Thursday, June 30, 2011

Kisah AKU n Topik : Teman Wanita Lebih Tua??


Pernahkah anda berpasangan dengan wanita yang lebih tua daripada anda?? Bagaimanakah perasaan anda - senang hati atupun sebaliknya?? Apakah kelebihan dan kelemahan berpasangan dengan perempuan yang lebih tua ni??

Ok, topik hari ini simple. Sebab kenapa aku raised this issue adalah kerana, aku hampir mengalami keadaan seperti ini. Ceritanya bermula di satu laman sosial iaitu Juzfrens. Oleh kerana Facebook aku macam "Lamebook", so, aku dengan rela hati activated account Juzfrens lama aku yang dah tak aktif sejak bulan Mac tahun lepas. Honestly, aku cakap, laman sosial ini yang telah banyak membantu aku meningkatkan skill berinteraksi dengan wanita, bukannya "Lamebook". Kebanyakan budak-budak kat sini berumur dalam lingkungan 15-25 tahun, dengan pelajar sekolah mengisi hampir 75 % jumlah membernya (main pakai tibai je aku ni - tapi, lebih kurang la)

Sangat best chatting dengan budak sekolah, sebab boleh tolong diorang dari segi pembelajaran, sembang-sembang pasal pengalaman lampau, bagi motivasi kat diorang dan banyak lagi, punca aku tertarik dengan laman sosial ni ialah ia FREE. Malah, aku boleh online waktu dalam bas on the way nak balik rumah, at least tak tidur la kan..Bila bersembang dengan budak sekolah, kita tak boleh terlalu serius, sebab diorang tak suka, kena happy go lucky lah. Alhamdulillah, aku lagi senang mengumpul adik angkat, dan jika dulu - aku punya motif lain, err..tau2 je la.

Nak dijadikan cerita - ada seorang perempuan mesej aku, muda mukanya macam budak-budak sebaya aku. Introduction dah buat then aku tahu yang dia ni tua setahun daripada aku - macam kakak aku lah. So, aku sedar jika berkenalan dengan orang yang lebih tua, cara approach pun mestilah lain. Aku ambillah pendekatan serius - matured sikit, aku expect yang dia ni matured juga tapi sebaliknya, malah aku yang lagi banyak bagi pendapat yang bernas sampai dia pernah cakap "Sumtimes, i rse u lg matured drp i.." .Aku nak termuntah kalau ada budak-budak junior yang nak mengayat kakak aku, panggil dia baby,sayang..woi, kau tu sebaya aku, jangan nak mengada dengan kakak aku boleh tak??

Dia ni ambil course nursing kat SEGI, so, tempat dia belajar dekatlah jugak dengan tempat aku kerja, because aku akan lalu Masjid Jamek punya. So, timbul idea nak lunch sesama nanti, sekarang dia posting kat Johor (praktikal). Err, goyang ke Farid, perempuan ajak lunch. Mana ada, kau ingat aku gay ke takut perempuan. Aku pun balas "If u feel comfortable with that, let it be lah.."

Sampai sekarang kami masih keep in touch..aku takut juga kalau tersangkut dengan dia ni, jilat ludah sendiri beb.

So guys, apa pros and cons mempunyai teman wanita yang lebih tua ni, mari kita start dengan kelebihannya dulu. Buat research, kebanyakannya jawapan semua sama, so, aku conclude je lah..

Kelebihan : Bila bersama dengan wanita yang lebih matang, kita rasa diri kita pun matang jugak. By contrast, if kita bersama dengan wanita yang lebih muda atau sebaya, kita merasakan diri kita sebagai seorang bodyguard - dimana kita bertanggungjawab untuk melindungi dan membimbingnya. Tetapi, jika bersama dengan wanita yang matang, mereka mungkin telah memiliki banyak pengalaman dalam hidup - disini bimbingan daripada mereka amat diperlukan. Walaupun kematangan berfikir tidak dapat diukur atas faktor umur, tetapi kecenderungan mereka ni dalam mengawal emosi adalah lebih baik daripada perempuan yang muda.

Kelemahan : Wanita yang lebih tua dan matang cenderung untuk menjadi queen control. Itu je kot. Tapi, alhamdulillah, setakat ni, aku takde masalah pun.

in conclusion, aku yakin jodoh kita ditangan tuhan, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita.

Wednesday, June 29, 2011

Kisah AKU n Topik : Apa Nak Buat Kalau Takde Kerja Kat Office



Korang pernah rasa takde kerja langsung tak kat office?? Datang seawal pukul 9 pagi dan balik macam biasa pukul 6, tapi, satu hari takde kerja?? Kedua-dua situasi diatas ni selalu berlaku kat aku..tapi, agak-agak korang, ada tak benda yang lagi best kita boleh buat untuk menghilangkan tekanan dan boringnya "takde" kerja ni..

Ada satu website ni bagi tips-tips yang agak merepek untuk aku buat contohnya:

1. Letak kerusi dan tunggu depan mesin fax - kalau ada staff lain tanya, just cakap, "Saya tengah tunggu dokumen baru "

2. Fikirkan nickname baru untuk staff-staff lain..err, pernah buat jugak.

3. Letak bakul sampah kat atas meja then labelkan "IN"

4. Kasi nama kat pen, stapler, pemadam and semua stationaries yang kita ada..

5. Main-main dengan telefon company. (Gila kau aku nak buat benda ni, tak pasal-pasal kena fired..)

6. Kalau ada staff lain bagi kerja, tanya kat diorang, samada nak tolong buatkan kopi sekali..lol

Memang ada tips gila ni yang aku dah pernah try tapi, i've my own tips to overcome tahap keboringan melampau kat office.

First, lihat keadaan sekeliling."Eh, bila masa pula mc aku kat sini??, eh, bila masa pula aku bawak kamus??". Meja bersepah, mari kemas.

Second, jadikan hobi sebagai satu kerja - dalam kes aku - blogging. Kalau takde kerja, aku akan fikir topik yang baik untuk dibincangkan dan start menulis.

Third, educate myself. Wikipedia, Wikipedia dan Wikipedia. Baru-baru ni aku dah banyak tambah knowledge melalui website ni - the latest one: Urban Legend and Curses.

Fourth, menguatkan skill. Skill apa tu?? Anything, daripada programming, writing. Kuatkan skill photo editing, skill Microsoft Office - apa-apa jelah yang kita rasa dapat bagi benefit untuk our future.

Fifth, running errand - yang ni aku suka jugak, tolong staff-staff lain masukkan toner cartridge dalam printer, downloadkan manual mesin fax, telefon satelit, printer yang diorang tak simpan, amik The Malay Mail pukul 11.40 (on time). Kadang-kadang, benda-benda ni aku pun tak tau, tapi, berkat membaca manual terlebih dahulu, kerja pun jadi senang.

Sixth, update personal finances - accounting aku memang selalu buat hari-hari. Berapa banyak keluar hari ini, semua ni perlu diambil kira.

Seventh, cipta role baru untuk diri sendiri - versatile kan diri anda, bos suka pekerja yang banyak knowledge dan multitasking.. Kalau aku, alhamdulillah macam-macam role boleh jadi sekarang, historian,accountant, legal advisor, technician, novelist..walaupun tak banyak, at least, kita start sikit-sikit dulu kan??

Eighth, download game,video. Kat rumah sayang nak guna broadband. Waktu kat office ni la time cari latest games, movies. Lagipun staff lain pun buat apa.

Ninth, telefon orang. Selalunya adik angkat lah, takpun ada seorang kakak tu..bila boring, siapa-siapa je aku layan.

Finally, buat novel. Kerja aku biasanya selalu datang lepas lunch time - so, pagi from pukul 9 sampai 1 tu kekadang free..waktu ni, buat novel la.

So, itulah dia benda-benda yang aku buat kalau takde kerja kat office..anda pula??

Tuesday, June 28, 2011

Kisah AKU n Speed Test??

http://www.iwebtool.com/speed_test

Link kat atas ni boleh digunakan untuk mengukur tahap kelajuan or kelembapan blog atau website korang. Mana-mana blog dibawah size 100 KB, diklasifikasikan sebagai laju dan ringan, manakala atas 100 KB sebaliknya lah.

Come on my fellow bloggers, try this. Jom compare, siapa punya blog paling ringan.

yang ini aku punya..74.36 KB, dare to beat me..hu3x

Monday, June 27, 2011

Kisah AKU n Already Ended??

Alhamdulillah, sekarang ni keadaan aku : fizikal dan mental bertambah baik. Dapat lah jugak aku menutup kesemua kelemahan dan kepincangan aku tempoh hari.

First, konflik kekeluargaan - malam sabtu kakak aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adikku "Along, tolong carikan lampiran untuk folio adik - at least 9, esok bawa kat sekolah.." Aku and kakak aku yang tengah sedap melayan maharajalawak kat youtube, tetiba, dipaksa berhenti dan mula mencarilah sikit info dan artikel. Then kakakku berkata.."Abang, jom la tolong carikan, maybe ini masanya kau boleh minta maaf dengan dia..".

Aku pun mula-mula macam acuh tak acuh tapi bila difikirkan, inilah masanya untuk menghentikan perang saudara ini.Kami pun menyelongkar pakcik google tu dengan mata yang hampir-hampir kuyu..teringat pulak waktu aku buat folio sejarah waktu Form 3, kakak aku pernah tolong juga, so, sekarang ni lah time aku tolong adik aku pulak.

Esoknya, segala artikel yang kami jumpa perlu di print kan, takkan nak bagi soft copy kot kat cikgu dia. Damn..mahal gila - RM20, print hitam-putih je bukan colour pun. Then, aku tanya ibu, "Mak, abang rasa nak belanja semua makan KFC la, agak-agak adik makan tak??"."Tak kisah la..". Akupun bergegas ke KFC Rawang, "Pergh, duit lagi ni..takpe2 esok gaji.."getus hatiku. Dah beli, kami pun bergerak ke SBPI Rawang, masuk-masuk je, sunyi-sepi, dah tu panas macam kat gurun, akupun berfikir, macammana lah diorang hidup dalam ni..bahang dia boleh rasa dari dalam.

Lama juga nak tunggu budak ni, sambil-sambil tu layan video mat luthfi yang latest, sumpah kelakar. Tetiba, adik aku menuju kearah kereta - aku nampak riak mukanya macam nak tak nak, aku menelan air liur.."Oh god, macam mana ni??"

Habis je memunggah barang dan juga baju, kami bersama adik melepak di pondok yang disediakan. Aku sendiri yang keluarkan KFC,Laptop,Broadband and yang paling penting folio dia. Senyap, waktu makan sepatah haram dia tak cakap, waktu main video game pun sama, sedangkan tengah main laptop aku tu. Aku terasa kekok pulak, then ibu memanggilku then beliau membisik "Tadi adik cakap, dia takut nak sembang dengan kau, dia tengah tunggu kau start tu..". Aku pulak, "Sepatutnya, abang yang segan nak start dulu - tapi, takpelah.."

Aku mendekatinya.."Eh, adik, aku ada game baru untuk kau, tak nak tengok ke??" Then, kami pun bersembang, betul, waktu aku gaduh dengan dia hari itu, aku baru je habis download game kriket, adik aku ni cricket player kat sekolah, hari itu dia ada request kat aku suruh download, tapi, well, korang tau kan internet tu perangai macam mana -macam biskut, sekejap ada, sekejap takde.

Air yang dicincang tak akan putus, now, I know.

Second, tadi dapat e-mel from ayah, aku dah reply pun. Alhamdulillah, keadaannya baik saja disana - makan agak susah sebab beliau tak tahu samada makanan itu bersih atau tak, bukan soal halal ke apa. Pasal, Sudan negara Islam. So, takde problem sangat tentang itu. He added, jangan terlalu risau sangat takut-takut nanti ayah kat sana okay, kitorang kat sini yang teruk. Still, tertunggu-tunggu e-mel baru from my dad niyh..

p/s: Bila nak hantar gambar.

Third, pasal UiTM, FUU, and MUET. Alhamdulillah juga, aku pun dah dapat menerima kenyataan. At least, lepas ni tak payah lah nak berkejar-kejar, nak call, nak appeal lagi. Dah malas nak fikir semua ini lagi. Aku harap, dapat sambung belajar balik kat UiTM bulan 9 ni pun dah cukup bagus. Kat mana diorang nak tendang aku, tu belakang cerita.

Fourth, hujung bulan memang ditunggu-tunggu oleh seseorang yang bergelar pekerja..kenapa?? gaji masuk la, apa lagi. Petang ini nak kena buat accounting sikit.

So guys, aku berjaya meratakan semula perjalanan hidupku yang terumbang-ambing selama ini. Diharap, hari-hari yang mendatang bakal membawa kegembiraan kepadaku.Amin.

p/s: Tengah buat novel ni..

Friday, June 24, 2011

Kisah AKU n Andai Itu Takdirnya..

Hari ini nak berbahasa Inggeris ye..muet aku Band 3 so, faham-faham je la kalau ada grammatical error..

3.00 CGPA + Band 4 for MUET : Congrats chap, you're now declared a prestigious BLS student. I did not care about the CGPA matters, I managed to scored 3.44 for that, exceeded 0.44 for the admission requirement. Then, surely some people will say:

Hey boy, stop talking big in front of us..you are not a law student anymore, or you just said that because of you want to cover your failure..shame on you!!

Nope guys, you're making such an insolence judgement upon me. I did not mean to talking big in front of you, I just wanted to stay positive, it can help and guide me to cheer up myself after suffering a numerous of problem in the last 2 months. If I take it for granted, I will probably commit suicide after knowing this recent news.

Oh UiTM, now I starting to hate your system - admission requirement,I don't want to touch about the quota system as I highly respect the Article 153 of our Federal Constitution. Can you imagine, I nearly score that damn Band 4 in this second attempt, then, I saw another hope - appeal Farid. I made my way through post office at 6 o'clock, having paid some RM 70 excluding the transportation, stamp and miscellaneous costs and what I got - nothing. Yesterday, I realised that UiTM and FUU will not take any word from us who waiting for the appeal result. I was like : "Oh my god, that was really a heart breaking news" and guess what - my heart felt really shattered and scattered and it was like "that's the end..it's truly the end.". Angry and annoyed with that, I feel like want to commit suicide but I managed to keep my faith - no Farid, this is not the end of the world.

Sometimes, I'm wondering why Allah gave me another hope. When I got the result- Band 3. End Game. Then, Allah guide me to another way - appeal.Having demoralized, I regained my strength. Lets go, Farid - Let us take this chance. Okay , I feel very relieved when my name is on the system 2 days ago and then yesterday, Allah closed the only door for me- the recent news at the ASASIAN CHAT ROOM. Why Allah?? I felt like being tricked. But, soon I realized, maybe Allah did not want me to pursue law as He is surely prepared an incoming great journey for me.

My mother said : "Abang, you always got what you want..our life is like a ring, it's circle, sometimes we might be at the bottom, sometimes at the top.". Yes, it's true, before this I always achieved a numerous victory. I got 6As on PMR, I got 5As on SPM..(surely the straight As student will said "Come on, it's just half of our As." then I will replied "Who care about your result genius?? - I'm satisfied with this result - I never target much as I know my potential - so, mind your own business..) That's why I did not care about top scorer student. OK, let's continue, I managed to join law faculty for foundation program, and I remembered, one of my teacher, Mdm Noreha said to me "I think, you're the first from this school to join the law faculty..". And guess what, I felt so honoured with that and of course, being on top. Recently, people keep asking me..
"Hey boy, are you working here, how old are you??"
"Yes, I'm trainee..err, I'm 18 going to 19.."
"How much they pay for your allowance??"
"RM 1200 per month..why??"
"Oh god, 1.2 K per month, I'm 25 and I only earn 2 K..you're such a lucky person.."
TEEETT!!..Honoured again and still feel like on the top.

But now, the tide is turning on another direction. I was rejected by the one who I really care about her, that I really love. My family was disorganized - I failed to become a good leader and example to my brother. I only got Band 3 and will probably being kicked by FUU and my father is now at Sudan which I'm really fear about the possibilities of violence, bombardment, skirmish will rage on there..What about his security and safety there. You know what, this is the most suckest 2 months in my life.

Of course, I will continue to assist my trainer - contract manager at the office by referring the contract, company and business law. These was history but I could not resign - I still have the legal knowledge favour by them - they still did not know that I'm failed to further my law degree . Finding the possibilities of contract being revoke, void or whatsoever legal maxim is proved easy enough for me now but by god, it's really an annoying job to do now. Why I shall stick to this task although I'm already informed on my status now, or else, I should switch my trainer to financial manager of the company, perhaps he will help to guide me on accounting or business.

So, finally, I just hope that MPM could reward me that precious Band 4 after my non-stoppable problems although it's useless but I'll be honour.

Thursday, June 23, 2011

Kisah AKU n Fever


Semalam aku bangun je pukul 6, tetiba rasa panas je badan ni - alamak tak baik lagi demam aku ni. Takkan tak nak datang kerja kot - rasa tak best la pulak. No choice, lantas akupun mengambil telefon disisiku

"Salam bos, saya rasa tak boleh datang hari ini, badan tak sihat - nak kena pergi klinik ni."

"Ok..kau rindu ayah ke??"

"Ada la sikit, demam terkejut kot..btw, thanks yea.."

"Jangan lupa mintak mc, nak masuk record ni.."

"Ok.."

So, semalam officially aku tak datang kerja sebab sakit - pukul 8 tu aku pergi klinik kat Bukit Sentosa. Datang awal pagi sebelum doktor masuk, ingatkan nanti dapat la buat consultation awal, hampeh betul - sekali doktor tu sampai pukul 8.30.

En.Farid..

Ahakz!!, nama aku tu. Aku masuk la dengan muka sayu dan kepenatan - sepatutnya boleh tidur lama sikit semalam..Aku kenal doktor ni, kenal sangat,aku rasa sejak aku duduk Sg.Buaya 10 tahun lepas aku consult dengan dia..

"So, encik apa problem.."

"Er..saya rasa demam la.."

Lalu, dia keluarkan thermometer, ditelitinya menatang tu..aku pun tak tahu berapa suhu badan aku semalam

"Buka mulut..waa, sangat merah you punya lidah, ada sakit tekak tak, kahak.."

"Ada doktor, kahak warna kuning.."

"Baring kat atas katil tu..kita buat ujian pernafasan sikit.."

Lepas habis je, dia tanya..

"Kamu student yea.."

"saya dah tamat pengajian, sekarang ni tengah kerja ni...nak mintak.."

"Banyak muda ye muka kamu..saya kasi mc untuk kamu ye.."

Then, aku berfikir sejenak - hari tu ayah aku demam teruk, ada jumpa dengan doktor ni, tapi tak dapat mc..aku pulak dapat - why aaa?? (madam bhajan)

Balik rumah, baca newspaper sekejap - breakfast, makan ubat then terus berselubung dalam selimut sampai lah waktu zuhur..Bangun-bangun je, habis basah cadar plus selimut aku..alamak-habis aku, nak kena tukar lagi ni tapi dalam hati - ni sudah bagus, peluh dah keluar, maksudnya haba pun secara langsung terbebas juga.

Petang tu tak banyak aku buat, dapat chance call my dad - nak skype, dia takde account pulak, suruh buat facebook - dia kata malas, nak e-mel, jarang la pulak dia balas -call la senang, dapat dengar suara. Lepas call ayah, main game la seround - bukan apa, kalau kita layan je demam kita dengan tak buat apa-apa, berbaring tengok ceiling, maka, demam itu lagi la suka duduk dalam badan kita, that's why, aku meluangkan masa buat aktiviti sikit - main game, online, exercise..walaupun tak seaktif waktu sihat, at least kita kena tunjuk kat demam itu, yang diorang tak bagi effect pun kat kita.

Alhamdulillah malam itu aku hampir beransur pulih. Tapi, ubat mesti kena makan, especially, antibiotik.

Pagi ini, aku pergi kerja macam biasa - walaupun still rasa demam lagi. Kalau ayah aku pergi Sudan dengan keadaan yang masih tak sihat, kenapa aku yang masih muda ni tak boleh pergi kerja kat KL..betul tak.???

p/s: i'm wondering, muka aku muda sangat ke..??

Tuesday, June 21, 2011

Kisah AKU n Jejak Kasih

jejak kasih?? macam tah pape la tajuk entri aku hari ini. ok lah, walaupun pelik tapi sebenarnya hari ini aku dipertemukan dengan blog lama aku yang dah hilang - mati-mati aku ingat dah delete blog tu. boring duduk office hari ini, sumpah takde kerja, jadi aku pun dah jadi macam sorang kawan yang suka taip-taip nama sendiri dalam search engine. Nak dijadikan cerita, aku buka google then taip "muhammad farid abd gani blog..", of course diarimcbride.blogspot.com/ keluar dulu and banyak entri - alang-alang dah banyak, aku pun teruskan sampai la encik google dah takde source lagi nak tunjuk..

tiba-tiba..mata aku terpaku kat "mcbridefred.blogspot.com/"..aikk, macam kenal je address ni, aku pun click la url tu..

tak sangka kau hidup lagi, tapi, memang "lame" habis, dengan template yang tak senonoh, tajuk pun tak tau la betul ke grammarnya..last entri pada 17.3.2010, follower pun tak ramai (ada 6 orang), itupun mungkin follow terpaksa kot - diorang ni kawan-kawan sekolah aku jugak.

2.5.2010, lahirlah blog baru aku yang masih bertahan sampai sekarang..

yang korang tengah dok baca ni.

Monday, June 20, 2011

Kisah AKU n Rintihan Seorang Abang

Abang bukan sengaja nak pukul kau semalam, kau pun tau abang bukannya jenis orang yang macam tu kan, kau pun tahu yang abang ni jenis yang bertolak ansur kan. Tapi, kau kena ingat - walaupun saiz kau lebih besar, itu tak bermakna kau boleh pijak kepala abang. Mungkin kau pun tak sangka yang tangan abang akan naik semalam - pada fikiran kau, mungkin itu satu gurauan - tapi, bagi abang itu dah melampau sangat.

Kau tak tahu yang abang banyak masalah yang dihadapi sepanjang dua bulan ni - akhir bulan Mei, cinta abang ditolak, kau mungkin tak rasa lagi - sakit. Yaa, abang tak macam kau, kau normal - macam yang mak cakap muka kau bercahaya, along pun cakap macam tu - saiz kau normal, bukan macam abang - lahir pra matang, badan kering, rabun.

Pertengahan bulan Jun, kali ini datang lagi dugaan yang sangat pahit untuk ditelan. Result MUET abang tak bagus - tak dapat Band 4 seperti yang diidamkan. Walaupun CGPA abang cukup bagi melayakkan diri tapi dengan tumbangnya keputusan MUET itu, manakan Fakulti Undang-Undang mahu menerima abang lagi. Sangat pedih.

Majlis Peperiksaan Malaysia - beberapa hari lepas, abang ada menghantar borang untuk rayuan semak semula keputusan MUET, saban hari menunggu, tidaklah pula terlihat nama abang didalam sistem itu - hati resah menunggu, asal nama abang ada dalam sistem MPM pun sudah berasa lega. Takut-takut rugi sahaja membayar dan selepas itu, hasilnya - kosong.

Semalam, ayahanda kita baru sahaja selamat tiba di ibu negara Sudan, Khartoum atas urusan kerja - bayangkanlah, dua bulan sepeninggalannya, abanglah yang akan menggalas tanggungjawabnya. Sedih - Jika dahulu, kami pergi kerja bersama-sama, ada ayah disebelah ketika abang memandu keretanya, ada ayah disebelah ketika menaiki bas bersama, masih ada juga ayah di sebelah abang ketika didalam train - pergi atau balik. Itulah rutin kami, namun sekarang - memandu kereta diawal pagi bersendirian, mengambil bas berseorangan dengan tidak tahu akan siapa disebelahku. Dulu, hati ini sangat marah jika ayah pulang lewat - penatnya menunggu tapi sekarang ini terasa rindu pula.

Banyak yang perlu difikirkan, jika dahulu abang tidak ambil kisah tentang hal keluarga tapi sekarang, pembayaran bil elektrik, air, telefon,internet, ubat along, dan macam-macam lagi. Semuanya menganggu fikiran, bagaimana mahu membahagikan masa membuat semua ini.

Tadi, abang menghantar e-mel kepada ayah, sekadar bertanya khabarnya disana, tidak pula abang bercerita tentang konflik kita semalam. Takut-takut dia jadi bimbang, dia sudahpun memberi abang tanggungjawab ini dan tidak sampai sehari abang memerintah, terjadi pula perang saudara semalam - menangislah air mata ibu kita - dek terkejut melihat keadaan kita sebegitu. Abang sudahpun meminta maaf kepadanya dan abang bertanya, kenapa ibu menangis - lantas ibu berkata - takut melihat akan sikap amarah abang semalam, ibu tidak sangka yang abang mempunyai sifat baran yang teruk, sehingga tergamak memukul adik sendiri. Maafkan ku adik. Mungkin ketika itu sudah maghrib dan iblis mula merasuk diriku.

Along - bukan sengaja diri ini menghalau dirimu keluar semalam cuma aku agak terkilan disebabkan kehadiran mu itu yang ku tahu untuk meleraikan tapi tidak kena pada tempatnya. Kau mahu menasihatiku tapi ia lebih kepada menyalah kan ku - kau pun sudah sedia maklum tentang keadaan aku yang agak pincang baru-baru ini. Maaf.

Akhir kata, abang mahu meminta maaf jika ada terkasar bahasa semalam, diharap, abang cuba memperbaiki sikap ini agar mampu menghadapi semua masalah dengan tenang.

Maaf
Muhammad Farid B. Abd Gani

Saturday, June 18, 2011

Kisah AKU n Kenapa Anjing Kencing Macam Tu??


Kenapa anjing kencing diorang angkat kaki belakang??

Agak-agak korang kenapa ek diorang buat macam tu??

Nak tau satu cerita rakyat tak yang berkaitan dengan asal-usul kenapa
doggy-doggy kencing macam tu..

Ok.. entry aku hari ini diekstrak from satu cerita rakyat Singapura.

Begini ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang nelayan yang tinggal di
pesisiran pantai Temasik. Dia ini hidup sorang-sorang je, takde kawan, takde
family dan mahupun haiwan peliharaan.

Di satu hari, ketika dia pulang dari laut menangkap ikan, dia ternampak
seekor anjing yang tempang(kaki anjing ini probably pendek sebelah)
terhinjut-hinjut berlari kearahnya. Lalu, si nelayan pun merapati anjing
itu, dibawa anjing itu kerumahnya untuk diubati, disamping memberi makan.
Kemudiannya, anjing itu dijadikan haiwan peliharaannya.

Si nelayan pun menyimenkan kaki anjing itu agar kakinya pulih dan mampu
berjalan seperti biasa. Dia berkata kepada anjing itu..

"Ingat, kalau kau nak buang air, angkatlah kaki kau, supaya ia tak basah.."

Anjing tu macam acuh tak acuh je dengan nasihat tuan barunya itu. Bukan nak
ikut cakap si nelayan itu, malah, si anjing dengan girangya bermain air dan
juga bergaduh dengan anjing-anjing yang lain.

Si nelayan pun pulanglah dari laut seperti biasa, dan ketika itu terlihatlah
dia akan anjingnya menjadi tempang semula..Lalu, disimennya lagi dan diberi
nasihat yang sama. Tika ini, anjing itu menyalak tanda setuju.

Sejak dari itu, anjing itu pun mengangkat kakinya jika dia mahu membuang
air. Maka, begitulah kisahnya..

Anjing memang terkenal dengan kelicikannya dan juga special characteristic
mereka yang awesome ; deria bau yang kuat, kepantasan mereka (alah, hari tu
kejar aku x dpt pun..) That's why, polis-polis di serata negara banyak
menggunakan anjing, malah, di USA, anjing-anjing mempunyai kompeni mereka
sendiri.

Walaupun, aku berdendam dengan anjing pasal diorang ni banyak membunuh
kucing-kucing kat back alley rumah aku, termasuklah seekor kucing peliharaan
aku, tetapi, aku cukup respect anjing polis dengan anjing kat kutub sana
(comel - penuh bulu) because walaupun garang, diorang ni ada gunanya jugak.
Anjing gila and ragtag aku tak pernah suka - kalau dapat maunya aku cincang
diorang jual kat uncle Cina belakang rumah..

kalau binatang ni tak haram, aku dah bela seekor buat jadi bodyguard..

cat : boys, get ready
doggies : .......

p/s: ada dengar tak skuad kucing kat police department.

Friday, June 17, 2011

Kisah AKU, Pemandu Teksi n Politik


Tadi aku pergi IJN (Institut Jantung Negara), nak amik ubat kakak aku. Tunggu la kat depan Hotel Maya tu see whether ada teksi ke tak, malas nak naik bas actually, walaupun murah tapi leceh laa..so, nama pun hotel, mesti lah bersepah pemandu teksi kan. Aku pun tanya la seorang pemandu teksi ini, korang nak tau dia balas apa - "saya bawak pelancong asing jerr".. akupun cakap "takde pun" - then dia kata - "nanti ada lah, saya tengah tunggu ni, karang terlepas pulak.."

damn, hampeh punya driver, memilih tu..so, aku pun pergilah kat driver lain. Aku tanya la.."Uncle, IJN.." Nasib baik dia kata "ON..jom naik.."

Sepanjang perjalanan, akupun sembang-sembang la dengan dia - tapi, uncle ni senyap jugak orangnya. Macam aku dulu, tanya sepatah, jawab sepatah - sampai-sampai aku pun dah tak tau nak tanya soalan apa lagi. Berapa minit lepas tu, sampai la kat IJN, 6 ringgit je..takpe la, at least, takde susah payah nak berdiri dalam bas.

Sampai kat IJN, aku berurusan dengan orang yang in-charge medicine kakak aku - berapa korang rasa nilai ubat kakak aku?? , tak tau - nilainya ialah RM1400..mahal kan.

Urusan pun dah selesai - nak balik ofis pulak ni. Sekali lagi la aku cari teksi, tapi kat area IJN memang banyak teksi. Then, aku pun tanya seorang driver berbangsa Cina "Hotel Maya..." Uncle tu mengangguk kan kepala. "erm..macam pendiam je uncle ni.." Huh..boring, tak boleh jadi ini -

Aku: "Uncle, banyak tak customer hari ini.?"
Uncle: "Haiiya, sekarang ni nak cari makan banyak susah wooo..dah banyak teksi kat KL ni..
Aku: "Berapa ye..memang banyak pun saya nampak, tapi semua tunggu pelancong je.."
Uncle: "30 000 teksi.."
Aku: "Banyak jugak ye..ditambahnya pulak dengan bas, LRT..ayah saya cakap KL waktu 80s dulu sikit je.."
Uncle: " Memang la..zaman dah berubah maa..semua orang nak cari duit..ini semua government punya pasal.."
Aku: "Uncle ni Chua Soi Lek or Lim Kit Siang??"
Uncle: "Anwar Ibrahim."

Aku terdiam sekejap - lepas tu, dia terus la cakap pasal politik, dia ni patut masuk penjara, itu kena masuk penjara - bukan Anwar Ibrahim dalam klip video tu, Chua Soi Lek ada skandal dapat jadi ketua MCA, Mahathir and Putrajaya, ada title Tun pun sepatutnya masuk penjara - makan rasuah - pilihanraya Hulu Selangor..tak sempat aku nak bagi buah fikiran pun - ada je arguments nya.

"Gila dashyat uncle ni" , ni kalau dia tau aku ni pro-kerajaan, maunya dia tinggalkan aku kat tepi jalan. Akupun dengar je la dia merapu sampai la kat Hotel Maya tu.

Akupun berfikir sejenak - pemandu teksi : duta malaysia - oh men, nampaknya kerajaan silap buat percaturan, tak semua driver taxi tu pro kerajaan, cuba korang bayangkan kalau uncle tadi ade tourist customer then dia cakap pasal politik negara ni..teeet, u screw Najib

kali ini, RM7.00 pulak, lepas bayar je.."Terima kasih ye uncle - Hidup Gagasan 1-Malaysia.."

Tuesday, June 14, 2011

Kisah AKU n Hoping for a Miracle

Miracle please come to me..I badly need you.

Seperti yang korang tahu, aku dah check result MUET semalam,guna smartphone je, pasal MPM nye website slow macam kura-kura pakai tongkat..so, tak berapa clear sangat berapa actual mark - jauh lagi ke? nak dekat Band 2 ke? ade improvement tak?. Semua ni memang ternyata menganggu fikiran aku.

Malam tu aku try la check MUET kat lappy, then, baru aku tau yang sebenarnya markah yang menentukan hala tuju hidup aku - sikit bezanya. jarum menunjukkan pukul 12 tapi aku still rasa tak nak tidur, maybe sebab terlampau excited - exageratted. Tak tau kenapa, tiba-tiba je, pintu yang aku sangka sudah tertutup rapat - terkunci , terkuak sedikit. Tika itu, perasaan berbaur - sebak plus happy ; bukan apa, sebak disebabkan - margin itu yang membuatkan aku menderita semalam - kat office macam tak bermaya nak kerja, tertinggal bas 2 kali, salah naik lif.. happy kerana aku merasakan masih ada peluang - walaupun aku tau, bukan semua rayuan dapat menerima perubahan - tapi, aku berharap kali ini Allah menerima doaku.

Selepas itu, aku pun menganalisis keputusan itu, lihat statistik dibawah.

Sebenarnya, tika kaki melangkah ke dewan peperiksaan - aku merasa amat yakin untuk mengambil apa yang sepatutnya jadi hak aku - yakin sangat. If korang dah kenal aku, korang mesti tau yang aku ni orang yang selalu mempunyai backup plan. So, before aku buat test itu aku dah target markah minimum yang aku bakal dapat. Ini dia :

a) Speaking:27
b) Listening:28
c) Reading:80
d) Writing:45

TOTAL : 180


Cuba korang compare dengan gambar kat atas :

Speaking berjaya merempuh dengan jayanya (tak expect pun), same thing goes to Listening. Reading pula tidak mengecewakan walaupun tak mencapai target (yang buat sakai first attempt paper ni la, dapat 56 je..) - tapi, aku paling kecewa Writing. Aku tak tahu mana silapnya, waktu first attempt, aku berjaya mendapat 47 dalam Writing ( that's why aku target 45 for this paper), tapi untuk second attempt, jumlah tu turun mendadak : 31. Pada hemat aku, aku rasakan ada technical problem ni, tak mungkin lah sebab aku rasa aku dah bagi essay yang terbaik - malah, i regard it as my second best selepas my SPM essay, jauh tu margin nya.

Pagi tadi, aku pergi laman web MPM, bukan untuk take revenge, tapi untuk berdiplomasi - ayahku berkata - jangan menyerah dulu, at least, put some effort towards it. Akupun, dengan semangat berkobar-kobar pergilah download PDF form untuk Rayuan Semak Keputusan MUET, print, isi borang, print result MUET mid year 2011..masukkan dalam sampul, akanku hantar borang ini diiringi doa dan harapan. This is my last resort, last ditch and last effort mounted in order to recapture FUU.

Oh Allah, help me..

p/s: rupa-rupanya Band 4 tu 180, ingatkan 179..so, aku 6 la lagi - macam susah je nak appeal..

Monday, June 13, 2011

Kisah AKU n End Game

aku bukan law student lagi..officially, this is the end of my precious journey as a law student. tadi, result muet for 2011 dah keluar, walaupun aku tak kisah pun berape yang aku dapat for this time, tapi aku still lagi berharap agar dapat score lagi baik daripada yang lepas. and the result..still the same, tiada perubahan, aku still tak tau jumlah sebenarnya tapi itulah dia : Band 3

aku check waktu office time tau, lepas check je, aku terdiam sekejap - termenung - lama sangat. lepas tu, aku terus pergi tandas, nak call kakak yang jadi "consieglere" aku, err, apa tu, dalam mafia, consieglere maksudnya penasihat. aku pun cerita lah tentang fresh news tu, then kakak aku takde pulak ejek,maki and gelakkan aku tapi dia bagi satu nasihat yang buat aku lega - dia kata, Allah telah sediakan benda yang lebih baik untuk kita, malah, takdir dan jalan hidup kita telah ditetapkan sebelum kita lahir lagi. Along yakin yang abang akan dapat kerjaya yang lebih baik nanti.

Ada betulnya along, pasangan hidup kita, nama kita, bila kita mati, takdir kita : semuanya telah ditetapkan - tapi, siapalah kita untuk mengetahuinya. So, korang jangan percaya tukang tilik nasib ye - khurafat semua tu..

Semalam pulak, "underboss" aku , my adik cakap sebelum dia balik SBPI, "abang, ko dapat berapa pun, uitm hantar ko course apa pun, ko rempuh jugak semua tu". aku tak faham apa yang dia cakap tu - tapi, tadi baru aku tau. betul cakap adik, waktu form 4 and 5, aku dah rempuh science stream, masuk UiTM rempuh law program pulak, sekarang ni kerja - benda ni aku tak tau pun - aku rempuh jugak..takde masalah pun setakat ni.

lepas ni, kalau diorang hantar aku business, polisi ke - aku belajar jugak, bukannya main-main. alhamdulillah, result sains stream aku tak la teruk sangat, result law aku pun membanggakan. korang hantar la aku kat mana pun, insyallah aku akan buat yang terbaik.itu janji aku.

aku tak pernah salahkan diri aku sendiri jika aku gagal mencapai sesuatu - mungkin itu sebabnya aku gelak tengok orang yang bunuh diri sebab kecewa..

apa respons parents aku pulak??, ayah aku tak marah pun - pasal dia pun sebenarnya tak kisah aku nak amik bidang apa - katanya, yang penting dapatkan segulung ijazah. Mak aku, lagi menghela nafas lega - actually, dia tak berapa suka sangat aku ambik law haritu, dia kata, jadi lawyer susah; sebelah kaki ke neraka, ancaman bunuh, family tak selamat, kalau defend orang yang guilty macam mana.???, semua tu aku tak kisah dulu - pasal aku sekular dan positivist - aku tak kisahpun siapa yang aku akan defend - janji duit masyuk - tu dulu la. arwah atuk aku nak aku jadi alwyer, tapi, sory ye atuk, saya tak mampu..

response "caporegime" pulak, he3x, adik angkat - "Abang jangan la sedih sangat - nanti dapat masuk U jugak, adik PMR pun tak amik lagi..lol"
Ye la tu, dibuatnya ada sistem error, nama takde dalam list, tumpor aku. tapi, diorang kata kami pelajar asasi undang-undang uitm PI006 akan dijamin tempat kat UiTM ni, bezanya course je..betul ke???

Kat siapa aku perlu mintak maaf ni??..ramai, sangat ramai.

First, keluarga. Sori sangat-sangat sebab tak dapat sambung especially kat ayah, yang dah habis banyak waktu masuk UiTM dulu, beli no pin BSN yang mahal tu. Abang tak kan salahkan mak ayah pun sebab tak encourage abang cakap English waktu kecik-kecik dulu.

Second, untuk kawan-kawan di sekolah. Sori Azran and Afiq, because tak mampu nak bukak law firm and tolong korang kalau ada legal problem. Tapi, insyallah aku akan cuba bantu dengan ilmu yang aku ada. Besides, akupun dah tau macam mana nak prepare untuk hearing..ngeex

Third, untuk kawan-kawan UiTM, especially Mujahid, LWPO2J and my beloved Abang Nezam Crew..sory sangat-sangat sebab tak dapat bersama korang untuk semester depan, belajar elok-elok, nanti tolong-tolong la aku if my company kena saman..

Fourth, untuk senior-senior FUU especially senior SCLC (Student Community Law Club), maaf ye, tapi terima kasih kerana akak dan abang dah bagi saya peluang untuk aktif dalam SCLC dan menjayakan karnival SCLC haritu.

Fifth, of course untuk lecturer-lecturer yang dah habis air liur mengajar aku waktu program asasi and for Sir Haris(degree lecturer and SCLC advisor), maaf sangat-sangat sebab tak dapat belajar Law of Contract dengan sir for the next semester.

Sixth, untuk buku-buku, statutes, nota yang dah banyak tolong aku - kat mana aku nak simpan korang ni??...jangan risau la, korang tetap dihatiku.

Seventh, untuk seseorang - lepas ni, kau dah takde la nampak aku bersiar-siar kat FUU lagi, selamat kan??

Apa nak buat sekarang ni??

Okay dalam battleplan, ada satu plan dinamakan pre-emptive strike..Apakah itu??, pre emptive strike ialah serangan awal. Apa kaitan dengan aku??, result muet dah tau, so, inilah masa yang sesuai untuk study accounting, economy, ICT, history dan sebagainya, walaupun susah bagi aku, tapi,

"we have no choice Farid..push towards that line, move forward - there is no way to turn back now"

yaa..takde pilihan, aku kena teruskan juga. Diharap selepas ini aku boleh menguasai lebih banyak bidang lagi - macam Leonardo Da Vinci. Dulu, tumpuan aku hanya sejarah,sejarah dan sejarah. Tapi sekarang, macam-macam benda aku belajar - sudah tiba masanya untuk aku balance kan otak kiri dan kanan aku..

in conclusion - study law memang best, tapi, yang menghancurkan harapan ialah MUET..no problem, if korang rajin baca buku, buat tutorial question, have a strong background in English. so, for junior-junior - jangan pandang rendah MUET ni, as they will become your greatest enemy, study BEL elok2.

p/s: some suggest - repeat lagi Farid - tak nak!!. Rilek MPM, aku tak dendam dengan korang punya, chill okayh..

Tuesday, June 7, 2011

Kisah AKU n Accounting??


Susah nak dapat task kat office ni, kekadang ada jugak offer errand kat diorang - tapi pasal aku ni jenis yang suka cepat habiskan sesuatu kerja tu, ye la, kekadang waktu lunch pun terlepas pasal nak habiskan kerja -so, cepat lah kerja tu habis, nak buat lambat-lambat, nanti apa pulak staff lain kata ek?(jatuh la reputasi aku..), maka boring la duduk kat sini. tiba-tiba, tergerak hati aku nak bukak uitm student portal, saja nak tengok-tengok in case kalau ada notification baru ke..then, gatal pulak tangan ni nak visit borang uitm yang aku isi hari tu - program penerapan ijazah uitm.

nampak tak picture kat atas ni. walaupun hari itu punya result MUET dapat Band 3 je, tapi aku still letak juga Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang kat atas...disusuli dengan 2 progam from Fakulti Sains Pentadiran dan Pengajian Polisi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan juga Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat, yang last sekali tu ialah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.. apa yang uniknya pasal 3 program backup ni ialah silibus. Jika dalam law, tak banyak calculation theory diperlukan but mereka semua ni, ada subjek yang berteraskan pengiraan contohnya Accounting - ooops!! kalau tak dapat law, boleh mati kering aku nak catch up benda-benda pelik ni..dah la takde basic dalam accounting - mengira aku memang tak pernah suka pasal aku tak suka nombor.

tapi semuanya depends on my MUET result..bila-bila masa je result ni boleh dapat - takut. Tak lah, aku pun dah redha je sekarang. Kalau bukan rezeki aku dengan FUU, nak buat macam mana kan?? Yang penting aku dah buat yang terbaik waktu program asasi dulu, walaupun tak dapat Dean's List tapi at least ada improvement daripada sem 1..

okayh, berbalik kepada cerita sebenar hari ini - Accounting..pada mulanya berat juga nak study pasal tak suka kan, tapi - tiba-tiba terasa best pulak, diam tak diam aku dah cover 3 setengah chapter dah - Basic Concept, Basic Transaction, Double Entry Account and separuh chapter Accounting Cycle, sampai-sampai kalau ada kerja office nak buat pun aku mesti nak habiskan sub chapter dulu...dulu, waktu form 4 gatal sangat nak ikut kawan join science stream, actually dah dapat offer from cikgu akaun kat sekolah dulu- menyesal betul. tapi takpe, banyak lagi masa aku sebelum masuk ijazah ni - akanku habiskan masa ini menerokai keseronokan belajar accounting, keseronokan yang ditolak 3 tahun lepas.

Kenapa Accounting Farid?

Banyak reason kenapa aku memilih untuk menggunakan masa lapang ni dengan belajar akaun. First, aku menyesal pasal tolak subjek ni mentah-mentah waktu Form 4. Second, kalau aku tak dapat sambung Law, dan dapat course lain yang dah tentunya mempunyai subjek ni - at least aku ada basic, takde la ternganga je dengar lecturer mencarut nanti. Third, kalau aku dapat sambung Law, ianya seakan memberi bonus kat aku bila aku jadi lawyer, legar advisor, legal assistant or apa-apa yang legal. Kenapa??, pasal business dan juga law walaupun musuh ketat di beberapa institusi pengajian awam tapi ia sebenarnya perfect match, takkan law dengan physic kot.Finally, job market, menurut JobStreet, gaji seorang corporate lawyer lagi besar daripada lawyer biasa. kalau tak dapat sambung law pulak, boleh jadi HR Officers, Management Trainees or company secretaries, mana la tau boleh kerja kat KLCC, salah satu impian aku waktu kecil...

So, aku dah set hala tuju, korang bila lagi..do remember ye kawan-kawan, we must always have the backup plan - jangan konfiden sangat yang primary plan korang tu akan berjaya.

Monday, June 6, 2011

Kisah AKU n Cerita Seram Rumah Sebelah

Hantu, mahupun entiti halus memang suka menyakat manusia - even yang takde kaitan dengan diorang pun, alhamdulillah, mata aku still tidak berpeluang terlihat benda-benda halus ini lagi, dan akupun berharap tak nak nampak pun benda-benda ni. Aku tak percaya tau pada mulanya akan kewujudan makhluk-makhluk ni, tapi, pengalaman gila ini membuatkan aku sedar akan adanya mereka ni didalam kehidupan normal kita. walaupun aku tak nampak, tapi aku seakan dapat rasakan kewujudannya..

Sebenarnya, kisah ini bermula dalam bulan lepas waktu aku belum start kerja lagi. Aku ni memang macam burung hantu sikit, tidur pagi, malam berjaga. Nak dijadikan cerita malam tu aku berjaga la sampai pukul 0230 pagi, main game, online facebook. then, tetiba ngantuk la pulak. Seerti biasa, sebelum tidur aku gosok gigi plus cuci muka sikit and officially aku merebahkan diri diatas katil pukul 0300 pagi. Suddenly, game on. Tersentap jantung aku tetiba terdengar bunyi seakan-akan orang menghantukkan kepalanya kat dinding sebelah- rumah teres kan bersambung, betul-betul sebelah aku..terkejut gila - lepas tu- senyap. fuhhh, nasib baik. then, aku dengar bunyi perempuan nangis - emmm, laki bini gaduh la ni..biar la - sayup-sayup salakan anjing kedengaran. akupun tidur.

Esok, aku cerita la kat family aku. Diorang kata ada jugak terdengar - kami pun berdebat aku dan ayah aku bersetuju mengatakan jiran sebelah berhentam, while ibu and kakak aku yang mempunyai mysterious sense menafikannya - diorang cakap ada benda yang kacau..aku pun just - lame.

Malam tu, insiden itu berlaku lagi. Kali ini lagi dasyat, akupun dah takut gila nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Bayangkan, tengah sedap-sedap main game tetiba dinding betul-betul sebelah aku berbunyi-bunyi dengan kuat.

Hari ketiga pun sama - dan aku ketika itu berpendapat bahawa telahan ibu dan kakak aku tu betul. DAMN!!, kalau nak kacau orang tu, kacau je la dia - yang nak sibuk kacau tidur aku pehal. Rupa-rupanya setelah diselidik - jiran sebelah aku histeria - dia kata dia nampak benda belakang rumah - aku tertelan air liur mendengarnya - ye la, bilik aku kan kat belakang rumah.

Sejak hari tu, aku dah tak tidur lewat. maksimum pukul 1100. sampailah sekarang - actually, pagi kan nak bangun awal pergi kerja - ditambah pulak dengan hilangnya habit lama online facebook sampai subuh..

Dan semalam - tidakku sangka, tidur yang lena selama ini tiba-tiba diragut sekali lagi, tapi lain sikit scary nya - lagi power(bagi aku laa....). Jarum jam menunjukkan pukul 1000 dan aku still asyik menembak zombie lagi (left 4 dead 2), tiba-tiba mengantuk, dah biasa tidur awal la katakan. Locked laptop dan berjaya tidur.Tiba-tiba, tepat 12.00, aku terdengar bunyi perempuan menjerit-jerit seperti ternampak entiti halus- kuat, pasal sebelah bilik aku kot - akupun tutup la telinga dengan bantal..kemudiannya, disusuli dengan salakan anjing yang kuat. Habis je bunyi tu - akupun terus bergegas ke bilik parents aku dan mengejutkan diorang (anak lelaki apa la ni)..anehnya diorang tak dengar pulak..adik-beradik aku pun kata tak dengar apa-apa. SUMPAH, aku still ingat lagi jeritan itu - masih terdengar lagi bunyi itu.

Pagi ni, waktu nak pergi kerja..ayah aku cakap, rumah sebelah mana ada orang - diorang takde kat rumah. Betul, tiada kereta, motor mahupun basikal dirumah jiran aku itu. Aku pelik - siapa pulak yang menjerit malam semalam - terfikir-fikir sampai tak boleh nak concentrate waktu drive - takut-takut dia lintasnya depan aku kat bukit benggali tu.

begitulah kisahnya.

Thursday, June 2, 2011

Kisah AKU n Tembok Itu....

Semalam aku keluar office pukul 0500 petang then solat asar, pastu bergerak la ke KLCC. Then, my dad cakap dia ada meeting dengan bos, katanya.."abang, kita balik pukul 0700 la, pukul 0600 nanti ayah turun."

Terdiam sekejap - aii dia ni, agak-agak la..pagi tadi kata nak balik awal, punah harapan aku nak main game dengan adik malam tadi pasal sampai rumah lambat - actually, pagi semalam adik aku balik rumah selepas beberapa bulan bertapa kat SBPI Rawang tu. aku pun macam biasa, kalau berlaku insiden macam tu, apa lagi, pergi taman KLCC la gamaknya..

Boring..(bunyi burung gagak + cengkerik)

Blah la, aku masuk kat SURIA pulak, just tengok-tengok je, aku tengah saving ni, korang nak tau tak hari tu aku takde kerja kat office then aku decided nak belajar accounting- lepas 2 hari baru faham yang basic- lemah betul calculation aku ni..ha3x

Boring lagi..(ada bunyi pintu kena tiup angin + burung hantu sikit)

Keluar la pulak, amik fresh air sikit..fresh kejadahnya, terbatuk-batuk aku menyedut asap bas kat situ..tukar tempat, duduk sebelah public phone..cantik la, terselindung sikit daripada mata-mata manusia.

Tika itu, mata tertarik kat seorang pelancong asing, probably from Middle East yang mundar mandir kat tangga yang nak turun stesen LRT KLCC sambil memegang telefonnya. Setelah beberapa minit memerhati akupun decided untuk pergi bertanya..

"Miss, do you have problems here?"

"Yes, I trying to contact my dad, but it seems that my battery phone was empty"

"I had been watching you and may I ask you something, why you did not ask anyone here maybe they can help you find the solution?"

"I'm scared, I feel ashamed to ask someone especially from those people" sambil dia menuding jari kearah budak-budak cikang yang tengah lepak kat tangga tu..

aku tergelak sekejap.."Don't worry, I can help you"

"How? do you want to lend your hand phone for me..only for a while.."

"No..do you see that public phone, I gift you this(coin) , then you can call your dad.. is that okay.."

akupun bawak dia kat public phone tu..then, guide la sikit..

Beberapa minit kemudian ayah dia sampai..besar badan dia, aku ingatkan Hulk..

Sebelum gadis tu beredar dia cakap..

"God bless you"

akupun tersenyum, happy dapat tolong orang..lagi-lagi pelancong asing, insyallah, nama negara kita akan jadi lebih baik di mata dunia kan.

But, macam yang dia cakap tadi..MALU..aku terfikir sekejap, kalau akulah pergi melancong, kerja or tinggal kat luar negara..macam mana la hidup aku nanti ek..kalau ada orang yang boleh tolong takpelah ini kalau semua buat hal masing-masing...boleh mati kering aku kat sana.

Akupun berazam, "ayuh Farid, inilah masanya , mari kita pecahkan tembok ini..!!!"

Wednesday, June 1, 2011

Kisah AKU n Derita Dalam Kebahagiaan


Gaji yang baru dapat cukup menyenangkan hati aku, tapi kegembiraan itu tidak
bertahan lama...mahu buat apa duit banyak-banyak ni - masihku ingat tika dahulu, pernah juga mulut ini bermadah, simpan duit banyak-banyak, nanti sampai tiba program
ijazah maka, dapatlah jumpa dengan orang tersayang. tetapi, apa la yang aku
ada sekarang ni, kosong-habis-punah semuanya. mahu belanja kawan, tidak rasa
, tapi jika bertemu gadis idaman, lain rasanya. sudah hampir dua minggu aku
tidak bermain facebook itu- online sekadar untuk approve taulan, periksa
akan notification dan selepas itu, offline pula.

Ego - tidak aku nafikan kedua-duanya ego, aku lagilah, jangan harap nak
minta maaf tapi sakit - sakit juga rasanya dihati. Apa nak buat, sudah
dilatih mempunyai ego yang tinggi sejak kecil - mungkin mewarisinya daripada
ayahku. Walau perlu bantuan sekalipun, tidak mahu akan hati ini
meminta. dicarinya juga jalan untuk melawan derita itu - sampai diri ini
menyerah, barulah diterimanya akan bantuan itu - tinggi sangat egomu itu
Farid. mungkin itu ialah sifat buruk yang kalian perlu tahu tentang diriku,
banyak. banyak lagi - aku tak pernah percayakan orang - walaupun keluarga -
darah daging sendiri. apatah lagi, orang lain yang baru ku kenal tidak
sampai setahun pun- yaa, mungkin itu sebabnya aku tidak punya ramai kawan.

apa khabarnya orang disana sekarang - sudah siapkah akan blog nya, maaf
kerana tidak dapat membantu sepenuhnya - dengar khabarnya telahpun
siap dilancarkan - sangat senang hati ini mendengarnya, pasti si dia yang
menolong untuk melengkapkannya.

p/s : takde mood..

picture's source : encik google