Friday, October 9, 2026

Kisah AKU n Happy 29th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Baik, entri kedua untuk pagi ni. Hujung minggu lepas aku dan family ke AEON Mall Rawang. Actually tak plan pun, it supposed to be a normal waiting dekat Anggun City, while the kids ada Art class.

Ni haa rutin mingguan. Dua jam tunggu every Saturday. Cuma minggu lepas kami ambil session petang since pagi tu ada program. 
So nak dijadikan cerita kami singgah AEON untuk dinner. Dah masuk sana tu memang confirm lah melencong. Mula-mula diorang ni nak beli toys baru. Kebetulan vouchers AEON yang aku dapat awal tahun hari tu hasil menang TNG Top Talent ada lagi. 
Dah tu toys department sebelah arked Molly Fantasy ni. Terpaksalah menyinggah. Haha
Ingatkan nak main satu dua je, since ada point lagi dalam kad Molly Fantasy ni.
Last-last top-up lagi RM50. Takpelah, budak-budak ni pun dah lama tak masuk AEON.
Sambung main lagi, nak dekat sejam jugak. Kira licin lah kad Molly tu. 
After spending time di arked, now time untuk shopping for our birthday lady. After two consecutive year beli hadiah untuk wife dan dia tak pakai langsung. Aku conclude, let her choose  dia nak apa. Instead of buat surprise yang later aku surprised. Haha
Happy birthday Sayang. Setahun lagi nak masuk three-series. Haha 
Senang budak-budak dah boleh makan sendiri. Huhu

Simple je kan celebration kali ni. Ye lah, minggu lepas dah naik Genting. Memang plan asal nak celebrate birthday wife kat Genting hari tu,cuma kebetulan family yang lain pun nak kesana jugak. Chip in sekali je.


Haa, itu sahajalah cerita kami menyambut birthday wife yang ke-29 ni, apa-apapun selamat hari lahir buat Ija, semoga sentiasa menjadi ibu terhebat untuk Fariq dan Iman, dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya serta dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin In Sha Allah.

Kisah AKU n MyARTTE 2026

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku berkesempatan untuk join sebuah event anjuran Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dimana TNG merupakan Platinum sponsor untuk program ni. Event ni dinamakan MyArtte, a short form for My ASEAN Road & Traffic Tech Expo, berlangsung selama tiga hari di MITEC KL pada 30 September hingga 2 Oktober yang lepas.
Seperti most of staff dalam Business team, aku terlibat untuk jaga booth TNG untuk full three days
Amacam? Futuristic tak booth TNG ni. Platinum sponsor dik, mesti lah grand. Haha
Hari first tu aku datang tengahari sebab ada urgent meeting. So tak sempatlah nak tengok menteri menyinggah booth. Sudah tentunya, kami as Business team do our part, iaitu memberi penerangan tentang TNG. Macam dalam gambar ni, bro Irfan explain pasal our latest TNG Seamless LPR parking system. Bro Razif pun ada jugak until guide pengunjung for our transit My50 product.
Tapi kerja aku tiga hari tu berada di belakang counter ni. Iaitu buat customized card kepada premium client.
At the same time, jadi budak sales. Tapi dalam gambar ni, ni semua card display je. Yang jual dekat kaunter sebelah tu. 
Ni pulak section VR, untuk pengunjung merasai our latest SLFF technology secara visual. Tapi untuk siapa yang nak try the real one. Boleh ke Plaza Tol Datuk Keramat AKLEH dan Plaza Tol Alam Impian LKSA untuk mencuba sendiri. Cari lorong RFID yang ada simbol Star.
Ni pulak section sejarah TNG sejak penubuhannya pada tahun 1996. Dan event ni juga kami gunakan untuk menyambut ulang tahun TNG yang ketiga puluh 
Time takde orang, kekadang aku switch dengan Amirul, our intern. So time tu aku gunakan untuk melawat booth-booth yang lain.
Our management escorting delegation dan memberi penerangan yang menyeluruh tentang our offering. Bahaya duduk kaunter ni, selalu kena petik jawab benda yang aku tak tahu. Haha
Tengahari makan kat food court MITEC Yang berkonsepkan food truck. Mat Rock ni jugak yang senang makan. Haha
Besar jugak food court. Kebetulan tiga hari Tu clash dengan event lain jugak iaitu TCE Baby Expo 2026. Memang ramai lah umat manusia, belum kira parking lagi. Haha
Hari kedua benda sama je. Then came hari ketiga. Ada official launching of our TNG Seamless LPR Parking , dan juga kempen Gold Parking dimana pemenang bertuah berpeluang menang the exclusive TNG Gold Wafer.
TNG CEO' Mr Praba entertaining our premium parking client, KLCC Parking Management Sdn Bhd, since in conjunction to the Gold Parking program , kami juga launch or LPR system di Suria KLCC.
Tengahari tu, together with Razif dan Amirul, kami menapak 1km untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah. Dah la pakai kasut kulit. Haha
Haha. Kalah judi ke tu..:-p
Lepas solat Jumaat, kami continue jaga booth sampai jam 3.30pm before event officially concluded. 

Itu sahaja cerita untuk pagi ni. Tengoklah kalau BMMC ada share gambar, later aku tepek kat sini.

P/S; Finally after tiga minggu international break, EPL is back yaww!!