Wednesday, October 31, 2012

Kisah AKU n Bye-Bye "P"

Kalau pergi Kuala Kubu,
Tulis nama atas batu..lalala

Huu, lamanya tak melawat bandar kolonial ni. Last aku jalan-jalan kat sini waktu belajar driving 2 tahun lepas, so memang agak mahir lah jalan kat sini. Erm, apa yang aku buat kat sini ye? Banyak benda aku nak buat hari ni, oleh sebab ayah pun baru je keluar wad hari tu. Aku amik tugas dia untuk bayar bil-bil , ingat nak pergi Rawang tapi memikirkan ada satu lagi benda penting yang aku kena buat, hanya kat KKB ni..Nak tau?
Tadaa!! JPJ here I come. Huu, hari ni aku convert lesen memandu aku yang P tu ke CDL. Seronok yang tak terkata lah siot, pasni tak payah pakai pelekat P..kii, mesti korang cakap - lambatnya kau tukar. Erm, korang tak tau cite asalnya. 

2 tahun lepas, aku sepatutnya pergi ujian memandu 23 Mei 2010. Tapi, hari tu ialah hari aku mendaftar sebagai student Asasi UiTM. So, kenalah tangguh 1 November 2010 - waktu cuti sem asasi. Sebab tu lah lambat..jangan la gelak doe, at least dah dapat ni lesen penuh..

Untuk sedutan episod ujian memandu aku
Garang tak muka saya..hii, baru amik tadi jugak..terlupa gambar dah habis.

Tuesday, October 30, 2012

Kisah AKU n Semoga Cepat Sembuh Ayah!!

Assalamualaikum semua, maaf lambat update. Busy sangat minggu ni, raya haji yang baru je meninggalkan kita hari tu pun tak meriah pun sambutannya untuk family aku. Untuk pengetahuan semua, ayah aku masuk wad sebab suspek denggi hari Jumaat lepas, baru je keluar tadi pukul 9 malam. 

Sempat lagi bergambar sebelum ke PUSRAWI.
Ni la anak zaman sekarang, masing-masing melekat dengan henset. Sedangkan dah cakap hari tu jangan keluarkan henset..apa nak jadi budak-budak ni, huu
Mak pun tak sihat, so aku berpeluanglah nak jaga ayah kat PUSRAWI ni. First time ni, huu. Ni lah masanya nak balas balik jasa ayah yang jaga aku bila aku masuk wad dulu. 
Lagipun dapat training awal-awal, nanti senang lah nak menjaga bakal bini..haha
Dalam pukul 7, ayah mintak aku carikan jus belimbing + epal hijau, no sugar..erk, mana nak cari ni. Pusing jugak la aku kat area tu, ke kafe IJN seberang sana - last-last jumpa jugak kat Hotel Putra. Harganya RM 7 bai, memang tak makan malam la aku hari tu..
Malamlah the real testnya, cuba la jaga mana-mana patient pun. Pagi bersemangat, patient pun nampak sihat, malam pulak..huu. Pukul 2 pagi jugak tidur malam tu.
Esoknya - ayah kata nak keluar amik angin kat luar. Maybe rasa boring kot dalam tu, aku pun bawaklah jalan-jalan. Udara apanya kat KL ni? Seronok tengok perkembangan ayah, nampak kuat dan sihat cam dulu.
Betul cakap mak, yang jaga orang sakit lagi boring sebenarnya. Melangut je aku sambil merenung masa depan. Tapi bila diingatkan, ayah jugaklah yang jaga aku waktu aku sunat and keracunan makanan dulu. 
Malamnya, ayah tidur nyenyak jugak . Dengkur gear lima tu, huu.
Siapa kata jaga orang sakit, tak sempat buat kerja. Assignment CTU and Public Relation dah hampir siap pun, cuma tinggal nak design je..
Hari Isnin tak banyak benda pun, terbangun lambat tadi. Tau-tau ayah takde dalam bilik, buat check up dengan Dr. Shah. Tengahari tu staff-staff ayah from PEX datang, lama jugak sembang tadi - ada lah sikit pasal prospek kerjaya aku nanti, hii. Petang kitorang keluar lagi, ayah kata dia tak suka makan makanan hospital, tawar..huu, memanglah ayah dah sakit semua benda tak sedap. Carinya jugak makanan mamak tadi, baru berselera.. Dalam pukul 9, kami meninggalkan PUSRAWI.

Saturday, October 20, 2012

Kisah AKU n Happy Birthday Bro!!

Salam semua, lama tak update blog ni. Baru je lepas habis minggu mid term, 3 test yang mencabar, paper HRM buat taik hari Khamis lepas - rasa cam dapat kosong je, huu..yang lain-lain tu pun aku tak yakin sangat dapat recall glorious hour time semester 2 dulu..Ok, dah-dah la cakap besar tu Farid, nanti kena komen bukan-bukan. Someone is watching you now. Mana taknya, ada yang komen macam-macam pasal personaliti aku ni, lantak pi lah korang nak cakap aku apa, asalkan aku tak menyusahkan hidup korang.
Semalam lepas habis je koku HPD, aku sempat join beberapa orang kawan lama waktu foundation law. Still ingat Abang Nezam Crew? yup, itulah kitorang. Walaupun dah berpecah-pecah ke serata Malaysia ni, but still ada beberapa member yang saling ingat-mengingati lagi..huu. Hari ni birthday Abg Nezam, godbrother aku kat UiTM dulu, kini dan selamanya. 
Macam biasalah, sambut birthday ni memang nak ke fastfood restaurant je. Bukan apa, tempat agak convenience sikit nak lepak, sembang-sembang pasal life sekarang ni, nak jugak tau apa jadi kat bekas fakulti aku tu. Ouh, lupa nak bagitau siapa yang join semalam - 4 orang je, aku, Abg Nezam, Bieha and Ifah..yang lain kitorang try contact tapi tak dapat datang, maybe sebab busy kot. 
Kek takde la bro, sory ye..huu. to honor your big day, kitorang belanja malam ni..:-)
Ni la godbrother aku, Abg Nezam. Dari asasi sampai sekarang dialah yang banyak ajar aku tentang hidup. He's the one yang urge aku untuk buat self-improvement which sekarang aku dah buat a radical shift dalam hidup aku sebagai seorang student.

By the way Bro, Happy 30th Birthday..

Monday, October 8, 2012

Kisah AKU n Humble Meal?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, pagi ini uolls. Semangat sikit! yang kerja selamat berkerja, yang ada kuliah 8.30 pagi - selamat sambung tidur dalam kelas..huu, mentang-mentang lah kelas aku hari ni start pukul 4 petang. Ok, entri pagi ni just nak habaq kat warga dunia ni yang semalam aku and housemate berjayalah jugak masak simple meal kami kat Sek 7 ni..huu
Apakah dinner semalam? Hehe, standard bujang - Nasi Goreng Warung Style. Mak tanya semalam, pakai perencah ke dok buat sendiri? Aku jawablah, penat tumbuk cili semua segala bagai..hehe
Apa macam? 
Tangan si Afiq ni melecur pulak gara-gara telur tadi tu. Dia ni pun satu yang dok pecahkan dekat sangat dengan pan tu, kan dah kena..
Korang tengok tu, sampai jambul pun dah naik keatas..aura kuat sangat kot. Maaf la ye kalau belakangan ni entri semua half naked..huu, aku kalau memasak memang tak pakai baju.
Penambah selera..konon lah sangat, one for you and one for me..:-)  Oops, terlupa pulak yang si Mujahid ni dah tak reti nak balik rumah ke apa. Maybe tidur rumah family dia kot.
Petua mak, lepas masak letak air sikit. Bagi turun segala benda yang melekat-lekat, senang nak cuci nanti.
Tadaa!! dah siap pun, so far OK je nasi goreng kitorang ni. Balik Raya Haji nanti nak masak yang lagi best pulak.
Itu lah story nya..:-)

Sunday, October 7, 2012

Kisah AKU n Total Overhaul!!

Assalamualaikum semua, hari minggu ni free jugak. Sebenarnya tak free sebab Amirul mintak join urus Modul 5 LPPKP. Tapi, minggu lepas aku ada janji dengan housemate, Afiq tu untuk kemas rumah kitorang. Bukan apa, memang dah tak organized gila. Takut tangguh, langsung tak kemas pulak, risau kalau busy la untuk minggu-minggu seterusnya. So, aku pun pilih untuk kemas rumah rather than join Modul 5 tu
Yang ada aku dengan Afiq ja, si Mujahid tu mana tah pergi dari pagi tadi. Lagipun dia bukan tau pun plan kitorang nak kemas rumah ni. Area nak kemas biasalah, dapur, tandas and ruang tamu. Ni picture dapur sebelum kena overhaul tadi. 
Sinki dapur, balik cuti Raya Haji nanti aku ingat nak bawak tempat letak pisau la. Bahaya kot letak sekali dalam bekas tu, hari tu sikit lagi nak jatuh.
Lap meja tu, habuk banyak gila kot. Berapa kali perah kain buruk tadi.
Sapu sampah, sama jugak. Memag banyak betul habuk kat area ni, nasib baik lah kitorang kemas hari ni, kalau dok tangguh memang berkilo-kilo habuk tau.
Ni lah Afiq, housemate aku juga student law macam Mujahid. Kitorang dok bertiga je kat rumah ni, sorang satu bilik..hii
Ni pulak ruang tamu, biasanya si Mujahid tu yang tidur kat sini. Tapi, baru-baru ni rajin pulak tidur dalam bilik. So, dah dapat consent tadi. Kitorang kemas lah area dia ni.
Penyapu pun dah macam apa, so pakai vacuum je la. Ada teknologi kenalah guna, nanti orang kata cam duduk zaman batu..:-)
Mujahid cakap haritu, aku kena in charge bahagian billing - api, air, maintenance. So, dia bagi aku satu meja untuk jadi "ofis" aku...hehe, tepi tingkap gitu.
Zon bersenam and Rushfit, mesti kena jugak buat semester ni. 
It works!! Dapur gas ni baru beli tau, huu.. Pasni dapat lah buat ayam masak merah aku yang "so-legendary" tu..Konon lah, kena tanya mak balik ni, dah lupa pulak camna nak buat.
See how organised dapur kitorang kali ni. Kebanyakan benda-benda kat sini kitorang beli kongsi-kongsi and most of it baru je beli dalam minggu ni..
Dalam pukul 2, semuanya dah siap kemas. Penat? of course la. Nampak si Afiq tu dah terbungkang kat situ
p/s: Malam ni nak buat nasi goreng..huu

Saturday, October 6, 2012

Kisah AKU n Modul 4 LPPKP

Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan juga pembaca sekalian. Asyik-asyik modul ja blog aku ni, dah jadi macam blog rasmi SMF pulak. Bukanlah apa, asal ada benda baru, aku update la. Modul 4 LPPKP ni mesti korang fikir untuk student Part 4. Tapi taklah, ia sebenarnya sambungan dari Modul 3 hari tu dan pengisian modul ini berteraskan semangat berpasukan dalam siri aktiviti yang dinamakan EXPLORACE.
Asalnya pagi ada slot ceramah tapi cancel, so terus dengan EXPLORACE tu. Dapatlah balik awal tadi, sekitar pukul 2 petang. Untuk slot EXPLORACE ni ada 10 checkpoint yang perlu dicari untuk menamatkan saingan diantara 9 group lagi. Grouping pulak mengikut group Modul 3 yang lepas.
Maaf ye takde pic waktu EXPLORACE tadi, sebab nak dapatkan mood busy tu..huu, takdelah. Sebabnya aku malas je. Tapi takpe aku cerita lah jugak event yang bikin gila tadi. Antaranya, cat muka pakai hampas kunyit mana tah, habis janggut aku ni..hii. Then, kena minum telur mentah plus jelly. Baru cium dah termuntah tahap gaban tadi, so escape la daripada minum. ramuan tonik tu.ngeh2x. Pastu, kena baca doa qunut. Bukan doa je, maksudnya sekali. Haa, amik kau. Biasa tau yang part arabic tu je. Selebihnya tu biasalah, tak la terrifying sangat.
Group kitorang last yang sampai tadi tau. Tapi seperti yang fasi cakap, bukanlah kepantasan yang dicari tapi markah terkumpul. Ni waktu tengah dok tunggu nak bagi hadiah.
Duduk kat atas dataran ni, dah rasa macam zaman aku kat sekolah dulu. Sebijik kot kaler batu-bata dataran ni. Kat sekolah kitorang panggil 7.20 Square, kat sini pulak Gunasama Square..tah pape la nama..:-)
Nampak tak yang macam penyapu tu? Tu la arca group kitorang, waktu pegang dah macam Crusader pulak. Sebab bentuk arca ni asalnya macam salib tau, pastu Ishak turun kan sikit nama kumpulan tu. Baru tak cam Crusader..:-)
Panas weyh, betul. Untunglah ada payung. Maybe sebab pagi tadi hujan kot.
Bekas Komander KESATRIA FSPPP, Syawal. Ni roommate aku waktu Part 1. Group 2 jugak brader ni.
Yang picture atas tu pemenang nombor dua, picture kat bawah tu pulak pemenang tempat pertama. Kitorang? Dapat nombor 3 je but OK apa, walaupun sampai last..hehe
Makan time, comel tak Ustaz ni..huu, ada student ingat dia ni lecturer CTU tau. 
Dalam pukul 2 camtu, Modul 4 pun melabuhkan tirainya. Lepas ni dah takde join modul, kalau urus tu boleh je nak tolong nanti. Even esok pun kalau aku rajin and tak busy, boleh tolong Amirul conduct Modul 5. Tapi tu la pasal, assignment Accounting pun tak buat lagi.
Tu bukan sampah tau, ni bounty Joe untuk hari ni. Dalam tu macam-macam ada, nasi lemak, nasi dagang, karipap, air mineral, air kotak etc. Buat sedekah kat Perindu kot.
Tapau lah dua bungkus, yang bestnya pasal modul. Kita join, makan free. Kita urus, makan free plus duit..huu