Assalamualaikum,
Cerita minggu lepas sebenarnya, aku sempat meluangkan masa menghadiri jemputan open house Kak Amy, ex-colleague di Quatriz.
Dalam jam 12.30, aku dah bergerak menuju ke Ulu Yam. Sampai shortly after azan Zohor kat sana. Elok je park tengok brader ni dah sampai. Haha
Unlike 3 tahun lepas, tahun ni aku tak pergi sorang tapi bawak sekali wife and the kids.
Sampai je memang terus makan juadah yang disediakan oleh Kak Amy. Ada nasi ayam, mi sup, mi kari dan juga aneka kek dan kuih.
Sempatlah berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Macam si Ridzuan, dah tiga orang anak bhai! Lawan tokey ni. Haha
Memang tak breakfast pagi tu since nak clearkan perut untuk open house ni. Huhu
Sempat lagi tengok koleksi kucing-kucing gebu Kak Amy ni. Ada lima ekor kesemuanya. Tu Fariq excited kata gemuk gila kucing ni. Haha
Amik gambar dulu sebagai tanda kenangan.
Geng Quatriz (actually ramai lagi yang datang, tapi sebab tak related dengan zaman aku - so letak gambar ni je) - dalam gambar ni: dua orang dah resigned, dua orang je lagi yang masih setia. Aku resigned Mac 2020, while Afiq exactly 2 years after me - Mac 2022.
Sesi photoshoot beramai-ramai, before sambung mengopi.
Dalam jam 3.30 petang, kami semua bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Itu sahaja cerita petang ni. Okay nak update satu lagi entri ni. Stay tuned.
P/S: Newcastle lawan Arsenal malam ni. Yang bagusnya - no expectation. Kalah ke, menang ke. I don't care. Haha










No comments:
Post a Comment