Showing posts with label Travel - Melaka. Show all posts
Showing posts with label Travel - Melaka. Show all posts

Monday, November 2, 2015

Kisah AKU n Xpress Vacay - Day 2

Assalamualaikum,
Entri ni merupakan sambungan untuk diari Xpress Vacay aku di PD-Melaka. We had our breakfast sekitar jam 9 pagi. Nasi Lemak ni sedap betul lah, lagi-lagi ayam goreng tu. Dah macam rasa Ayam Barra pulak, owner sama kot..:-p
See, baru cakap jiwa bersama Selangor F.A semalam. Hari ni dah sarung jersi merah kuning kebanggaan anak Selangor kat tanah Melaka ni..huu
Pack Up! Check out around 11.30 PM. Thanks Sunsui Hotel for your hospitality, till we meet again in the future ya!
Strolling Banda Melaka. Patut lah bila tanya orang Melaka diorang bangga gila jadi anak negeri ni. Now I know why. Rapid development of infra & transportation, good cultural mix and proper tourism marketing. Semuanya almost perfect, if I were to choose negeri mana nak pindah after Selangor, I'll go for Melaka..:-)
Kena saman parking pulak, nasib baik bayar awal. Ada lah deduction sikit..:-)
Berjalan-jalan sekejap sekitar A'Famosa dan Kompleks Pengisytiharaan Kemerdekaan. Sempatlah snap some pictures. Beza gambar snap by me and snap by Afiq. Betul sangat 9Gag, haha. Eh mana Dolah?

Someone need to take care of the car. Karang kena saman lagi baru ada akal..huu. Lagipun dia yang volunteer..:-)
From Melaka kami menuju ke Port Dickson semula, these guys ada developing plan nak buat kat sini. First, melawat kawan Poli diorang yang baru je bersalin 2 minggu lepas and yang kedua, visiting their best friend, Piji kat Lukut. 
After tengok baby (takde gambar, segan lah..huu), kami ke Lukut and met with Piji (paling kiri). Dia ada kedai telco kat situ. Muda-muda dah jadi businessman. Bagus betul!
Had our lunch at Burger King. Seronok sembang dengan Piji ni, banyak benda boleh bawak bersembang. Teringat pulak kat kawan-kawan UiTM, apa lah cerita hidup diorang sekarang ni. Ingat minggu ni nak ke Shah Alam sekejap, kot lah ada budak-budak tu.
Lepas Asar, kami bergerak pulang meninggalkan Negeri Sembilan. Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan kami starting from Nilai ke Kuala Lumpur. Sejuk tak payah cerita lah dalam kereta tu, nasib baik dah beli stok siap-siap..:-)
Sampai Kuala Lumpur kira-kira 6 PM, singgah minum petang kat Brickfields sementara tunggu kakak Dolah sampai KL Sentral. Alang-alang je, so tak payah lah Dolah tu nak ulang alik nanti. Around 8 PM, we pick up her and bergerak pulang menuju ke Sungai Buaya and thus, concluded our 2 days of express vacation. Another mission accomplished!

Overall, memang terbaik eventhough still bertiga. Aku rasa kitorang bertiga memang ditakdirkan pergi bercuti tiga orang je kot..huu. An express retreat but a memorable ones.

P/S: Dah-dah, gua nak tidur ni. Ingatkan Jumaat lepas last day. Tak pasal-pasal kena bangun awal lagi..haha

Sunday, November 1, 2015

Kisah AKU n Xpress Vacay - Day 1

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak menaip sikit tentang aktiviti hujung minggu aku. Ceritanya bermula minggu lepas, aku and my Sungai Buaya Brotherhood lepak kat Afzal and we discuss tentang satu cadangan untuk go for a short trip ke Selatan. Since takde bantahan, kami pun decided untuk overnight kat Melaka.
Kami bergerak from Sungai Buaya around 12 PM dan sampai Port Dickson kira-kira pukul 3PM, heavy traffic dan some car accidents melambatkan perjalanan kami, with Afiq as our driver sepatutnya boleh sampai dalam 2 jam je..:-)
Sampai je kat bandar peranginan yang terkenal ni, destinasi kami yang pertama ialah Politeknik Premier Port Dickson. Sini lah tempat belajar dua orang kawan baik aku ni. These guys merupakan produk from Fakulti Akauntansi, graduated last year..:;-)
After that, sempat jugak melawat rumah sewa diorang dekat Taman Politeknik. Takde lah jauh mana sampai nak bawak motor, kereta segala bagai. Rumah sewa aku dengan kampus UiTM lagi jauh..haha
Singgah lunch kat kedai makan yang biasa diorang datang time study dulu. Surprisingly after a year, pakcik kedai ni still ingat lagi muka diorang. Memang regular customer dia kot..hii
Around 5 PM, kami menuju ke pantai. Berehat sekejap kat sini selama sejam sambil menikmati bayu laut petang yang betul-betul buatkan aku mengantuk. 
Destinasi seterusnya ialah aktiviti pilihan kami setiap bulan - it's karok time, peepss!
Aihh, tak kan baru setahun tak pergi dah lupa macam mana nak kontrol ni.
Siap ada disco lamp lagi tau. Macam club malam pulak..:-)
Tak tahu lah samada badan aku semakin mengembang or baju tu semakin mengecik. Dulu time beli kat Bro Jasril from Toon Army Malaysia takde lah ketat sampai nampak shape camtu, segan tau..:-p
Memang terbaik lah PD Idol ni. Lagu update, audio pun power and yang paling penting, harga memang reasonable..:-)
Lepas Isya, we made our way to Malacca dalam keadaan hujan lebat. And luckily we have our top driver, Afiq yang steady walaupun keadaan jalan agak licin. Kalau aku yang drive konfirm dua kali ganda masa dia..haha
Sampai je Melaka, first thing yang kitorang buat ialah cari tempat bermalam. Kalau ikut plan haritu kata nak tidur dalam kereta, but kesian pulak tengok kawan penat drive. So, why not kalau aku spend some money kan? 
With RM 100 per night, kami dapat bilik 2 katil, with aircond, heater, tv dan peti ais kecik. Okay lah, since bajet asal aku pun RM 150 untuk bilik..:-)
Tengok JDT versus Istiklol, tahniah beb menang AFC Cup. Memang power betul JDT tahun ni. But apa-apapun, Selangor F.A tetap dihati.
Singgah dinner kat Dataran Pahlawan. Orang kata sampai Melaka try lah Asam Pedas, tapi yang kitorang makan semua masakan Thai..haha.
After dinner, kami berjalan-jalan kat Uptown Melaka. Takde beli apa pun, gaji tak masuk lagi. Cibai betul, orang lain dah masuk gaji. Aku belum lagi..:-(
Tapi beli jugak satu dua souvenir..huu. Aku tak tau betul ke tak, correct me if I'm wrong. Awek-awek kat Melaka ni memang tak pernah habis ke? Since first aku datang uptown ni tahun 2011, sampai lah sekarang. Bersepah-sepah Malaccan's Chicks kat sini..hehe
Supper kat Mamak around 2 AM. Ni lah punca obesiti rakyat Malaysia, makan benda-benda camni lewat malam..huu
Tengok TV before tidur. Sory lah kalau gambar ni tak menepati kesucian blog ni, viewer discretion advised..:-p

So, itu lah entri hari pertama untuk my express vacation with my trusted friends kat PD-Melaka ni,stay tune for the second entry okay!

Friday, September 9, 2011

Kisah AKU n A Day at Melaka

Surprise!! aku masih berada kat Melaka ni, sepatutnya aku dijadualkan pulang ke Sg.Buaya hari ni tapi tak tau lah sebab apa ayah aku extend sehari.Hari ni aku bersama ayah dan emak mengambil keputusan berjalan dan bersiar di Bandar Melaka, mengunjungi tempat bersejarah yang semestinya menjadi santapan pelancong yang datang ke Melaka. Target aku : Fortaleza A' Famosa, Stadhuys, Flor De La Mar, Muzium TLDM, Menara Taming Sari, St. Paul Hill..shopping attraction pulak sekitar Dataran Pahlawan Melaka Megamall and Mahkota Parade, maybe TESCO and AEON JUSCO Melaka sekali. Note that, oleh sebab terlupa membawa kamera digital, nokia c3 aku menjadi mangsa hari ni..

Fokker, sangat klasik mengingatkan aku dengan De Haviland Mosquiti, kapalterbang pengebom British yang menghancurkan Dresden.

Keretapi lokomotif, nostalgia betul kaler nya.

Mendaki Bukit St.Paul dan melawat gereja diatas itu.

Apakah maksud Inskripsi diatas batu ini??

Fortaleza A'Famosa from St. Paul Hill, err..pintu belakang je tinggal..ni semua kerja British yang jealous itupun nasib baik Sir Stamfford Raffles yang menghalang a total destruction of the Dutch and Portugese architecture and heritage kat Melaka.

Napoleon Bonaparte memulakan kerjayanya sebagai pegawai didalam artillery unit didalam Siege of Toulon, adakah aku boleh mengikut jejak langkahnya??

Dapat mengambil 1/4 saja kerana pelancong Cina and Taiwan membuat sesi fotografi tak rasmi disitu.

Police vehicles zaman dulu-dulu.

Keletihan, mari berehat dan membeli-belah "sekejap" kat Dataran Pahlawan Megamall

Parents yang terpaksa mengikut aku, paling kesian kat ayah yang bersusah payah mendaki St.Paul Hill.

Next - Flor De La Mar, kapal Portugis - flagship of Portugese Viceroy Alfonso De Alburque

Inilah En. Alfonso..say hello to him.

Hai encik, lawa jambang..

Bersama Laksamana Melaka, Hang Tuah
Hang Tuah: Takkan Melayu Hilang DiDunia
Aku: Akan hamba pegang kata-kata mu itu wahai Tuan Laksamana.
Hang Tuah: Kamu ni Melayu ke, dari mana?? kenapakah tuan hamba berpakaian sebegini??
Aku: Wahai Tuan Laksamana, hamba orang Melayu.. Artikel 153 and 160, hamba ada mempelajarinya..err, time machine ni..kbai

Set Sail - we're leaving!!

Di Muzium TLDM, bila kakiku melangkah, sangat sedih - kosong. Sambil-sambil tu ternampak pelancong dari dalam negara yang menuju kearah Mahkota Parade. Dimanakah letaknya harga khazanah dan sejarah negara yang hanya dipamerkan tapi tidak dikenang dan dihargai oleh generasi Malaysia yang hanya tahu mementingkan hiburan. Baru-baru ni dapat tahu yang akan ada subjek Sejarah kat UiTM. Syabas ayahanda Prof Sahol.

WASP, helikopter pertama yang berkhidmat untuk TLDM.

Diatas kapal TLDM, probably her front turret gun.

Bofor 40 mm, yang pertama kali aku mengenali senjata ni ketika Form 3 waktu membuat novel USS Enterprise.

Mencuba platform tertutup berputar di Menara Taming Sari, difahamkan menara ni tingginya 110 meter..

Parents aku yang sudah letih agaknya..mak takut tinggi, tapi hari ni rilek je..

Birdview, cantik jugak Bandar Melaka ni, patutlah si Hana tu tak mau pergi Shah Alam.

Gambar yang krew Taming Sari snap sebelum naik, to Faris and Darina, kau orang adee??

and finally pergi merayau di sekitar penempatan Belanda (Dutch Settlement)..penat dah..

Sebelum balik hotel, kami bertiga singgah TESCO Melaka jap, aku nak cari kiosk aiskrim homemade yang kawan dok gebang kat facebook, and unexpectedly - aku terjumpa and beli sebijik..hu3x

In conclusion, most of the objective was achieved except Mahkota Parade (diorang dah tak larat, so..aku tak nak paksa), but aku enjoy..dalam satu hari ini aku dapat meluangkan masa bersama ibubapa aku disamping berjaya recall pengalaman aku melawat Melaka beberapa tahun lepas..Walaupun kedatangan aku kat Melaka ni bukan untuk bercuti tapi apa salahnya melawat - sambil menyelam minum air..ye dopp??