Sunday, October 6, 2013

Kisah AKU n Modul Finishing School FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, separuh hari aku hari Ahad ni diisi dengan membantu rakan seperjuangan SMF yang conduct Modul Finishing School, khas untuk student Part 6 yang bakal menamatkan pengajian mereka pada awal tahun depan. Tahniah abang dan kakak semua sebab berjaya menempuh halangan yang mencabar untuk mengenggam segulung ijazah.
Untuk Modul ni, ada seramai 6 urusetia terdiri daripada 3 orang SMF berserta 3 orang TUNAS yang membantu HEP. Aku sebenarnya takde dalam list urusetia pun sebab baru je haritu conduct Modul III & IV.
Since minggu ni, ada kekurangan tenaga lelaki dan juga expertise dalam teknikal. So, ketua modul, Sha pun request aid from aku. Mula-mula rasa cam tak nak je sebab turn aku dah settle hari tu, but memikirkan yang kekurangan yang diorang terima minggu ni bakal menjejaskan Modul yang penting ni, aku pun terima.
Modul Finishing School ni secara asasnya bertujuan untuk menyiapkan bakal graduan FSPPP iaitu student Part 6 ni untuk menempuh alam pekerjaan. Event ni diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM
Isi kandungan modul ni meliputi character building, employer's expectation, resume building, mock interview dan juga ceramah dari pegawai-pegawai yang memegang jawatan yang tinggi didalam syarikat. Macam tadi, tak silap aku yang bagi ceramah ialah Chief Resource Officer untuk Legoland tu..nama tak ingat pulak.
Urusetia-urusetia yang penuh komitmen. Ada jugak kat sini yang volunteer untuk datang tolong. Semangat ni lah yang kita nak dalam organisasi.
Team Modul III & IV pun datang jugak. Komited kan diorang ni, memang tak disangkal lagi - ni lah pelapis SMF yang memang ada harapan cerah dan gemilang..huu, ayat macam Najib pulak..lol
Hallooo!! saya berbangga menjadi warga Bachelor of Administrative Science dan juga sebahagian daripada family FSPPP!!
Gambar lagi. Diorang ni pun dah tau, kalau nampak aku pegang henset and jalan-jalan dekat situ mesti nak amik gambar punya..huu
Yang ni pukul 2 petang baru sampai.Takpe lah janji datang. Tapi tadi makanan tak cukup, tak tau pasal apa. Tapi aku syak ada yang ambil lebih, sebab kata Cik Radziah sekarang ni memang order cukup-cukup je, sebab tak nak rugi. Geram betul aku dengan student-student yang jenis lahanat cam ni..Tak beragak betul.
Ni Azidi, kira orang kampung aku jugaklah..Edy ni tinggal kat Kuala Kubu Bharu, memang dekat jugaklah dengan Bandar Sungai Buaya tu..Sembang punya sembang, dia ni rupanya pernah pergi Kem Pemimpin Remaja Islam waktu Form 4 yang mana aku pun ada join sekali kat Masjid KKB time tu..haha, memang tak sangka betul lah. Ada masa boleh la lepak-lepak nanti..:-)
Since aku pun kebuluran sebab tak lunch, before balik rumah - aku pun singgah makan dulu. 

No comments:

Post a Comment