Showing posts with label SMF. Show all posts
Showing posts with label SMF. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Kisah AKU n SMF - The End

Assalamualaikum semua, nak update lagi ni. Boleh tak?? Huu, kalau korang tak bagi pun, aku nak update jugak..Ok lah, ni entri lama tau - sepatutnya aku nak update bulan lepas..haha, lama kan?? Well, seperti yang korang tau, sepanjang aku belajar kat FSPPP ni, hampir separuh hidup aku didedikasi kan kat sebuah organisasi yang dinamakan Sekretariat Mahasiswa Fakulti.
Tanggungjawab aku sebagai SMF bermula dengan perlantikan aku sebagai EXCO Penempatan & Non Resident pada bulan September 2012, waktu tu aku menuntut sebagai seorang siswa semester ketiga.
Sepanjang jadi SMF, aku tak pernah buat program. Ada je 2-3 proposal aku yang dah siap, but atas kekangan masa dan juga pertindihan dengan program lain - aku pun simpan je lah program-program tu.. Mana taknya, program budak-budak tu lagi mantap kan, aku punya ni biasa-biasa je..huk
But, sebagai EXCO NR, aku berjaya membawa masuk pengaruh Primasiswa (Unit Pengurusan NR) didalam fakulti dengan taklimat wajib UPNR yang nampaknya telah dijalankan 2 semester berturut-turut didalam Majlis Perjumpaan Bersama Dekan setelah meeting aku bersama JPNR dan UPNR pada awal semester 3. Aku rasa, ni lah pencapaian aku yang paling jelas pun dalam SMF. Kalau ikutkan semester-semester sebelumnya, takde pun taklimat from UPNR.
Untuk EXCO NR yang baru, aku tinggalkan pamphlet, borang, buku panduan NR. Fail pulak dah update dengan dokumen program yang lepas. Boleh lah kalau nak refer apa-apa yang patut. Yang buku log tu takde lah aku tinggal, itu diari okay (diari lah sangat)..huu
Yang bestnya jadi SMF ni, dapat akses guna bilik gerakan. Kalau takde kelas boleh buat kerja dalam ni, takpun tidur..huu. Ada satu masa tu, aku dengan Joe siap main pingpong lagi..haha
Ini lah bakal pengganti kami - TUNAS SMF dan juga Special Task Committee. In Sya Allah diorang ni yang akan menerajui kepimpinan SMF di Kampus Seremban 3. 
So, dengan PRK MPP yang berlangsung pada 27 November yang lepas. Maka, SMF 2012-2013 pun telah dibubarkan. Tak dinafikan, ianya merupakan hadiah hari jadi yang tak akan dapat aku lupakan. Walaupun dah bubar, tapi kenangan sepanjang bergelar pemimpin pelajar ialah kenangan yang paling indah dalam hidup aku.
Terima Kasih SMF atas kenangan ini. Sekarang ni dah jadi student biasa balik, takde bilik SMF dah, takde program untuk difikir. Yang ada cuma study dan juga kehidupan santai bersama kawan-kawan yang lain. At last, huu

Friday, December 13, 2013

Kisah AKU n FSPPP Gala Dinner

Assalamualaikum semua, sihat ke? aku kat sini tak berapa nak sihat sangat. Dah seminggu jugak rasanya badan lesu sebab demam hari tu, pasal bidding la kot..haha, ni pulak tiba-tiba ada rasa sakit gigi. Macam-macam betul la. Tapi, kita sebagai hamba Nya mesti lah terus bersabar dengan segala dugaan. Dengan final report PROMA yang hampir siap, serta skrip oral Jepun yang dah complete dan juga shooting yang cuma tunggu nak edit je. Overall, aku anggarkan minggu depan boleh fokus kat research paper. Ok lah, meleret-leret pulak aku ni, sebenarnya nak cerita satu event yang aku join semalam.
Semalam aku berpeluang untuk menghadiri sebuah event yang ditujukan kepada student-student Part 6, mantan-mantan ahli persatuan dalaman fakulti beserta alumni. Event ini diberi nama "FSPPP Gala Dinner" yang bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni event ini dijalankan serentak untuk mengatasi masalah masa. Since, exam pun around the corner je. Oh, lupa pulak nak bagitau - tema bagi event kali ni ialah "Back To 60s" . Tengok lah kawan-kawan aku kat gambar atas ni, yang Joe siap dengan bunga dia tu, Pok Jad pulak dengan seluar baggy..simbol kegemilangan era 60an kat Malaysia ni
Sebenarnya event ni untuk Part 6 kan untuk meraikan diorang, but bila kena gabung dengan Malam Apresiasi, kami yang mantan SMF ni pun diundang sekali. Ada masa nanti, aku update pasal hari last aku jadi SMF - sebab busy sangat dengan bidding, so terlupa pulak nak update.
Bersama mantan EXCO Perhubungan Luar SMF, Aiman.
Ni pulak, macam lah korang tak kenal - mantan Timbalan Presiden II SMF, Joe.
Oleh sebab tak berapa nak sihat, aku makan satu round je tadi. Itu pun tak banyak, sedangkan tak makan pun satu hari semalam. :-'(
Haha, naik pentas pulak semalam - segan pulak..huhu
Bersama mantan EXCO Kerohanian SMF, Faizah yang sekarang ni memegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar FSPPP.
Ni lah ballroom Hotel De Palma. Memang cantik, puas hati jugak lah dapat dinner kat tempat macam ni..:-)
Ishak from SiMECTRA FSPPP. Dia ni dari awal sampai habis dinner asyik mengunyah je..tanki besar kot?
Pinjam shades Joe jap - hari tu dia ajak beli tapi aku dah la rabun, guane nak pakai dua-dua sekali?? haha
Tiga serangkai - dari awal masuk SMF bulan September tahun lepas, sampai lah dah resign, still bersama. Mana taknya, dah kelas pun sama, satu organisasi pulak tu - memang tak dapat nak berpisah la. Sejiwa katanya..lol

So, itu lah penamat bagi kehidupan aku sebagai SMF. Bagi adik-adik yang baru naik tu, bersedialah mental dan fizikal, kerana bila hidup dalam organisasi - mental kena kuat, seiring dengan fizikal. Kalau fizikal je kuat, tapi mental out pun tak jalan jugak. So, keep it balance okay!! Godspeed untuk bakal-bakal SMF 2013-2014.

Sunday, October 6, 2013

Kisah AKU n Modul Finishing School FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, separuh hari aku hari Ahad ni diisi dengan membantu rakan seperjuangan SMF yang conduct Modul Finishing School, khas untuk student Part 6 yang bakal menamatkan pengajian mereka pada awal tahun depan. Tahniah abang dan kakak semua sebab berjaya menempuh halangan yang mencabar untuk mengenggam segulung ijazah.
Untuk Modul ni, ada seramai 6 urusetia terdiri daripada 3 orang SMF berserta 3 orang TUNAS yang membantu HEP. Aku sebenarnya takde dalam list urusetia pun sebab baru je haritu conduct Modul III & IV.
Since minggu ni, ada kekurangan tenaga lelaki dan juga expertise dalam teknikal. So, ketua modul, Sha pun request aid from aku. Mula-mula rasa cam tak nak je sebab turn aku dah settle hari tu, but memikirkan yang kekurangan yang diorang terima minggu ni bakal menjejaskan Modul yang penting ni, aku pun terima.
Modul Finishing School ni secara asasnya bertujuan untuk menyiapkan bakal graduan FSPPP iaitu student Part 6 ni untuk menempuh alam pekerjaan. Event ni diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM
Isi kandungan modul ni meliputi character building, employer's expectation, resume building, mock interview dan juga ceramah dari pegawai-pegawai yang memegang jawatan yang tinggi didalam syarikat. Macam tadi, tak silap aku yang bagi ceramah ialah Chief Resource Officer untuk Legoland tu..nama tak ingat pulak.
Urusetia-urusetia yang penuh komitmen. Ada jugak kat sini yang volunteer untuk datang tolong. Semangat ni lah yang kita nak dalam organisasi.
Team Modul III & IV pun datang jugak. Komited kan diorang ni, memang tak disangkal lagi - ni lah pelapis SMF yang memang ada harapan cerah dan gemilang..huu, ayat macam Najib pulak..lol
Hallooo!! saya berbangga menjadi warga Bachelor of Administrative Science dan juga sebahagian daripada family FSPPP!!
Gambar lagi. Diorang ni pun dah tau, kalau nampak aku pegang henset and jalan-jalan dekat situ mesti nak amik gambar punya..huu
Yang ni pukul 2 petang baru sampai.Takpe lah janji datang. Tapi tadi makanan tak cukup, tak tau pasal apa. Tapi aku syak ada yang ambil lebih, sebab kata Cik Radziah sekarang ni memang order cukup-cukup je, sebab tak nak rugi. Geram betul aku dengan student-student yang jenis lahanat cam ni..Tak beragak betul.
Ni Azidi, kira orang kampung aku jugaklah..Edy ni tinggal kat Kuala Kubu Bharu, memang dekat jugaklah dengan Bandar Sungai Buaya tu..Sembang punya sembang, dia ni rupanya pernah pergi Kem Pemimpin Remaja Islam waktu Form 4 yang mana aku pun ada join sekali kat Masjid KKB time tu..haha, memang tak sangka betul lah. Ada masa boleh la lepak-lepak nanti..:-)
Since aku pun kebuluran sebab tak lunch, before balik rumah - aku pun singgah makan dulu. 

Kisah AKU n A Night With TUNAS SMF

Assalamualaikum semua, malam semalam telah berlangungnya satu event yang dianjurkan oleh our TUNAS kepada SMF FSPPP. Program yang ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara SMF dan juga TUNAS. 
Event ini bermula pada pukul 8.30 malam dengan kehadiran barisan SMF yang diketuai oleh Meor..
Faezah, Nad dan Apai. Basically, malam semalam ada makan-makan, main critical thinking game dan juga penyampaian amanat daripada SMF-SMF yang hadir.
Sesi penyampaian amanat, dimana SMF yang hadir mengenalkan diri, portfolio dipegang, beserta harapan dan expectation kepada TUNAS.
Sesi memotong kek oleh MPP, Amirfiqri dan wakil STC, Mr. President Aqmil Hakim.
Hello!!..huu, lawa tak baju aku ni. UiTM Dihatiku sangat..haha
Ni la santapan kitorang semalam. Ada 4 kotak KFC..dapatlah makan 2 ketul semalam, puas hati betul..
Tudiaa..penuh satu meja..:-)
Faezah and Apai. By the way, Apai ialah SMF yang bertanggungjawab dalam pemilihan TUNAS starting from exam, interview dan juga teambuilding..
Ni senyum kambing ke apa? haha. Kitorang ni asal kelas je mesti kena tegur dengan lecturer - Smiling I and Smiling II..lol
Bersama Pok Jad, semalam dia datang lambat sikit sebab tengok match Kelantan lawan JDT katanya..
Lepas makan, main game Pencuri & Penyelamat. Best jugak game ni..:-)
Dalam pukul 11 kami pun dissolve. Picture kenangan keluarga besar SMF dan TUNAS. Picture kredit to Tiqah..:-) 

Terima kasih kepada barisan TUNAS yang menganjurkan event ni. Korang memang superb dan aku sangat komited dan yakin yang korang boleh menjadi barisan pemimpin pelajar yang cemerlang nanti..:-)

Sunday, September 29, 2013

Kisah AKU n "Jom Bersukan Bersama Abang Fariz II"

Assalamualaikum semua, aku baru je habis main badminton bersama-sama Abang Fariz dan juga beberapa orang rakan seperjuangan SMF kat Pusat Sukan UiTM tadi. Agak celaru jugak mula-mula sebab masalah miscommunication aku and Abg Fariz petang semalam. Ingatkan tak jadi, tiba-tiba pulak pukul 9 tu Gamo cakap jadi..so, aku makan laju-laju and terus memecut ke Pusat Sukan and sampai dalam pukul 9.15 malam.
Mula-mula tak dapat court sebab dah lewat, so kami main kat court takraw je. Dalam pukul 10 malam baru dapat main kat dalam. Event "wajib" ni sepatutnya disertai oleh rakan seperjuangan from SMF, BACAS, CASS dan STC, but unlike semester lepas - since organisasi ni pun baru je rombak and menampilkan muka-muka baru, so, susah sikit nak gather diorang. Plus, CASS pulak ada program pagi ni.
Yang datang tadi ada lah beberapa kerat je - aku, Aiman, Nik Izzat, Amirfiq, Faizah, Gamo, Faten, Ida dan of course, Abg Fariz yang memang bersemangat untuk mengeluarkan peluh. Event ni dibuat dengan objektif merapatkan ukhuwah diantara tiga organisasi penting yang wujud di FSPPP. Klik link ni kalau nak tengok yang part I punya.
Huu, dah lama tak main badminton ni. Tapi okay jugak lah tadi, menang jugak lah semua game (Maybe sebab Joe takde kot..lol). Eh Farid, apa yang ko ikat kat kepala tu, tangkal ke? Haa, mana ada.- tu tali pengikat spack aku tu. Asyik nak terlucut je..:-)
Aku tak ingat pukul berapa kitorang stop tadi, rasanya dalam pukul 11 kot. Habis je, kami berempat lepak kat Khalifah, sembang-sembang masalah fakulti terutamanya organisasi. Last-last, pukul 2 pagi jugak baru nak balik rumah. Takpe la, hari ni kan hari Ahad. 

Friday, September 27, 2013

Kisah AKU n Makan-Makan at Pizza Hut

Assalamualaikum semua,malam tadi aku baru je lepas join gathering Team Modul III & IV yang baru je dijalankan minggu lepas. Tak sangka sebenarnya kami ni boleh jadi rapat dengan conduct sekali modul je. Even kitorang yang dulu pun take time untuk create bond yang macam ni. Ok lah, since aku pun nak cepat ni, sebab nak work on proposal untuk SAF 2013 dimana aku dilantik menjadi Timbalan Pengarah Projek untuk membantu EXCO Sukan SMF FSPPP, Oked.
Pada malam ni, 8 out of 9 diantara kami yang dapat hadir kecuali Nad, sebab dia tak sihat. Aku dah perasan dah tadi sebenarnya. So, nak kenalkan lagi - yang belah kiri tu Aqmil, Presiden STC dan juga seorang Tunas SMF, yang kanan tu pulak Farhan, our Tunas SMF.
Macam biasalah, tak payah nak perkenalkan lagi, diantara muka yang regular dalam blog aku ni - Pok Jad dan aku. Both of us dijangka bakal menamatkan perkhidmatan bersama SMF pada bulan 11 ni.
Pihak wanita pulak, huu..dah macam rombongan meminang pulak..:-p Okay, ada 4 orang jugak - iaitu Ida, Murni, Fatihah dan Miki.
Oh terlupa pulak, gathering kami malam tadi bertempat di Pizza Hut Seksyen 7, nak nampak grand sikit katanya..:-)
Diorang ni sejak modul hari tu, yang tau main game critical thinking tu je..before makan main, lepas makan pun main jugak..lol
Ada la sembang-sembang pasal dialek negeri, pengalaman kat kampus lama before masuk Shah Alam. Yang uniknya team ni, ianya terdiri daripada pelbagai background - kalau yang team modul aku dulu semuanya dari asasi, but yang ni - ada yang from diploma dan juga asasi. Kampus pun lain-lain..So, banyak jugak lah ceritanya tadi.
Tengok gambar-gambar ni rasa tak sangka pulak boleh buat macam apa yang Abang Suhairy buat kat kitorang dulu. Ye lah, dulu dia sorang je senior yang cukup komited untuk train and jaga kitorang berlapan. Hidup ni macam roda, sekarang ni giliran kami pulak yang train and jaga bakal pelapis SMF ni. Kalau nak tengok zaman aku jadi apprentice dulu, boleh lah klik link ni.
Menunggu cashier. Sekali tengok dah macam group suami tengah tunggu bini tengah labor..haha
Bersembang lagi sebab lama pulak nak tunggu cashier tu..:-)
Tak gentleman kan kitorang ni, ada ke suruh perempuan yang bayar..huu

Jadi, itu lah cerita malam ni. Okay lah, aku pun nak start buat proposal ni. Take care semua. :-)