Showing posts with label Onyx. Show all posts
Showing posts with label Onyx. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Kisah AKU n Wk 6 & 7 Review

Assalamualaikum, sory lah lambat nak update pasal review minggu lepas. Buat sekali dengan minggu ni la..:-) Lagipun, minggu lepas dengan minggu ni punya kerja pun lebih kurang je.
Maacma biasa lah rutin yang sama, tapi lepas puasa ni memang selalu datang awal sebab nak breakfast dulu.
2 minggu ni memang aku buat kawan je, ni Ikhsan - Geophysicist from Indonesia. Ada lagi 2 orang tu memang aku dah kenal diorang waktu aku mula-mula masuk sini 2 tahun dulu - Shukur dengan Shaffwan.  
Pemandangan dari pantri officw. KLCC, lambang kemajuan dan kemegahan rakyat Malaysia. Disinilah terletaknya headquarter sebuah gergasi industri petroleum dan minyak negara Malaysia, Petroliam Nasional Berhad
2 minggu ni memang penuh partition belah belakang ni. Biasanya dua orang je, tapi ada satu part tu menjangkau 5 orang. Yelah, aku, Ikhsan, Shukur, Shaffwan dengan Hakam, lelaki je yang duduk kat area sini, area yang senyap je, petang-petang baru havoc..haha
Goyang kaki pulak..huu, takdelah. Minggu ni aku go slow je, tak de lah struggle sangat macam awal-awal dulu sebab dah tak banyak section pun nak siapkan. 
Aku banyak fokus untuk improvise and edit mana-mana yang tak penting, ada lah jugak tambah-tambah sikit and yang paling penting recommendation.
Minggu ni pun dah start untuk bawak buku sikit-sikit. Yelah dulu bersepah-sepah kot buku Management aku kat atas meja ni..:-p
Pukul 3, aku print report. Banyak tu, 140 page untuk 7 minggu, tapi aku buat double sided. Tak nak lah bazir company punya property..haha
Lepak kat pantri before meninggalkan Onyx buat kali kedua. Dan pada pukul 5.30 petang, aku pun mengucapkan goodbye kepada personnel-personnel yang ada kat ofis time tu, malangnya bagi aku, takde sorang pun bos yang ada time aku nak pergi tu - ada meeting maybe. Tapi takpelah, yang penting aku dah siapkan report aku selama 7 minggu ni dan berharap ianya dapat digunakan management untuk improvement company for a better future..:-)

Terima kasih kepada semua personnel-personnel Onyx for your utmost cooperation, semoga kita berjumpa lagi di lain hari. Insyallah.

Saturday, August 17, 2013

Kisah AKU n Wk 5 Review

Assalamualaikum semua, jom baca review minggu kelima untuk attachment aku ni. Minggu lepas raya ni penuh jugak dengan schedule aktiviti. Nasib baik lah dah habis puasa, so, penat-penat pun boleh lepak kat pantri buat air sarsi..huu
Minggu kelima ni bermula pada hari Selasa since hari Isnin, kami di Onyx diberikan forced leave..haha Cuaca yang agak baik, sebab aku sampai agak awal minggu ni. Biasanya aku naik bas pukul 7 but untuk minggu ni, aku naik pukul 6.40 and sampai sekitar pukul 7.40 pagi. Buat apa awal-awal pagi tu Farid?
Apa lagi, breakfast la. Before tu buang air dulu, haha..pastu breakfast awal-awal kat NZ Curry House ni sambil baca paper. Bukan apa, rutin kerja aku - kalau dah sarapan, lunch tak payah lah keluar..Jimat sikit duit, sebab biasanya lunch ni kos tinggi sikit..huu
Hari Rabu paling tak menahan sekali, ni lah kali pertama aku drive kat area KL..semuanya pasal tender yang tebal gedabak sampai nak kena isi dalam kotak. So, our office boy pun tak boleh nak dispatch dengan motor. So, Qila bagi pakai kereta dia untuk hantar tender tu. 
Ingatkan si Helmi tu yang drive, pastu dia kata "Eh apa pulak, ko la drive.." Nervous woo, bukan apa, sebab kereta orang kan, takut jadi apa-apa pulak.
Perjalanan hari Khamis pulak dipenuhi dengan revisit Shah Alam, aku half day untuk settle beberapa masalah dengan UiTM.
Hari Jumaat pulak aku seharian berada kat Batu Caves untuk Lab Visit.

So, itu jelah ceritanya. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk aku completekan attachment aku kat sini.  Still ada 2 unfinished section dalam report aku, semoga jalan terus dipermudahkan untuk menyiapkan ia.

Kisah AKU n Onyx's Lab Visit

Assalamualaikum semua, semalam aku tak masuk ofis KL sebab ke Onyx's lab yang terletak kat Batu Caves. Lab visit ini adalah salah satu requirement untuk aku completekan report aku yang sekarang ni cuma tinggal lagi 2 section..huu, dengan baki 2 minggu lagi attachment aku kat sini, aku konfiden yang report tu boleh disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Pagi tu aku gerak ke KL macam biasa, sampai LRT Masjid Jamek terus ke Gombak. 
Kat LRT Gombak, aku breakfast jap sementara tunggu En. Safuan (Onyx's DM XO) fetch aku kat sana. 
Ni lah dia lab tu, since ni pun personal blog aku takde intention untuk buat official report kat sini pulak..huu, cukup je lah aktiviti yang aku buat kat sini sepanjang hari.
Informal lab visit from En. Safuan, since time tu PIC untuk lab visit pun tak sampai lagi.
Patung Dewa Hindu, Murugan kelihatan dari tingkat 4 lab ni..haa. Tapi, kelakar jugak bila dengar cerita asal-usul hari Thaipusam tu..kii
Untuk hari ni, partition aku menumpang kat DM Office, since ada 3 personnel je yang datang hari ni.
Sementara tunggu authoriti yang berkenaan, aku pun prepare lah plan and questionnaires yang related dengan operasi makmal Onyx ni.
Tunggu punya tunggu, tak sedar dah pukul 12.30, so, aku, En. Safuan and En. Huzaifah pun lunch sementara menunggu untuk solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Batu Caves.
Dalam pukul 2.30 petang, lab visit aku dijalankan dengan bantuan, En. Ramlan. Lepas dah berjalan-jalan, amik gambar untuk dokumentasi, plus sesi interview dan consultation dengan beliau. Lab visit aku pun ditamatkan sekitar pukul 4.30. Then, aku naik balik tempat aku untuk buat report..ingat nak settle semua kat Batu Caves je, boleh fokus lagi 2 section kat main office pulak pasni.
Hari ni santai je pakai baju FSPPP..yelah, hari Jumaat dapatlah pakai smart casual.. Ni time tengah nak prepare report.
Pemandangan dari partition aku. Dalam pukul 6.00, En Safuan hantar aku ke LRT Setiawangsa, and dari sana aku terus ke Masjid Jamek and naik STAR ke Plaza Rakyat. Untuk review minggu ni, malam sikit lah aku update, till then - tak care uolls.

Thursday, August 15, 2013

Kisah AKU n Half Day at Onyx

Assalamualaikum semua, lama tak update blog kan? huu, ok lah, nak update la ni. Cerita pasal apa benda aktiviti aku hari ni je - unlike hari-hari tipikal kat ofis, hari ni aku pergi Shah Alam atas urusan dengan universiti. So, semalam aku dah bagitau kat Rina yang aku half day je hari ni. Pukul 9 pagi aku tunggu bas U80 kat Brickfields and sampai kat Shah Alam dalam pukul 10.15 pagi.
Before pergi settle semua urusan, pergi makan nasi lemak favourite kat Seksyen 2 dulu..nyum-nyum, sedap nya..dah lama tak rasa..:-)
FSPPP Shah Alam, macam ni je lah daripada mula-mula aku masuk dulu..haha
Dah siap semua urusan, nak balik..bye-bye FSPPP, bulan 9 jumpa lagi eh. Tunggu aku tau!! Aku bergerak dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dalam pukul 12.00 and tiba sekitar pukul 1.15 - sampai-sampai je terus ke office. Sebab aku target aku masuk balik pukul 12, tak tau lah pulak sesak Federal tu.
Sampai ofis pukul 1.30 petang, terus je mintak dokumen kat Kak Rina then straight away buat kerja..huu, gigih tak aku ni. Bukan apa, since aku pun tinggal 2 minggu je kat company ni, plus ada lagi 3 section tak cover lagi. Takut tak sempat habiskan je.
Since aku masuk lambat, so terpaksalah balik lewat sikit tadi - amik bas TM-KL kat Puduraya pukul 7 petang. Hari ni aku unleash baran aku kat orang tau - nak tau siapa? huu, kat orang yang jaga kaunter tiket tu - dah terang-terang aku bayar RM20, mestilah baki 16.00 - ada ke dia bagi aku RM6 je sebab dia percaya yang aku bagi RM10. Dah kau yang berfacebook time buat kerja memang lah tak fokus, pastu dia tarik muka, and marah aku balik - aku pun sound lah balik and lagi agresif pertahankan stand aku - last-last tau pun dia bagi jugak baki aku..:-)

p/s : Mulai esok aku beli tiket dalam bas je la, malas nak menghadap muka brader tu lagi.

Tuesday, August 6, 2013

Kisah AKU n Wk 4 Review

Assalamualaikum semua, review minggu keempat. Aik cepatnya? Huu, memang lah dah kerja 2 hari je minggu ni. Esok Onyx dah cuti sampailah hari Isnin depan..Seronoknya saya..:-)
Pagi tadi lappy aku buat saspen, bantai tak boleh bukak. Aku dah cuak tahap gaban dah, mana taknya - dokumen attachment aku backup minggu lepas, bayangkanlah berapa banyak file kena redo kalau tak boleh nak recover.
Nasib baik lah dengan berkat training En. Khalid Harun from Orogenic Groups yang ajar aku cara nak recover balik performance PC. Aku pun diagnose BIOS dengan hard drive, buat restore point kat System Restore and berjaya jugak memecah masuk Windows. Lepas tu, macam biasa lah routine clean up disk, scan antivirus and defrag untuk optimize balik PC.
Dekat 2 jam jugak settle benda tadi tu. Pastu aku pun sambunglah kerja aku, tapi memang sumpah ngantuk jugak tadi. Mana taknya, kat office pun dah tak ramai orang. Wanda, Syaqila, and Fida semua dah cuti sejak semalam lagi. So, kat office tinggal la aku, Esyam, Wani, Rina, Nina and Suhaili je.
Tadi aku balik awal, pukul 3.40 dah cabut - pergi IJN amik ubat kakak aku. Aku tahan la teksi, sembang-sembang dengan taxi driver tu.

En. Mat - Tak balik kampung lagi ke encik?
Aku - Malam ni insyaAllah. Balik Perak.
En. Mat - Balik kampung orang rumah ke?
Aku - Eh takdelah encik, saya mana kahwin lagi..haha (gelak besar)

Seriously, aku dah kahwin? Mak cakap, sejak aku kerja ni, memang ketara jugak nampak ketuaan aku, lagi-lagi kat muka tu. Tapi gambar atas ni muka innocent je..:-p

Sunday, August 4, 2013

Kisah AKU n Wk 3 Review

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang budiman, since hari ni pun hari Ahad aku pun macam biasalah nak buat review sikit untuk minggu lepas, iaitu minggu ketiga aku attachment kat Onyx ni.
Cuaca agak baik kat KL ni. Tapi, boleh katakan hari-hari agak sesak terutamanya Khamis dan Jumaat sebab ramai dah nak balik kampung masing-masing.
Perihal report pulak, still bergerak tapi slow. Mungkin sebab dokumen-dokumen yang bila dikorek lagi dalam jadi more complicated untuk difaham. Tapi, still ada progress dan akan InsyaAllah akan jadi bertambah baik lepas raya nanti. Interview dengan Top Management dan Head of Department pun aku postponed dulu ke lepas raya sebab kekalutan minggu ni.
Haa, ni hari Jumaat lepas. Sesak kan jalan. Kat mana-mana sesak start dari aku naik bas kat Masjid Jamek, kat Parlimen, pastu Jalan Semantan..bersambung kat Jalan Duta..still tak habis lagi sampailah ke Sungai Buloh. Huh, pastu baru clear.
Biasanya dalam keadaan yang normal, kalau naik bas pukul 5.30 ni sampai Bukit Beruntung dalam pukul 6.30. Korang nampak brader depan aku ni. Nak dijadikan cerita before bas bergerak, ayah aku call tanya aku sampai dalam pukul berapa. Aku cakap lah dalam pukul 7. Pastu dia pandang belakang kata "Dik, bas ni sampai pukul 6.30, bukan pukul 7". Akupun senyum je sambil dalam hati "Ni sah-sah baru first time kerja waktu bulan puasa - hari ni Jumaat, ramai gerak awal sebab nak balik kampung, memang jem la jalan.."
And tekaan aku hampir tepat, kami sampai Tol BB pukul 7.05 petang and tiba di Terminal pukul 7.15. Aku sempat tengok brader tu, kelam kabut turun bas..hahaha. Memang gelak besar aku dalam hati. "Bro, aku dah pernah rasa situasi ni 2 tahun lepas kau tau..jangan nak underestimate orang sangat"

So, itu jelah cerita minggu ketiga aku ber"attachment" ni.

Friday, July 26, 2013

Kisah AKU n Wk 2 Review

Assalamualaikum semua, ok sekarang ni aku nak review minggu kedua aku sebagai student attachment kat Onyx. Minggu ni bermula Isnin lepas aku dahpun dapat dokumen-dokumen yang relevant untuk report aku and now tengah working on to complete the report. Insyallah, aku ada lagi 5 minggu untuk completekan term aku kat sini.
Cuaca kat KL minggu ni agak bertukar-tukar, awal minggu panas and jerebu datang balik, but pertengahan dan akhir minggu cuaca sejuk dan nyaman dengan hujan lebat pagi tadi..
Dokumen paling penting untuk report aku - QMS and ISO. Selain HRM..:-)
Untuk menebalkan report, input from buku-buku ni memang lah diperlukan. Tapi rasanya, aku tak boleh rely kat buku je, minggu depan aku bercadang untuk conduct my own interview dengan Head Department..since masa pun banyak lagi.
Apa-apapun yang paling best untuk minggu kedua ni aku dapat elaun tengah bulan, since aku pun masuk tengah bulan hari tu..alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Aku ingatkan dapat time cukup bulan, tapi dah standard payroll macam tu, takpelah bos..saya terima je..:-)

Ok lah, minggu ketiga pasni kena lebih perform and outstanding. Money is motivation? Yes, it is..I'm pretty sure about that.

Kisah AKU n Iftar Ramadhan Onyx 2013

Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya sebuah event wajib Onyx dalam bulan Ramadhan iaitu Majlis Iftar. Tengok link ni eh untuk baca cerita Iftar 2011 waktu aku part-timer kat situ dulu. Sekarang ni aku join as student attachment pulak, haha kira naik satu rank ni..hii (err, naik ke turun? bila part time dapat gaji, time attachment dapat elaun..huu)
Hari ni tak balik cam biasa, selalunya pukul 4.45 dah blah..pukul 6.20 lagi ada tercongok kat office sambil layan movie Windtalker. Pukul 6.30, aku, En. Hisyam dengan staf from PCSB, En. Gani pun bertolak ke venue iftar tu..
dan venue iftar ini berlangsung di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur..nice-nice, event ni organized by Onyx disertai dengan staff-staff Onyx from  Kuala Lumpur, Batu Caves dan juga client-client Onyx.
Sekitar pukul 7 petang, mula-mula agak keseorangan jugak lah sebab kat KL ni takde pun colleagues yang aku rapat as compare time Iftar 2011 dulu, ada Hafiz, Safuan, etc. Sekarang ni susah sikit lah since majoriti staf kat Onyx KL adalah wanita..hii
Tak ramai pun yang aku kenal sebenarnya..haha, biasalah dah nak dekat dua tahun kot aku leave company ni..Setengah jam before berbuka, Onyx's Intern, Imad pun datang dengan Biostratex's Intern, Aiman..since umur diorang pun lebih kurang aku (23-24), kitorang pun jadilah rapat..:-p
En.Gani from PETRONAS Exploration dan En. Ramli, Onyx's Business Advisor
KLCC from Temptations (nama restaurant tadi..)
10 minit before berbuka, aku, Imad and Aiman pun amik makanan dulu bersama jemputan- jemputan yang lain since temanya buffet pulak kali ni.
Kelihatan meja-meja lain pun penuh jugak..tatkala azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka, maka hari ke 15 Ramadhan kami pun success..
Yang pakai baju kotak-kotak tu namanya Imad, yang sorang lagi tu Aiman - dua-dua student UTP and dalam internship selama 6 bulan bersama company masing-masing, aku je sesat attachment 7 minggu je..haha, memang lah - aku ni student Management, diorang tu Engineering..disiplin lain-lain maa..
Aku bersama En. Esyam, Project Manager Data Management Onyx..dari awal aku masuk Onyx 2 tahun lepas sampailah sekarang, kat dialah sumber resources and kawan nak bercakap kat office..:-)
Lepas makan sikit, kami solat Maghrib and sambung makan, memang senak jugaklah..tambah pulak pakai baju slim fit aku tu, memang cover perut jugaklah tadi...:-p
Sekitar 9.30, kami pun beransur pulang bersama jemputan-jemputan lain..esok Onyx kerja walaupun Nuzul Quran..:-)