Showing posts with label SASea. Show all posts
Showing posts with label SASea. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Kisah AKU n Dialog Hubungan Malaysia - Singapura & ASEAN Pt. 2

Assalamualaikum semua, entri ni merupakan sambungan kepada entri Dialog Hubungan Malaysia - Singapura & ASEAN Pt. 1. Aku woke up dalam pukul 6.30 pagi pada 16 Mei 2014, dan bersiap untuk menjalankan tugas menjaga queue multimedia dan teknikal untuk event ini.
Belum apa-apa lagi dah berlagak macam model bagai..haha
Final full rehearsal by SASea' team. Aiman tengah rehearse untuk deliver speech dia..:-)
Apsal muka Apai tak ceria je? 
 
Mr. Farid in action..hehe
Workstation aku pada hari kejadian. Nasib baiklah ada extensive experience jugak nak handle benda-benda ni. So, tak ada masalah sangat hari tu..:-)
Bergambar dulu sementara menunggu ketibaan His Excellency, Mr Ong Keng Yong, The High Commissioner of the Republic of Singapore to Malaysia.
 
Majlis dimulakan shortly after the arrival of His Excellency. Talk yang berdurasi selama satu jam setengah ini fokus kearah pembinaan ASEAN Community didalam rantau Asia Tenggara serta menekankan aspek penting didalam hubungan diantara Malaysia dan juga Singapura. Siapa yang nak slide duta ni, boleh lah request kat aku ye..:-)
Sesi Q&A oleh pelajar-pelajar yang hadir, mostly from ASEAN dan Global Affairs students.
Bergambar bersama Azidi, EXCO Multimedia SMF 2014-2015. Bro ni satu team Lawn Bowls dengan aku time SAF tahun lepas..:-)
Ada dua bungkus plastik penuh jugak makanan time hari tu. Tak tau lah if caterer bagi lebih or ada student yang tak attend talk ni. 
Ada gaya Mr. Ambassador tak? hehe
Fuyoo, kereta duta Singapura tu memang buatkan aku teruja gila nak jadi Diplomat..huu
 
Bergambar kenangan bersama His Excellency - Mr Ong Keng Yong, Dekan FSPPP - Prof Zaliha Haji Hussin dan our SASea' Adviser - Dato Yusof Ahmad dan Prof Shaharudin Baharudin.
Dalam pukul 1, kami bersiap untuk pulang ke Shah Alam. Penat jugak nak mengemas dewan tu since Unit Fasiliti pun kekurangan staf.
Sekejap je dapat lepak kat Kampus Seremban 3 ni, rasa macam banyak benda lagi aku nak explore kat sini. Tapi nak buat macam mana, singkat sangat rasanya. Even kawan lama pun tak sempat nak jumpa hari tu...sobs
Around 1.30 petang, kami pun bergerak meninggalkan bumi Seremban. Sepanjang perjalanan unexpectedly aku tertidur. Lena pulak tu, haha. Bangun je tau-tau dah masuk gate UiTM.

So guys, itulah event pertama bagi Persatuan Pelajar-Pelajar Ehwal Asia Tenggara (SASea), Insya Allah pada awal Jun ni event kedua iaitu Pertandingan Mencipta Logo & Tema bagi Kepengerusian Malaysia ASEAN 2015 akan menyusul, dan yang terakhir sekali bagi menutup semester ini ialah pada bulan Julai iaitu lawatan akademik ke sebuah negara ASEAN. Godspeed SASea!

Kisah AKU n Dialog Hubungan Malaysia - Singapura & ASEAN Pt. 1

Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya sebuah event yang dianjurkan oleh Students Association of Southeast Asian Affairs di UiTM Kampus Seremban 3. Program yang berunsurkan dialog ini dihadiri oleh His Excellency Mr. Ong Keng Yong, Duta Besar Singapura ke Malaysia. Aku bercadang untuk split kan entri-entri untuk program ni sebab tak nak satu entri jadi terlalu padat dengan gambar. So, untuk entri yang first ni aku nak cerita pasal hari sebelum event tu.
Kami bertolak ke Seremban pada 15 Mei 2014, kira-kira pukul 6.30 petang.
Bersama Presiden SASea, Aiman.
Kami tiba di Kampus Seremban 3 dalam pukul 8 malam. First time beb aku jejak kaki aku kat FSPPP' flag campus ni..:-)
Bercahaya betul muka aku ni..haha
The boys yang naik bas, Mon dan Nik dah gerak awal petang. So, diorang dah sampai dulu.
Menginap di Kolej Bendahara Skudai. Uniknya kat kampus ni, semua bangunan ada nama yang special. Even, office polis bantuan pun ada nama tersendiri jugak..haha
Letak barang kat dalam bilik dulu. Serius mantap gila bilik kolej kat sini. Memang selesa jugaklah, mana taknya - lampu belajar ada kat each desk, tandas pulak dalam bilik, tempat sidai baju pun kat balkoni bilik je..:-)
Singgah minum malam dulu before memulakan tugas membuat persiapan dewan.
Persekitaran Kampus Seremban 3 ni memang cantik, siap ada tasik lagi kat tengah-tengah kampus, rasa macam dah kat Korea pulak..lol
Mengangkut sofa-sofa untuk VIP. Kat sini Unit Fasiliti ada sorang je staf..haha, kelakar betul.
Encik Mohiyuddin yang mengetuai persiapan tempat pada malam tersebut. Ni pensyarah ASEAN aku dulu..huu
Ni diaa..manusia yang bertanggungjawab untuk segala benda berkaitan multimedia dan teknikal untuk program ni..:-)
Tenaga wanita SASea yang memberi komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.
Malam tu aku buat audio and video check. Macam biasalah, kerja sejak zaman SMF lagi..haha
Kami habis setup dewan dalam pukul 2.30 pagi, letih beb, dengan laparnya lagi..huk
Habis je setup dewan, kami bersiap untuk dinner. Makan malam apa bendanya dah pukul 3 pagi? haha. Balik je terus tidur sebab esoknya nak kena bangun awal pagi, nak buat final AV check.

Nantikan entri kedua untuk Dialog Hubungan Malaysia - Singapura & ASEAN. Sebenarnya aku tak berapa nak sihat ni, badan tak berapa nak sedap..huk. So, mungkin lewat sikit kot aku update. Till then, take care!

Thursday, May 1, 2014

Kisah AKU n Media's Meeting

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian, semalam aku menghadiri sebuah lagi meeting bagi tujuan pertandingan mencipta logo dan tema yang bakal dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama SASea/FSPPP. Banyak kan meeting? huu, mestilah dah aku pun telah diberi amanah untuk menyelia urusan  publisiti dan informasi, dah tentunya kerja biro ni agak sibuk bagi awal-awal persediaan program.
Delegasi meeting kali ni disertai oleh aku sebagai Ketua Biro Informasi & Publisiti, Amirul Syafiq iaitu ad hoc untuk biro ni, dan juga our Project Manager - Safira. Wakil pensyarah ialah our club's adviser, Dato' Yusof Ahmad.
Kami berjaya mendapat appointment untuk mengadakan sesi temuramah bersama akhbar KOSMO! dan juga Utusan Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kepada Amirul Syafiq yang mendapatkan contact number bagi kedua-dua akhbar ni..
Didalam bilik mesyuarat KOSMO!. Cantik office kat sini, unlike office oil and gas yang agak cliche. Pejabat media memang agak santai dan kasual..:-)
Ditemuramah oleh wartawan media KOSMO! bagi tujuan rencana.
Menyertai sesi temuramah dengan memberi personal opinion dan justifikasi program kepada public, dan Malaysia khususnya.
Selesai sesi temuramah bersama KOSMO! ,kami pun menuju ke pejabat Utusan Malaysia yang berada dibangunan yang sama.
Menunggu wakil media from Utusan Malaysia. Kat sini pun cantik jugak office. Hari ni first time aku masuk balai berita. So, agak kagum jugak lah dengan environment kerja kat sini.
Amirul Syafiq or Mon yang mengikuti kedua-dua meeting bersama aku sejak semalam. A very good and committed person. :-)
Sempat lagi tengok bola kat TV..hehe. Lama jugak tunggu media rep tu tadi sebab beliau ada meeting. Alhamdulillah, kami melalui prosedur yang sama bagi temuramah disini dan hasilnya bagi aku sangat memberangsangkan - 
Bergambar kenangan before meninggalkan ibu pejabat KOSMO! dan Utusan Malaysia. Ribuan terima kasih saya ucapkan bagi pihak Kementerian Luar Negeri, UiTM, FSPPP dan juga SASea kepada Datuk Baharum Mahusin, dan juga En. Azman B. Annuar atas kerjasama yang diberikan.
Kami bergerak from Kuala Lumpur dalam pukul 5.30 petang dan tiba di Shah Alam kira-kira pukul 7.20 petang. Balik je rumah, terus bukak official site for this competition sebab seharian ni orang kementerian asyik call aku je sebab katanya ada problem dengan blog tu. Alhamdulillah, berjaya jugak aku fix kan tadi.

So, itu lah meeting ketiga aku pada minggu ni. Hari Jumaat ni bakal ada satu lagi internal meeting melibatkan kami dan juga Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah. Ok lah, nak prepare untuk pembentangan biro ni. Got to move fast now, take care semua!


Wednesday, April 30, 2014

Kisah AKU n Meeting Wisma Putra II

Assalamualaikum semua, penat weyh minggu ni. Bukan penat study, buat assignment. Tapi penat bermeeting je. Hari Isnin ada meeting dengan jawatankuasa perlaksana bagi pertandingan logo dan tema tu. Semalam pulak bermeeting buat kali kedua dengan Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra. Petang ni pulak dijadualkan bermesyuarat dengan KOSMO! kat Kuala Lumpur. Dan Jumaat pulak dengan Jawatankuasa Induk kat fakulti. Hari Khamis je free, itu pun rasanya nak ke Bayuemas untuk training bowls.
Serabut gila bapak kan bilik aku? Haha
Lepas kelas tadi, aku and beberapa orang rakan seperjuangan from SASea menuju ke Putrajaya. Dalam gambar ni namanya Amirul Syafiq, student BCA.
 
Yang tengah duduk tu namanya Nik Izzat, and yang termenung tu Aiman. Semuanya student BCA.
I'm a proud student of BAS dalam SASea ni. Dalam ni, aku dengan Joe je student BAS, lagi 15 semuanya BCA. :-)
 
Hari ni merupakan sejarah bagi aku. Ni lah first time aku buat presentation depan high ranking government's official from Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar Negeri. Presentation aku tadi tentang the competition's official site yang dibangunkan oleh aku sendiri, dan juga briefing tentang progress Biro Publisiti & Informasi.

Ni lah meeting paling lama aku pernah attend. Dari pukul 2.30 ke 7 petang. Meeting SMF pun takde lama cam ni..:-p 
Tapi semalam aku tak drive pun macam hari tu. Sebab kali ni naik kereta Mon. So dia sendiri lah yang drive..haha
Driver kami - Mon yang kekal ceria. Sedangkan esok dia kena ikut aku attend meeting lagi dengan KOSMO!
Ni dah macam orang baru lepas balik nite club, kelab dangdut dan sewaktu dengannya..:-p
Solat Maghrib di Masjid Besi, Putrajaya. Sesat jugak aku kat sini tadi sebab terpisah dengan budak-budak ni.
 
Singgah lepak kat salah satu jambatan yang feymes dekat Putrajaya ni before bertolak pulang ke Shah Alam.
Penat beb, serius penat gila minggu ni. Research pulak dah siap questionnaire tapi belum nak distribute lagi. Nasib baiklah praktikal report dah masuk Chapter 4 which is dalam keadaan selesa jugak. Presentation Captain Industry - Tan Sri Annuar Musa pun dah siap. Cuma Permodalan Nasional Berhad still pending sebab urusan dengan Kementerian ni, tapi rasanya boleh diusahakan hujung minggu ni.

Apa-apapun, wih me luck untuk my final semester ye kawan-kawan. Insya Allah aku akan graduate on time. Amin