejuk jugak. Yang ada sekarang dah kecik. Datang sini nak beli jaket, tapi keluar dengan toys. Haha
Lepas hantar diorang jam 2 petang, kami pun lepak lah dekat ZUS nak menunggu sampai pukul 4. Wife ada kelas online, aku pulak cam biasalah - check emel yang ada.

So, itu sahaja cerita pagi ni. Dah lah, nak tengok Congo jap. Eh pulak? Yoanne Wissa main jadi striker kat sana. Dah si Tuchel ni tak pernah guna pun Dan Burn. Nak merajuk lah. Haha

P/S: Germany out, Sweden out. Congo out. England ke RO16. Brazil pun sama RO16. Ni senarai negara yang ada player Newcastle. Later aku buat entri nak assess contribution diorang for their respective country.

Thursday, June 18, 2026

Kisah AKU n Hari Sukan SKBSB 2026

Assalamualaikum,

Sementara tengok Portugal lawan DR Congo ni (of courselah nak support GOAT CR7, at the same time nak tengok Wissa jugak, representing Congo), aku nak update cerita Sabtu lepas. As title suggested, it's the Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.
Event berlangsung di Padang SMK Bandar Sungai Buaya. Nostalgia kan? Dua-dua ni sekolah aku dulu tau. Some twenty years ago, and aku cakap kat Fariq - padang ni lah aku menang silver acara lari time sekolah rendah 2003, dan juga another silver main Pestabola Merdeka 2009.
Pagi tu ada upacara pembukaan. 
Fariq is a part of rumah sukan Hulubalang - ni haa, yang kaler hijau. 
Pembawa bendera kejohanan.
Sesi ikrar kejohanan oleh wakil murid, diiringi flag-bearer rumah sukan.
Ada lima rumah sukan sekarang. Zaman aku dulu ada empat je. Maklumlah sekarang ni dah ramai students.
Bawak cik adik ni breakfast dulu sebelum game start.
Wife dapat port premium bawah pokok. Pandai cari port akak ni. Haha
Si Fariq ni aku suruh tengok abang-abang berlari, dia boleh main hiking pulak kat slope ni. Si Iman tu pun nak join sekaki. Haha
Ahh memory...teringat waktu darjah 5 (2003) dulu, aku compete untuk acara 4X100. Dapat silver bhai. Actually, aku lagi banyak main sukan kat sekolah rendah (sprint, wakil team bola sepak) compared to menengah - lagi banyak fokus persatuan - kelab Catur, persatuan Sejarah dan PRS.
Ada jugak beberapa stall jualan - corndog, aneka mi, candy/ice-cream etc.
Beli lah aiskrim kat budak ni. Tengahkan panas lit-lit ni..:-p
Haa, ada pun bro ni.
Sempat merayau kat sini. Terkenang memori lama zaman SMK dulu - 2005 to 2009.
Fariq ambilkan gambar ni. Asalnya gelap angle tak betul, terpaksa lah terangkan. Baru nampak sikit makhluk seluar putih tu. Haha
Ada acara untuk parents jugak, yang bapa main tarik tali. Yang ibu aku tak ingat game apa diorang main dan seperti biasa - aku tengok je dari jauh. Huhu. Sebab game tarik tali, kalau buat acara lari , or bola ke - boleh lah join..:-p
Dalam jam 1 petang, kami pun bergerak meninggalkan sekolah. Dah dua minggu berturut-turut burn kulit aku ni. Dua minggu lepas berkubang kat Riverine Splash, last week hari sukan pulak. Legam jadinya, belum kira kulit kering lagi.

P/S: Setakat ni ada few player Newcastle yang dah appeared dalam WC tahun ni. Guimaraes (Brazil), Elanga (Sweden), Wissa (Congo). Woltemade dan Thiaw belum lagi walaupun Germany dah play one game. Cuma Burn je sekejap lagi, itupun tak sure Tuchel letak dia ke tak dalam England vs Croatia later. Tapi yang penting, puas hati tengok 4 player related to Selangor main untuk Jordan semalam - Ali Olwan, Nour Rawabdeh, Abu-al-Nadi dan juga Yazan al-Arab. Lagi manis, Rawabdeh assist Olwan, cuma yang tak mani, Yazan scored own-goal pulak. Haha