Showing posts with label Office Talk. Show all posts
Showing posts with label Office Talk. Show all posts

Sunday, April 2, 2017

Kisah AKU n Career Overview: Business Development

Assalamualaikum,

Okay, memang tak produktif hujung minggu aku kali ni. Tidur, tidur dan tidur. Apa boleh buat, nak keluar dengan kawan-kawan semuanya busy belaka. Tapi kena jugak lah, aku pun dalam cost-cutting measure ni. Pasni nak bayar depo rumah lagi. Kena maintain disiplin menyimpan. Alright, early this week ada some junior FSPPP tanya aku why I chose Business Development as a career yang menyimpang dari kos kami. Ada ke subjek dari BAS ni yang berkait dengan kerjaya as BD ni. Semuanya korang akan tahu dalam entri ni. Apa-apapun, jom recap apa yang jadi minggu ni.
Attended site visit kat Ulu Langat. Site visit ni best tau sebab dapat tengok dunia luar, tapi tu lah. Bila tengah banyak kerja kat pejabat, automatically jadi tak best. Haha
Minggu ni juga merupakan minggu terakhir ayah, En. Gani Daud berkhidmat bersama G&G Division, Petronas Carigali. Bayangkan lah dari tahun 1985 menabur bakti bersama syarikat minyak Malaysia ni, akhirnya bersara jugak. Happy retirement Bos! Terima kasih atas jasa membesarkan abang dan keluarga kita selama ni. I'll take the baton from here.
So, hari Khamis lepas merupakan hari terakhir aku berkhidmat drop-pickup ayah di LRT Gombak. Lepas ni boleh keluar rumah lambat sikit, huu. And of course, spend time buat kerja dengan lebih lama sikit kat office. Well, I'm gonna miss kenangan bersembang time nak pergi dan balik kerja dengan ayah. Macam-macam lah, politik, bola, keluarga, kerja, rumah. Semuanya boleh cover dalam masa sejam perjalanan tu..:-)
Jumaat aku cuti since kerja pun banyak dah cover. Bawak ayah pergi LHDN Jalan Duta untuk uruskan income tax. Lama tak pergi sini, rasanya last datang tahun 2010. Nak matikan stamp bila nak masuk Asasi Undang-Undang. 7 tahun lepas beb! Haha

Okay, jom kita ke main entry malam ni. Kerjaya as a Business Development. Please be noted, aku ada buat entri pasal ni dulu. Klik sini. Tapi it's a complete different overview. Yang hat tu BD dalam event industry, yang ni lain.
Frankly speaking, BD merupakan front-liner untuk sesebuah syarikat. When it comes to business, these guys are the one who engages the third parties. Be it from initiating strategic business partnership and alliance, sampailah to attend clients enquiry such as quotation or RFP. At the same time, mereka juga terlibat dalam strategic management in order to access the company ability to remain sound in the competition. SM tools seperti SWOT, Porter, PEST merupakan key knowledge yang penting bagi seseorang BD. Accessing market viability menggunakan tools ni berupaya memberikan insight yang mendalam untuk gauge the company relevancy didalam sesebuah industri. 

Bagi menjawab beberapa soalan junior, apa subjek BAS yang berkait dengan career ni? Jom kita start dari Semester 1 up to 6. Step by step.
  1. MAT112 - Business Mathematics: As a BD, you need to know at least the basic of business mathematics. Here, korang must be able to calculate profit, margin, interest, bond etc. So, subjek ni penting in order to be a cunning BD where you guys know kenapa korang set certain margin for quotation or tender. Hehe
  2. ADS410 - Quality Management System: Walaupun QMS bukanlah tugas hakiki seorang BD, but then ada company yang jadikan BD to hold ad-hoc responsibility in coordinating ISO. Macam aku..:-)
  3. QMT412 - Business Statistics: Well, you need it to perform market analysis. Analysis bukan setakat buat SWOT, PEST semua tu. Sometimes, financial statistic pun kena perform jugak.
  4. PRO458 - Public Relations: BD juga merupakan a marketer for the company. They need to know in and out of the industry where they belongs. Kita mesti tahu how to engage with the publics and concerned parties. Website, events merupakan antara duty utama BD when it comes to public engagement.
  5. ADS511: Research Methodology: Doing market research merupakan tugas harian seorang BD especially when the company wanted to venture into grey business. Sometimes, almost setiap minggu ada je research baru yang bos mintak aku conduct. 
  6. ADS512 - Project Management: Haa, ni lah benda penting sekali yang kena ada dalam kepala otak seorang BD. We deals with tender/project proposal almost every week, and we are the one who coordinating the tendering team. Knowing how to allocate your resources could prove vital in order to submit the tender accordingly dan subjek apa lagi yang ajar kita teknik-teknik tu kalau bukan PROMA ni. Trust me, this is very important.
  7. BEL432 - Business Correspondence: BD juga sometimes kena tahu how to buat and respond to letter and enquiry from clients or authorities. This subject help me a lot in doing and responding to business letters.
  8. ADS553 - Strategic Management: Tak payah cakap, subjek ni memang penting. BD deals with STRAMA everyday. Tak sia-sia kena hentam time presentation PNB dulu. Haha
  9. ADS666 - Practical Training: Last but not least, internship. This is where you guys receive your baptism of working professionally. Diletakkan dibawah Tender Department and assistant to ISO coordinator ketika berpraktikal, it is proven vital untuk career development aku sekarang. Now, I'm doing tender and the ISO coordinator itself. Tu lah nak cakap, Allah je yang tahu perancanganNya. 
Well, rasanya dah menjawab kot persoalan yang bermain kat minda korang, betul tak? Ye betul it seems menyimpang dari kos kita yang more towards public service. Tapi tu lah, bukan senang nak masuk government service sekarang dik. Jangan lah fikir, bila dapat kursus ni korang confirm dapat kerja kerajaan. Tak semestinya, bukan semua dapat peluang tu. Dan juga jangan fikir bila dapat buat intern kat Majlis, dah boleh berangan yang korang akan serve them after graduation. Ramai je kenalan yang aku kenal buat praktikal kat government office tapi end up to private sector jugak. So, dalam entri ni aku dah bagi tau subjek-subjek untuk Bachelor of Administrative Science (Hons.) yang boleh digunapakai dalam mencari kerjaya as a Business Development Professional.

Sekarang ni pergi belajar elok-elok, and make your parents proud. Soal masa depan kerja tu kau letak lah kat Allah. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik Perancang. Okay, dah lah. Nak tidur, esok ada meeting kat Bukit Jalil (Haa, arrange meeting pun tugas BD jugak..haha)
P/S: Newcastle menang semalam, 7 more games to go to finish the line. Howay The Lads!

Sunday, February 8, 2015

Kisah AKU n Missile Drift 2015

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pengalaman aku join satu event permotoran yang berlangsung kat Sungai Besi semalam. Event yang dinamakan Missile Drift Party ni dianjurkan oleh Speed City KL dengan kerjasama Selangor Turf Club, DBKL, PDRM dan juga PROPEL.
Dengar nama pun dah tau apa pengisian event ni kan. Obviously, it's a Drift Show!
Bak kata Afiq, muka kagum gila tengok drifter-frifter tu, tu yang tak pandang kamera langsung. :-p
Si Afiq ni kalau bawak pergi event macam ni bertambah semangat lah kalau nak sembang pasal kereta-kereta, dah macam kelas tutor pulak aku dengar semalam..haha
Ada jugak show from Stunt Bikers, serious shit bro-bro ni memang impressive. Control, stability semuanya ada. Kalau aku memang belum apa-apa lagi dah terhumban dah kalau bawak motor cam ni..haha
Dapat lah jugak tengok kereta-kereta drift ni. Majority drift car ni terdiri daripada kereta-kereta model lama. Yang baru ada lah dua tiga kerat. 
Dah puas duduk bawah, kami cari port atas pulak. Tang sini memang lagi clear boleh tengok drifter-drifter tu beraksi.
Dengan diorang ni je lah kalau nak ajak keluar pun, yang lain aku pun dah tak tau apa cerita hidup diorang sekarang ni.
Tak habis lagi tu muka kagum..haha, damn!
Some of pictures yang aku snap semalam. Yang jauh tu shot from bawah, yang gambar dekat tu daripada port atas..:-)
Memang awesome lah semalam. Tak rugi pun 3 jam lepak sini tengok drifter-drifter ni mempamerkan bakat diorang. 

Dalam pukul 1 pagi kami chow, lepak Ali Maju Setiawangsa dulu pekena supper. 3 pagi jugak sampai rumah semalam..:-p

P/S: Ni yang rasa nak melenjan balik game Need For Speed..haha

Saturday, December 27, 2014

Kisah AKU n Career Overview - Corporate Sales

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak update berkenaan dengan career overview sebagai seorang Corporate Sales professional. Aku sure, some of korang yang tersinggah kat entri ni have little or no knowledge about CS ni kan? Jujurnya waktu mula-mula aku menerima job offer dalam SC ni pun aku tak berapa jelas tentang apa sebenarnya kerjaya disebalik CS ni. Of course, nama CS ni sahaja dah gempak - tu yang membuatkan aku accept the offer..lol

Kerjaya CS ni merupakan gabungan diantara strategic analysis, marketing dan sales dimana professional-professional yang terjerumus dalam kerjaya ni perlu utilize strategic analysis didalam market research mereka. From there, a strategic marketing techniques bermula dengan finding a quality leads, akan membawa kepada quality negotiation dan juga quality sales. Sesuai dengan namanya, the role of these professional ialah to develop the business - tak kira lah to maintain the existing clients or expand the line through penetration of new market.

Apa yang diorang ni buat time office hour eh?
  1. Market Research - Identifying new business opportunities through analytic research on every potential aspect seperti market segment, competition, pricing, market strategies dan sebagainya.
  2. Cold Calling - Prospecting potential clients through cold call memang merupakan satu proses yang sangat mencabar. But, itu yang membuatkan CS professional seorang yang kental, dan hati kering..lolzy :-p
  3. Negotiating - A successful introduction on cold call akan membawa kepada negotiation dimana CS professional is the one yang akan seal the deal for firma itu. 

Ni yang paling asas lah, ada je lagi sebenarnya but it depends on the size of the organization. Untuk firma yang lagi besar, diorang ada Strategic Planning or Corporate Development units sebagai addition dalam BD Department - role yang lagi sophisticated dan juga memerlukan strong knowledge didalam business strategic management compare to yang tiga kat atas ni. :-)

Basically untuk aku sendiri, tiga benda tu je yang aku buat pun. Tapi,
Office hour aku saja dipenuhi dengan coldcalling dan negotiating. 150 calls a day! Jarang lah aku gunakan office hour untuk update database and cari fresh leads.
Ni lah dia satu lagi workstation aku kat rumah. Ni lah tempat aku buat market research, update database dan juga hone cold call skills aku..haha. Damn, I hate cold call! Siapa yang buat kerja-kerja ni pun mesti setuju kan dengan aku..:-)

So, itu lah career overview seorang CS professional. Untuk siapa-siapa yang nak terjun dalam bidang ni, you all mesti ada strong research dan juga communication skills, and of course, hati mesti kering, sebab untuk memulakan kerjaya dalam bidang ni, cold calling is a must dan korang mesti kena hadap even you hate it to death. But, come to think about this positively, cold call jika diterima dengan baik boleh membina perwatakan berani dan juga ketahanan mental yang kuat untuk kareer kita dimasa akan datang..hehe

Wednesday, February 26, 2014

Kisah AKU n Handling Our Last Day?

Assalamualaikum semua, ni merupakan entri terakhir didalam segmen "Office Talk", mulai minggu depan dah takde lagi segmen ni since aku pun akan jadi student balik..sobs. Ok takpelah, entri hari ni amat bersesuaian dengan student-student yang tengah berpraktikum sekarang. Kenapa? This is our last week!! Ada yang habis esok, ada yang habis hari Jumaat ni. Apa-apa pun kepada kawan-kawan, jom selak entri ni - handling our last day dengan profesionalisme.

Goodbye E-mail
Goodbye emel ni sepatutnya dah boleh hantar 1 or 2 hari before kita nak berhenti. Kalau ada banyak office contact kat pejabat tu, shoot je kat semua, mungkin menggunakan "Bcc". Bukan apa, mungkin ada diantara mereka yang tak tau kita dah nak habis praktikal.

Clean and Clear
Hari last tu spend masa untuk kemaskan meja, Mana-mana barang personal, pack up dan jangan tinggalkan meja dalam keadaan bersepah. Same thing goes to office computer, clearkan file-file personal, remove password yang berkenaan. Selipar tu aku ingat nak wakaf je..huu

Be Responsible
Siapkan kerja yang tinggal, kalau boleh before lunch semua benda dah settle. Make sure kalau ada on-going kerja yang memang tak sempat nak siap, identify colleagues yang bertanggungjawab, untuk student praktikal ni biasanya supervisor lah. Make sure SV tu dapat apa-apa relevant information, contact number etc. tentang kerja yang on-going tu.

Company Property is Not Yours
Haa ni lagi satu, make sure yang ID, kad akses, laptop company, kunci meja dan sebagainya dipulangkan at the end of our last day. Ingat, barang office tu bukan barang kita. Kalau diorang baik hati nak bagi untuk penghargaan, amik je la..haha

Keep In Touch
Mesti time korang praktikal ada buat kawan rapat. Macam aku, yang betul-betul aku rapat pun ada lah tiga-empat orang je -Ammar, Irwan and Khalid, yang lain semua tu ada lah kenal jugak..huu. Ada contact dalam mungkin memudahkan kita nak apply kerja kat company yang sama lepas grad nanti..Betul tak?

So guys, maka berakhirlah segmen "Office Talk". Since korang pun dah ada experience berpraktikal, apa kata join LinkedIn ni, percayalah, korang tak kan menyesal. In my opinion, it's the best job hunting website yang aku pernah jumpa.Kalau dah join, connect la dengan akaun aku kat bawah ni. Okay!

Mungkin ada diantara entri-entri lain dalam segmen "Office Talk" yang korang terlepas. Boleh lah visit link-link kat bawah ni:
  1. Killer Adjectives!
  2. Personaliti & Meja
  3. Jenis-Jenis Pekerja
  4. Etika Kerja
  5. Intern VS Trainee
  6. No Work, No Problem
  7. A Suggestion To Fresh Grad
  8. Top 5 Resumes Mistakes
  9. Job Interview Mistakes
  10. Professionalisme Dalam Komunikasi
  11. Mitos Gaji
  12. 5 Tabiat Buruk Ketika Bekerja

Happy Reading!

Monday, February 24, 2014

Kisah AKU n Killer Adjectives!

Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita didalam segmen "Office Talk" minggu ni, probably minggu terakhir segmen ni beroperasi, since minggu depan aku akan start my student life balik. Yup, this is my final week berpraktikal kat ORSB tu. Ok, topik kita hari ni ialah resume. Isinya ialah, perkataan apa yang kita tak patut letak dalam resume kita bagi mengelakkan "senjata makan tuan". Yelah, kadang-kadang kita main pakai letak je adjektif yang menggambarkan diri kita tanpa menyedari yang HR Specialist akan selalu gunakan untuk menjatuhkan kita balik.

"I'm an EXPERT of Six Sigma Methodology..bla, bla.."
Ada yang mengatakan bahawa untuk seseorang itu mejadi pakar dalam satu-satu benda tu, dia memerlukan lebih daripada 10 000 jam of praktikal work which is sangat impossible for fresh graduates. Even yang dah lama dalam workforce pun kena fikir dua kali untuk guna "Expert" ni bila nak describe diri diorang. Jadi sebelum pandai-pandai je self-proclaim yang korang tu expert dalam suatu bidang, cuba fikir balik betul ke yang korang tu dah capai status expert? adakah orang lain panggil korang expert?

"I'm CREATIVE in designing..bla, bla..."
Ni biasanya fresh grad punya description..haha, ok lah, sebenarnya tak salah pun nak guna word ni kalau korang betul-betul dapat demonstrate kekreatifan korang tu depan interviewer. Make sure kalau nak guna jugak, fikirkan sekali example kreatif korang tu sebabnya rata-rata interviewer akan kasi soalan situasi dimana kita diminta untuk berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. So, kalau self-proclaim kreatif, tapi sebenarnya tak cukup kreatif. Memang cari nahas la..

"I'm quite ORGANIZED..bla, bla.."
Sometimes, this word memang rata-rata dapat impresskan interviewer sebab of course, the company need someone yang organized. But, kalau nak cari barang sendiri, nak cari dokumen kat dalam laptop sendiri pun berjam-jam sebab takde sistem yang tersusun.Pastu kerja pun tak ikut format..jangan bagi false expectation kat interviewer. Sebabnya organized people ialah orang yang mampu bekerja dalam labelled and filed document, formatted spreadsheet, precise time table etc.

"I'm EXTREMELY diligent..bla, bla.."
Over nampak? Ni pun fresh grad selalu guna, biasanya sebab yang jenis ni over-excited sangat dan nampak sangat yang diorang ni nak job tu, rather than kerja yang akan dilakukan bila dah dapat job tu. Jangan lah over sangat, let's play safe..takut interviewer twist balik je, kalau tau nak counter takpe, kalau tak tau yang kesian tu..:-)

Ok lah kawan-kawan, tu lah antara adjektif-adjektif yang kalau boleh kita elak dari digunakan untuk menggambarkan diri kita didalam resume dan juga interview. Be yourself, dan juga bersederhana tapi penuh yakin.

Wednesday, February 19, 2014

Kisah AKU, Personaliti n Meja?

Assalamualaikum. Hello semua, letih jugak hari ni. Customer Satisfaction Survey yang aku conduct sekarang ni dah masuk nak buat report - 2 hari ni menganalisis je. Tapi, balik still on time..haha, malas lah nak OT, bukan dapat elaun tambahan pun..lol

Ok lah, untuk menutup segmen "Office Talk" pada minggu ni. Suka aku nak share pasal personaliti dan meja. Hah! Meja? Nak buat apa compare personaliti dengan meja?. Time lunch tadi aku ada terbaca satu artikel from HuffingtonPost yang ditulis oleh Kate Ward. Katanya personaliti seseorang ni dapat kita lihat pada meja mereka. Aku pun berminat and langsung lah tergerak untuk share benda ni..:-)

Direct
Biasanya orang yang direct ni mejanya covered dengan paperwork or proposal, tapi bukanlah berterabur, sebaliknya bersusun secara bertingkat. Personaliti direct ni biasanya suka belajar bersendirian dan cepat bosan bila berkerja dalam kumpulan. Bila kita berhadapan dengan orang yang macam ni, it's better untuk kita straightforward dan direct jugak, sebab this type of people have a poor listening skills.

Spirited
Meja orang yang spirited ni biasanya bersepah, messy gitu. Dokumen, resit, buku, bisnes kad, semuanya ada kat atas meja diorang ni. Orang jenis ni suka belajar dalam kumpulan dan suka akan perhatian, probably from superior. Kalau korang perasan ada chatter kat ofis, probably they belong to this group.

Considerate
Meja diorang ni agak bersepah tapi diorang tau kat mana nak cari barang-barang kat atas meja tu. Perhatikan cubicle colleague korang, kalau nampak ada frame gambar, ataupun personal item yang sengaja dipamerkan, mereka mungkin termasuk dalam kategori personaliti ni. Satu lagi cara ialah memerhatikan cara mereka bercakap, sangat berhati-hati dan lembut tuturnya dan berlawanan dengan direct, mereka ni ada good listening skills.

Systematic
Meja yang kemas, tersusun dan cuma ada dokumen yang penting (in progress) je atas meja. Nak tau lagi? diorang ni selalu make sure sebelum balik yang meja akan kemas dan bersih. Orang yang sistematik menggunakan fakta ketika bercakap, laras bahasa yang precise dan jarang bersembang bila tak perlu. Why? Sebab mereka ni tersangatlah fokus.

So, korang punya meja yang macam mana?

p/s: All picture courtesy from Google Inc.

Tuesday, February 18, 2014

Kisah AKU n Jenis-Jenis Pekerja

Assalamualaikum semua. Jalan sesak hari ni, aku pun tak tau kenapa? Pergi balik sama-sama sesak, nasib baik lah aku tunggang motor je, ada Acik Fendi offer pakai Wira dia tu, tapi..it's manual!! Haha, aku ni lembab sikit bab kereta manual ni, maklumlah, dah lama tak drive. Bukan apa, satu lagi nak elak jalan sesak lah. Office masuk pukul 8.30, aku pukul 7.50 dah keluar, pastu breakfast then check in on time je. Kalau hari Jumaat pulak, pukul 8.15 baru gerak tau...hii

Baiklah, dalam segmen "Office Talk" malam ni, izinkan aku membuka topik jenis-jenis pekerja kat office. Bagi aku topik ni menarik untuk dikongsi, since korang pun maybe nak jugak tau, jenis macam mana korang ni bila bekerja. Jom selak!

Mr Enthusiastic
 
Pekerja yang jenis macam ni biasanya akan masuk and keluar office dengan muka ceria dan bersemangat. Kenapa? Sebab mereka sangat mencintai kerja, walau teruk mana company tempat mereka bekerja. Orang tua kata kalau nak buat something tu kita mestilah buat dengah sepenuh hati, dan of course - passion.

Miss Unhappy
Berlawanan dengan Mr Enthusiastic yang sentiasa ceria, mesti akan ada sorang kat office yang asal masuk je muka masam. Ye lah, sometimes kita kadang-kadang terpaksa kerja sebab we need money right? Dapat pulak kerja yang memang kita tak minat langsung, so itu lah jadinya.

Slacker
Ni jenis yang suka mengulor, bak kata orang Muor. Kerja diorang ni melepak je, kadang-kadang nampak kat smoking room, pastu ada kat pantri..haha. Jenis yang macam ni biasanya buat minimum kerja, skillful dalam mengampu boss dan juga suka bagi kerja kat orang walaupun ada masa nak buat. For uolls punya information, chatter tak termasuk dalam kategori slacker.

Brown Noser
Ni puak berlawanan dengan Slacker walaupun ciri mengampu tu ada. Bezanya, Brown Noser ni selalunya rapat dengan boss. Biasanya orang yang macam ni dari zaman sekolah and universiti lagi kita dah boleh nampak. Nak tau apa ciri-ciri orang ni? Zaman belajar kita gelar "Teacher's Pet" or "Anak Emas Cikgu", beware dengan orang macam ni sebab mereka ni normally mulut tempayan.

Mysterious Boy
"Bro, kau tau siapa budak baru tu, ala, yang duduk depan bilik En. Din tu?" Haha, yang jenis macam ni kadang-kadang dia masuk pastu keluar office pun orang tak tau. Kebanyakan masanya dihabiskan kat cubicle. It was believed that "Mysterious Boy" ni nak play safe dalam office environment, ataupun diorang ni memang jenis anti-sosial..Yang tak boleh blahnya, aku praktikal kat ORSB hampir 70% berwatakkan "Mysterious Boy"

Worker Bee
Tau lebah kan? lebah rajin kan? Pandai pun. Pekerja yang dikategorikan dalam "Worker Bee" ni biasanya yang pertama check in, dan yang last sekali check out. Juga banyak menghabiskan masa kat cubicle, even makan pun kalau boleh nak kat situ jugak sebab komited dengan kerja. In addition, jarang bersembang dan melepak kat pantri. Sadly, diatas reputasi dan ciri-ciri mereka yang hanya berkomunikasi bila perlu, "Worker Bee" dilihat sebagai outsider rather than office team. But, this type of employee merancang masa setiap jam mereka sebelum masuk office lagi, which is very good in time management.

Machiavelli 
"Matlamat menghalalkan cara". Pernah dengar? Ingat politik je ada benda tu, kat office pun ada politik jugak. Dalam office environment, memang akan ada yang jenis macam ni. Please lah, kalau time belajar kat universiti pun dah tau tikam belakang, dah tau segala macam teknik meniru semata-mata nak dapat 4 flat setiap semester. Tak mustahil, orang jenis ni akan jadi lagi extremely cunning dalam menyingkirkan siapa-siapa yang menghalang progress dia dalam office environment. Dalam banyak-banyak jenis pekerja, yang ni paling lahanat aku rasa. Yang pernah kena je faham. Yang selalu buat tak kisah.

Jadi kawan-kawan, korang yang mana satu? Share lah sikit..huu. Semoga berjumpa lagi esok, till then, tak care semua!

p/s: Picture credit to Google Inc.

Monday, February 17, 2014

Kisah AKU n Work Etiquette

Assalamualaikum dan good night semua. Tak tidur lagi ke? Awal lagi ni, tak cool la tidur awal kan..huu, sekali bangun lambat macam pagi tadi baru tau, menggelabah sikit..:-) Ok lah, jom bukak malam Isnin ni dengan segmen "Office Talk", segmen yang ke udara selama 2 malam seminggu ni khusus ditujukan kepada kawan-kawan yang tengah berpraktikal dan juga fresh graduates kat luar sana. Topik kita malam ni ialah "Etika Kerja" atau dalam bahasa orang putih "Work Etiquette".

Basically, apa yang kita cuba kupas malam ni ialah apakah do's and dont's ketika bekerja. Simple kan?
 No Loudspeaker Please
It's better untuk kita kalau bercakap didalam volume yang sederhana bagi menghormati rakan sekerja. Ianya bukan sahaja terhad kat private conversation, but termasuklah panggilan yang berkaitan dengan kerja. In addition, meletakkan cellphone dalam keadaan silent juga membantu mengurangkan distraction.

Formal Office Correspondence
Rasanya benda ni dah berkali aku mention kat dalam segmen "Office Talk", bila kat office lagi sesuai untuk kita menggunakan laras bahasa yang sesuai. Elakkan slang atau jargon. Mind our language, check any error dalam grammar. It does help us to keep our professionalism.

Dress To Success
Sometimes, ada pekerja yang ingat office ni fashion expo sampai lupa etika berpakaian. Pakai lah baju yang melambangkan kerjaya korang. Benda ni tak jadi masalah kalau company tu tak menetapkan dress code ataupun own by korang sendiri.

On Time
Kita semua tak nak jadi pekerja yang datang pukul 10 pagi, then keluar pukul 5 petang. Betul tak? Being punctual says a lot about our personal value.

Mr/Miss Always Clean
Pastikan before balik ke rumah, meja or cubicle korang berada dalam keadaan yang bersih. Susun fail-fail ditempat yang sepatutnya, shred kan mana dokumen yang patut dibuang. Cuci cawan, or termos. Siapa tak suka orang yang pembersih?

What's That Smell?
"Err, siapa pulak makan kari ayam ni?, "Perghh, kuatnya perfume Ferrari mamat ni..aku dah la alergic wangi-wangi ni.." Haa, benda ni pun isu jugak bila bekerja. Kita kena ingat, bau-bauan main peranan tau sebenarnya. Mungkin ada kawan-kawan sekerja kita yang alergik pada sesuatu bau. So, jangan bawak makanan kat cubicle, pantri kan ada? Perfume pun sama, kalau korang kerja kat Bodyshop, mungkin lah kena pakai banyak-banyak..huu

So kawan-kawan, kalau ada benda-benda kat atas ni yang korang sedang praktik kat office tu, henti-henti kan lah okay. Sebab, seperti yang Dr. Hafizah ingatkan, kita semua ni still bawa imej UiTM, jangan rasa bila tengah berpraktikal tu dah tak ingat yang status kita ni semuanya still student lagi. Tunjukkan yang student UiTM semuanya mengangkat professionalism sebagai satu persediaan ke alam kerjaya yang sebenar.

p/s: All picture credit to Google

Thursday, February 13, 2014

Kisah AKU Intern VS Trainee

Assalamualaikum semua, malam ni dalam segmen "Office Talk" ialah perbandingan diantara Intern dan juga Trainee. Kekadang kita selalu salah faham yang trainee dan intern tu ialah benda yang sama. Aku pun dulu fikir macam tu jugak, tapi tadi ada terbaca satu artikel yang menarik dari LinkedIn. So, aku ingat nak share jugaklah ilmu baru ni kat korang. Jom selak sikit entri hari ni.
Trainee pada asasnya merupakan jawatan yang official dalam sesebuah company tu, dimana seorang trainee akan dilatih mengikut position yang dia request. Kebanyakan company ada open trainee program, even company besar seperti PETRONAS, CIMB Group, DRB HICOM etc. ada menawarkan program yang ada period range selama 2 ke 3 bulan. Bila dah habis tempoh tu, trainee akan diserap kedalam company tu, basisnya ialah "hiring is an end-goal".
Berlainan dengan internship, ianya bersifat temporary, selalunya tak dibayar melainkan elaun untuk pengangkutan atau makan. Biasanya Intern ni boleh dikategorikan kat student-student praktikal, ataupun fresh graduates yang tengah cari pengalaman kerja. Apa pulak dengan nasib Intern bila dah expired? Erm, since it's temporary in nature - majikan boleh buat decision samada accept ataupun reject seseorang Intern itu. Internship boleh jugak disamakan dengan Industrial Attachment.
Pengalaman aku? Erm, so far aku dah pernah sekali jadi Trainee, and nak masuk dua kali jadi Intern@Student Attachment. Ketiga-tiga pengalaman yang menyeronokkan, banyak belajar skills baru, but rasanya yang paling best yang position tengah-tengah tu..:-). Payment macam mana? Hehe, kedua-dua company paid me very well.
p/s: gambar kat atas ni snapshot from profile LinkedIn aku..

Haha, simple kan segmen "Office Talk" malam ni, bukan apa - aku takde idea sangat sebenarnya..lol.

Wednesday, February 12, 2014

Kisah AKU n No Work, No Problem

Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita dalam segmen "Office Talk" minggu ni. Maaf lambat update sebab minggu ini ada family matters yang perlu diselesaikan. Nanti aku cerita part yang tu. Ok, tajuk hari ni "No Work, No Problem". Baru-baru ni ramai kawan-kawan aku yang tengah praktikal dok call aku, takde kerja sangat kata diorang. Tak pelik pun, sebab melalui pengalaman memang ada firm yang payah nak bagi kerja sangat kat budak-budak praktikal ni, except yang praktikum kat government agencies. Itu pun sebab kena buli dengan senior..haha. Nasib baik lah supervisor aku kat sini, bagi kerja agak balance jugak untuk aku (Aku nak lagi sebenarnya..huu, tengoklah minggu depan aku nak request untuk transfer department dalam 2 minggu)

Entri hari ni secara am nya akan diskus tentang apa yang boleh kita buat kalau takde kerja, supaya hari tu akan jadi produktif, tanpa ada masa untuk melangut tengok jam, dan memikirkan masa depan korang bersama company tu..hii

Re-Plan
Mungkin kedengaran poyo, tapi tahukah anda sebenarnya Microsoft Project banyak kegunaanya, dan aku sure walaupun kita pernah amik Project Management, ada diantara kita yang tak tau pun apa fungsi sebenar Microsoft Project ni. Cuba try gunakan masa untuk belajar skill Microsoft Project time tengah praktikal ni, dan cuba applykan dengan progress sepanjang kita berpraktikum ni.

Work Ahead
Sebagai student praktikal, kita kena completekan report betul tak? and hari tu time taklimat Koordinator ada cakap yang suruh kita prepare draft untuk report kan? Apa kata, cuba attempt untuk buat full report, kalau kena revise pun apa salahnya, habis-habis nak amend pun tak banyak, daripada baru nak buat bila dah masuk part 6 nanti.

Research
Kita kena ingat yang kita semua final year student yang ada thesis untuk dicompletekan time part 6 nanti. Cuba guna masa yang terluang untuk try construct questionnaire ataupun cari information berkaitan dengan research paper tu. Contact research supervisor korang and mintak permission untuk follow up. Alhamdulillah, Dr. Aliza dah bagi greenlight untuk aku proceed dengan information gathering dan now, aku dah siap keempat-empat 4 dalam questionnaire. Salah ke betul lain cerita, janji masa yang ada kita guna.

Organize
Since ada masa yang terluang, cuba busy kan diri dengan organize balik meja, e-mel etc. Check pen punya ink, dokumen yang tak penting, susun balik fail-fail, buang e-mel yang tak perlu dan banyak lagi. Bagi yang takde email company macam aku, cuba labelkan inbox mengikut kategori. Walaupun tak mengambil masa yang lama, percayalah, benda ni membuatkan korang lagi rasa puas hati. Plus, cleaner yang kemas office pun senang hati jugak. Apa salahnya kita tolong ringankan kerja diorang.

Study
"Study, ain't nobody got time for that" Yes, itu cakap pemalas yang takde masa depan. Even dalam buku panduan praktikal pun ada point "Hargai ilmu". Ilmu bukan terletak sejauh mana supervisor korang bagi kerja, ilmu boleh dicari. Kalau dah SV tak bagi kerja, rajin-rajinkan diri surf internet belajar apa yang patut. Aku pulak, dalam time tengah praktikal ni kalau takde kerja sangat, aku dedikasikan diri untuk buat management studies kat company tu. So far, progress yang sangat baik.

Speak Up
Katakanlah semua benda kat atas ni korang dah buat and still ada benda yang korang tak puas hati lagi. Pergi jumpa supervisor, mintak kerja lagi. Kalau dia kata takde kerja, tanya lagi kalau boleh transfer pergi department lain. Kalau okay, cubalah nasib. Kot la boleh dapat kerja yang lain daripada rutin korang tu. Macam aku, hari-hari Contract, CS Survey, nak jugak try buat benda HR ni. In sya allah, minggu depan nak jumpa Puan Isma (Head, Human Resource), tanya kalau ada kerja HR dia boleh assign untuk aku..hii

Itu je lah recommendation from aku (tak nak dengar pun takpe, aku bukan student cemerlang pun) tentang isu no work ni. Bukan lah nak kata aku ni takde kerja kat office, sometimes kita kena pandai bezakan mana priority. Kalau kerja ada due date, seminggu misalnya, takkan lah kita nak settlekan dalam masa 3 hari semata-mata nak impress supervisor? So, bahagikan masa, pagi aku prepare tender dokumen, lepas lunch follow up CS Survey, ada masa lagi 2-3 jam buatlah kerja yang macam dah plan. Utilize kan masa tu, tak dapat nak fully utilize, optimum pun jadi lah. Janji bila dah habis praktikal, banyak benda kita bawak jadi ilmu. :-)

Wednesday, February 5, 2014

Kisah AKU n A Suggestion To Fresh Graduates

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya, dalam segmen "Office Talk" hari ni aku akan berkongsi tentang suggestion dan juga recommendation yang diberikan oleh seorang HR Expert tentang fresh graduates. Ideanya ialah, apa yang kita semua perlu buat diawal kareer kita sebagai one of the nation's workforce. In addition, rasanya benda ni kita yang tengah praktikal pun boleh jugak nak apply. Jom semua, buka minda semua untuk membaca these suggestion.

Sellable Persona
Ni bukan Proton Persona tu..persona kat sini membawa maksud karekter atau perwatakan. Tengah muda-muda ni lah kita perlu promote diri kita kat orang. Macam yang diingatkan, jangan terlampau over selling. Persona yang mempunyai sikap professional dalam kerja dan juga tahu menghargai skill merupakan satu jalan yang boleh membuatkan diri kita mudah disenangi oleh colleagues.

Profitable Relationship
Make new contact dan juga new networking - ianya sangat valuable untuk akses informasi berkaitan job kita tu. Be nice dengan semua orang walau ada yang tak berapa nak nice dengan kita.

Mastering Time Management & Goal-Setting
Korang kalau result 4 flat pun kalau tak value masa memang payah nak advance kat dalam career. Apatah lagi yang result average macam aku ni. Haha. Beb, ada ke orang yang suka dengan orang yang tak punctual. Unless kalau boss korang pun sejenis jugak. Pernah dengar Teori Path-Goal? Yes, ni yang kita maksudkan dengan Goal-Setting, diawal kareer adalah sangat penting untuk kita set goal, apa yang kita cuba capai dalam company tu. Well, the logic is simple - dengan goal kita akan jadi lebih fokus, isn't?

Keep Motivated
Stay positif dalam alam pekerjaan sebab ianya memang kadang-kadang agak menyedihkan..haha. Mana taknya, dapat boss yang baran, memang kalau sehari tak mengamuk tak sah. Kawan-kawan pulak jenis yang tak supportive, kalau tak buli bagi kerja bertimbun tak sah. Siapa yang tak tahan, betul tak?

Respect People 
Ok lah, ni yang paling last. Above all, suka aku letak point yang ni - kita kena hormat orang, tak kisah la dia tua or muda. Bukan tu je, kalau orang tu menyakitkan hati macam mana pun, try untuk keep our respect dan juga iman. Aku pernah kena sekali dulu, memang pedih tapi alhamdulillah, berjaya jugak aku kawan dengan dia. Sebab, come to think about this again, bila kita maintain kan respek dan juga remain obedient, seseorang tu mungkin akan automatically start untuk cooperate dengan kita. Yes, its true, aku dah lalui benda ni and it's work.

Jadi buat kawan-kawan yang bakal grad tak lama lagi, dan juga peringatan untuk diri aku sendiri. Cadangan yang diberikan HR Expert ni memang semuanya logik dan membantu didalam usaha kita untuk membina masa depan kareer yang gemilang. Cukuplah segmen "Office Talk" pada minggu ni, semoga berjumpa lagi di segmen minggu depan. Bye.

P/S: All picture courtesy from Google

Tuesday, February 4, 2014

Kisah AKU n Top 5 Resume Mistakes

Assalamualaikum, well hello there world!! Bertemu lagi di segmen "Office Talk", sebuah segmen baru dalam blog ni yang menceritakan ragam dan juga isu berkaitan kerja, terutamanya kepada fresh graduates. So far, entri dalam segmen ni memang setiap malam ada kan? Haha, bukan apa, kadang-kadang time praktikal ni pagi je kerja, lepas lunch hour dah takde benda sangat.Tu la yang terkeluar idea nak wujudkan segmen "Office Talk" ni, sebab banyak spend time dengan baca artikel pasal business. Ok lah, tak nak membuang masa lagi, seperti yang dijanjikan - kesalahan common dalam resume writing.

Spelling
Masalah ejaan, or grammatical error memang kerap dilakukan oleh orang-orang macam kita ni, yang excited sangat nak masuk ke alam pekerjaan sampai terlupa yang bachelor degree dengan Bachelor Degree tu benda yang berlainan. Guys, yang mana patut letak capital, letaklah capital - aku banyak perhati kawan-kawan aku yang tak peka dalam benda ni. Tak tau lah sebab typo, or memang pemalas nak tekan "Caps Lock tu"

No Objectives
Pernah baca tak resume yang terus ke academic background, dan juga teknikal part. Yes, aku pernah tengok dan orang tu tak pernah kena panggil pun. Kenapa? sebab, it's better to put our career objective. Apa yang kita cuba dapat dan capai jika diterima berkerja. Yang paling penting sekali, dengan objektif ringkas memenuhi ruangan atas, majikan akan lagi senang tau position apa yang kita cuba apply. Tengok sample resume aku kat atas tu.

No Focus
Orang cakap, resume tu kalau boleh bagi 2 page je. So, try to jangan letak apa informasi yang tak berkaitan dengan job yang kita mintak. For example, kalau apply for Lead Chef, letak info yang berkaitan contohnya Juara Masterchef ke, pernah jadi Sous Chef kat Hilton ke.

Same Resume
Seperti yang kita tahu, kadang-kadang tak semestinya degree yang kita ada tu konsentrasinya cuma satu. Sebagai contoh, graduaan BAS boleh cari kerja dalam banyak bidang yang luas baik kat civil service or private service. Dan, nature kedua-duanya ternyata berbeza. Jadi, adalah lebih baik untuk kita follow general rule kat atas tu "Focus" iaitu, menggunakan set resume yang berlainan untuk apply kerja yang berlainan. Contohnya, applying for Quality Assurance Executive memerlukan resume yang lagi menampilkan banyak elemen Quality berbanding untuk apply job sebagai Contract Executive. "One shoe fits all" nampaknya tak bagi kesan yang baik dalam job hunting

Not In Order
Orait, yang terakhir sekali resume mestilah disusun mengikut relevant information bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Contohnya, student baru lepas grad - cuba letakkan academic qualification diatas experience section sebab dah tentu-tentu yang kita ni belum cukup pengalaman lagi. The most relevant information should be on top

Ok lah semua, itulah lima common mistake yang kita selalu buat or tersalah pandang. Ingat, time nak interview atau submit resume, check dulu takut nanti, belum apa-apa dah kena reject.

P/S: All picture courtesy from Google