Saturday, April 25, 2026
Kisah AKU n Top Talent Graduation Ceremony 2026
Kisah AKU n Kak Amy's Open House @ Ulu Yam 2026
Assalamualaikum,
Cerita minggu lepas sebenarnya, aku sempat meluangkan masa menghadiri jemputan open house Kak Amy, ex-colleague di Quatriz.
Dalam jam 12.30, aku dah bergerak menuju ke Ulu Yam. Sampai shortly after azan Zohor kat sana. Elok je park tengok brader ni dah sampai. Haha
Unlike 3 tahun lepas, tahun ni aku tak pergi sorang tapi bawak sekali wife and the kids.
Sampai je memang terus makan juadah yang disediakan oleh Kak Amy. Ada nasi ayam, mi sup, mi kari dan juga aneka kek dan kuih.
Sempatlah berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Macam si Ridzuan, dah tiga orang anak bhai! Lawan tokey ni. Haha
Memang tak breakfast pagi tu since nak clearkan perut untuk open house ni. Huhu
Sempat lagi tengok koleksi kucing-kucing gebu Kak Amy ni. Ada lima ekor kesemuanya. Tu Fariq excited kata gemuk gila kucing ni. Haha
Amik gambar dulu sebagai tanda kenangan.
Geng Quatriz (actually ramai lagi yang datang, tapi sebab tak related dengan zaman aku - so letak gambar ni je) - dalam gambar ni: dua orang dah resigned, dua orang je lagi yang masih setia. Aku resigned Mac 2020, while Afiq exactly 2 years after me - Mac 2022.
Sesi photoshoot beramai-ramai, before sambung mengopi.
Dalam jam 3.30 petang, kami semua bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Itu sahaja cerita petang ni. Okay nak update satu lagi entri ni. Stay tuned.
P/S: Newcastle lawan Arsenal malam ni. Yang bagusnya - no expectation. Kalah ke, menang ke. I don't care. Haha
Saturday, April 18, 2026
Kisah AKU n TNG Syawal Celebration 2026
Assalamualaikum,
Sementara tengok Newcastle lawan Bournemouth ni, rasa nak menaip satu entry berkenaan Syawal 2026 iaitu sambutan Aidilfitri anjuran TNGSB Yang berlangsung pada 16 April yang lepas, bersama an 27 Syawal
Dalam jam 12pm, sesi Raya dimulakan dengan buffet kepada staff yang bertugas di Level 6 ni terdiri daripada B&G, HR dan Audit. Untuk main buffet macam dalam gambar ni memang provided by the company.
Sunday, April 12, 2026
Kisah AKU n TNG Promotion Celebration Day 2026 @ CCEC
Assalamualaikum,
Malam ni suka aku nak share satu event berkenaan dengan career milestone aku di TNG ni.
Semalam 11 April merupakan TNG Promotion & Recognition Day, satu event untuk meraikan staf-staf yang promoted for FY2025 performance, dan aku salah sorang daripada penerima anugerah ini. Since event ni semi-formal, aku modestly wear brown shirt paired with dark blazer with of course, that James Brooke-pin. Huhu
Event berlangsung di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), sebuah venue yang terletak berhadapan office kami di Bangsar South.
Ada max 2 people yang kita boleh bawa, dan for this time, I brought my wife. Hari tu ada tanya dia on tak nak join since ada kelas online, aku pun takdelah nak paksa since alternatively ada plan nak bawak mak ayah jugak. But a week before majlis, katanya kelas boleh missed tapi moment macam ni tak boleh miss. Huhu. Ye lah tu, cakap lah missed class boleh tengok recording. Haha
Makan dulu. Time ni ada doubt sikit, tengok beberapa promotee lain tengah rehearse speech, ada yang baca dekat phones. Aku pulak memang tak sempat nak prepare since ingat nak spontan je. Tu yang tak lalu nak makan. Haha
Sekitar jam 2 petang, majlis berlangsung dengan ucaptama from CEO TNG, Mr Praba dan later bersambung dengan upacara penyampaian plak penghargaan kepada staf-staf yang terlibat, dimulakan dengan Technology Division yang mempunyai seramai 8 promoted staf. Kemudiannya, bersambung dengan B&G Division, dengan 2 promoted staf termasuklah aku...:-)
Untuk B&G, aku merupakan penerima yang pertama. Ni time remarks from my direct superior, Mr Mugilan untuk performance dan contribution aku kepada TNG, khususnya kepada Parking business. Sorry gambar potato since screenshot from video. nanti ada gambar proper aku tepek sini.
Bergambar bersama the bosses - our CCO, Mr Jason dan juga Mr Mugilan.
Diberi masa seminit dua untuk berucap. As promised, it's purely spontaneous. Tapi main point still delivered - acknowledgement to the Management, bosses, colleagues and most importantly kepada keluarga dan to wife for all the support.
Yup, that's all the hard work, late night etc. FYI, ni merupakan promotion aku yang kedua sepanjang berkhidmat di TNG. 2023 - promoted from Senior Executive to Assistant Manager, and now 2026, ascended to Manager. Still can't forgive company lama aku, four years of service with no promotion despite all the achievement. Pfft.
Majlis bersambung dengan other division - Finance (4), Operation (5), BMMC (2) and HR (4). Dalam jam 4 petang, sesi penghargaan concluded with one last photos of the promotee together with TMC and direct superior.
The trophy belongs to my wife too untuk her support sepanjang aku bekerja kat TNG ni. Huhu
Kat luar ada photobooth, so memang tak lepaskan peluang bergambar dengan orang-orang penting yang contribute untuk kejayaan ini. Yang pertama sekali, of course to my beloved beautiful wife, that anchoring me during all the difficult time - keep things balance at home during my absence dan all the late nights.
Of course, aku tak lepaskan peluang bergambar bersama the CCO, Mr Jason and Director - Parking & Transit, Mr Mugilan of which their guidelines contribute a lot to my performance.
Sempat bergambar dengan the other promotee from B&G, Hooi Yin from Sales Ops.
Last but not least, with our visionary CEO, Mr Praba that helm the company during tough time of post-Covid era, and later the stability era and now - an aggressive TNG.
Posing sikit. Haha
Sambung makan since event habis jam 5pm. Kali ni baru boleh makan. Haha. Dah tak nervous sangat.
Dalam jam 5.15pm, we left the hall. Sempat berjalan dekat dalam Nexus ni, nak cari Latte sebenarnya. Bukan selalu berdating dengan wife berdua. Thanks to my sister-in-law, Hafsah yang datang from Damansara to take care of the kids.
So that’s the wrap for a fairly long entry.
Accomplished? Of course.
Looking forward to a better 2026 for TNG.
TerusJe!!
Monday, April 6, 2026
Kisah AKU n Photoshoot Syawal 2026
Assalamualaikum,
Sambungan entri yang lepas, hari yang sama kami sekeluarga berkumpul semula untuk event wajib Syawal, iaitu sesi bergambar berserta sambutan hari lahir buat yang berkenaan.
Majlis kami bermula selepas solat Isyak, aku sampai rumah ayah dalam jam 9 malam. Macam biasa kami bermula dengan sesi photoshoot Raya untuk kenangan bersama. Ni time tunggu bro Syazwan setup camera untuk dapatkan angle terbaik.
Okay camera dah ready, let's berphotoshoot!
Mak ayah bersama family Along. Mau pulak si Mikail tu amik gambar, kalau tak memang payah benar nak dapat gambar yang tak bergerak. Huhu
Mak ayah bersama family aku.
Adik bongsu, Faris bergambar dengan mak ayah.
Tn Gani's Family.
Mak dan ayah bersama menantu.
Haha, tang nak amik gambar dengan cucu yang payah. Macam-macam ragam nak handle.
Gambar keluarga kecil aku. So far takde plan nak expand since wife pun tengah dalam her final year PLK kat Segi University. Lepas tu baru kita fikir nak tambah or not..:-)
Gambar family Along yang memang takde plan nak menambah lagi..:-p
Gambar kenangan beramai-ramai to conclude our photoshoot session.
Sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan ayah bersama mak, disusuli dengan anak-anak serta menantu dan terakhir sekali, cucu-cucu. Cucu pun kena minta maaf jugak. Haha
Now we go to sesi pemberian duit raya untuk yang berkenaan. Acik Faris nak bagi duit raya tu Fariq. Jangan malu-malu pulak.
Dikesempatan ni kami juga menyambut hari lahir beberapa ahli keluarga yang lahir dalam bulan Mac dan April. Semua dalam gambar ni with exception to Fariq dan Mikail, lahir dalam bulan Mac-April. Kira dekat-dekat lah ni.
Potong kuehnya, potong kuehnya~ Haha
Enjoy betul birthday girl kita ni. Okay, dah settle. Now what?
Menutupi sambutan Raya kami tahun ni, ada makan-makanlah sikit. Ada lemang bersama rendang daging. Ada jugak Mi Kari berserta aneka kuih raya untuk menyerikan lagi malam kami.
Jemput makan.
Malam tu aku tak tengok benda lain. Memang melantak lemang je. Huhu
Macam biasalah sambil makan tu ada menyembang sikit pasal kerja, dan juga life. Maklumlah bukan selalu jumpa diorang ni, sekali sekala elok jugak nak tau progres hidup ahli keluarga yang lain.
Diorang berdua ni memang rapat dengan Bro Faris. Kalau datang rumah ayah - ada dua benda yang budak dua orang ni cari. Peti ais mak, dan bilik Acu Faris. Haha
Bateri ayah pun dah running low. Haha. Sekitar jam 12 malam, sambutan Hari Raya kami adjourned dan mula bersurai. Tahun ni takde bunga api + mercun, stok dah habis.
Itu je lah cerita untuk Syawal ke-lima belas aku. Semoga berjumpa lagi dilain entri.
P/S: Tahun ni rasanya memang takde company yang buat open house, satu invitation pun tak dapat lagi. Perang tengah hangat kat Asia Barat tu. Kalau buat pun rasanya internal je.







































































