Thursday, June 2, 2011

Kisah AKU n Tembok Itu....

Semalam aku keluar office pukul 0500 petang then solat asar, pastu bergerak la ke KLCC. Then, my dad cakap dia ada meeting dengan bos, katanya.."abang, kita balik pukul 0700 la, pukul 0600 nanti ayah turun."

Terdiam sekejap - aii dia ni, agak-agak la..pagi tadi kata nak balik awal, punah harapan aku nak main game dengan adik malam tadi pasal sampai rumah lambat - actually, pagi semalam adik aku balik rumah selepas beberapa bulan bertapa kat SBPI Rawang tu. aku pun macam biasa, kalau berlaku insiden macam tu, apa lagi, pergi taman KLCC la gamaknya..

Boring..(bunyi burung gagak + cengkerik)

Blah la, aku masuk kat SURIA pulak, just tengok-tengok je, aku tengah saving ni, korang nak tau tak hari tu aku takde kerja kat office then aku decided nak belajar accounting- lepas 2 hari baru faham yang basic- lemah betul calculation aku ni..ha3x

Boring lagi..(ada bunyi pintu kena tiup angin + burung hantu sikit)

Keluar la pulak, amik fresh air sikit..fresh kejadahnya, terbatuk-batuk aku menyedut asap bas kat situ..tukar tempat, duduk sebelah public phone..cantik la, terselindung sikit daripada mata-mata manusia.

Tika itu, mata tertarik kat seorang pelancong asing, probably from Middle East yang mundar mandir kat tangga yang nak turun stesen LRT KLCC sambil memegang telefonnya. Setelah beberapa minit memerhati akupun decided untuk pergi bertanya..

"Miss, do you have problems here?"

"Yes, I trying to contact my dad, but it seems that my battery phone was empty"

"I had been watching you and may I ask you something, why you did not ask anyone here maybe they can help you find the solution?"

"I'm scared, I feel ashamed to ask someone especially from those people" sambil dia menuding jari kearah budak-budak cikang yang tengah lepak kat tangga tu..

aku tergelak sekejap.."Don't worry, I can help you"

"How? do you want to lend your hand phone for me..only for a while.."

"No..do you see that public phone, I gift you this(coin) , then you can call your dad.. is that okay.."

akupun bawak dia kat public phone tu..then, guide la sikit..

Beberapa minit kemudian ayah dia sampai..besar badan dia, aku ingatkan Hulk..

Sebelum gadis tu beredar dia cakap..

"God bless you"

akupun tersenyum, happy dapat tolong orang..lagi-lagi pelancong asing, insyallah, nama negara kita akan jadi lebih baik di mata dunia kan.

But, macam yang dia cakap tadi..MALU..aku terfikir sekejap, kalau akulah pergi melancong, kerja or tinggal kat luar negara..macam mana la hidup aku nanti ek..kalau ada orang yang boleh tolong takpelah ini kalau semua buat hal masing-masing...boleh mati kering aku kat sana.

Akupun berazam, "ayuh Farid, inilah masanya , mari kita pecahkan tembok ini..!!!"

No comments:

Post a Comment