Friday, December 31, 2010

Kisah AKU n Memories 2010

Huh..at last 2010 bakal melabuhkan tirainya tepat 12 malam ni, 2011 bakal menjelma dan juga bakal mengundang tanda tanya bagi diriku..apa la nasib aku kali ni, baik lagi or sebaliknya..okeyh, today..aku mau menutup blog aku untuk edisi 2010 dan kepada readers title kali ni dan juga content nya ialah berkaitan dengan memori suka dan duka aku sepanjang tahun 2010..lets check it out..

first..aku berjaya menamatkan zaman persekolahan aku..pada mulanya agak boring juga because tak tau nak buat apa then lama-lama best pula memandangkan sekolah lama aku tu pun dah macam tak betul pun ada..

bila dah tinggalkan sekolah, kawan-kawan lama pun kena tinggal juga..last-last aku decided la juga nak buat facebook untuk stay connected dengan mereka tapi baru aku realised, bila semua dah ada life sendiri dengan kengkawan baru, kawan-kawan lama ditolak tepi..sama la juga macam aku tapi guys, Utaridians..aku tak pernah lagi jumpa kawan yang macam korang kat universiti nie..korang memang the best lah..

result spm yang ditakuti akhirnya keluar juga pada bulan 3..aku berjaya la juga mendapat sebanyak 5A dalam peperiksaan terakhir peringkat sekolah ni..A+ dalam sejarah, geografi dan bahasa malaysia, A dalam BI and A- for agama islam..thihihi..
gambar diatas selepas menerima sijil penghargaan dan duit daripada tan sri muhyidin yasin yang datang ke bandar sungai buaya ketika pilihanraya hulu selangor..bangga siot..

apa-apa pun kenangan terindah 2010 ialah ketika aku dapat masuk ke universiti teknologi mara malaysia, kampus utama di shah alam..kenapa best pula because aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang..bersyukur sangat kerana sudah 2 tahun otak aku bermain dengan nombor kat sekolah dulu..ohh, i hate math and everything that have calculation..it sucks.then,secondly aku merupakan cucu pertama belah ibu aku yang menjejakkan kaki ke universiti..

bila masuk universiti, maka aku pun berjumpalah kawan-kawan baru yang agak best..banyak personaliti yang aku jumpa kat sini..macam-macam ragam, overacting,snobbish, retarded, dll..semuanya buat aku terfikir kat dunia yang besar ni,macam-macam orang kita boleh kenal..tapi kan gangs, aku tak ada kawan baik pun kat sini..kekadang bila cuba nak betulkan keadaan, mereka tak mau pula so nak buat camne, hati orang lain-lain..

hati ni still tertanya-tanya..bolehkah aku sambung law degree ni..memang takut dengan muet tapi aku berharap kalau jadi apa-apa pun aku akan repeat muet tu..

tanggal 4.11.2010, aku berjaya mendapat lesen memandu aku..agak lewat sikit kerana tak sempat nak buat test tapi at least dapat juga..

akhirnya usaha dan bakti aku untuk sekolah dihargai juga..for the first time juga aku drive sendiri pergi ke sekolah untuk majlis anugerah cemerlang ni..

baru-baru ni aku rasakan bahawa skill presentation dan speech aku ada peningkatan..itu juga satu memori yang hebat juga kerana ia menunjukkan yang aku betul-betul komited untuk merubah diri aku ni..transformasi bermula..

oops..terlupa pula episod hitam pada tahun ni..tanggal 14.6.2010,ketika sedang menuntut di uitm..teman rapat aku, to be exact my laptop..compaq presario cq40 dicuri orang..agak sedih mengenangkan beliau..sob3x..tapi..

pengganti beliau akhirnya muncul sekitar bulan 8..lebih kurang sebulan setengah selepas pemergian compaq, mrs.dell inspiron tiba mengubat duka dihati..
okayh guys..itulah memori yang amat ku kenang untuk tahun 2010 ni..diharap tahun 2011 memberi episod demilang untuk diri aku ni..nantikan esok dalam mcbride's life: misi dan visi aku untuk 2011..
.......................the end...................

Tuesday, December 28, 2010

Kisah AKU n Pangkor: Day 4_Final Day

Hari ni ialah hari terakhir aku berada kat pulau pangkor nie..well, agak tak sabar juga meninggalkannya because ada banyak lagi kerja yang menanti aku dan tak siap lagi..test contract law pun tak habis settle lagi, assignment sir harcharan still tak lengkap lagi, role play untuk watak andy si budak nakal pun tak ready lagi and finally aku sekarang pun tak la berapa sihat and perlukan rehat yang cukup..oh, tak lupa juga dengan slideshow untuk presentation sir izuan..so, aku still dapat surf internet kat kampung ni walaupun ada kesialan sikit..tapi, at least dapat la juga update untuk hari last nie..

breakfast untuk hari yang terakhir ni ialah nasi lemak, ham chicken and sausages...dimana eastern culture meets the western kan..

nak check out..sementara menunggu van resort yang akan membawa kami ke jeti..

sampai di jeti..feri dah siap menunggu tapi ada benda lain aku nak buat sebelum meninggalkan pulau ni..

mengambil beberapa spesimen dan sampel untuk dibawa pulang tapi tak jadi la..mana la tau kalau ada benda ikut balik rumah nanti..

dalam feri..listening to air supply-without you, berapa kali ulang lagu ni..on the way to jeti lumut..pastu hujan,ada sedikit kecuakan disitu takut-takut kalau tenggelam pulak feri ni..tragedi la pulak..

at last,mainland..sampai jugak aku di tanah besar semenanjung malaysia..hujan agak lebat, terminal jeti lumut kebasahan akibat hujan itu..bagasi terhumban kedalam laut, feri capsized, mayat bergelimpangan..pasukan medik berkejaran membawa mangsa kedalam ambulans..itu semua hanya ilusi sahaja..realitinya, tak la teruk sangat cuma agk bersepah la terminal itu and padat sikit dengan pelancong yang stranded..
in a nutshell, trip kali ni aku agak berpuas hati cuma ada sedikit saja kekesalan di hari ketiga..overall, pulau pangkor memang tempat yang gempak la jugak dengan amoi yang kiut-kiut..ha3x
akhir kata..kalau korang free datanglah pulau yang comel ni..peace no war..
..............the end...........

Monday, December 27, 2010

Kisah AKU n Pangkor: Day 3

hello everyone..pengembaraan di Pangkor Island still going on buat aku..hari ni aku rasa demam la sikit plus pening kepala tapi untuk mengumpul experience disamping menambah ilmu kat Pangkor ni, kaki ini masih gagah melangkah..so, mari la kome dengar story dan experience aku for this third day..

for breakfast, i had a pancakes and some nugget..

habis je breakfast, aku and family naik la tourist van dan ready untuk meneroka the entire island..

first stop..fishermen village plus tempat orang buat bot and perusahaan sate ikan dan other seafood..

aku rasa nak humban je budak sebelah ni..bau tempat ni memang meloyakan tapi for experience sake, redah je..

macam honeymoon couple..sedondon gitu mereka nie..

uncle..nak naik bot ni kena bayar tak..boleh terapung lagi ke..??

second stop..tokong cina Fu Lin Kong..tempat ni ialah salah satu daripada main attraction kat pangkor island..ada replika tembok besar china, kolam ikan yang memuatkan ikan paling besar, arapaima dan juga tokong(of course la..)

didepan tokong..agak-agak sami dalam tu marah tak aku bergambar dengan girangnya depan tempat sembahyang diorang nie..

mari-mari,ikan kap..murah je,gemuk-gemuk lagi..

the second highest point kat kawasan ni..ada banyak lagi tangga untuk dinaiki tapi aku rasa kat sini pun dah cukup untuk tengok the entire pekan sampai ke pantai..

apa tujuan benda ni and the main question..apa nie..aku pun tak tau nampak macam cangkul or grapnel..tapi apa simboliknya dengan tokong ni.???

third stop and yang paling aku suka..the dutch fort, sebagai seorang yang amat meminati dan menghargai sejarah..memang tepatlah untuk pergi melawat ke kubu ni..bila berada seperti gambar diatas ni, aku merasakan diri aku seakan commander tentera belanda yang mengawal kubu ni daripada serangan orang tempatan dan siam..difahamkan belanda menghantar 60 tentera untuk memastikan keselamatan tempat ni..

kubu ini dibina untuk menyimpan bijih timah as well as mengawal perairan pangkor yang bernilai buat belanda..ia dimusnahkan oleh orang tempatan tapi kemudiannya dibina semula atas tujuan pemuliharaan aset sejarah negara kita..

load the cannon gentlemen...they are coming to us, those malays...FIRE!!!

hentian terakhir, pantai di teluk nipah..kat sini memang aku rasa agak kecewa kerana banyak aktiviti yang boleh kita buat kat sini seperti naik banana boat, boats trip, jet ski, berkayak dan of course mandi..

tapi, cuaca seakan tidak mengizinkan as well as my family..aku seorang yang adventur but my family majority introvert so ada kontranya disitu..tak pe lah, nanti aku pergi sendiri la..(lupa pulak nak cucuk duit kat atm tadi..:-P)

bye teluk nipah..ahh,frust tol..

malam ni...tak de banyak pun yang aku buat..pening kepala datang semula..so, duduk dalam chalet je la sambil tonton tv..nasib baik ada astro kalau tak..pening lalat la dibuatnya..
at last..i think thats the end of my journey at pangkor island because is a my last day her..will be check out from teluk dalam resort on 1230..so, guys kalau broadband coverage kat rumah opah aku macam kat new york city bolehlah aku update and tutup story journey aku, kalau tak diharap bersabar sehingga hari dan masa yang sesuai la..okeyh, chow..

Sunday, December 26, 2010

Kisah AKU n Pangkor: Day 2

Hello guys..hari ini aku nak story pasal my second day kat pangkor island..okeyh, basically program hari ni tak la interesting saangat because consensus memilih untuk tinggal didalam kompleks resort sahaja tapi aku seorang yang adventur memilih untuk menjelajah seluruh kompleks ni dengan adik beradik aku..

mari makan breakfast..iaitu..

egg toast, baked beans, some sausage and fresh orange..

after breakfast..dengan cuaca pun yang agak panas, aku yang tak berapa sihat ni memilih untuk stay kat dalam bilik sementara menunggu green light daripada cuaca hari ni..apa yang aku buat, membuat revision untuk contract law, rumours said lepas cuti terus test from madam ilyana..at last dapat jugak aku membaca buku ni dengan tenang..kat uitm tak sempat because assignment sir harcharan yang memeningkan kepala aku niyh..

cuaca menjadi redup sekitar waktu asar, habis je solat aku terus mencapai towel dan bergegas ke swimming pool at the heart of the resort complex..initially tak ramai sangat tapi dalam pukul 1730 HRS..ramai la juga orang yang berkongsi air mandi dengan aku..kali ini aku rasakan yang skill berenang aku ada kemajuan sikit walaupun dah lama juga tak swimming..

habis je mandi..aku menyarung apparel batik aku dan bergerak pula kearah pantai..ingatkan takde orang mandi, ada rupanya..difahamkan bahawa pantai di teluk dalam tak berapa sesuai untuk tujuan mandi, rilek je mereka mandi, getus hati sambil menggaru kepala..

my sister and younger brother..tiba-tiba je datang,ingatkan tak nak ikut tadi..but at least ada juga orang yang boleh jadi photographer untuk aku..last-last, aku yang pulak yang kena amik gambar korang..

aku dan mr.faris..sibuk la kau..bila aku boleh posing sorang-sorang nie..

style..??, biasa je kan posingnya..tapi at least tak la sekadar berdiri tegak, pandang kamera and siap..betul tak kengkawan..

nostalgia..tak silap aku 4 tahun lepas ada jugak snap picture macam ni tapi zaman dah berubah sekarang as well as our appearance..

nak balik..sempat lagi..:-P

malam tiba tapi aku still nak berjalan lagi..so, aku gathered squad untuk join aku keluar explore kompleks waktu malam pulak..tapi, hampa..sorang pun tak nak join..so keluar la aku sorang-sorang tadi..cantik jugak pemandangan resort ni waktu malam..

tengok match final piala suzuki, malaysia versus indonesia...siapa yang mau amik gambar aku kalau pergi sorang-sorang..nak suruh uncle tu ambik..bikin malu je..so, aku pun snap la suasana ketika perlawanan berbaki kira-kira 15 minit campur extra time..resultnya, malaysia menang 3-0 hasil 2 jaringan safee sali dan satu daripad ashaari shamsudin..dasyhat juga our boys kan..lepas habis match aku menuju ke pantai and alone..waktu ni rasa bebas sangat..takde parents yang kadang-kadang membataskan pergerakan aku, puas hati dapat jalan kat gigi air and pasir pantai yang putih sambil menghirup bayu laut yang nyaman..best dod..
then, aku pun balik la ke bilik sebelum membuka laptop dan start to update my blog sebagai pentutup hari kedua kat sini..for the readers teruskan membaca blog saya ni..
..................the end...................

Saturday, December 25, 2010

Kisah AKU n Pangkor: Day 1

hey gangs and my loyal followers and also those silent reader, today aku and my family pun pulang ke tanah perak yang dirindui, bukan balik kampung, tapi bercuti di pulau pangkor, actually, kali terakhir kitorang pergi ke this island dalam kira-kira 4 tahun lepas..so, tujuan aku ialah melawat sambil mengembalikan nostalgia dan memori 4 tahun yang lepas, waktu aku still tak tahu nak amik gambar pun..

jeti @ terminal lumut..dari sini kami akan menaiki feri ke pangkor..ramai jugak orang ek..


yeah..kami yang sudah besar..kalau dulu time orang amik gambar..pose yang wajib ialah stail nyanyi negaraku..berdiri tegak ye murid-murid..tapi sekarang, muka, physical appearance pun dah berubah..tak kan, stail pun old skool kan.

feri tu langgar iceberg ke..waktu ni aku tengah khusyuk memerhatikan kapal perang TLDM yang berlabuh di Lumut..aku kira ada 10 biji je..mana yang lain..:-p

boring kot tunggu feri ni, xde fokker plane ke(x silap aku dulu ada..),eh wifi ada la kat sini..so, jom online facebook jap..credit to my sister hp..

mem besar and tyt dalam feri..

haah..ni la tempat penginapan kami, teluk dalam resort..tempat ni tak silap aku macam pernah tengok dalam cerita senario beach boys..memang betul pun..

kami sekali lagi..kat lobi resort..

ni bukan bilik..dah macam rumah pun ada..dalam satu building ada 2 bedrooms,2 bathrooms, 1 bar counter..

menunggu bot pancung yang transport pendatang haram untuk diseludup masuk ke malaysia..ha3x

angkat tangan..kamu telah dikepung..

malam ni, kitorang pergi ke pekan pangkor untuk membeli barang keperluan asas dan juga makan..sambil melawat dan memerhati perubahan kat situ..okey la..walaupun tak banyak beza sangat..ada la jugak beli cap,batik shirts and shorts..as well as some souvenir untuk kengkawan kat uitm nanti..

jangan minum..tak baik untuk kesihatan..

bila dah sampai pangkor..tak sah kalau tak makan seafood so, kami sekeluarga meluangkan masa ke restoran seafood yang terletak di teluk nipah..servis yang agak pantas..dan kucing kat sini gemuk-gemuk dan ada bulu yang agak bersih la jugak..kakak aku cakap, "mereka" makan seafood and mandi air garam..

sebelum menghabiskan aktiviti hari ini, aku dan adik, mr.faris main kad poker..aku kalah doe, power jugak mamat ni..
so guys, habislah aktiviti aku kali ni untuk this first day..mau tau cerita selanjutnya..stay tuned kat diarimcbride..okeyh...
.................the end....................