Showing posts with label Topik. Show all posts
Showing posts with label Topik. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Kisah AKU n Time Capsule Malaysia

Assalamualaikum,
Siapa kat sini suka layan History Channel kat Astro? Ada? Takde? Jawapannya memang most of korang takde pun yang enjoy watching this channel kan sebab, history? pffttt..like seriously ada yang layan. Yelah, memang fakta pun. Tanya lah budak-budak sekolah. Memang most of them tak suka subjek sejarah ni, jawapan cliche - ngantuk katanya. Please la weyh, matematik lagi macam shit as hell..haha
Okay lah, berbalik ke tajuk entri hari ni - Time Capsule Malaysia. Yeah! aku tak pernah ketinggalan lagi walau satu episod pun untuk show yang ditayangkan kat History Channel ni. Segmen yang dihoskan oleh Razif Hashim ni sememangnya bagi aku merupakan sebuah rancangan yang bagus untuk kita, rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali perjalanan sebuah negara yang bernama Malaysia ni.

Unlike dokumentari yang biasa kita tengok kat tv yang berkaitan dengan hero negara, isu penting dan sebagainya. Time Capsule Malaysia memaparkan hidden facts dan juga gaya hidup baik dari segi sukan, muzik, filem, sosial, kesihatan dan banyak lagi. Seriously, memang best sangat bila tengok klip-klip video yang ditayangkan melalui courtesy from FINAS. Bayangkan, family aku yang tak berapa ngam dengan sejarah pun boleh join tengok jugak. Maybe sebab mak ayah aku pun boleh mengimbau balik kehidupan zaman awal kelahiran Malaysia ni.
Essence didalam segmen ni ialah melihat kembali bagaimana kehidupan era pra dan pasca kemerdekaan dahulu memberi impak kepada kehidupan kita yang sekarang ni. The best part dalam segmen ni ialah bila host, Razif Hashim berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat jawapan dan reaksi fellow Malaysians dan juga foreigners tentang topik yang dibawa. Memang bermacam-macam lah jawapannya. Sebagai contoh dalam episod tadi, bila ditanya tentang Hang Tuah. Ada yang kata Perdana Menteri Melaka beb! haha
Obviously, sebagai pencinta sejarah. Aku sangat enjoy watching this kind of segment. Menambah ilmu dengan melihat sejauh mana perkembangan negara kita yang tercinta ni. Secondly, of course ianya menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri aku. Simply by watching how far our beloved Malaysia pushed through the era of depression, emergency, and many more - it's really proud for me to say - I'm Malaysian. Nostalgia Malaysia ini patut ditayangkan kepada generasi muda agar mereka lebih mengetahui dan menghargai the humble beginning of our country. Korang yang terbaca ni pun patut try tengok jugak. Tak rugi pun, satu jam je setiap hari Ahad - start pukul 9 sampai 10 malam..:-)

Baiklah, itu je aku nak cerita dalam entri hari ni. Tiba-tiba pulak terpanggil untuk promote Time Capsule Malaysia ni. Bukan apa, nak membantu usaha kerajaan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan my fellow Malaysians ni. Takut lah, bila negara dah terlampau dipacu dengan kemajuan sains dan teknologi, sejarah negara sendiri pun diabaikan. Kita tak nak lah jadi macam tu. Better we keep it balance, dimana kemajuan sains dan teknologi itu diapit dengan kesedaran jitu terhadap sejarah negara kita ni supaya kestabilan demokrasi, keutuhan institusi diraja dan juga kesucian Islam dinegara kita ini dapat dipertahankan.

p/s: Gambar ihsan Google

Tuesday, August 5, 2014

Kisah AKU n Filem Sejarah Malaysia?

Assalamualaikum,

Filem-filem kat Malaysia sekarang ni penuh dengan lambakan plot cerita berkaitan hantu, rempit, gangster, bohsia dan banyak lagi genre-genre cliché yang biasa kita dipertontonkan di panggung wayang. Walaupun ada cerita-cerita jenis ni yang aku suka tengok terutamanya yang diarahkan oleh Mamat Khalid, but pada pandangan aku – industry perfileman Malaysia still lacking of cerita-cerita yang memaparkan sejarah negara kita yang tercinta ni – sejarah itu tak semestinya datang dari bentuk perjuangan kemerdekaan Malaysia ni, tapi banyak lagi. So, dalam entri ni lah aku nak kupas some of the potential idea yang mungkin boleh diceduk oleh pengarah-pengarah filem kat Malaysia ni.
Filem Leftenan Adnan bagi aku merupakan sebuah filem epik tentang sejarah negara kita dan it would always be kalau takde pengarah-pengarah yang sekarang ni dapat menandingi keepikan filem tu. So, the remake for this film rasanya mesti boleh hit, cuba bayangkan kalau jalan cerita Leftenan Adnan ni ditambah dengan elemen CGI dan juga sound yang lagi mantap – perghh, rasanya, memang aku orang pertama yang pergi panggung nak tengok..huu
Maybe kalau tak nak buat remake pun, boleh try buat research lagi tentang sejarah negara kita – mungkin filem berkisar saat-saat kejatuhan Empayar Melaka, ataupun filem penuh aksi sebagai contoh Misi Pasukan Pengaman Malaysia yang berperang dibawah payung UN ketika Somalian Conflict – dengar-dengarnya KRU Studio tengah buat filem pasal Pertempuran Mogadishu yang melibatkan ATM, ala-ala filem Black Hawk Down gitu..huu.
The next idea juga fokusnya terarah ke sejarah negara kita – tapi cumanya ia tak melibatkan aksi konflik ataupun peperangan. Korang pernah dengar The Dawn Raid? Yes, cuba klik link ni kalau nak tau lagi. Okay lah, briefly The Dawn Raid ni mengisarkan 4 orang tokoh terkemuka Malaysia yang bertungkus lumus berjuang untuk mengembalikan aset-aset syarikat United Kingdom iaitu Sime Darby, Harison & Crossfield dan juga Guthrie kepada Malaysia. The Dawn Raid merupakan salah satu contoh klasik didalam strategic management, notably for corporate world, dimana ketiga-tiga syarikat ni diambil alih tak sampai sehari pun dan its remains the finest hour of Malaysia but sadly, tak ramai golongan belia yang mengetahui cerita disebalik kejayaan gilang gemilang ni. So, adalah lebih baiknya kalau sebuah filem dibuat bagi memperingati jasa-jasa tokoh yang terlibat didalam “Serangan Subuh” ini.
Tragedi MH17 mungkin boleh difilemkan, sama seperti apa yang dihasilkan oleh Shuhaimi Baba didalam Tanda Putera bagi mengenang tragedi 13 Mei, or Jins Shamsuddin untuk Tragedi Bukit Kepong. Filem berkaitan tragedi-tragedi yang menimpa negara sememangnya boleh meningkatkan semangat patriotism dinegara kita ni.


Jadi itulah diantara some of potential idea untuk filem-filem berdasarkan sejarah negara kita yang boleh difilemkan. Tapi rasanya, kebanyakkan pengarah mungkin mengambil jalan selamat dengan tidak mengarahkan filem-filem macam ni disebabkan faktor penerimaan rakyat dinegara kita ni. Ya, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia masih berada ditahap yang lemah, simply dapat dilihat apabila kutipan filem-filem berkaitan dengan sejarah agak rendah berbanding filem-filem genre gangster, seram etc. Macam mana nilai patriotisme nak tinggi, kalau tak nak cuba pun layan cerita-cerita sejarah ni, betul tak?

p/s: Semua gambar atas ihsan Google.

Sunday, August 4, 2013

Kisah AKU n Sistem Panggilan Suami Isteri

Assalamualaikum semua, hari ni suka aku nak kupas tentang satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan dalam rumah tangga. Rumah tangga? Kau dah kahwin ke bro? haha, belum lagilah. Petang tadi aku ada baca buku yang bertajuk "Melayu Bandar" karangan Han Xiao@Indah. Seorang graduan dari Universiti Beijing didalam Jurusan Bahasa Melayu. Dan aku terjumpalah topik ni.

Baiklah, topik yang aku nak kongsi ni ialah sistem panggilan antara suami isteri dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar. Sistem panggilan keluarga merupakan lambang warisan masyarakat dan memberikan sedikit gambaran tentang nilai-nilai sesuatu komuniti atau sesebuah keluarga itu.

Berikut merupakan statistik panggilan isteri kepada suami:

Panggilan - Responden

  1. Abang/Bang - 34
  2. Sayang/Yang - 8
  3. Sweetie/Honey - 1
  4. Awak - 3
  5. Singkatan Nama - 1
  6. Bapaknya - 0
Panggilan abang/bang masih menjadi panggilan yang paling umum kerana ianya kedengaran lebih hormat. Ni pulak statistik panggilan suami kepada isteri:


Panggilan - Responden

  1. Adik/Dik - 1
  2. Sayang/Yang - 13
  3. Sweetie/Honey - 1
  4. Awak - 4
  5. Singkatan Nama - 26
  6. Maknya - 2
Panggilan "singkatan nama" menjadi pilihan suami kepada isteri. Panggilan "sayang/yang" mendapat tempat kedua dalam pilihan suami kerana kaum wanita lebih suka untuk dimanja..:-) "Sweetie/Honey" didapati kerap digunakan oleh pasangan Melayu berpendidikan tinggi khususnya pasangan yang mendapat pendidikan dan pengaruh dari Barat. "Awak" pun jarang diguna sebab kurang romantik. (Han Xiao, 2010)

So, kome prefer yang mana?

Saturday, July 13, 2013

Kisah AKU & Smartphone

Assalamulaikum semua, macam mana puasa. Ok ke setakat ni? Alhamdulillah dihari keempat Ramadhan ni aku masih diberi tenaga yang cukup untuk menjalankan ibadah puasa, terawih pun so far masih mampu ke Surau Al-Mustaqimah tu, walaupun buat lapan..huu
Ok lah, entri hari ni simple je. Well, seperti yang korang tau, kita hidup didunia penuh globalisasi dimana smartphone adalah sesuatu teknologi yang dicipta bagi memudahkan kita berhubung. Kalau dulu, kita hanya bergantung dengan messaging dan juga calling..tapi kini, kita ada aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, Viber dan macam-macam lagi - dan ianya boleh didapati di smartphone-smartphone yang canggih sahaja. Disokong oleh Mobile OS seperti Android, Windows Phone, ianya membolehkan pengguna smartphone untuk mendapat akses sempurna untuk aplikasi-aplikasi macam yang aku cakap kat atas tadi.
Aku pulak tau lah pasal benda-benda ni tapi tak pakai pun smartphone alaf baru macam Galaxy S4, Lumia dan sebagainya. Well, for your information, mobile phone yang aku pakai selama ni ialah Nokia C3-001, takde sokongan Android, mahupun Windows Phone. Akan tetapi C3 tetap diklasifikasikan sebagai smartphone, sebabnya menurut AT&T, apa-apa mobile devices yang ada sokongan wifi, dan 2G keatas adalah "smartphones" , bukannya henset tu pakai tie, baju kemeja mahupun seluar slack tau..huu

Ada seorang kaawan aku ada menyuarakan (huu..baku gila ayat) pendapat dia dan mencadangkan aku untuk pakai smartphone yang lagi canggih, kawan-kawan aku pun ada jugak suggest tapi tu lah. Memang banyak advantage - macam dapat save kredit kan bila connect dengan Whatsapp dll, plus, orang zaman sekarang pun lagi prefer aplikasi macam tu bila nak berhubung, so tertinggal lah aku..
Tapi, berat rasanya nak tukar, plus aku pun dah berjanji dengan diri aku dan juga C3 ni untuk menggunakan servis dia sampailah aku tamat Semester 6, sebabnya Nokia C3 ni lah yang bersama aku sejak dari awal aku masuk Part 1 dulu. In addition, aku dah gunakan khidmatnya since bulan 6, 2011 - maknanya dah 2 tahun setengah. Refer link ni dimana aku beli waktu dapat gaji pertama aku kat Onyx.

So, itu lah satu-satunya reasons aku. Even time cuti ni aku akan buat attachment dengan Onyx pun aku tak kan consider gaji tu untuk beli smartphoone baru.

Saturday, November 12, 2011

Kisah AKU n How To Success in History Paper

Sejarah - subjek fevret dari kecik sampai mati. Kenapa baru sekarang aku nak menulis pasal subjek ni - sebab baru-baru ni ada budak SPM yang tanya kat aku, penting tak subjek Sejarah ni kalau nak sambung Law and macam mana nak berjaya dalam subjek ni.

Untuk menjawab pertanyaan pertama - Sejarah dan Undang-Undang. Tak dinafikan untuk berjaya dalam law paper, pembacaan penuh teliti mesti ada pada setiap inci pelajar tu. You must be able to read a number of cases and statutes to the fullest, bukan sahaja baca, but faham dan tahu aplikasi ia. So, pelajar yang suka belajar Sejarah. score kat paper ni - aku assume sebagai seorang yang suka membaca and actually, it's just like a bonus for them. Pasal ada je kawan aku yang dapat B+ for SPM dapat masuk law.

Soalan yang kedua, how to success in this paper? (Dari pengalaman sendiri)

Basically, pembacaan membuta tuli tak cukup. First, dapatkan minat. Identify your interest in history - Let say you all sangat suka belajar pasal Empayar Rom, so - jangan sia-siakan minat tu - terus baca dan kaji dengan lebih mendalam. Percayalah, sejarah ni kalau dikupas lagi dalam akan bawa dua possibilities - either it fun or deadly.

Second - cuba letakkan diri korang dalam situasi. For example, zaman Empayar Rom lagi sekali. Dalam Form 4, tak silap aku kita didedahkan dengan a various of sistem pemerintahan didalam Tamadun Rom. They adopted oligarki, republik, diktatorship, empayar and monarki, right? So, sebagai contoh republik, masukkan diri anda sebagai seorang konsul didalam Senat Rom dan cuba berdialog dengan Caesar. Cubalah, serius korang akan lebih faham..cuba untuk berdialog dengan buku, sebab itu aku cadangkan beli buku sejarah berbentuk komik.

Third - debat. Ada yang korang tak puas hati pasal sejarah, komen je jangan biarkan ia didalam hati. Contoh, dulu aku tak sokong Cobbold Commission (referendum untuk melihat komen penduduk tentang penubuhan Malaysia) atas alasan jika penduduk Sabah dan Sarawak masuk kedalam gagasan Persekutuan Malaysia, banyak dana dari negeri Semenanjung akan dikeluarkan untuk cover area yang luas disana. But, buku lawan balik - and they say dengan pencantuman Sabah and Sarawak - kita akan dapat sumber hasil hutan dan petroleum disamping tenaga kerja..See, from that, automatik kita akan jadi lebih faham.

Fourth - selalu keep in touch with cikgu sejarah korang. Tanya dia jika tak faham, dulu aku ada satu tabiat yang kawan and family aku tak suka and aku pun realized ianya tak bagi faedah pun. Apa benda tu Farid? Kat sekolah, aku selalu tanya cikgu aku soalan merepek, yang takde kaitan dengan silibus pun, actually that's the bad point - nak tunjuk power. Jangan macam ni ye kawan-kawan, tak baik tau. Contoh soalan - "Cikgu, Nelson Column kat Trafalgar Square tu dibina untuk memperingati Admiral Horatio Nelson dalam Battle of Trafalgar kan??" Sebenarnya aku dah tau pun jawapan dia - kejam gilee kan perangai...

Finally, take action. Huh? Apakah? Maksud aku, tips yang aku bagi ni make sure korang buatlah jangan dok nganga je - bukannya ilmu tu masuk ikut mulut pun..

In conclusion, kalau tak mau jadi jugak rebus je la buku tu buat minum, nak sedap lagi tambah cappucino sikit.

Monday, August 1, 2011

Kisah AKU, Croissant, Cappucino n Bagel

Legasi Battle Of Vienna

Bulan puasa ni - best jugak cerita pasal makanan..betul tak??

Korang suka makan benda kat atas ni?? Ini namanya croissant - selalu dianggap makanan warisan Perancis but actually resepi kulinari ini tercipta kesan daripada Pengepungan Vienna diantara Empayar Turki Uthmaniyah against Holy League pada 11 September 1693.

Difahamkan tentera Turki telah dihentam teruk sehingga terpaksa membatalkan kepungan mereka keatas Vienna. Untuk memperingati kemenangan mereka, tentera daripada Holy League mencipta satu makanan berbentuk seperti crescent (bulan sabit) yang menjadi lambang pada bendera dan panji tentera Islam Uthmaniyah. Crescent :Croissant, sama tak??

Pastri ini diperkenalkan oleh Marie Antoinette di Perancis pada tahun 1770 yang membuat orang ramai percaya yang ia sebenarnya dicipta di France.

Ni lagi satu lagenda kulinari hasil daripada pertempuran ini. Macam donat tapi tak, it's bagel. Ideanya ialah stirupp (pelana kuda - tempat letak kaki yang bentuk seperti cincin). Ianya dicipta untuk memperingati pengorbanan the Polish Hussar (tentera berkuda) yang menyerang tentera Uthmaniyah sekaligus menghancurkan harapan mereka menguasai Vienna.

Anda suka minum benda diatas ni - this is cappucino. Ini jugak satu legasi daripada pengepungan Vienna. Tentera Turki dengan tergesa-gesa meninggalkan Vienna sehingga meninggalkan banyak stok kopi. Pihak Holy League merampas stok-stok ini, difahamkan Franciszek Jerzy Kulczycki membuka coffehouse yang ketiga di Europe dan pertama di Vienna menggunakan stok rampasan ini. Mengikut lagenda, beliau mencampurkan serbuk kopi yang pahit itu dengan susu dan madu untuk menambah baik rasa kopi itu - dan, terjadilah cappucino yang menjadi kegemaran ramai.

So, itulah sejarah kulinari yang tercipta hanya didalam satu pengepungan yang lama - waktu Zaman Pendudukan Jepun kat Tanah Melayu pun banyak jugak benda baru dicipta kan - most notably selipar jepun

p/s: gambar-gambar atas ihsan akak wikipedia.

Tuesday, July 19, 2011

Kisah AKU n Topik : Kenapa Naik Bas?

Well, seperti yang korang semua sudah tahu, setiap hari aku pergi kerja naik bas, balik pun sama. Adik angkat aku selalu tanya.."Kenapa naik bas, abang kan dah ada lesen". Habis tu nak tunggu takde lesen baru nak naik public transportation, asal ada lesen je boleh drive. Ada sebab kenapa aku lagi suka naik bas. Walaupun kena bangun awal pagi semata-mata untuk mengejar bas TM-KL pukul 0645 pagi - public transportation ini ada kelebihannya jugak. Agak-agak korang, kenapa aku suka naik bas.

First, minyak. Sehari aku allocated RM 8 for tambang pergi dan balik - 5 hari dah RM 40, sebulan - lebih kurang RM 180. Berlawanan dengan minyak kereta - seminggu Sg.Buaya - Bukit Beruntung pun boleh cecah RM 50 - sebulan RM200, baru ulang alik dari rumah ke terminal bas, kalau nak pergi KL hari-hari pergi dan balik, agak-agak berapa ek??

Second, simpan tenaga. Perjalanan from terminal Bukit Beruntung ke Stesen LRT Masjid Jamek normally satu jam, bergantung kepada keadaan, kalau ada massive traffic jam or bad weather - maybe extend sikit tapi tak banyaklah. So, dalam perjalanan tu, kalau ngantuk aku tidurlah, nak simpan energy untuk kerjalah katakan. By contrast, kalau kita memandu - kita kena fokus, ada ke orang drive kereta sambil mata terpejam, mungkin inilah yang dimaksudkan dengan frasa "penat atas jalan" kata ayahku dulu.

Third, 1 Malaysia. Bila dalam bas, kami rasa macam dah jadi satu keluarga. Kalau korang naik macam biskut, mungkin tak rasa - tapi, kalau dah nak 3 bulan asyik menghadap muka diorang - tak ke ada rasa lain. For example, ada seorang uncle itu aku mesti tau time dia masuk pukul berapa, kadang-kadang aku tolong reserve kan seat untuk dia. 1 Malaysia, yalah, kau ingat orang Melayu je yang tahu naik bas. Pemandunya berbangsa India, konduktor pun India jugak..penumpang mostly Melayu, jarang nampak Cina sebab diorang ni suka drive kereta - nak tayang BMW, Chevrolet diorang la katakan.

Fourth, enjoy the scene. Apa pulak ni? Kalau berada dalam bas, bagi siapa yang duduk tepi tingkap memang akan dapat satu vantage point yang menarik - sebab bentuk bas tu tinggi-besar, so, kita mampu melihat pemandu yang berada dibawah. Contohnya, aku selalu tengok pemandu menjerit-jerit (nyanyi lagu favourite kot..), 18 sx pun ada jugak - seorang pakcik tua tu ada seorang perempuan muda pegang dada dia waktu tengah drive..WTH!!. Basically, dah duduk atas ni, macam-macam lah boleh nampak.

Fifth, speed. Apa yang best pasal bas ialah kelajuan. Kalau kita memandu kereta, kita mampu nak potong kereta lain. Tetapi, adakah kita mampu nak potong bas yang panjang dan besar itu. Kalau nak terperosok bawah bas tu. Silakan. So, kebanyakkan kereta akan memberi laluan kepada bas yang gagah ini. Ada pemandu yang cuba potong, tapi last-last, "Eh, macam kenal je akak ni - tadi bukan dia dah potong ke"..That's mean, potong boleh, tapi oleh sebab korang kecil - korang terperangkap lah balik.

So, bestkan naik bas. But, itu semua depends kat koranglah - kalau aku dah besar nanti pun, aku lagi prefer drive sendiri..ha3x

TM-KL 626

Monday, July 18, 2011

Kisah AKU n Topik : Bajet Rajin Membaca?

Aku agak bengang dengan segelintir rakyat Malaysia kat Kuala Lumpur yang nak tunjuk rajin membaca. Aku tak marah kalau diorang nak baca paper tu kat mana-mana pun, tapi janganlah sampai menyusahkan orang. Apa yang aku merepek ni? Ok, seperti yang KLites (penduduk KL) tau, setiap pagi waktu pergi kerja mesti ada newspaper The Sun free kan, aku salah seorang yang suka amik free gift ni, sebab malas nak beli - actually, suka sangat baca horoskop, sebab kekadang ada yang tepat, ha3x. Berbalik kepada cerita aku hari ni - tunjuk rajin.

Setibanya aku dari Terminal Bas Bukit Beruntung ke Stesen LRT Masjid Jamek pada pukul 0800 HRS, aku lihat ramai pekerja-pekerja pasti mengambil at least one copy of The Sun, Sin Chew Daily then menuju ke office masing-masing, keadaan yang sama juga aku dapat lihat ketika kakiki melangkah di Stesen LRT KLCC. So, apa yang kau tak puas hati Farid tentang situasi-situasi ni.

First, Tunjuk rajin pertama - cuba kau bayangkan ketika didalam train yang padat - ada manusia yang sempat lagi membaca newspaper, dibukanya besar-besar..lepas tu, train mesti bergoyang-goyangkan, orang yang baca paper dengan dua belah tangan yang tak pegang tiang ataupun sebarang benda yang boleh menstabilkan diri tu mestilah tak balance - kesan daripada, unstability, orang bajet rajin itupun terlanggar orang lalu papernya jatuh kelantai train dan orang lain terpaksa menolongnya mengutip semula.

Second. Tunjuk rajin kedua - ini biasa dilihat di Stesen KLCC, tengah sedap-sedap jalan sambil memerhati keadaan sekeliling..BANG!!, langgar seorang aunty or uncle yang tengah khushuk membaca newspaper sambil berjalan. Satu lagi, bila diorang tengah sedap membaca waktu berjalan, mestilah kelajuan mereka pun dikurangkan, akupun dok ikut je la sampailah ada ruang nak pintas - alah, macam follow dari belakang orang yang tengah balas message or call..takpun, waktu ikut kereta yang dipandu orang baru belajar.ngeex!!

Third, Tunjuk rajin ketiga - dalam lift - ini tak selalu, tapi aku pernah kena. Situasinya lebih kurang macam dalam train - padat.

So, konklusinya - boleh nak membaca, tapi mestilah kena pada tempatnya. Takkan tengah jalan raya korang still nak fokus lagi kan?, kalau aku lagi prefer amik one copy of The Sun, lepastu singgah NZ, pekena rotibakar and teh tarik sambil baca paper - at least, tak menyusahkan orang..err, cuma waiter tu je la kot.

Wednesday, July 13, 2011

Kisah AKU n HMS Friday??

Apa ada pada hari Jumaat - bagi sesetengah orang Kristian, hari Jumaat dianggap hari yang malang dan tidak bernasib baik, walaupun kita ada pernah terdengar istilah Good Friday. Bagi mereka, hari Jumaat ialah hari dimana Eve (Hawa) menggoda Adam supaya memakan buah khuldi, hari Jumaat juga Solomon Temple dirobohkan, hari Jumaat ialah hari Jesus Christ disalib. Tetapi, ada satu urban legend yang menarik untuk aku kongsi bersama korang semua tentang hari Jumaat.

Kisahnya bermula sekitar abad ke 19, British Royal Navy cuba mematahkan kepercayaan karut itu yang dipercayai oleh kebanyakkan tentera-tentera laut mereka. Mereka percaya jika kapten kapal memilih untuk berlayar pada hari Jumaat - kapal itu akan ditimpa nasib malang. Untuk mematahkan kesahihan benda ini, British Admiralty telah memutuskan agar sebuah kapal perang yang baru dibina dan dinamakan HMS (His/Her Royal Majesty Ship) Friday. Rangka kapal itu dibina bermula dengan hari Jumaat, pemilihan krew kapal juga dilakukan pada hari Jumaat, kapal ini dilancarkan pada hari Jumaat dan kapal HMS Friday ini memulakan pelayaran sulungnya juga pada hari Jumaat dibawah pengawasan Kapten James Friday.

And guess what, kapal HMS Friday tak pernah lagi dilihat dan didengar selepas berlayar meninggalkan pelabuhan.

Cerita ini sering dianggap sebagai fakta tapi sebenarnya, Royal Navy tidak pernah mempunyai data tentang kapal yang diberi nama HMS Friday.

p/s: Hari tu main Empire Total War, aku bagi nama HMS Friday kat kapal Ship Of The Line aku, waktu first battle lawan French Navy, dia tenggelam..ha3x

Monday, July 4, 2011

Kisah AKU n Topik : Pengguna Jalan Raya Yang Tak Beretika??

Topik hari ini maybe agak lame because akupun tak tahu nak cakap apa sangat. But, walaupun topik kali ini mungkin menyakitkan sikit bagi yang terasa - tapi, apa salahnya kalau aku bersuara. Ok, subjek kita hari ini, pengguna jalan raya dan tabiat buruk mereka.

Aku seawal pukul 0620 pagi sudah bergerak daripada rumah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya lagi-lagi di traffic light nak ke Bukit Beruntung tu. Kata ayah, jangan pasang lampu tinggi kalau tak perlu, nanti orang depan marah, well, bagi siapa yang tinggal dekat Sg.Buaya korang pun tahu macam mana jalan dia kan - bengkang bengkok macam ular kena palu. Actually, aku takde hal lah sangat because mata aku alhamdulillah boleh berpandukan lagi garisan putih tu. Tapi, yang bikin panas - bila ada kereta yang pasang lampu tinggi, dah lah kereta besar macam Transformer (lampu biasa dia pun aku dah anggap macam lampu tinggi), korang boleh bayang tak macam mana silaunya mata aku - betul cakap ayah, lampu tinggi memang boleh buat orang marah, tapi, kalau kita nak jaga hati orang, tapi, orang tak nak jaga hati kita - apakah itu?? Apa korang ingat, korang je yang ada lampu tinggi - lepas tu, aku terus unleashed lampu tinggi aku pulak.He3x, sorry ayah..bila ayah takde ni, abang jadi nakal pulak drive kereta..ngeex

Okay, kali ini aku switch jadi pejalan kaki pula, sebab aku bukan drive sampai KL pun - tak berani lagi lah. Bila jadi pejalan kaki ni memang bahaya - bukan apa, kadang-kadang kita tak boleh expect apa yang pengguna jalan raya such as pemandu kereta, penunggang motor nak buat. Time ni, memang aku pantang gilalah. Biasanya terjadi waktu aku nak balik, jalan sesak kan, semua pemandu berlumba-lumba nak sampai rumah awal lah katakan.

Situasi 1: Pejalan kaki seperti aku nak seberang jalan - traffic light merah, means pejalan kaki boleh jalan kan??. Preeenggg!!..dengan pantasnya motor melintas depan kami - weyh, lampu dah merah kan, bagi lah kitorang peluang nak jalan pulak. Tak boleh sabar ke??

Situasi 2: Pejalan kaki nak seberang jalan - takde traffic light. Dari jauh drive slow je , kami ready lah nak lintas tiba-tiba, zuppp..dengan pantasnya si driver tu overtake. Kurang asam kau, dah lah signal tak bagi, tau tekan minyak je kau..

Situasi 3- Lebih kurang sama dengan Situasi 2 - tapi bezanya segelintir daripada pejalan kaki dah cross - yang lain tu, tengah 50-50, driver tengah sedap laju ni - cepat-cepat tekan brek then horn macam orang gila.

Situasi 4- Pejalan kaki nak seberang jalan - takde traffic light ni - tapi ada polis trafik. Yang ni aku bengang juga dengan polis tu, macam tak nak bagi kitorang cross jalan je - lama kot, karang aku tetinggal bas pulak.. Then, tiba masa trafik hadapan berhenti, laluan kiri bergerak pulak..kami ready untuk menyeberang, tiba-tiba mesti ada kereta yang last-last minute cuba nak overtake jugak..memang kurang asam betul. Kalau sebijik kereta takpe, kalau ada yang menyibuk, mengikut kat belakang, terperangkap lah kami kat tengah-tengah jalan tu - gila .

Betul mak cakap, pemandu ni cuma mengikut peraturan memandu sebab nak dapat lesen je..alhamdulillah, aku tak pernah lagi melanggar peraturan jalan raya setakat ni. Korang kena sedar, segelintir daripada kami pejalan kaki ni pun pemandu jugak..so, janganlah nak berlagak sangat, macam korang je yang ada kereta kat KL ni.

Friday, July 1, 2011

Kisah AKU n Constant Update??


Hari itu ada seorang fellow blogger yang tanya kenapa aku rajin update - aku tak tau, samada dia maksudkan update status Facebook or update entry baru kat blog. But, whatever it was, hari ini aku nak cerita pasal constant update. Apa maksudnya itu - constant update means update blog secara constant lah. Dalam kes aku, aku memilih untuk update at least satu entry setiap hari.

Blog yang baik ialah blog yang sentiasa up to date dengan entry, tak kisah isu baru atau lama, ini semua untuk mengelakkan reader jadi tertunggu-tunggu. Memang benar, blog aku ni tak tahulah ada loyal reader ke tak, tapi, honestly, aku puas sebab sampailah sekarang ni, objektif aku masih lagi berjalan lancar. Kekadang, kalau kat office, benda pertama yang aku buat ialah login Gmail, checklah segala e-mel yang ada, lepas tu, buka Google Reader - satu aplikasi yang membolehkan kita membaca blog yang kita follow tanpa perlu pergi kat blog itu - tetapi, asal aku bukak, sikit je post baru daripada fellow blogger yang aku follow.

When we talking about what is the topic should be update, semestinya anything yang kita suka - ada blogger yang suka join contest, then update entry baru based on the T&C of the contest, ada blogger yang suka update post baru based on isu-isu semasa yang sensitif, ada pula yang gemar cerita pasal artis, tak kurang juga yang suka buat dajal - update post pasal download link for cerita-cerita baru yang baru keluar cinema, buat kena maki je korang kan. But aku, yang korang kenal sebab selalu update my daily life sekarang ini tidak melimitkan entry tu sahaja, malah, sekarang ni aku menambah topik-topik yang sihat - bebas kontroversi, bebas isu sensitiviti dan juga bebas makian.

Bukan apa, blog kita, wajah kita - jika kita penuhkan segmen blog kita dengan political post, orang tahu yang kita ni mungkin gila politik, jika kita banyak post tentang gosip artis, orang mungkin sedar yang kita ni kaki gosip, kalau kita suka post benda-benda yang lucah, atau entri yang kelihatan desperated untuk menarik follower, aku tak tau orang lain kata apa, tapi aku melihat golongan blogger seperti ini sebagai seorang yang terdesak. Maaf.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama meng'constant'kan entri kita - satu hari, satu post. Will you??

Thursday, June 30, 2011

Kisah AKU n Topik : Teman Wanita Lebih Tua??


Pernahkah anda berpasangan dengan wanita yang lebih tua daripada anda?? Bagaimanakah perasaan anda - senang hati atupun sebaliknya?? Apakah kelebihan dan kelemahan berpasangan dengan perempuan yang lebih tua ni??

Ok, topik hari ini simple. Sebab kenapa aku raised this issue adalah kerana, aku hampir mengalami keadaan seperti ini. Ceritanya bermula di satu laman sosial iaitu Juzfrens. Oleh kerana Facebook aku macam "Lamebook", so, aku dengan rela hati activated account Juzfrens lama aku yang dah tak aktif sejak bulan Mac tahun lepas. Honestly, aku cakap, laman sosial ini yang telah banyak membantu aku meningkatkan skill berinteraksi dengan wanita, bukannya "Lamebook". Kebanyakan budak-budak kat sini berumur dalam lingkungan 15-25 tahun, dengan pelajar sekolah mengisi hampir 75 % jumlah membernya (main pakai tibai je aku ni - tapi, lebih kurang la)

Sangat best chatting dengan budak sekolah, sebab boleh tolong diorang dari segi pembelajaran, sembang-sembang pasal pengalaman lampau, bagi motivasi kat diorang dan banyak lagi, punca aku tertarik dengan laman sosial ni ialah ia FREE. Malah, aku boleh online waktu dalam bas on the way nak balik rumah, at least tak tidur la kan..Bila bersembang dengan budak sekolah, kita tak boleh terlalu serius, sebab diorang tak suka, kena happy go lucky lah. Alhamdulillah, aku lagi senang mengumpul adik angkat, dan jika dulu - aku punya motif lain, err..tau2 je la.

Nak dijadikan cerita - ada seorang perempuan mesej aku, muda mukanya macam budak-budak sebaya aku. Introduction dah buat then aku tahu yang dia ni tua setahun daripada aku - macam kakak aku lah. So, aku sedar jika berkenalan dengan orang yang lebih tua, cara approach pun mestilah lain. Aku ambillah pendekatan serius - matured sikit, aku expect yang dia ni matured juga tapi sebaliknya, malah aku yang lagi banyak bagi pendapat yang bernas sampai dia pernah cakap "Sumtimes, i rse u lg matured drp i.." .Aku nak termuntah kalau ada budak-budak junior yang nak mengayat kakak aku, panggil dia baby,sayang..woi, kau tu sebaya aku, jangan nak mengada dengan kakak aku boleh tak??

Dia ni ambil course nursing kat SEGI, so, tempat dia belajar dekatlah jugak dengan tempat aku kerja, because aku akan lalu Masjid Jamek punya. So, timbul idea nak lunch sesama nanti, sekarang dia posting kat Johor (praktikal). Err, goyang ke Farid, perempuan ajak lunch. Mana ada, kau ingat aku gay ke takut perempuan. Aku pun balas "If u feel comfortable with that, let it be lah.."

Sampai sekarang kami masih keep in touch..aku takut juga kalau tersangkut dengan dia ni, jilat ludah sendiri beb.

So guys, apa pros and cons mempunyai teman wanita yang lebih tua ni, mari kita start dengan kelebihannya dulu. Buat research, kebanyakannya jawapan semua sama, so, aku conclude je lah..

Kelebihan : Bila bersama dengan wanita yang lebih matang, kita rasa diri kita pun matang jugak. By contrast, if kita bersama dengan wanita yang lebih muda atau sebaya, kita merasakan diri kita sebagai seorang bodyguard - dimana kita bertanggungjawab untuk melindungi dan membimbingnya. Tetapi, jika bersama dengan wanita yang matang, mereka mungkin telah memiliki banyak pengalaman dalam hidup - disini bimbingan daripada mereka amat diperlukan. Walaupun kematangan berfikir tidak dapat diukur atas faktor umur, tetapi kecenderungan mereka ni dalam mengawal emosi adalah lebih baik daripada perempuan yang muda.

Kelemahan : Wanita yang lebih tua dan matang cenderung untuk menjadi queen control. Itu je kot. Tapi, alhamdulillah, setakat ni, aku takde masalah pun.

in conclusion, aku yakin jodoh kita ditangan tuhan, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita.

Tuesday, June 28, 2011

Kisah AKU n Speed Test??

http://www.iwebtool.com/speed_test

Link kat atas ni boleh digunakan untuk mengukur tahap kelajuan or kelembapan blog atau website korang. Mana-mana blog dibawah size 100 KB, diklasifikasikan sebagai laju dan ringan, manakala atas 100 KB sebaliknya lah.

Come on my fellow bloggers, try this. Jom compare, siapa punya blog paling ringan.

yang ini aku punya..74.36 KB, dare to beat me..hu3x

Saturday, June 18, 2011

Kisah AKU n Kenapa Anjing Kencing Macam Tu??


Kenapa anjing kencing diorang angkat kaki belakang??

Agak-agak korang kenapa ek diorang buat macam tu??

Nak tau satu cerita rakyat tak yang berkaitan dengan asal-usul kenapa
doggy-doggy kencing macam tu..

Ok.. entry aku hari ini diekstrak from satu cerita rakyat Singapura.

Begini ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang nelayan yang tinggal di
pesisiran pantai Temasik. Dia ini hidup sorang-sorang je, takde kawan, takde
family dan mahupun haiwan peliharaan.

Di satu hari, ketika dia pulang dari laut menangkap ikan, dia ternampak
seekor anjing yang tempang(kaki anjing ini probably pendek sebelah)
terhinjut-hinjut berlari kearahnya. Lalu, si nelayan pun merapati anjing
itu, dibawa anjing itu kerumahnya untuk diubati, disamping memberi makan.
Kemudiannya, anjing itu dijadikan haiwan peliharaannya.

Si nelayan pun menyimenkan kaki anjing itu agar kakinya pulih dan mampu
berjalan seperti biasa. Dia berkata kepada anjing itu..

"Ingat, kalau kau nak buang air, angkatlah kaki kau, supaya ia tak basah.."

Anjing tu macam acuh tak acuh je dengan nasihat tuan barunya itu. Bukan nak
ikut cakap si nelayan itu, malah, si anjing dengan girangya bermain air dan
juga bergaduh dengan anjing-anjing yang lain.

Si nelayan pun pulanglah dari laut seperti biasa, dan ketika itu terlihatlah
dia akan anjingnya menjadi tempang semula..Lalu, disimennya lagi dan diberi
nasihat yang sama. Tika ini, anjing itu menyalak tanda setuju.

Sejak dari itu, anjing itu pun mengangkat kakinya jika dia mahu membuang
air. Maka, begitulah kisahnya..

Anjing memang terkenal dengan kelicikannya dan juga special characteristic
mereka yang awesome ; deria bau yang kuat, kepantasan mereka (alah, hari tu
kejar aku x dpt pun..) That's why, polis-polis di serata negara banyak
menggunakan anjing, malah, di USA, anjing-anjing mempunyai kompeni mereka
sendiri.

Walaupun, aku berdendam dengan anjing pasal diorang ni banyak membunuh
kucing-kucing kat back alley rumah aku, termasuklah seekor kucing peliharaan
aku, tetapi, aku cukup respect anjing polis dengan anjing kat kutub sana
(comel - penuh bulu) because walaupun garang, diorang ni ada gunanya jugak.
Anjing gila and ragtag aku tak pernah suka - kalau dapat maunya aku cincang
diorang jual kat uncle Cina belakang rumah..

kalau binatang ni tak haram, aku dah bela seekor buat jadi bodyguard..

cat : boys, get ready
doggies : .......

p/s: ada dengar tak skuad kucing kat police department.

Friday, June 17, 2011

Kisah AKU, Pemandu Teksi n Politik


Tadi aku pergi IJN (Institut Jantung Negara), nak amik ubat kakak aku. Tunggu la kat depan Hotel Maya tu see whether ada teksi ke tak, malas nak naik bas actually, walaupun murah tapi leceh laa..so, nama pun hotel, mesti lah bersepah pemandu teksi kan. Aku pun tanya la seorang pemandu teksi ini, korang nak tau dia balas apa - "saya bawak pelancong asing jerr".. akupun cakap "takde pun" - then dia kata - "nanti ada lah, saya tengah tunggu ni, karang terlepas pulak.."

damn, hampeh punya driver, memilih tu..so, aku pun pergilah kat driver lain. Aku tanya la.."Uncle, IJN.." Nasib baik dia kata "ON..jom naik.."

Sepanjang perjalanan, akupun sembang-sembang la dengan dia - tapi, uncle ni senyap jugak orangnya. Macam aku dulu, tanya sepatah, jawab sepatah - sampai-sampai aku pun dah tak tau nak tanya soalan apa lagi. Berapa minit lepas tu, sampai la kat IJN, 6 ringgit je..takpe la, at least, takde susah payah nak berdiri dalam bas.

Sampai kat IJN, aku berurusan dengan orang yang in-charge medicine kakak aku - berapa korang rasa nilai ubat kakak aku?? , tak tau - nilainya ialah RM1400..mahal kan.

Urusan pun dah selesai - nak balik ofis pulak ni. Sekali lagi la aku cari teksi, tapi kat area IJN memang banyak teksi. Then, aku pun tanya seorang driver berbangsa Cina "Hotel Maya..." Uncle tu mengangguk kan kepala. "erm..macam pendiam je uncle ni.." Huh..boring, tak boleh jadi ini -

Aku: "Uncle, banyak tak customer hari ini.?"
Uncle: "Haiiya, sekarang ni nak cari makan banyak susah wooo..dah banyak teksi kat KL ni..
Aku: "Berapa ye..memang banyak pun saya nampak, tapi semua tunggu pelancong je.."
Uncle: "30 000 teksi.."
Aku: "Banyak jugak ye..ditambahnya pulak dengan bas, LRT..ayah saya cakap KL waktu 80s dulu sikit je.."
Uncle: " Memang la..zaman dah berubah maa..semua orang nak cari duit..ini semua government punya pasal.."
Aku: "Uncle ni Chua Soi Lek or Lim Kit Siang??"
Uncle: "Anwar Ibrahim."

Aku terdiam sekejap - lepas tu, dia terus la cakap pasal politik, dia ni patut masuk penjara, itu kena masuk penjara - bukan Anwar Ibrahim dalam klip video tu, Chua Soi Lek ada skandal dapat jadi ketua MCA, Mahathir and Putrajaya, ada title Tun pun sepatutnya masuk penjara - makan rasuah - pilihanraya Hulu Selangor..tak sempat aku nak bagi buah fikiran pun - ada je arguments nya.

"Gila dashyat uncle ni" , ni kalau dia tau aku ni pro-kerajaan, maunya dia tinggalkan aku kat tepi jalan. Akupun dengar je la dia merapu sampai la kat Hotel Maya tu.

Akupun berfikir sejenak - pemandu teksi : duta malaysia - oh men, nampaknya kerajaan silap buat percaturan, tak semua driver taxi tu pro kerajaan, cuba korang bayangkan kalau uncle tadi ade tourist customer then dia cakap pasal politik negara ni..teeet, u screw Najib

kali ini, RM7.00 pulak, lepas bayar je.."Terima kasih ye uncle - Hidup Gagasan 1-Malaysia.."

Monday, June 6, 2011

Kisah AKU n Cerita Seram Rumah Sebelah

Hantu, mahupun entiti halus memang suka menyakat manusia - even yang takde kaitan dengan diorang pun, alhamdulillah, mata aku still tidak berpeluang terlihat benda-benda halus ini lagi, dan akupun berharap tak nak nampak pun benda-benda ni. Aku tak percaya tau pada mulanya akan kewujudan makhluk-makhluk ni, tapi, pengalaman gila ini membuatkan aku sedar akan adanya mereka ni didalam kehidupan normal kita. walaupun aku tak nampak, tapi aku seakan dapat rasakan kewujudannya..

Sebenarnya, kisah ini bermula dalam bulan lepas waktu aku belum start kerja lagi. Aku ni memang macam burung hantu sikit, tidur pagi, malam berjaga. Nak dijadikan cerita malam tu aku berjaga la sampai pukul 0230 pagi, main game, online facebook. then, tetiba ngantuk la pulak. Seerti biasa, sebelum tidur aku gosok gigi plus cuci muka sikit and officially aku merebahkan diri diatas katil pukul 0300 pagi. Suddenly, game on. Tersentap jantung aku tetiba terdengar bunyi seakan-akan orang menghantukkan kepalanya kat dinding sebelah- rumah teres kan bersambung, betul-betul sebelah aku..terkejut gila - lepas tu- senyap. fuhhh, nasib baik. then, aku dengar bunyi perempuan nangis - emmm, laki bini gaduh la ni..biar la - sayup-sayup salakan anjing kedengaran. akupun tidur.

Esok, aku cerita la kat family aku. Diorang kata ada jugak terdengar - kami pun berdebat aku dan ayah aku bersetuju mengatakan jiran sebelah berhentam, while ibu and kakak aku yang mempunyai mysterious sense menafikannya - diorang cakap ada benda yang kacau..aku pun just - lame.

Malam tu, insiden itu berlaku lagi. Kali ini lagi dasyat, akupun dah takut gila nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Bayangkan, tengah sedap-sedap main game tetiba dinding betul-betul sebelah aku berbunyi-bunyi dengan kuat.

Hari ketiga pun sama - dan aku ketika itu berpendapat bahawa telahan ibu dan kakak aku tu betul. DAMN!!, kalau nak kacau orang tu, kacau je la dia - yang nak sibuk kacau tidur aku pehal. Rupa-rupanya setelah diselidik - jiran sebelah aku histeria - dia kata dia nampak benda belakang rumah - aku tertelan air liur mendengarnya - ye la, bilik aku kan kat belakang rumah.

Sejak hari tu, aku dah tak tidur lewat. maksimum pukul 1100. sampailah sekarang - actually, pagi kan nak bangun awal pergi kerja - ditambah pulak dengan hilangnya habit lama online facebook sampai subuh..

Dan semalam - tidakku sangka, tidur yang lena selama ini tiba-tiba diragut sekali lagi, tapi lain sikit scary nya - lagi power(bagi aku laa....). Jarum jam menunjukkan pukul 1000 dan aku still asyik menembak zombie lagi (left 4 dead 2), tiba-tiba mengantuk, dah biasa tidur awal la katakan. Locked laptop dan berjaya tidur.Tiba-tiba, tepat 12.00, aku terdengar bunyi perempuan menjerit-jerit seperti ternampak entiti halus- kuat, pasal sebelah bilik aku kot - akupun tutup la telinga dengan bantal..kemudiannya, disusuli dengan salakan anjing yang kuat. Habis je bunyi tu - akupun terus bergegas ke bilik parents aku dan mengejutkan diorang (anak lelaki apa la ni)..anehnya diorang tak dengar pulak..adik-beradik aku pun kata tak dengar apa-apa. SUMPAH, aku still ingat lagi jeritan itu - masih terdengar lagi bunyi itu.

Pagi ni, waktu nak pergi kerja..ayah aku cakap, rumah sebelah mana ada orang - diorang takde kat rumah. Betul, tiada kereta, motor mahupun basikal dirumah jiran aku itu. Aku pelik - siapa pulak yang menjerit malam semalam - terfikir-fikir sampai tak boleh nak concentrate waktu drive - takut-takut dia lintasnya depan aku kat bukit benggali tu.

begitulah kisahnya.

Monday, May 30, 2011

Kisah AKU n Topik Hari Ini : The Comparison Between Malaysian and the Roman

Hari ini aku terpanggil untuk membuat satu perbandingan diantara rakyat Malaysia dan juga the people of Roman Empire. Why?, ini disebabkan setelah aku terliti, 2 subjek ini mempunyai persamaan dalam bidang-bidang tertentu dan juga perbezaan yang tersendiri. So, mari kita pergi ke perbezaan subjek-subjek ini dulu.

First, didalam terma kekeluargaan - anak lelaki didalam sesebuah keluarga Roman dilarang mempunyai harta personal yang tersendiri - estate, rumah, walaupun selepas berkahwin, mereka hanya dapat memiliki semua itu only after ayah diorang mati. Tetapi di Malaysia, anak lelaki bebas mengambil harta orang tuanya walaupun mereka masih hidup.

Second, didalam pendidikan. Kanak-kanak Roman mula belajar diusia 7 tahun, tiada tadika seperti di Malaysia, hanya tutor.

Di Malaysia, kita ada institusi pendidikan awam dan swasta. Tetapi, jika kita hidup waktu zaman Empyar Rome, cuma ada sistem pendidikan swasta- dimana hanya yang mampu sahaja boleh menghantar anak-anka mereka ke sekolah.

Third, dari segi pakaian. orang Roman percaya yang status mereka terletak pada pakaian. Lagi hebat dan grand cara pemakaian sesorang tu, ia melambangkan taraf hidup dan status mereka dalam society, dan semua orang mematuhi etika pemakaian ini. Tetapi, di Malaysia, susah nak bezakan, penyamun pun pakai smart-smart. Perempuan pula, jika anda hidup waktu zaman Rome, ada sesuatu jenis pakaian yang melambangkan status anda - samada sudah berkahwin atau tidak, iaitu stola. Stola ialah simbol perkahwinan bagi masyarakat Roman. Kat Malaysia, takde pun suruh pakai-pakai macam tu, patutlah isteri orang pun ada yang kena kebas kat Malaysia ni..lol

Finally, ketika zaman empayar Rome, maharaja ialah style setter - contohnya Emperor Nero memperkenalkan rambut curly dan sideburn yang panjang dan itu menjadi ikutan lelaki Roman ketika itu.

Ada sesiapa kat Malaysia ni nak follow style Datuk Seri Najib??

Okayh, mari kita pergi bergerak ke persamaan orang Malaysia dan Roman pulak.

First, Rumah - Orang Roman di Rome banyak mendirikan apartment-apartment untuk mengatasi masalah ruang di bandar raya itu.

Di Kuala Lumpur, banyak juga apartment dan bangunan pencakar langit yang selalu timbul.

Untuk golongan Roman yang kaya, mereka biasanya tinggal di villa mewah, dipenuhi dengan taman, kolam dan juga dinding besar yang memisahkan mereka dengan kehidupan awam yang sesak. Sama lah macam kita, golongan kaya for example, menteri, datuk-datuk dan juga yang sewaktu dengannya, juga suka duduk kat rumah-rumah macam ni.

Second, Makanan - Persamaan ini ketara jugak, orang Roman dan Malaysia memang suka makan.

Malaysia mempunyai banyak jenis hidangan kerana populasinya yang berbilang kaum dan juga amat menikmati makanan , Roman pula memang tak dapat disangkal lagi akan ketaksuban diorang dengan makanan - malah, resipi mereka itu kekal hingga sekarang.

Orang Rome yang kaya-kaya akan makan sambil berbaring, dilayani oleh hamba-hamba mereka, kat Malaysia, makan berbaring atas sofa sambil tengok EPL pun ada jugak..hi3x

Finally, Hiburan - ini memang persamaan yang paling best dalam topik kita hari ini. The Roman memang terkenal dengan sikap mereka yang sukakan hiburan - Gladiator, Theater, Sport, Tavern, Gossip, Circus, Public Lectures..itu semuanya berasal daripada diorang. Tempat mandi awam, colliseum, restaurant dan banyak lagi tempat yang orang Rome boleh melepak bersama-sama berkongsi gossip terbaru.

Di Malaysia, sama juga cuma ada sikit lainnya. Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan macam-macam lagi - hiburan untuk rakyat Malaysia. Restoran mamak - tempat tengok EPL match, sembang politik. Panggung wayang - kita takde Coliseum, tapi kita ada Panggung Coliseum..ha3x... It's all about amusement!!

In a nutshell, kita orang Malaysia, ada la jugak persamaan dengan orang Roman tu..agak-agak dah sampai Itali nanti, buat-buat la mengaku ada sedare kat sana..

Friday, May 27, 2011

Kisah AKU n Topik Hari Ini : Perempuan Suka Lelaki Pemalu???

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.
Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.
Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion -menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.
Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.
“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.
Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.
“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

ni ialah artikel yang aku ekstrak from harian metro semalam..so topik kita hari ni.SIMPLE.

Betulkah perempuan suka lelaki jenis macam kura-kura ni??

"ataupun"

,ianya sekadar kajian yang skopnya tediri daripada orang-orang disebelah barat?

,bagaimana pula dengan frasa - senyum itu sedekah?

,kalau asyik termenung selalu orang kata tak betul and ada masalah mental.

Subjek kita hari ini ialah Lelaki Pemalu. Siapakah mereka ni??, How can we recognize them??

Apa-apa pun untuk kita tahu siapa dan apa diorang ni, ianya melalui sifat mereka. lelaki pemalu biasanya tiada dan kurang keyakinan diri yang teguh, jauh disudut hati diorang, ada benda yang diorang nak buat tapi ada satu perasaan yang mengatasi kesemuanya. Bila kita bergerak ke topik kita hari ini : lelaki pemalu dan perempuan. bagi lelaki jenis kasanova and playboy, piece of cake, tapi bagi si pemalu ni, this is a total problem. senang je nak detect lelaki macam ni - first, diorang ni akan sedaya upaya avoid untuk bergaul dengan orang terutamanya dengan perempuan - sesetengah orang melabel orang pemalu sebagai anti christ..eh silap, anti sosial.

satu lagi sifat - gugup. kau bagi la macam-macam benda untuk diorang buat- even the simple one pun diorang akan buat dengan perasaan penuh nervous tapi lama-kelamaan mereka dapatlah cope and overcome benda tu, but, in term of relationship pulak, yang ni akan ambil masa yang lama sedikit.sebab..

lelaki pemalu amat menyedihkan dalam hal percintaan..dah nama pun pemalu, macam mana la nak luahkan perasaan kat orang yang tercinta, akhirnya mereka akan pendam dan surrender. kalau sampai tua macam ni tak kahwin la diorang ni ataupun tunggu pilihan ibubapa..lebih afdhal kata mereka(cover la tu..)

finally, lelaki pemalu kekadang susah jugak kalau dalam daily life , contoh nak naik public transport - dia lagi rela terlepas train, kalau dia tengok train tu dah padat dengan orang- lagi-lagi bila dia sedar pintu train tu nak tutup(terlambat)- kalau tak sempat masuk segan dibuatnya- banyak mata yang tengok adegan filem ni.ada seorang tu, nak keluar office nak balik rumah pun ambik masa 5 minit untuk tarik nafas panjang-panjang then baru keluar, betapa nipisnya muka dia ni..

in conclusion, lelaki pemalu kenalah memecahkan tembok yang selama ni menghalang kehidupan normal mereka supaya hidup akan jadi lebih lengkap dan ceria..

p/s : semua example itu based on my experience - macam mana aku tau??, mestilah aku tau pasal aku ni pemalu orangnya - analisis.

*kesemua gambar dari belas ihsan atuk google..

Thursday, May 26, 2011

Kisah AKU, Perempuan n Rokok

Sejak kerja kat KL ni, macam-macam benda dah aku nampak, maklumlah dulu duduk terperap je kat rawang tu, mana la nak nampak benda-benda macam ni. berbalik kepada cerita asal aku - rokok : sinonim dgn budak remaja yang nak test power and tempah maut, rokok juga sinonim dengan orang dewasa yang bagi alasan nak hilangkan stress kerja dan family, BUT rokok and perempuan, macam sesuatu yang asing bagi aku, because selama ni tak pernah pun berpeluang melihat perempuan hisap rokok dengan mata kepala aku sendiri.

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
p/s: cilok wikipedia punya fakta.

dalam isu perempuan dan rokok, aku split them into two category. first, perempuan yang merokok dalam group dan juga yang merokok sorang-sorang. sebab, kedua-duanya aku dah nampak sendiri dan telah dianalisis. kat KL ni, dimana sangat ramai wanita yang berkerjaya (adakah lelaki semakin kurang pandai??), contohnya asal aku naik lif, mesti aku sorang je lelaki, turun lif pun sama - jarang - yang biseksual(gay,lesbo and sewaktu dgnnya) jangan kisah la.honestly, takde masalah la bagi aku walaupun wanita itu berkerjaya tetapi yang buat aku sedih ialah, adat ketimuran yang semakin menipis dikalangan mereka ni.

adat ketimuran- bersopan santun, menghormati satu sama lain, menjaga maruah diri, dan juga keluarga and menjaga nama baik agama. semuanya sudah jarang sangat aku nampak. kat KLCC tu, aku tak kisah la dengan sampah masyarakat yang melepak tak tentu hala - kaler rambut, pakai ketat-ketat, celak-celak mata, berkepit-kepit, kalau kaki lawa macam wonder girls takpe la jugak nak pakai skirt, sejuk jugak mata memandang, tapi kalau level drumstick - nak termuntah aku..mata ni cuba la juga tak nak pandang tapi tak guna, elak kiri, terpandang depan, elak depan ternampak kat kanan..takkan nak pandang bawah and atas je, nanti orang ingat aku mental problem pulak.

okayh, tersasar sikit ni, ok, rokok. kategori yang pertama :perempuan yang hisap rokok dalam group, yang biasa aku nampak diorang ni akan join group lelaki - biasa pagi-pagi ternampak la kat restoran-restoran mamak sebelum masuk office kan.. jarang pulak nampak perempuan buat group 5-6 orang hisap ramai-ramai, mungkin ada..tapi, takde pulak aku nampak. tak malu ke hisap rokok depan lelaki - jatuh maruah kak ooi..(x tau la kalau diorang join group lelaki masing-masing)
p/s: mostly terdiri daripada wanita bangsa cina

kategori kedua : perempuan yang hisap rokok secara solo. yang ni biasanya aku nampak depan office, kat sebelah lif. biasanya waktu petang-petang time aku nak balik. keluar je pukul 5 petang, mesti aku ternampak sorang, yang kelakarnya muka ambik feel gila(sangap), sambil-sambil aku lalu, dia akan hembus asap tu(bajet ko terer!!)..aku pulak memang ready je sapu tangan kat hidung, ye laa, kat KL ni macam-macam boleh jadi- pukau. eeeii,takutnya.. sapu tangan di hidung simboliknya untuk menyedarkan dia, kalau perempuan yang tutup hidung mungkin dia tak kisah, tapi, kalau lelaki pun tutup : itu macam penghinaan kan - aku memang pandang rendah wanita yang merokok - tak kisah la, diorang berjaya dalam hidup ke - pangkat tinggi, kereta besar, ada penthouse ke..tapi, kalau dah perangai macam haram, sorry la, you won't earn my respect.
p/s: yang aku selalu nampak ialah dari kalangan bangsa melayu

sebagai penambah keceriaan post ni, i would like to add satu story waktu aku naik PUTRA semalam. ramai orang kat dalam train ni, then sampai la kat stesen kampung baru, perghh, ada lagi nak masuk ni. tiba-tiba, dalam kesesakan itu aku terlihat seorang wanita india seakan-akan menolak seorang makcik berbangsa melayu yang memegang anaknya, habis jatuh payung and beg dia..akupun tolong la angkat.. bengkek betul aku tengok perempuan india tu, dah la tak nak minta maaf, mengeluh pulak tu.mat saleh yang tengah duduk lepas diorang ternampak insiden tu terus berbisik-bisik sambil memandang perempuan india tu.tak tahu la pulak apa yang diorang mencarut.
p/s : malaysia di ranking ke 33 dalam Most Polite Cities in the World.(tah statistik tahun bila aku jumpa ni..)

saya bukan perokok..say no to smoking!!

Tuesday, May 17, 2011

Kisah AKU n Nigerian Parcel Scam

Jenayah siber sekarang ni dah menjadi-jadi kat dunia ni, dunia yang dulunya luas kini menjadi semakin kecil dek kerana penangan sistem teknologi internet yang canggih, macam-macam boleh berlaku, sekarang ni, kita biasa mendengar di akhbar, ramai yang ditipu oleh sindeket penipuan, yaaa, mungkin kita tak sedar, tengah syok-syok chatting dengan pen pal, rupanya diorang tu penjenayah..so, hari ini aku nak dedahkan satu jaringan sindiket penipuan nigeria, one of the email is probably this:

lailafaisal@hotmail.co.uk

beware ye malaysian, aku memang dah dapat agak pun pada mulanya,untuk post kali ini, aku compilekan sekali screenshot yang aku captured daripada perbualan aku dengan "laila mohd faisal" ni..
p/s: sila klik gambar untuk paparan yang lagi besar dan jelas, so that, korang boleh baca kandungan email itu..tq

salam perkenalan katanya, siap bagi gambar lagi untuk meyakinkan si penerima emailnya itu..but, perasan tak, gambar diatas macam familiar je kan, tak macam kat london pun..

let us give "her" some hope..jangan harap laa, makcik aku datang kl pun aku tak layan..apatah lagi, orang yang aku baru kenal ni..

dia kata dia orang england, sangat hebat dalam english tapi nampak macam berterabur sikit, aku tak la hebat sangat english but aku still can compare orang tu punya level..umur dia??, 28, blah la, kalau 17-19, mau jugak aku layan..ha3x

selamat datang ke malaysia, i'm very pleased..jangan-jangan kau dah ada kat malaysia ni..kat sini aku start market sikit..

laila mula menjalankan perang saraf dengan menggunakan ayat-ayat manis, baby??, siapa baby kau..even ex aku pun tak pernah panggil macam tu..nak buat pelaburan ke bang, salah orang laa, kau ingat aku stockbroker ke apa??..apa lagi? nak gambar saya?, tanya mak saya dulu..

jangan hepi sangat "laila",erm..waktu ni, aku rasa dah malas nak "bermain-main", it's time untuk takutkan dia..but, still bagi advise and warning..kalau-kalau dapat pujuk dia supaya hentikan jenayah ni..

aku bagi warning, dia cakap aku caring..wuuek, nak termuntah, er takpe la, lagipun dah lama telinga aku tak dengar orang cakap macam tu kat aku..then sebagai penghargaan untuk persahabatan selama ni, laila kata nak bagi hadiah kat aku, auuuuw!! surprise nya..ko nak bagi dadah ke..??
p/s: perhatikan gambar diatas, ada gambar YDPA kat belakang dia..

hadiah apakah itu??, kau nak send macam mana??

huhh..dah agak, laila, kau ni memang sterotype macam scammer lain, tapi..dah biasa sangat dapat message macam ni, bezanya, diorang direct, kau ni umpan senyap-senyap..

it's time to end this laila!!, aku memang dah muak dengan permainan kau ni, so, this is my last message to "her", aku ada jugak tertunggu-tunggu dia reply, tapi, takde la dapat pulak..goodbye laila,"take care"ha3x..better luck next time yea,selamat memburu mangsa lain, dah dapat do contact i yea..

untuk kesahihan, aku sertakan alamat lokasi dimana "laila" menjalankan kegiatan haram jadah ni, ini ialah lokasi yang dapat aku trace from i.p address dia..teknologi, walaupun berbahaya, tetapi, kadang-kadang, ianya berguna..

so guys, aku nasihatkan supaya korang berhati-hati kalau received message macam ni, take the safety precaution, jangan dedahkan nombor,alamat korang sewenang-wenangnya, that's the use of privacy kat mana-mana laman web, use it well..lagi satu, kalau korang nak tau lebih lanjut lagi kisah nigerian parcel scam ni, korang bolehlah ke link ni..mr.mazidul akmal sidek lagi serius dalam penyiasatannya daripada aku..

http://mazidulmobile.blogspot.com/

...........................the end.............................