Saturday, February 28, 2015

Kisah AKU n Rezeki Februari

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bulan Februari ni dikurniakan rezeki yang memang tak dijangka-jangka. Bila scoreboard finalized je semalam untuk this month, "Fred" mencatatkan nilai sebanyak USD 12200, and berada dikedudukan ketiga dibawah David and Nurul dalam Sales Rank. Memang tak jangka beb, bila tengok balik rank tu teringat pulak susah payah waktu mula-mula menjejakkan kaki dalam industri ni - kira-kira 4 bulan yang lepas.

Back then, on November last year - rasa macam payah gila rasanya nak survive the first month. Mana taknya, aku mana pernah buat kerja-kerja macam ni, Disember moral naik sikit bila dapat first deal from NCIA, Januari turun balik sampai ada rasa nak quit. Februari pula bergulung-gulung deals dapat. Syukur Alhamdulillah, perancangan Allah memang hebat sekali!

Sekarang ni misi aku, try to survive dan aim for senior-ship. Cuma tinggal lagi 2 deals je nak jadi Senior Consultant ni. Come on Farid, you can do it! Insya Allah, semoga dipermudahkan. Amin
Lets kick some ass untuk event CFO ni!

P/S: Tadi dah booked Myvi Advance kat Perodua Bukit Beruntung..huhu

Sunday, February 22, 2015

Kisah AKU n 21 Februari 2015

Assalamualaikum,

Letih beb hari ni. Jalan sesak gila tadi walaupun drive setengah jalan je dari Gopeng ke Sg Buaya ni, Lalu jalan lama pun boleh tahan mantap jugak sesaknya. Tapi entri ni bukan nak cerita pasal kesesakan jalan yang "normal" tu, semalam telah selamat berlangsungnya 2 kenduri tahlil bagi arwah datuk dan nenda ku di Perak.
Kenduri Tahlil bagi arwah datukku, Allahyarham Haji Abu Bakar B. Selan berlangsung pada hari Sabtu, jam 2 petang. Untuk kenduri tahlil belah emak ni, kami rewang satu keluarga untuk segala persiapan - dari hidangan, logistik, tempat dan juga lain-lain, huu..dah macam buat event pulak..:-p
Dia ni tak involve sangat, nak exam katanya. Insya Allah bulan 4 ni habis lah belajar kat Matrikulasi Gopeng tu. Amin.
Dah kenapa kakak aku ni, sebak ke teringatkan arwah atuk?
Aku jadi budak jaga pintu je hari tu..:-)
Ramai jugak yang datang semalam, mostly orang masjid, rakan-rakan arwah atuk dan juga jiran-jiran disekeliling rumah.
Tahun ni dah masuk tahun ke 5 arwah atuk pergi menghadap ilahi. Tak tau lah kenapa aku rasa sedih sangat semalam. Mungkin sebab ketika hari arwah atuk dikebumikan, aku tak dapat pulang ke kampung untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya sebab time tu aku berdepan dengan final examination asasi.
Goodies bag untuk tetamu yang hadir. Dah macam YB pulak aku tengok En Gani ni..haha 
Since preparation majlis pun kami sekeluarga yang uruskan, post-event pun orang yang sama jugak. Biasa kalau bergotong royong macam ni memang penat sikit, tapi seronok dan riuh. Betul tak? 
Ni dah kenapa pulak berstudy baca notes bagai? 
Apa? Ingat student je ke kena study, aku pun sama je kena study pasal event baru ni. Nak cuti pun tak senang, lol :-p
Pada malam hari yang sama, kenduri tahlil bagi arwah nendaku, Allahyarhamah Hajah Noriah Binti Awaluddin berlangsung pada pukul 9 malam.
Kat sini pulak pakai khidmat catering. So, senang sikit kerja - lagi pun buat malam kan, lepas Isya so mungkin nak mengelakkan hassle before and after the majlis.
Bersama-sama membacakan surah Yasin buat arwah opah yang telah pergi meninggalkan kami hampir setahun yang lalu. Seingat time tu rasanya aku tengah berpraktikal kat ORSB, tengah buat customer audit bila dikejutkan dengan panggilan dari ayah.
Makcik-makcik aku belah sini mesti panggil aku Aqasha. What the hell, tang mana yang sama pun aku tak tau..haha
Kat sini pun ramai jugak tetamu terdiri daripada kawan-kawan atuk dari surau berdekatan, dan juga jiran-jiran.
Dan ni pulak gambar pagi tadi. Ceria je nak balik KL walaupun tahu kesesakan yang menggila kearah selatan time tu. Pada masa yang sama berfikir pulak tentang esok, memang confirm Monday Blues punya..haha!

Mari kita sama-sama bacakan surah Al-Fatihah kepada kedua-dua arwah datuk dan nendaku dan doakan agar roh mereka dan juga seluruh muslimin dan muslimat yang telah pun pergi menghadap Ilahi dicucuri rahmat dan juga berada didalam lindungan Allah. Amin.

P/S: Event baru ni memang skop nya kat Indonesia je ke? Dah la tengah hangat isu Popia ni, call esok buat kena maki je..haha

Friday, February 20, 2015

Kisah AKU n Happy CNY 2015!

Assalamualaikum,

Selamat berlibur selama 2 hari bagi karyawan-karyawan di Malaysia, dan juga selamat merayakan Tahun Baru Cina bagi teman-teman yang beragama Tionghua. Kantorku mulai tutup pada hari ini hingga Ahad, bagi klien-klien di Indonesia, kamu semua bisa hubungi aku melalui LinkedIn.

Apa-apapun perencanaan cuti ini banyak sekali ya. Barangkali event baru (CFO) udah masuk menggantikan IEBP, maka perlu ada leads yang lumayan. Supaya tiba OOB kelak, gampang dikit bisnis aku sama event baru itu..haha. Perancangan cuti nya tahun ni mau pulang ke Perak, ada acara tahlil bagi aruah kakek dan nenek ku. Mungkin esok langsung berangkat ke desa dini hari sampai Ahad.

Ya udah deh, aku mau istirihat dulu ni. Kamu-kamu semua jaga diri ya!

P/S: Sorry lah aku tengah training berbahasa Indonesia ni sebab event baru ni marketnya Indonesia je untuk bulan first ni..haha

Sunday, February 15, 2015

Kisah AKU n A Night at Merdeka Square

Assalamualaikum,

Pagi ni rasa nak share pulak cerita hangout with brotherhood Rawang semalam. Macam biasalah, kami bertiga ni kalau hujung minggu memang confirm lah akan spend time together punya, kalau tak sekadar minum and sembang kosong, kadang-kadang tu sampai ke KL sana melepak. Release tension kerja katanya. Tapi memang betul pun, bila jumpa diorang ni, rasa macam satu terapi tau untuk inner stress.

So, semalam kitorang merayaulah kat capital of Malaysia ni with no plan pun nak pergi tempat yang spesifik. Just ronda-ronda sampailah bila lalu Dataran Merdeka, ternampak macam ada event.
Rupa-rupanya ada Auto Show kat situ, aku ingatkan ada sambutan Valentine since semalam kan 14 Februari. Maklumlah, tak alert dengan benda-benda macam ni..haha
Kat event ni memang banyaklah custom-made cars yang cool, yang pelik dan juga yang memang tak masuk akal :-p
Tak habis-habis dengan muka kagum sejak muka lepas, bak kata Afiq..haha Bukan apa, nampak impressed jugak dengan golongan driver yang ada passion nak buat kereta macam ni. Letak neon sana sini, woofer pulak yang memang level disko, aksesori pelik-pelik siap ada bar lagi dalam kereta..:-)
Malam semalam jugak ada mini bike race, alah yang motor kecik tu..:-)
Dashyat betul budak-budak zaman sekarang ni, aku dulu 7 tahun main basikal je depan rumah, haha.
Muka diorang ni lagi, tak boring ke menghadap muka-muka ni je setiap minggu? Mesti lah NO, diorang ni je lah the best yang aku ada kat Sungai Buaya ni..:-)
Tiang bendera tu ialah antara top 5 yang paling tinggi sekali dalam dunia ni.
Seronok tengok young married couples yang bawa their kids beriadah kat Dataran Merdeka malam-malam minggu ni. Back then on 90s, time family aku still duduk KL selalu jugak datang sini..:-)
 Bergambar dulu before meninggalkan tempat paling ikonik bagi rakyat Malaysia ni.
Lepak minum dulu sampai 3 pagi. Mesti pelik kan, apa je yang kitorang ni sembang sedangkan setiap minggu jumpa? Lepak pulak bukan main lama..huu
Umur dah 23, muka maintain muda lagi..hii. Bila lepas shave ni lah jadinya. Kalau tengah berserabai tu, memang dah macam bapak orang pun ada..:-p

P/S: Rabu ni dengar-dengar ada nak buat Mini Reunion untuk Batch PRS 2009.

Friday, February 13, 2015

Kisah AKU n Confirmed!

Assalamualaikum, 

Minggu ni probably one of minggu terbaik yang aku pernah rasa sepanjang berkerja kat Trueventus ni. Successfully accumulate USD 6300 dan juga confirmed sebagai permanent staff kat sini. Huu, rasa macam berada diawangan pulak ni. Bayangkan, baru je minggu lepas aku cerita dah lost hope sebab takut tak dapat jadi confirmed staff by the end of this month. Alhamdulillah, Allah dah aturkan hikmah untuk setiap apa yang berlaku kat kita, cuma kita sebagai hambaNya kenalah sentiasa bersabar dan keep believing in Him. 
Hari Selasa, hari aku confirmed tu Abang Lan bagi aku lanyard ni, tapi akses kad dapat minggu depan katanya. Takpelah, benda boleh tunggu, pasni takdelah si Sandy nak bukakkan pintu lagi untuk aku..haha :-)
Good week for me, of course aku akan berusaha dengan lebih lagi untuk mencapai another level iaitu Senior Consultant, macam Kak Ernie cakap - need another 4-5 deals lagi to reach that level. Insya Allah semoga dipermudahkan. Amin

Sunday, February 8, 2015

Kisah AKU n Missile Drift 2015

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pengalaman aku join satu event permotoran yang berlangsung kat Sungai Besi semalam. Event yang dinamakan Missile Drift Party ni dianjurkan oleh Speed City KL dengan kerjasama Selangor Turf Club, DBKL, PDRM dan juga PROPEL.
Dengar nama pun dah tau apa pengisian event ni kan. Obviously, it's a Drift Show!
Bak kata Afiq, muka kagum gila tengok drifter-frifter tu, tu yang tak pandang kamera langsung. :-p
Si Afiq ni kalau bawak pergi event macam ni bertambah semangat lah kalau nak sembang pasal kereta-kereta, dah macam kelas tutor pulak aku dengar semalam..haha
Ada jugak show from Stunt Bikers, serious shit bro-bro ni memang impressive. Control, stability semuanya ada. Kalau aku memang belum apa-apa lagi dah terhumban dah kalau bawak motor cam ni..haha
Dapat lah jugak tengok kereta-kereta drift ni. Majority drift car ni terdiri daripada kereta-kereta model lama. Yang baru ada lah dua tiga kerat. 
Dah puas duduk bawah, kami cari port atas pulak. Tang sini memang lagi clear boleh tengok drifter-drifter tu beraksi.
Dengan diorang ni je lah kalau nak ajak keluar pun, yang lain aku pun dah tak tau apa cerita hidup diorang sekarang ni.
Tak habis lagi tu muka kagum..haha, damn!
Some of pictures yang aku snap semalam. Yang jauh tu shot from bawah, yang gambar dekat tu daripada port atas..:-)
Memang awesome lah semalam. Tak rugi pun 3 jam lepak sini tengok drifter-drifter ni mempamerkan bakat diorang. 

Dalam pukul 1 pagi kami chow, lepak Ali Maju Setiawangsa dulu pekena supper. 3 pagi jugak sampai rumah semalam..:-p

P/S: Ni yang rasa nak melenjan balik game Need For Speed..haha

Monday, February 2, 2015

Kisah AKU n Dad's Role

Assalamualaikum,

Since ayah pun outstation kat Khartoum, most of tugasnya aku yang take over sekarang dari bayar bil-bil sampailah beli barang dapur. So, Jumaat lepas aku cash out some duit and plan untuk bawa family ke Rawang, beli household items plus makan luar walaupun gaji tak masuk lagi..:-)
Singgah TESCO beli barang dapur plus stok untuk si Faris tu. Seronok dia cuti seminggu, hari Ahad ni baru hantar bro ni balik Gopeng.
Lepas Maghrib, kami ke Restoran D'Arab Rawang. Memang dari dulu lagi plan nak makan Arabian cuisine ni dengan family. Time belajar kat UiTM dulu selalu jugak mengikut Mujahid tu before dia berangkat ke Afrika. :-)
Kalau bersembang dengan family ni tak lain tak bukan ceritanya pasal relationship je lah. Tak pasal hubungan, ada lah lari sikit pasal kerjaya. Entah lah mak, tak tau lah macam mana nak cakap. Payah sekarang ni..:-)
Haa ni lah dia Kabsah Lamb. Nasi kukus memang panjang betul, roasted chicken + lamb lembut je rasa macam cair dalam tekak. Overall, memang puas hati. Insya Allah kalau berkesempatan akan menyinggah sini lagi..:-)
Rare tak? Teringat time sekolah rendah dulu beratur panjang depan van semata-mata nak beli susu ni..huu
Dad's role apa kebenda ni main game..haha, yang penting dapat sambar The Sims 4 yang memang dah lama aku nak beli ni..haha! Gua ni sejak first edition The Sims tak pernah miss lagi..:-)

Cuti ada dua hari lagi, better rasanya kalau cari fresh leads banyak-banyak and buat marketing sendiri. Insya Allah rezeki Februari ni ada untuk aku. Amin