Sunday, July 31, 2011

Kisah AKU n Sehari Sebelum Berpuasa - TESCO Lagi??

Lepas ni dah tak boleh lepak kat NZ lagi mau breakfast - boleh je nak lepak tapi kalau nak merasa join mat bangla and indon duduk dalam van jenazah, buat la. so, sebelum nak pergi terawih, sempat la jugak nak update memori untuk hari ni - iaitu, shopping barang-barang untuk berpuasa - stok makanan yang dah nak habis especially for sahur, dimana aku memang malas nak bangun and makan makanan yang berat lagi mengenyangkan - takut-takut kat office tertidur ataupun lagi teruk tertidur dalam bas yakni terlewat masuk office.

mengetahui yang hari ni mungkin last day dapat makan dengan adik kat sekolah dia, aku pun membelanja family aku KFC err, again. duit lagi bai, but it's okay, rasa puas dapat menunjukkan rasa bertanggungjawab kepada keluarga - at least, biar kedekut duit kat diri sendiri, jangan kedekut kat keluarga and awek..ha3x, dengan kawan, nak kedekut boleh jugak kan??

tak lama pun kitorang jumpa dia hari ni - just ambil baju kotor dia, makan, tunggu dia belasah laptop aku..then balik..oops, tak lah. petang tu kami berempat pergilah singgah ke TESCO Bukit Beruntung, plan asal cuma nak bersiar-siar bersama sebab jarang kami berempat keluar bersama - kata mak, dulu waktu aku dan kakak aku kecik, ayah selalu bawak kitorang pergi taman tasik titiwangsa, jusco pandan jaya dan lain-lain tempat riadah lepas dia balik kerja..yalah, dulu duduk kat KL, ada je tempat nak keluar..sekarang ni dok kat Rawang, apa je la yang ada - itupun Templar Park, eh silap..Templer Park dan jugak Taman Rimba Komanwel, selalu jugak pergi waktu mula-mula pindah.

so, bersiar-siar didalam TESCO sambil mencari barang-barang yang tak tau nak beli ke tak - ni nak basuh kereta walaupun bukan aku yang basuh, tau bawak je kan..err, tough tak aku??

time parent pergi cari barang untuk bulan puasa, aku and kakak pergi merayau kat tempat budak-budak..gambar kat atas : inilah akibatnya bila aku dah sampai kat tempat-tempat "tarikan" ni..tak dapat pegang baby betul, teddy pun jadilah..btw, encik teddy, anda mempunyai tekstur kulit yang lembut..awak sangat ohsem!!

kenapa beli kat TESCO, sebab ada promosi - bayangkan air kotak yang besar gila, tak pastilah berapa liter. diorang jual 8.00 ringgit for 2 kotak, selalunya 6.00/kotak..

ingatkan ayah nak balik then dia bawak kami pergi mamak.. aku order la teh lapis, sebab dulu waktu kat uitm - minuman ni memang jadi kegemaran m.g joe dengan aslah gustavo..

err..lupa nak bagitau - tadi aku beli benda ni, semuanya sebab teringat kat m.g joe yang selalu pukul aku kat uitm, habis kaki aku terkehel, dada jadi merah dan macam-macam kecederaan lagi..lepas ni, aku plan nak bagi sebijik kat kawasan "X" kau..wink3x

apa-apa pun - mr.mcbride mengucapkan selamat berpuasa kepada setiap jiwa bergelar muslim, jangan lupa terawih malam ni..

Saturday, July 30, 2011

Kisah AKU n Dual TESCO

huh..penat ni uolls, baru jerr sampai rumah selepas membeli-belah barang-barang untuk masuk uitm nanti, actually, barang aku tak banyak pun nak beli - yang buat banyak memakan masa dan tenaga aku ni ialah barang-barang kakak aku. almaklumlah kedua-dua anak encik gani and puan sulina ni boleh dikatakan serentak meninggalkan rumah yakni memasuki universiti - lepas ni tinggal berdua je la - buat la apa yang mak n ayah nak..ha3x (gelak evil). aku dijadualkan daftar pada 11 september 2011 di uitm shah alam manakala kakak aku pula pada 6 september 2011 di uitm kampus bandar raya melaka. pergh, dua-dua orang uitm - memang "Universiti Ini Tolong Melayu" betul..ha3x, by the way - tengs yerp uitm, bagi kami peluang sambung ijazah..hu3x

kitorang bertolak lepas zohor tadi - destinasi pertama TESCO Rawang, aku nak cari beberapa helai baju kemeja, seluar slack and "spender" kat sini(gelak malu) - barang keperluan seperti baldi, travel bag, and yang lain-lain just reuse yang dulu punya..sob3x

before shopping, kami singgah makan di SANTAI..kumpul energi walaupun dah breakfast tadi..makan je tau, nanti gemuk macam dulu nak?? - ni pun dah nampak tembam sikit, tapi tak seperti dulu kan, farid..korang akan terkejut bila tengok rupa dan body aku yang dulu..serious shit!!

mencari baju berkonsepkan modern and fit, and yang jenis cotton - tak nak la pakai baju kemeja yang besar macam pirate..tak nampak muda lah. perhatikan muka pelik aku (jangan kesah pasal itu) dan outfit aku kali ni, kembali menyarung baju berkonsepkan keremajaan, dah 3 bulan aku pergi kerja pakai baju macam orang tua tauu..mencik gila - but, itulah etika berkerja.

sudaa jumpa sehelai - menepati ciri-ciri, modern, fit and bersaiz "s"..

cik darina, kalau tahun lepas dia tengok je aku beli barang keperluan- sekarang ni aku macam orang gila kena tolak troli tu untuk barang-barang dia yang banyak tu - biasalah, nama pun perempuan..mesti barang berganda-ganda daripada lelaki. for example, waktu first semester at uitm aku bawa 2 bags, and guess what one of my classmate (perempuan) bawak 5 bags..

ehem..ehem, dah tak sabar ke mr.mcbride..

tengah dok menunggu kakak aku tu shopping sakan, mata aku tertarik kearah budak kecik ni..mungkin sebab sweater yang dia pakai tu - lama aku perhati dia ni..dalam hati nak tau jugak, comel ke tak budak ni..? then, akhirnya aku dapat tatap muka budak kecik ni..

ya allah, comelnya adik ni - rasa macam nak cubit je pipi adik ni. by the way, cantiklah sweater - kat mana beli??

malam tu, buat kali pertamanya aku masuk ke TESCO Bukit Beruntung..kali ni nak beli sikit lagi baju kakak aku ni - macam yang dia kata, baju pakai dalam bilik..aku dulu beli baju just nak pergi fakulti and jalan-jalan je, takde pulak beli baju bilik.

oleh sebab kau dah tolong snap picture and memori untuk aku hari ni, meyh aku pulak amik gambar kau..smile!!

balik jom - aku dah penat ni..

berapa habis kali ni, farid?? entah, but yang pasti kali ni aku pakai duit sendiri beli barang-barang aku.

Friday, July 29, 2011

Kisah AKU n Ultra Malaysia

Semalam waktu tunggu ayah aku kat Tower 2 KLCC, aku dok perhati staf-staf keluar office pakai jersi kuning-hitam and biru-merah Malaysia. Nak pergi tengok match rupanya - sedih kot tak dapat nak pergi stadium..sob3x

Malam tu, aku pun surf internet untuk stream match tu. Finally, Harimau Malaya tewas jugak semalam oleh Foreign Lion of Singaporean. DAMN! kecewa aku tapi puas hati lah jugak, sebab tak pergi pun stadium just stream kat internet je. Tak dinafikan yang our boys memang beraksi dengan baik terutamanya Safee Sali, S.Kunalan and Khairul Fahmi. Memang world class, ditambah pulak dengan kehadiran seramai 90 000 penyokong, by contrast penyokong Singapore waktu first leg hari itu tak sampai 10 000 pun. LAME gila kan diorang - negara kecik ada hati nak lawan bekas master dia ni. Actually, melihatkan team Singapore tu agak gerun jugak sebab diorang ada ramai player import - even coach pun import kan. Berlawanan dengan Harimau Malaya - seratus peratus anak tempatan. Kebanyakan player kita ialah terdiri daripada kaum Melayu and India..err, Cina mana ek?? Ouh okay, aku tahu lah sebab Singapore mostly orang Cina..ha3x, no offense okayh. Melihatkan keadaan penyokong di stadium dari laptop, aku rasa berbangga menjadi rakyat Malaysia - walaupun keadaan politik berbeza, idealogi berbeza tetapi sukan seperti ini boleh menyatukan rakyat..tapi, still ada jugak orang yang masukkan elemen politik berikutan kekalahan team kita ni..(gambar dibawah)


Tak gunakan diorang ni - aku sepak laju-laju karang baru tau.

Ni pulak komen aku kat The Malaysian Insider.

Yang ni pulak kat FB, mesti korang tak faham - actually dulu aku ni kan mabuk belajar sejarah, study la pasal singapore-malaysia nya conflict, tambah pulak waktu tu aku pun tengah buat research pasal military kan.. So, aku tunjuklah battleplan nak retake Singapore balik kat kawan-kawan aku. Diorang kata aku gila..tapi tu sebenarnya main-main je macam dalam istilah military kita panggil - war game. Kita buat possibiliti and simulation macam mana nak defend if diserang, or nak menguasai ssesuatu negara itu.

Ultra Malaysia and Ultra Malay. Peace semuanya..:-)

Wednesday, July 27, 2011

Kisah AKU n 26th Julai 2011

Semalam memang boring betul, pagi-pagi lagi dah bangun nak pergi JPN, nak buat IC baru - yang lama tu macam biskut, sekejap boleh detect, sekejap cip rosak. Mana taknya dari darjah 6 aku pakai IC tu, muka pun dah macam doraemon aku tengok. So, memang sesuai sangat nak buat yang baru kan. Setibanya kat JPN, tak lama pun lepas tu kena panggil dengan akak kat kaunter tu - ingatkan sekejap, last-last 15 minit habis nak detect cap jari je. Kakak tu cakap, corak cap jari aku yang berbentuk "S" ni special sikit - memang susah nak kesan. Kan aku dah cakap, aku ni the special one. Diorang tak nak percaya. Yang tak boleh belah langsung asal tak boleh detect, mesti akak tu pegang jari aku bagi attach betul-betul kat mesin biometrik tu. Senyum sorang-sorang aku..ha3x. Finally, dapat detect jugak. Lepas tu, sesi ambik gambar pulak - kalau dulu, muka nerd gila pakai specs bulat plus muka chubby kan, sekarang ni aku tanggal specs aku thus unleashed "chinese look" aku ni..ha3x, biar susah polis nak kesan..ngeeex. 3 minggu lagi dapatlah IC baru aku tuwh..

Lepas JPN, aku bergerak ke BIMB..erm, Bank Islam sekejap. Nak joint kan account Tabung Haji aku sekali dalam kad BIMB tu. Senanglah sikit nanti - tak payah pakai buku akaun kalau nak keluar duit Tabung Haji. Isi borang dulu then ambik nombor..sebab tak ramai orang kat BIMB tu, belum sempat nak duduk dah nombor kena panggil - Aku terpaku sekejap lepas terpandang perempuan yang stationed dekat kaunter tu, mirip sangat muka dia ni. Apa kau ingat dia seorang je ada rupa macam tu. "Ye encik, apa boleh saya bantu?". "Er..nak masukkan account TH dalam BIMB, ni borangnya..". "IC encik??" . Akupun mengeluarkan IC lamaku yang kelakar tu - "Cip ni rosak lah, lesen memandu ada?" dia tanya aku. "Erm..ni dia..nasib baik baru buat IC baru". 'Encik duduk dulu, nanti saya panggil..". Tunggulah sekejap dalam 10 minit then dia panggil nama aku. Berderau darah siot, "Ini IC and BIMB card encik, boleh cuba dekat ATM.." katanya sopan. Alamak, boleh jadi gila aku kalau pandang muka akak ni lama-lama. Akupun bergegas ke ATM BIMB didepan bank itu dan try la seround. Alhamdulillah, account TH dah diactivatekan. Selepas itu aku kembali semula ke kaunter itu dan confirmkan. "Terima kasih kerana berurusan dengan kami" katanya sambil tersenyum. Errk..tak boleh jadi ni, jom Farid - kita keluar.. Apa yang best tentang joint account ni - duit dalam bank naik dengan mendadak berikutan penambahan from akaun TH..wink3x

Pertengahan waktu ni, aku bertikam lidah dengan ayah aku - dia cakap aku tak bertanggungjawab untuk tolong kakak aku dalam proses kemasukan ke UiTM, aku bagilah bukti yang menunjukkan aku dah tolong print, save dokumen tawaran etc, scan medical dokumen HKL and IJN kakak aku..tapi, dia still tak percaya - last-last aku tak bercakap langsung dengan dia - ayahku pun sama. Ayah, kita ni sama-sama ego lah. Like father, like son eh??. Aku dah cakap, aku akan minta maaf kalau aku tahu aku memang salah, tapi kalau aku betul - dah tunjuk segala bukti, then orang tu tak nak percaya. Jangan haraplah.

Ingatkan lepas balik Sg.Buaya nak pergi SMKBSB sekejap, nak mintak pengesahan akuan pendapatan untuk proses kemasukan ijazah aku..tapi, lupa pulak jam dah tunjuk pukul 2 petang. Tak tahulah kenapa cepat sangat masa berlalu, sampai-sampai nak pergi TESCO - beli baju kemeja pun tak sempat. Dalam pukul 3.00 petang, familyku (ayah, emak and along) dan juga Mak Tok (jiran aku merangkap nenek angkat kat Sg.Buaya ni) pergi Gombak, tak tahulah apa diorang nak buat - mak cakap pergi Pusat Perubatan Islam yang ada Ashraf Muslim tu. Kepenatan, aku tak nak join dengan alasan esok nak kerja (sebenarnya tak nak tambah konflik dengan ayahku), akupun tidurlah sampai Maghrib.

Dah malam, tak balik lagi - perut dah lapar gila ni sebab breakfast je tadi. Then, lepas solat, ayah call cakap lama lagi - mungkin pukul 12 tak sampai rumah. Aku cool je cakap, boleh tahan lapar lagi tapi dalam pukul 10.00, tak tahan lah weii..


Let's Do It, Chef Farid..


Ni la dinner ekspres yang aku buat semalam - roti gardenia, 2 hamburger meat and omelette..Nafsu la katakan. Alahai, untunglah siapa jadi bini aku nanti - laki rajin ke dapur buat makanan sendiri..at least, nanti takdelah "Sayang, tolong buatkan abang dinner..laparlah". Aku ni bukanlah suka sangat nak mengarah-arah orang..

Nak dikatakan time aku memasak, ada seorang perempuan mesej aku kat FB. Sumpah aku pelik dengan statement dia..aku tak fahamlah, kalau yea pun dulu kau tolak aku, kenapa sampai sekarang kau tak habis-habis nak buat kacau dalam hidup aku. Selama ni aku ada pernah kacau hidup kau ke lepas kau tolak aku? aku ada mesej kau ke? aku ada buruk-burukkan kau ke? aku ada penuhkan wall kau ke? Tapi aku cool lagi reply - lepastu dia lawan balik, kali ni dia mungkin dah terbaca status FB aku kot (gambar dibawah ni)

Then, aku jawab lagi dengan tenang - sumpah, at first nak gelak - tapi kesian pulak sebab aku pernah suka dia ni dulu, tak sampai hati wei.

Tengah sedap makan "tv dinner" sambil tengok History Channel plus online FB, dia akhirnya minta maaf dan aku pun terimalah dengan hati yang terbuka then aku sempat lagi remind - "jangan buat lagi tau, awak ingat saya suka nak marah awak"

Begitulah kisah 26th Julai 2011 aku yang masih menunjukkan ego lelaki aku yang tak pernah nak berubah. Baik dengan family sendiri dan juga perempuan yang pernah aku cintai. Kakak aku pernah berkata kat aku..

"Aku memang respek perempuan yang berjaya tawan hati kau - err, I mean, bakal isteri or girlfriend kau.."

"Kenapa"

"Sebab,perempuan itu milik kau dan itu bermaksud perempuan itu berjaya jatuhkan ego kau tu..perempuan itu berjaya bertahan daripada kegilaan kau tu.."

*sigh*

Monday, July 25, 2011

Kisah AKU n Ragam "Mereka"

Macam-macam kawan, macam-macamlah ragam diorang..

Situasi 1
Minggu assignment. "Alhamdulillah, siap jugak - erm, tinggal nak submit je lagi.." Berjalan dengan gembira ke meja sambil memasukkan assignment kedalam beg.

Farid, kau dah siap assignment ke belum - boleh nak tengok sekejap tak?

Nak bagi ke tak nak - setahu aku, dia ni dulu taklah baik sangat dengan aku - nama pun aku tak tau.

Situasi 2
Masuk 4Shared kejap, nak cari lagu baru.

Farid, kau tolong downloadkan lagu tu, nanti kita share lah. Sharing is caring.

"Nanti aku bluetooth." Macam laptop kau tak dapat wifi coverage pulak. Download lah sendiri.

Situasi 3
Tengah sedap main game baru, kawan-kawan lain pun nak pinjam jugak cd tu. "Ambiklah, senang je install.." Then, belum apa-apa, even tak bukak pun lappy lagi.

Farid, agak-agak game ini nak install macam mana ek (sambil membelek-belek cd tu) ?

"Aii..instructions kan ada dalam cd tu - bahasa inggeris bukannye tamil". Ni bukannya aku nak marah sangat, kalau aku free takpelah, kalau aku tengah dok busy, main game ke, study ke - mestilah bengangkan. Yang lagi tensen bila time aku tolong install diorang buat benda lain - pergi merayau, tengok movie dengan orang lain. Kau nak main ke, aku..sepak laptop kau laju-laju karang?

Situasi 4
Setelah menunggu bersengkang mata selama berjam-jam depan lappy. "Yes, habis pun download patch and expansion baru untuk game ni.." jerit hatiku. Tiba-tiba,

Farid, patch tu kau download kat mana? eh, malaslah nak download - nanti copy dari kau jelah.

Gelap dunia sekejap.."Ouh okay..nanti bagilah pendrive.." nak tolak kawan, nak bagi pulak bukannya dia tak boleh download sendiri. Dalam hati, "Kalau aku kena tahan lokap pasal download secara haram and distributekan kat orang ramai - bukannya kau masuk sekali..

Situasi 5
Selalunya terjadi waktu minggu peperiksaan, tatkala kepala aku telahpun direbahkan diatas bantal - selimut menutupi mataku - dan bersedia untuk tidur. Tiba-tiba..

Farid, aku tak faham la topik ni, tolong terangkan kat aku.

Aku bangunlah, masih tak mamai sebab baru je nak masuk alam mimpi.

"Yang mana, erm..okayh, Criminal Law ni sebenarnya..bla,bla..bla.."

Sebab dia ni dah datang sampai kat atas katil aku - maka, tak sampai hati nak reject, so aku pun mengajarlah. Dalam hati, "Nak sangat belajar sampai lewat malam, tapi janganlah heret aku sekali.."

Situasi 6
Hari minggu kat UiTM. "Hmm..dengan siapa nak g lunch hari ni??, semua macam tak nak keluar je - takpelah, sorang-sorang pun jadilah..la3x" . Teet, Teet..

"Farid, mintak order..nasi paprik, tak nak pedas..bla,bla..nanti aku bayar balik.OUT".

WTH, kau ingat aku ada buat servis McBride Delivery ke??

Situasi 7
Ada seorang kawan berjalan perlahan kearahku dengan pendrive ditangannya.

"Farid, tolong editkan video ni untuk aku - masukkan lagu ni jadi background music for video ni tau..aku ada speech nanti.."

"Ok..boleh-boleh, kau sorang je.."

"Err..tapi, tadi ada jugak classmate aku yang mintak kau buatkan..".

"Sape..kenapa aku pulak, camne dia tau.."

"Adalah, nanti dia datang bilik..macam mana dia tahu?, mestilah aku yang promote kau.."

DAMN..kau pergi jual servis aku pulak..senyap-senyap cukup.

Situasi 8
Tengah buat kerja sikit ni sambil lepak-lepak atas katil, lepas tu..

"Farid, hang bizi kaa...aku nak cerita masalah aku ni.."

"Cerita je la, telinga aku dengar - tangan aku buat kerja jugak.." kataku sambil menghadap laptop.

"Ada seorang mamat ni kan ...bla,bla..bla"

Huh, amik kau..aku yang bukan kaki gosip ni pun dengar sambil tangan lock laptop dengan perlahan - kerja habis tak jadi buat, bukan apa- sebagai ex-prs - eye contact sangat penting ketika mendengar.

Situasi 9

"Eh..sape diorang ni weii..ramainya"

"Kitorang nanti ada mooting..mau training.."

"Ramainya - bising pulak tu,korang ingat bilik ni moot court ke? - alamak,macam mana nak study ni, malaslah nak keluar" getus hatiku.

Keesokan harinya pulak..

"Aik, sekali lagi.."

"Farid, tadi kitorang ada buat Mooting"

"Kan dah habis - apa lagi yang korang berkumpul ni - ceyh, nak cerita pengalaman rupanya."

Seorang lagi menyampuk..
"Kelas aku pulak ada buat scene dalam court..Eh Farid, kelas kau takde ke buat benda-benda ni"

Kepala tunduk kebawah. Only one word "Takde"

"Ha3x..lame gila kelas kau - semua benda takde.."

Alah, suka hati aku lah - ada ke takde. Roomies semua - agak-agak korang, ingat tak apa yang aku cakap kat korang waktu korang dok kutuk kelas aku. Yang tak boleh belah, Khaliq terkejut habis bila dengar aku cakap camtu. Ingat ek, aku ni ada limit jugak sabarnye.

So, itulah ragam kawan-kawanku kat mana-mana pun. Mostly, aku kesan ragam ni kat roomate-roomate aku. Kalau ada yang terasa, chill okayh. Sebagai gurauan semata-mata.

Thursday, July 21, 2011

Kisah AKU n Topik: Info PRU -13

Pilihan Raya Malaysia yang ke 13 mesti dijalankan pada tahun 2013 ataupun sebelum berakhirnya 2013, kalau nak diikutkan, umur aku dah 21 waktu itu - depends on bila PRU ini dijalankan, if selepas 26.11.2013, that's mean aku layak mengundi but if not - tunggu lagilah nampaknya.

Apakah itu Pilihan Raya Umum.
Basically, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa a general election mesti dilakukan sekali didalam masa 5 tahun. Akan tetapi, Perdana Menteri Malaysia boleh meminta budi bicara (royal consent) YDPA untuk membubarkan Parlimen bila-bila masa sebelum tempoh 5 tahun itu.Pilihan Raya Umum patut dilaksanakan selama lebih kurang 2 bulan di Semenanjung dan 3 bulan di Sabah & Sarawak selepas pembubaran parlimen.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaanya pada tahun 1957, Barisan Nasional selalu mendominasi Pilihan Raya Umum Malaysia.

Proses Pengundian
Pilihan Raya biasanya diselia oleh 7 orang ahli neutral Election Commision. Ahli-ahli ini dilantik oleh YDPA diatas nasihat Perdana Menteri.

Kempen
Hari kempen permitted oleh undang-undang ialah dari tarikh penamaan calon sehinggalah hari mengundi. Media dan peranan mereka.Mungkin ini yang menyebabkan pembangkang marah dan tidak berpuas hati kerana kurang mendapat akses media. Pada PRU 1999, pihak pembangkang masih diberi kebebasan ini - manifesto mereka disiarkan di RTM, akan tetapi kerajaan menukar polisi mereka dengan menyatakan bahawa RTM ialah milik kerajaan maka, keutamaan harus diberi kepada parti kerajaan.

Hari Mengundi
Rakyat Malaysia diseluruh negara keluar mengundi di pusat pengundian di serata Malaysia. Biasanya pusat pengundian terletak di sekolah atau pusat-pusat komuniti. Undilah calon pilihan korang semua waktu ni..

Proses Pengundian
Hanya yang layak mengundi sahaja dibenarkan. Rakyat Malaysia diatas umur 21 tahun mestilah mendaftar terlebih dahulu di EC sebelum boleh mengundi. Selepas identiti pengundi dikenal pasti, mereka akan diberikan dua kertas undi - one for parliamentary seat dan satu lagi untuk kerusi ADUN. Selepas itu pengundi akan bergerak ke individual booth dan memangkah calon pilhannya. Finally, pengundi akan melipatkan kertas undi itu dan memasukkan ke dalam peti undi - parlimen dan DUN.

Kiraan dan Pengumuman
Ini yang paling best sekali - biasanya aku tengok TV bila kemenangan calon diumumkan. Kiraan semula akan dijalankan jika ada diantara calon yang tidak berpuas hati. Biasanya, ia diumumkan pada waktu malam hari mengundi.

Apa yang calon tak boleh buat waktu Pilihan Raya?
1) Menyediakan makanan, minuman dengan tujuan untuk meraih undi.
2) Memberi monetary reward kepada sesiapa yang mengundinya.
3) Menghalang laluan ke pusat pengundian.
4) Menyediakan pengangkutan seperti bus dan teksi untuk pengundi ke pusat pengundian. Bagaimanapun, masih ada kelonggaran if darjah kesampaian ke tempat pengundian memakan masa dan menyusahkan seperti - ada sungai ataupun keadaan yang berbukit.
5) Dibawah S 19 of the Elections Offence act 1954, setiap calon tidak dibenarkan membelanja lebih daripada RM 200 000 (Kerusi Parlimen) dan RM 100 000 (Kerusi DUN)
6) Mengugut kepada pengundi supaya tidak mengundi calon lain seperti apa yang dilakukan PAS pada PRU 2004 : PAS mengancam rakyat di kawasan kurang membangun - jika mereka mengundi PAS, mereka akan dirahmati Allah but jika tidak, mereka akan masuk neraka.

So, sebelum aku menutup entri hari ni, aku nak cerita sedikit latar belakang PRU 13 Malaysia. Pada PRU 2008, BN hanya menguasai 140 kerusi, while PR meraih 82 kerusi dan sekaligus menafikan majoriti BN didalam Parlimen Malaysia. Tambahan itu, PR juga berjaya mengambil 5 state assemblies dan juga 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dengan kekalahan itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan persaraannya sebagai PM dan juga Presiden UMNO. Kemudiannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih tanpa tentangan sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia yang Ke-6

Berlainan pula dengan PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Parlimen setelah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan kerusi Permatang Pauh.

So, pada PRU 13 kita bakal menyaksikan pertarungan diantara BN's Datuk Seri Najib dan juga PR's Datuk Seri Anwar Ibrahim. BN masih menguasai 137 kerusi dan memerlukan 11 kerusi untuk merampas semula kuasa majoriti. PR menduduki 76 kerusi dan memerlukan 72 kerusi untuk mengambil alih parlimen dan menubuhkan kerajaan baru.

Persoalannya, mampukah BN merampas semula kelebihan majoriti dan bolehkah BN memancing hati rakyat Malaysia yang sudah meluat dengan insiden 9 Julai yang aku percaya, satu "projek mereka" untuk membuatkan seluruh rakyat Malaysia membenci kerajaan pimpinan.

Persoalan kedua, adakah "projek" itu mampu menumbangkan kerajaan dan membolehkan PR membentuk kerajaan baru.

Kita akan lihat itu nanti wahai Bangsa Malaysiaku, tetapi, walau apa pun terjadi - I'm still a Loyalist

Wednesday, July 20, 2011

Kisah AKU n Motivasiku

Aku gagal menyambung pengajian undang-undangku, Allah melarangku terlibat didalam bidang itu.
Sebagai ganjaran, aku diberi peluang menyambung pengajian polisi, mungkin ada kerjaya yang lebih baik menantiku.

Aku sangat menyintai perempuan itu, akan tetapi ditolaknya cintaku, Allah merasakan yang dia tidak cukup bagus untuk dijadikan pasangan hidupku.
Sebagai ganjaran, aku masih berpeluang hidup bersendirian, mungkin ada yang lebih bagus menantiku.

Aku pernah gagal membimbing adik-beradikku, Allah mahu menguji tahap kesabaran dan kecekalanku dalam menjadi ketua keluarga.
Sebagai ganjaran, aku berpeluang untuk mengetahui sejauh mana kelemahan aku.

Aku sangat egoistik, mungkin Allah mengurniainya supaya aku mampu hidup dengan berdiri diatas kaki sendiri.
Sebagai ganjaran, aku masih mampu teruskan hidup walaupun agak susah pada mulanya.

Aku adalah aku, Allah telah menyiapkan jasad dan rohku sebegini rupa - semuanya telah ditakdirkan oleh Nya
Sebagai ganjaran, aku percaya yang apa yang aku lakukan - bukannya disebabkan orang lain, kerana itu ialah takdir Allah kepadaku dan aku cuma menjalankannya.

Motivasiku, terus bimbing aku dengan kata-kata kau itu- semoga hari esok, lebih baik daripada hari ini.

Tuesday, July 19, 2011

Kisah AKU n Topik : Kenapa Naik Bas?

Well, seperti yang korang semua sudah tahu, setiap hari aku pergi kerja naik bas, balik pun sama. Adik angkat aku selalu tanya.."Kenapa naik bas, abang kan dah ada lesen". Habis tu nak tunggu takde lesen baru nak naik public transportation, asal ada lesen je boleh drive. Ada sebab kenapa aku lagi suka naik bas. Walaupun kena bangun awal pagi semata-mata untuk mengejar bas TM-KL pukul 0645 pagi - public transportation ini ada kelebihannya jugak. Agak-agak korang, kenapa aku suka naik bas.

First, minyak. Sehari aku allocated RM 8 for tambang pergi dan balik - 5 hari dah RM 40, sebulan - lebih kurang RM 180. Berlawanan dengan minyak kereta - seminggu Sg.Buaya - Bukit Beruntung pun boleh cecah RM 50 - sebulan RM200, baru ulang alik dari rumah ke terminal bas, kalau nak pergi KL hari-hari pergi dan balik, agak-agak berapa ek??

Second, simpan tenaga. Perjalanan from terminal Bukit Beruntung ke Stesen LRT Masjid Jamek normally satu jam, bergantung kepada keadaan, kalau ada massive traffic jam or bad weather - maybe extend sikit tapi tak banyaklah. So, dalam perjalanan tu, kalau ngantuk aku tidurlah, nak simpan energy untuk kerjalah katakan. By contrast, kalau kita memandu - kita kena fokus, ada ke orang drive kereta sambil mata terpejam, mungkin inilah yang dimaksudkan dengan frasa "penat atas jalan" kata ayahku dulu.

Third, 1 Malaysia. Bila dalam bas, kami rasa macam dah jadi satu keluarga. Kalau korang naik macam biskut, mungkin tak rasa - tapi, kalau dah nak 3 bulan asyik menghadap muka diorang - tak ke ada rasa lain. For example, ada seorang uncle itu aku mesti tau time dia masuk pukul berapa, kadang-kadang aku tolong reserve kan seat untuk dia. 1 Malaysia, yalah, kau ingat orang Melayu je yang tahu naik bas. Pemandunya berbangsa India, konduktor pun India jugak..penumpang mostly Melayu, jarang nampak Cina sebab diorang ni suka drive kereta - nak tayang BMW, Chevrolet diorang la katakan.

Fourth, enjoy the scene. Apa pulak ni? Kalau berada dalam bas, bagi siapa yang duduk tepi tingkap memang akan dapat satu vantage point yang menarik - sebab bentuk bas tu tinggi-besar, so, kita mampu melihat pemandu yang berada dibawah. Contohnya, aku selalu tengok pemandu menjerit-jerit (nyanyi lagu favourite kot..), 18 sx pun ada jugak - seorang pakcik tua tu ada seorang perempuan muda pegang dada dia waktu tengah drive..WTH!!. Basically, dah duduk atas ni, macam-macam lah boleh nampak.

Fifth, speed. Apa yang best pasal bas ialah kelajuan. Kalau kita memandu kereta, kita mampu nak potong kereta lain. Tetapi, adakah kita mampu nak potong bas yang panjang dan besar itu. Kalau nak terperosok bawah bas tu. Silakan. So, kebanyakkan kereta akan memberi laluan kepada bas yang gagah ini. Ada pemandu yang cuba potong, tapi last-last, "Eh, macam kenal je akak ni - tadi bukan dia dah potong ke"..That's mean, potong boleh, tapi oleh sebab korang kecil - korang terperangkap lah balik.

So, bestkan naik bas. But, itu semua depends kat koranglah - kalau aku dah besar nanti pun, aku lagi prefer drive sendiri..ha3x

TM-KL 626

Monday, July 18, 2011

Kisah AKU n Topik : Bajet Rajin Membaca?

Aku agak bengang dengan segelintir rakyat Malaysia kat Kuala Lumpur yang nak tunjuk rajin membaca. Aku tak marah kalau diorang nak baca paper tu kat mana-mana pun, tapi janganlah sampai menyusahkan orang. Apa yang aku merepek ni? Ok, seperti yang KLites (penduduk KL) tau, setiap pagi waktu pergi kerja mesti ada newspaper The Sun free kan, aku salah seorang yang suka amik free gift ni, sebab malas nak beli - actually, suka sangat baca horoskop, sebab kekadang ada yang tepat, ha3x. Berbalik kepada cerita aku hari ni - tunjuk rajin.

Setibanya aku dari Terminal Bas Bukit Beruntung ke Stesen LRT Masjid Jamek pada pukul 0800 HRS, aku lihat ramai pekerja-pekerja pasti mengambil at least one copy of The Sun, Sin Chew Daily then menuju ke office masing-masing, keadaan yang sama juga aku dapat lihat ketika kakiki melangkah di Stesen LRT KLCC. So, apa yang kau tak puas hati Farid tentang situasi-situasi ni.

First, Tunjuk rajin pertama - cuba kau bayangkan ketika didalam train yang padat - ada manusia yang sempat lagi membaca newspaper, dibukanya besar-besar..lepas tu, train mesti bergoyang-goyangkan, orang yang baca paper dengan dua belah tangan yang tak pegang tiang ataupun sebarang benda yang boleh menstabilkan diri tu mestilah tak balance - kesan daripada, unstability, orang bajet rajin itupun terlanggar orang lalu papernya jatuh kelantai train dan orang lain terpaksa menolongnya mengutip semula.

Second. Tunjuk rajin kedua - ini biasa dilihat di Stesen KLCC, tengah sedap-sedap jalan sambil memerhati keadaan sekeliling..BANG!!, langgar seorang aunty or uncle yang tengah khushuk membaca newspaper sambil berjalan. Satu lagi, bila diorang tengah sedap membaca waktu berjalan, mestilah kelajuan mereka pun dikurangkan, akupun dok ikut je la sampailah ada ruang nak pintas - alah, macam follow dari belakang orang yang tengah balas message or call..takpun, waktu ikut kereta yang dipandu orang baru belajar.ngeex!!

Third, Tunjuk rajin ketiga - dalam lift - ini tak selalu, tapi aku pernah kena. Situasinya lebih kurang macam dalam train - padat.

So, konklusinya - boleh nak membaca, tapi mestilah kena pada tempatnya. Takkan tengah jalan raya korang still nak fokus lagi kan?, kalau aku lagi prefer amik one copy of The Sun, lepastu singgah NZ, pekena rotibakar and teh tarik sambil baca paper - at least, tak menyusahkan orang..err, cuma waiter tu je la kot.

Friday, July 15, 2011

Kisah AKU n PDRM

Entry kali ini mungkin ada kaitannya dengan isu-isu yang berlaku ketika BERSIH illegal rally tempoh hari - negara dikejutkan dengan kematian seorang protestor BERSIH iaitu Baharuddin Ahmad dan banyak pihak menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia dan yang paling hangat, Polis DiRaja Malaysia. Ada juga aku mendengar kutukan dari rakan-rakan ku tentang PDRM ni contohnya menukarkan Polis DiRaja Malaysia kepada Polis Raja Di Malaysia..So, ini jelas niat mereka untuk memperkecil-kecilkan unit yang bertanggungjawab membantu menjaga keamanan negara.

Secara umumnya, PDRM adalah sebahagian daripada security forces dalam Malaysia ini as well as Tentera DiRaja Malaysia, RELA, dan Rejimen Askar Wataniah. Kenapa aku agak terkilan dengan manusia-manusia yang hanya tahu menghentam dan tak berfikir panjang ni. Banyak reasonnya, first - didalam keluarga besarku, ada 2 orang yang berkhidmat didalam PDRM, malah arwah datukku juga pernah berkhidmat didalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ketika zaman darurat dahulu..aku pula memasang cita-cita untuk berkhidmat didalam Rejimen Askar Wataniah - PALAPES di UiTM nanti. Second, tindakan melulu rakyat Malaysia yang hanya tahu menghentam kerajaan Malaysia disebabkan polis yang bertanggungjawab mengawal perhimpunan HARAM itu sangatlah menyedihkan. Third, tahukah anda yang PDRM telah banyak menaburkan bakti dalam menjaga keselamatan negara.

Mungkin ada diantara pembaca-pembaca yang tidak senang dengan statements aku diatas. Ya, aku mengaku ada anggota polis yang kelihatan annoying - tipulah kalau aku cakap semuanya baik hati, sebab aku pun pernah juga kena dengan anggota polis yang poyo - tapi, aku sangat menghargai dan respect mereka ini, sebab aku tahu, bukan senang nak jadi anggota polis. Setiap manusia akan dan pernah melakukan kesilapan. Daripada kita asyik menghentam mereka ini secara melulu, mari kita fikirkan sejarah dan jasa mereka kepada negara. Izinkan aku bertanya kepada korang? Berapa ramai anggota polis yang telah terbunuh sepanjang penubuhan mereka - ancaman komunis? Berapa ramai anggota polis trafik yang tebunuh disebabkan pemandu-pemandu kereta yang cuai, tak tahu apa maksud merah, tak tau undang-undang jalan raya? Berapa ramai juga yang terkorban disebabkan ada rompakan atau lain-lain jenayah? Yang kamu semua tahu ialah mempersalahkan anggota polis yang hanya mengikut prosedur keselamatan ketika berlakunya insiden seperti 9 Julai itu. Yang kamu tahu ialah memperlekehkan kemampuan anggota PDRM? Itu sahajakah, ataupun masih ada lagi.

Pihak polis telah mencipta banyak kejayaan dan melalui beberapa sejarah hitam sejak penubuhannya. Sekarang ini aku mahu bertanya lagi, masihkah anda ingat dengan peristiwa berdarah di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, seramai 14 orang polis terbunuh bersama dengan 8 anggota polis bantuan didalam usaha menyekat serangan Komunis. Komunis menyangka bahawa anggota polis akan ditewaskan dengan mudah akan tetapi anggota polis mempertahankan kompleks itu selama 4-5 jam..inilah semangat yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia sematkan didalam hati - jangan dibiarkan walau seinci tanah kita jatuh ketangan musuh.

Seterusnya, 4 anggota polis (Federal Reserve Unit) terbunuh ketika Insiden Memali yang berlaku di Baling pada November 1985. Ini contoh paling teruk yang melibatkan dua parti politik negara - UMNO dan PAS. Hadi Awang declared yang UMNO tidak menerapkan Hukum Hudud, siapa yang mati untuk menegakkan ini akan digelar Syahid. Dengan declaration itu, ia telah mencetuskan satu konflik dikalangan orang Melayu dimana komuniti Melayu terpisah, UMNO menunaikan solat disurau lain dan PAS pun begitu juga. Penduduk kampung itu yang menyokong ketua mereka, Ibrahim Libya bertindak dengan membaling molotov, batu, dan juga menghunuskan parang - seramai 14 orang awam dipercayai pengikut Ibrahim terbunuh. Inilah akibatnya jika kita orang Melayu berpecah - moral yang boleh kita ambil ialah sentiasa bersatu, bukannya berpecah atas dasar idealogi yang berbeza.

Seorang anggota polis dari Special Branch dibunuh dalam satu insiden terrorism yang mengemparkan negara iaitu Al-Maunah pada 5 Julai 2000. Sebelum bermulanya Operasi Subuh, Detektif Korporal Sanghadevan telah dijadikan tahanan oleh grup militan Al Maunah yang telah merampas beberapa senjata daripada Rejimen Askar Wataniah. Difahamkan ketua mereka, Mohd Amin Mohd Razali mahu menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Mahathir Mohamad ketika itu. Akhirnya, beberapa militant Al-Maunah menyerah diri dan ketua mereka dibicarakan atas tuduhan "mengisytiharkan perang terhadap YDPA". Moral yang dapat kita ambil daripada peristiwa ini pula, jangan pernah cuba untuk menggunakan kekerasan dalam usaha menggulingkan kerajaan.

Sebagai penutup entri hari ini, aku mahu bagi satu link senarai anggota polis yang terbunuh didalam tugas, kalau korang benci polis, janganlah tengok okayh..

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Royal_Malaysian_police_officers_killed_in_the_line_of_duty

Wednesday, July 13, 2011

Kisah AKU n HMS Friday??

Apa ada pada hari Jumaat - bagi sesetengah orang Kristian, hari Jumaat dianggap hari yang malang dan tidak bernasib baik, walaupun kita ada pernah terdengar istilah Good Friday. Bagi mereka, hari Jumaat ialah hari dimana Eve (Hawa) menggoda Adam supaya memakan buah khuldi, hari Jumaat juga Solomon Temple dirobohkan, hari Jumaat ialah hari Jesus Christ disalib. Tetapi, ada satu urban legend yang menarik untuk aku kongsi bersama korang semua tentang hari Jumaat.

Kisahnya bermula sekitar abad ke 19, British Royal Navy cuba mematahkan kepercayaan karut itu yang dipercayai oleh kebanyakkan tentera-tentera laut mereka. Mereka percaya jika kapten kapal memilih untuk berlayar pada hari Jumaat - kapal itu akan ditimpa nasib malang. Untuk mematahkan kesahihan benda ini, British Admiralty telah memutuskan agar sebuah kapal perang yang baru dibina dan dinamakan HMS (His/Her Royal Majesty Ship) Friday. Rangka kapal itu dibina bermula dengan hari Jumaat, pemilihan krew kapal juga dilakukan pada hari Jumaat, kapal ini dilancarkan pada hari Jumaat dan kapal HMS Friday ini memulakan pelayaran sulungnya juga pada hari Jumaat dibawah pengawasan Kapten James Friday.

And guess what, kapal HMS Friday tak pernah lagi dilihat dan didengar selepas berlayar meninggalkan pelabuhan.

Cerita ini sering dianggap sebagai fakta tapi sebenarnya, Royal Navy tidak pernah mempunyai data tentang kapal yang diberi nama HMS Friday.

p/s: Hari tu main Empire Total War, aku bagi nama HMS Friday kat kapal Ship Of The Line aku, waktu first battle lawan French Navy, dia tenggelam..ha3x

Tuesday, July 12, 2011

Kisah AKU, Melayu n Loyal Nationalist

Masih aku teringat pada malam Datuk Seri Muhyiddin Yasin melawat Bandar Sungai Buaya ketika Pilihan Raya Hulu Selangor pada tahun lepas, aku ialah salah seorang penerima anugerah kecemerlangan SPM dan oleh itu kerajaan bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada kami, bukan sahaja pelajar SPM, malah PMR,UPSR, Ko-Kurikulum dan banyak lagi. Selepas tamat sahaja upacara penyampaian sumbangan itu - akupun berjumpa dengan rakan-rakan sekelasku, terkejut aku bila salah seorang daripada mereka mengatakan yang aku menerima rasuah daripada kerajaan - dia menganggap sumbangan itu sebagai propaganda kerajaan untuk memenangi hati rakyat. Kemudiannya, dia dengan bangganya menunjukkan panji propaganda UMNO-APCO yang berkibar di sekitar Bandar Sungai Buaya sambil berkata "Ini semua Yahudi - diorang ni akan menang!!", lalu kawan-kawanku pergi meninggalkan aku keseorangan. Aku terdiam dan terduduk di bawah lampu jalan sambil melihat bendera biru - putih bersimbol dacing yang gugur di atas rumput - "sampai hati diorang cakap macam tu kat aku" getus hatiku. Aku jadi takut, usaha kerajaan hancur macam itu sahaja, Hulu Selangor asalnya dipegang oleh PKR dan boleh dikatakan kubu kuat mereka di Selangor - Difahamkan, Barisan Nasional gagal mempertahankan Selangor didalam Pilihan Raya Umum 2004 membuatkan ia jatuh ketangan parti pembangkang. Alhamdulillah, akhirnya BN berjaya memenangi hati rakyat dan Hulu Selangor berjaya ditawan semula menjadikan ia kawasan pertama dirampas dari Pakatan Rakyat di Selangor. Sejurus mendengar berita itu, aku menarik nafas lega - tapi, rakan-rakanku semakin menjauhkan diri daripadaku.

Beberapa minggu kemudian, aku mendapat tawaran daripada UiTM untuk menyambung pengajianku didalam program asasi undang-undang. Tersangatlah gembira hati ini, bukan senang nak masuk universiti kataku lagi. Tapi, aku merahsiakan berita ini daripada rakan-rakanku yang kebanyakkan daripada mereka meneruskan pengajian di matrikulasi dan politeknik. Sampailah seminggu selepas pendaftaran -yakni, hari tamatnya Minggu Destini Siswa dimana aku uploaded beberapa pictures kenangan minggu pertama di UiTM - berita itu telah tersebar. Hari raya pun tiba, aku dan seorang rakan menziarahi rumah taulan di Sungai Buaya, kami pun bersembanglah tentang pengalaman belajar di universiti. Bila aku membuka bicara tentang UiTM, salah seorang daripada mereka bersuara "Errmm..patutlah boleh masuk, universiti bumiputera lah katakan.." katanya sambil ketawa. Ya Allah, sentapnya hatiku bila mendengar seorang kawan yang aku sangka baik berkata begitu - sejak hari itu aku tak pernah percaya yang aku ada kawan rapat - dan sejak itu, aku jadi tertanya-tanya, apa salahku masuk UiTM ni?? .

Selepas itu, aku mendapat jawapannya, kenapa UiTM sering direndah-rendahkan oleh manusia-manusia macam ni - First, mungkin disebabkan sistem kuotanya, Second, penubuhannya yang bagi mereka berpaksikan diskriminasi kaum - affirmative action.UiTM ditubuhkan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Aku selalu terbaca kutukan, kritikan dan makian di forum-forum yang disubjectkan kepada mahasiswa-mahasiswi UiTM. Ya, mungkin ada diantara kami yang menyalahgunakan peluang yang diberikan kerajaan dengan memburukkan nama dan imej universiti, tetapi, ingatlah wahai bangsa Malaysiaku, tujuan universiti ini ditubuhkan adalah untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera untuk meningkatkan taraf hidup kami, untuk seiring bersama-sama bangsa lain - persoalannya, jika kamu merasa bangsa kamu lebih hebat daripada kami, lagi bijak, lagi kedepan. Mengapa perlu mempersoalkan status universiti ini sebagai universiti bumiputera, mengapa perlu mempersoalkan sistem kuota (walaupun ini satu isu yang agak lama tidak disentuh). Adakah kamu semua rasa tercabar apabila semakin ramai intelektual-intelektual Melayu dan Bumiputera dilahirkan dari institusi ini? ataupun kamu semua sebenarnya tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan kita? Ingatlah Perlembagaan kita, tunjang kemerdekaan kita, adalah hasil toleransi tiga kaum dan nenek moyang kita terdahulu. Aku yakin jika tiada toleransi dan kesefahaman diantara mereka dahulu, kita mungkin masih menyanyikan lagu God Save The Queen sambil memerhatikan Union Jack dinaikkan. Adakah mereka cuma bersetuju akan perlembagaan itu dan selepas mendapat kemerdekaan, masing-masing akan berpecah seperti apa yang Singapura dan Lee Kuan Yew lakukan??

Kadang-kadang, aku berfikir, kenapa baru sekarang aku baru mengambil berat akan lahirnya aku dari darah orang Melayu. Mungkin, dahulu aku ramai berkawan dengan rakan-rakan dari bangsa lain, aku bergaul dengan mereka tanpa mengira bahasa, warna kulit dan agama. Tetapi, lagi banyak aku mengorek tentang sistem politik negara Malaysia ini, semakin mendalam aku belajar tentang artikel-artikel yang perlu disemat didalam hati Melayu. Pentingnya artikel-artikel ini, wujudnya "mereka" ini didalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk melindungi hak-hak peribumi tanah ini. Nasib "mereka" ini bergantung kepada Duli Yang Maha Mulia, jika mana-mana pihak - tidak kisahlah samada mereka ini dari parti mana pun - ada agenda mereka yang tersendiri - aku cukup takut YDPA hilang kuasanya sebagai Kepala Negara, aku takut "mereka" ini dipinda, aku takut Bumiputera, Melayu yang dahulunya bergantung kepada "mereka" ini akan hilang semuanya. Aku takut kita menjadi hamba dan pelarian di tanah sendiri, aku takut kita dihalau dari tanah ini. Aku menyeru kepada bangsa Malaysiaku, marilah bersama-sama kita buang sikap hasad dengki kita, bersatu padu dalam usaha membentuk negara Malaysia yang gemilang, menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi Rukun Negara.

Pesan untuk Melayuku, janganlah berpecah belah jika hanya mahu berada diatas - sejarah
membuktikan jatuhnya Melaka, disebabkan ketamakan kuasa. Pintu Kota Melaka dibuka pengkhianat bangsa, penjajah membolosinya dengan mudah - walaupun begitu, rakyat Empayar Melaka berjuang bermati-matian mempertahankannya.Aku tidak mahu kita dijajah sekali lagi, dan yang paling teruk - dijajah minda. Apabila kita berpecah, maka senanglah musuh negara menceroboh, mahukah kita melalui 446 tahun hilangnya nikmat kebebasan seperti yang dialami nenek moyang kita dahulu. Pastinya tidak.

Konklusinya, renung-renungkan lah pesanan ini wahai Malaysiaku.

Demi negara yang tercinta kucurahkan bakti penuh setia, demi Raja yang disanjung tinggi, kesetiaan tak berbelah bagi...

Monday, July 11, 2011

Kisah AKU n BERSIH

Jarang sebenarnya aku meletakkan isu-isu politik didalam blog aku ni tetapi hari tu M.G JOE ada cadangkan kat aku buat liputan pasal BERSIH - yakni perhimpunan haram jadah yang menyusahkan hati rakyat Malaysia dan juga yang paling perit, warga Kuala Lumpur. Kenapa aku masukkan rakyat Malaysia sekali, ini disebabkan perhimpunan maha haram jadah diorang tu telah menyebabkan ramai orang-orang tua diseluruh negara yang terpaksa menunggu bas dengan lama disebabkan road block yang dibuat, kesesakan jalan raya juga berpunca daripada diorang yang otak kuning yakni memakai baju kuning ni - dahlah menyusahkan, lepas tu ada pulak pengantin yang sepatutnya bersanding dengan keadaan yang selesa, dipaksa berjalan kaki sendiri - berpeluh-peluh. Bodoh sial lah orang-orang ni.

So, apakah BERSIH ini sebenarnya. Secara amnya, bersih didalam bahasa Inggeris disebut sebagai "CLEAN". Tapi , BERSIH yang aku nak bincangkan hari ini ialah sejenis coalition of Malaysian opposition political parties dan NGO yang memperjuangkan pembaharuan didalam proses pengundian di Malaysia. Tambah mereka, proses pengundian di negara ini, tidak bersih, so, adalah menjadi tanggungjawab diorang untuk memBERSIHkan proses itu. Apa yang diorang ni sebenarnya nak?? Ok, first mereka ni demand untuk penggunaan permanent ink untuk memastikan pengundi hanya mengundi sekali. Second, removekan senarai nama orang yang tidak sah mengundi - seperti orang yang dah meninggal dunia. Third, menghapuskan sistem postal votes kerana mereka beranggapan ia disalah gunakan. Finally, BERSIH demand semua calon-calon dan parti-parti politik mempunyai akses yang sama didalam media cetak dan penyiaran. Ya, ini mungkin betul tapi cara diorang memperjuangkan itu sangatlah salah.

Sebenarya, BERSIH yang tak bersih langsung ni pernah buat satu perhimpunan haram pada 10 November 2007 di depan Istana Negara. Ini disebabkan ketidakpuasan hati mereka dalam sistem pilihan raya Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional sejak kemerdekaan lagi. Rally pertama BERSIH ini sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka, seperti yang dijanjikan pihak penganjur tetapi itu semua hanya helah mereka untuk menarik perhatian polis. Consequently, perhimpunan itu bermula dengan orang orang ramai yang berkumpul di empat kawasan berlainan (SOGO, Masjid India, Masjid Negara, Pasar Seni) dan kemudiannya bergabung lalu berarak ke Istana Negara.

So, as usual kalau ada perhimpunan haram mestilah mengakibatkan kesesakan lalu lintas disebabkan road block polis yang ditempatkan bertujuan untuk tujuan security. Authorities juga telah menukarkan jadual perjalanan train untuk menghalang rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan itu contohnya train ke Kelana Jaya yang akan berhenti di Masjid Jamek dan Pasar Seni tidak berhenti di stesen ini sebaliknya train ini akan meneruskan perjalananya ke KL Sentral - lebih susah dan jauh untuk participant untuk sampai ke area rally itu.

Ketika perhimpunan itu berlaku, PDRM menembak gas pemedih mata kearah penyokong BERSIH di Masjid Jamek. Response from negara luar such as Al-Jazeera yang membuat liputan menyeluruh tentang perhimpunan haram ini with detailed video footage dan satelit image. Manakala BBC, CNN and The Bangkok Post memuatkan berita ini didalam online newspaper mereka. Malu tak??, respons media negara - takde, cuma The Sun sahaja yang membuat liputan itupun berkaitan dengan lalu lintas trafik yang teruk.

Didalam 2007 BERSIH rally, PDRM membenarkan 7 orang delegasi iaitu Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Nasharudin Mat Isa, Tian Chua, Lim Guan Eng bersama 2 pemimpin lagi untuk memasuki Istana untuk menyerahkan memorandum mereka itu.

So, habis dengan isu perhimpunan haram 2007, mari bergerak kepada yang terbaru dan yang paling bangang sekali - BERSIH 2.0 Rally, err..Illegal Rally. Tanggal 9 July 2011, satu lagi kisah hitam Malaysia disingkap - patutkah kita samakan ia dengan 13 Mei 1969. Demonstrasi jalanan haram ini disokong oleh Pakatan Rakyat. BERSIH diterajui oleh Ambiga Sreenevasan, bekas President of Bar Council. So, sama seperti edisi yang terdahulu, ianya untuk memastikan proses pilihan raya dan pengundian di Malaysia bersih dan adil. Kali ini, mereka meminta agar mengubah sistem undi post, indelible ink, 21 hari kempen pilihanraya , equal acces of media dan bebas konspirasi dan penipuan. Untuk menghalang penyokong-penyokong BERSIH ni, PERKASA dan PEMUDA UMNO (harap-harap aku dapat join nanti..ngee) ataupun dikenali sebagai Malay Nationalist dan Patriot membuat counter rallies - noted that PERKASA membatalkan rally mereka kerana tidak mendapat permit. Perhimpunan BERSIH kali ini disertai seramai 20000 orang yang berkumpul di Menara Maybank, Jalan Pudu dan Puduraya, kebanyakkannya dari bangsa aku sendiri - Ya Allah, sedih dan malunya aku melihat keadaan ini. Kenapalah korang pergi join rally yang dikepalai bangsa lain - tolonglah bangkitlah wahai Melayuku. Jika beginilah keadaan kita - aku dah dapat agak, apa akan berlaku kepada cucu-cicit kita di masa akan datang.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang menuduh Barisan Nasional, parti pemerintah sekarang ini menipu, menggunakan taktik kotor didalam pilihan raya dan menyalahgunakan media dan postal ballot. Seperti yang kita tahu, jarang sekali kita melihat demonstrasi jalanan berlaku di Malaysia ini kerana ia memerlukan permit daripada pihak berkuasa dan jarang sangat ia diberi.

YDPA bertitah "Demostrasi jalanan lagi banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat dan tujuan mereka itu sebenarnya baik.." Duli Yang Maha Mulia juga meminta agar BERSIH menyelesaikan perkara ini dengan aman bersama-sama kerajaan. Kepala Negara Malaysia telahpun menyeru agar masalah dan isu ini diselesaikan secara aman dan diplomasi - ingatlah wahai bangsa Malaysia, kemerdekaan yang dikecapi kita sekarang ini, hasil diplomasi dan toleransi kaum - bukannya pertumpahan darah sesama kita. Kita belajar subjek Sejarah di sekolah, jangan sampai aku cakap korang semua ni cetek sejarah. Walaupun aku lebih banyak mempelajari sejarah luar negara - contohnya Amerika yang memperoleh kemerdekaan daripada British melalui peperangan, Perang Revolusi Amerika - aku berbangga yang kemerdekaan kita dicapai dengan proses yang sangat baik. Aku tak nak, negara kita berpecah disebabkan ini. Aku tak mahu melihat negara ini bergolak seperti apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Syria , Libya dan banyak lagi. Sudan telah pun berpecah dua - adakah kita mahu lihat negara Malaysia ini juga berpecah kepada dua, pastinya tidak.

Demonstrasi itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas, kerugian premis perniagaan - kemana perginya nilai moral kamu semua - jangan pentingkan diri sangat. Difahamkan bahawa seorang protestor, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Seramai 1667 protestor ditahan mengikut S27 Akta Polis. 8 daripada 10 pemimpin yang ditahan ialah daripada parti pembangkang - ini menunjukkan yang perhimpunan haram ini didalangi pembangkang. Apakah lagi yang mahu dijelaskan oleh mereka sekarang ni - mesti ada agenda yang tersirat. Imej negara di mata dunia telah tercalar, banyak agensi dan pihak dari luar negara yang mengkritik tindakan kerajaan didalam menghentikan perhimpunan haram ini - Amnesty International, The Wall Street Journal, Al-Jazeera, Human Right Watch, United Nations Human Right Council semuanya menghentam kerajaan Malaysia kerana tidak peka dalam perkembangan demokrasi dan hak asasi manusia yang dikatakan mempunyai kelemahan. Pada pendapat aku, mungkin perhimpunan BERSIH ini cuma untuk mendapat publisiti dari luar negara sekaligus memberi tekanan kepada pucuk pimpinan kerajaan yang memerintah.

Respons dan jawapan daripada EC Chairman, Abdul Aziz Mohd Yusof dan juga EC Deputy Chairman, Wan Ahmad Wan Omar kepada BERSIH didalam pertemuan mereka pada Disember 2010.
1)Pengundi secara automatik dimasukkan didalam sistem only after mereka mencecah umur wajib mengundi - proposal daripada BERSIH itu tersangatlah kontra dengan apa yang termaktub didalam Artikel 119(1) Perlembagaan Persekutuan.
2)Undi Hantu - Election Commision tidak boleh membuang senarai nama yang telah meninggal dunia unless keluarga mereka meminta berbuat demikian dan menyerahkan sijil kematian orang itu.
3)Dakwat Kekal - Hanya digunakan di negara yang kurang membangun, lagipun kebarangkalian pengundi tidak mahu menggunakan ia. Election Commision mungkin akan menggunakan kaedah yang lebih maju iaitu biometric fingerprinting.
4)Kempen 21 Hari - Tidak perlu kerana Malaysia mempunyai penduduk yang tidak begitu ramai dan hanya meliputi kawasan yang kecil

Jadi, apa lagi yang mereka mahu dari pihak kerajaan sekarang ini, EC telahpun menjelaskan pada mereka. Mesti ada agenda lain.Tiba-tiba pula aku rasa yakin akan ini.

p/s: takde gambar?? malas nak cari sebenarnya..

Sunday, July 10, 2011

Kisah AKU n Sepetang Di Bandar Tasik Puteri

Hari ini, aku membawa familyku bertemu dengan adikku yang menuntut di SBPI Rawang.

Marilah kita bergerak ke Tasik Puteri.

tetiba pulak jiran sebelah rumah aku call kata nak singgah rumah lama dia - so, akupun alihkan kereta lama ini..nanti kat mana pulak dia nak parking kereta kan??

oleh sebab tak nak terperangkap dengan kesesakan di Rawang, akupun mengambil keputusan untuk ikut highway - sebelum itu, kami singgah sebentar di BOOKWORM untuk print sedikit kerja adik aku yang tertinggal minggu lepas - alang-alang berada kat kedai buku, akupun belilah senaskhah buku untuk kakakku.
p/s : bukan buku yang aku pegang tu tauu, jangan salah sangka pulak.

seperti yang dijangka - lalu ikut highway memang menjimatkan masa. sekejap je dah sampai di kompleks SBPI Rawang, tengah cari parking ni..

rupa-rupanya hari ini adik aku ada outing - so, dia memilih untuk keluar dengan kami rather than dengan kawan-kawannya, mungkin sebab aku bawa laptop kot. oleh sebab, aku tak biasa dengan jalan di tasik puteri, so, aku meminta ibu aku untuk memandu pula.
p/s: budak asrama main facebook..macam nak tergelak pun ada aku tengok adik aku ni.

buku baru - macam-macam la kau ni, along.

dalam pukul 3.30 petang, kami masuk semula kedalam kawasan sekolah adik aku..tak ramai orang, seperti biasalah pemandangan sekolah ni.

bentang tikar, melepak - main game bola dia tu..panaslah sekolah ni, walaupun baru lepas hujan..ke aku yang banyak dosa ni??

candid beb..serius.
p/s : tembamlah sekarang..

nak balik dah..dah besar adik aku ni, dulu kecik je sampai-sampai jadi punch bag aku - sekarang, aku pulak jadi punch bag dia..ha3x
p/s: rugby player tuu..

bye adik - jumpa lagi minggu depan, kesian, masuk penjara balik..
...........................the end...................................

Friday, July 8, 2011

Kisah AKU n Sniper Elite : Video Game Sniper Terbaik


Kegilaan terbaru aku sekarang ialah menembak kepala orang - sangat best sebenarnya menjadi seorang penembak hendap ni. Kisahnya bermula pada Isnin minggu lepas, lepas tengok Juvana at TV3 - macam biasalah ada movie kan - dan pada malam itu, aku menontonlah cerita yang diberi nama The Sniper. Best cerita ini - sampai puas aku mencarinya untuk didownload. Kalau korang nak tau sedikit sinopsis dan plot cerita ni :

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Sniper_(2009_film) .


Tak habis dengan tu - aku still tak puas hati - "dah download movie, apa lagi yang tak lengkap ni??"..Fikir punya fikir, "Oh, patutlah rasa tak best - kena cari game sniper ni.." . Lantas aku pun mencarilah di setiap pelusuk Google untuk video games sniper yang paling best sekali. Then, aku shortlisted kan beberapa - Sniper : Ghost Warrior, Sniper Elite, Sniper : Art of Victory, Marine Sharpshooter, WW2 Sniper : Call To Victory dan juga Sniper : Path of Vengeance. Setelah membuat penilaian melalui video gameplay, walkthrough, user comments, review and rating from Metacritic, IGN and Gamespot. And finally aku berjaya juga mengeluarkan creme de la creme diantara mereka itu - Sniper Elite

Kenapa?? First, dulu waktu Form 5 tengah gila study sejarah macam orang mabuk - aku suka sangat pasal World War 2 dan diantara topik yang aku 95 % ingat sampai sekarang ialah Battle of Stalingrad. Waktu tengah study pasal battle ni pulak - aku didedahkan dengan kewujudan seorang lagenda penembak hendap Soviet Union bernama Vasily Zaitsev.

http://en.wikipedia.org/wiki/Vasily_Zaytsev

Kalau korang rajin pergi kat link yang aku bagi ni, korang akan tahu kehebatan beliau ni, kenapa beliau diangkat menjadi seorang lagenda oleh USSR. Tapi, waktu itu belum terdetik lagi hasrat nak jadi seorang penembak hendap - aku lagi suka ambil peranan sebagai infantri yang landing kat pantai, jadi airborne troop ataupun Rambo..ha3x, bukan apa, dulu kalau main game Call of Duty, Medal of Honor, Brother in Armed..aku main pakai rempuh je, takde strategi langsung. Tapi, baru sekarang ni rasa macam mana hidup sebagai seorang penembak hendap macam Vasily tu kan. So, Sniper Elite ini memang menepati ciri-ciri yang aku nak - bertemakan Perang Dunia Kedua yang semestinya sniper rifle yang wujud pada era itu especially Mosin Nagant yang juga digunakan oleh Vasily.

Sniper Elite juga mempunyai satu lagi ciri yang aku memang nak iaitu, simulasi mekanisme sniper riflenya dan kerealistikan gameplay nya. Jika didalam Call of Duty ataupun Medal of Honor, jika ada mission yang memerlukan kita menjadi seorang sniper - aku perhatikan kita bebas menyasarkan crosshair dikepala musuh dan kemudiannya kita dapat lihat ianya pecah bersepai. Tetapi didalam Sniper Elite, faktor kelajuan angin, daya graviti, degupan jantung - semuanya diambil kira.

Contohnya, jika kita nak headshot, kita mestilah menyasar keatas sedikit kerana jarak peluru itu bergerak dan juga graviti dimana berat peluru dan momentum akan diambil kira sebelum ianya mengena sasaran - same thing goes to, degupan jantung. Untuk menyasar dengan tepat, crosshair kita perlulah statik dan tidak bergoyang-goyang, ia menyebabkan kita sukar menyasar dengan betul.(gambar diatas ketika sedang menyasar kepala musuh - jika jarak kurang daripada 70 meter, rasanya tak payah sasar keatas sedikit - sebab lagi dekat, lagi cepat dan tepat target tu kena). One more thing, jika korang sniper yang pandai - pastinya korang akan mengambil kira faktor sekeliling such as bunyi. Didalam Sniper Elite - korang ingat korang boleh lari-lari macam tu je, try untuk bergerak dengan perlahan kerana setiap bunyi tapak kasut akan meng'alert'kan musuh, sama juga, korang pun boleh tahu akan the presence of the enemies jika terdengar bunyi yang sama.

Selain itu, menembak musuh ketika bunyi kapal terbang dan dentuman artileri juga merupakan taktik yang baik kerana ia dapat menenggelamkan bunyi tembakan maut korang tu.

Apa yang special tentang Sniper Elite ini ialah bila korang menembak musuh dari jarak yang jauh, akan ada cinematic view - iaitu kita dapat melihat peluru itu mengenai sasarannya dari sangat ia dilepaskan sampailah terkena organ yang kita sasarkan.

Didalam Sniper Elite juga, Artificial Intelligence (AI) iaitu musuh korang yang dikawal oleh komputer or sistem adalah lebih bijak ataupun terlampau bijak - mungkin ini yang menyebabkan Sniper Elite jadi best dan seronok untuk dimainkan. Kalau dalam game shooter yang lain - AI sangatlah bodoh, iaitu walaupun ditembak mereka akan kekal diposisi itu dan seakan-akan menunggu untuk dibunuh. Tetapi, didalam game ini, ianya menggabungkan elemen team work and self survive dimana jika salah seorang daripada musuh ditembak (tak mati, cedera - diorang akan meminta bantuan untuk dikeluarkan dari kawasan bahaya), jika ini berlaku, beberapa komrad mereka akan datang, salah seorang daripada mereka akan mengeluarkan kawan mereka yang cedera manakala yang lagi satu akan cover dengan memberi tembakan bantuan. Berlainan pula dengan taktik, jika kita menembak tetapi tersasar, salah seorang daripada musuh akan mengalih perhatian kita manakala beberapa orang lagi akan menyusup ke flank kita dan menyerang kita daripada arah yang kita tak jangka. Disebabkan itulah, kita dinasihatkan untuk switch ke third person view jika tersasar, rather than terus mencari musuh yang terlepas itu supaya dapat memerhati pergerakan musuh-musuh yang menuju kearah kita.

Health meter dalam game ini lebih kurang sama macam game shooter yang lain, cuma bezanya, kalau dalam game shooter lain, kena tembak banyak manapun kau mesti tak mati punya (kalau sempat take cover lah..), tapi, dalam game ni, beberapa butir machinegun bullet especially from MG42..you're dead men. Nak cari health pack or medic kit memanglah susah because ianya akan diprovide pada awal-awal game sahaja, cuma mungkin korang boleh cari kat mayat musuh, kalau-kalau ada bandage (boleh menaikkan health meter tapi tak sebanyak medic kit). Kalau ditembak sniper musuh memang lagi disaster, satu tembakan mungkin boleh membawa maut especially from NKVD sniper. Umumnya, kenapa game ni direka begitu ialah untuk kita belajar cara-cara menggunakan taktik penembak hendap sebenar - for example, menggunakan bayang-bayang, rumput, runtuhan bangunan, api dan asap untuk mengelakkan diri daripada ditembak curi. Game ini memang memerlukan kesabaran, sebelum bergerak kesatu lagi posisi yang selamat, kita dinasihatkan agar memerhati keadaan sekeliling dengan binokular - area clear/no sniper - barulah selamat untuk bergerak..begitulah taktiknya. Boleh je nak guna taktik Rambo tapi tak akan habis lah, asyik retry.

Unit pula, didalam game ini ada 3 factions - Germans SS, Soviet NKVD, dan juga German Resistance..Tactically, kita ialah seorang American yang berkhidmat untuk OSS yang bertujuan untuk menghalang NKVD untuk mengambil dokumen-dokumen saintis German yang berkaitan dengan atomic bomb. Background game ini ialah ketika diambang kejatuhan Berlin waktu Perang Dunia Kedua - seperti yang kita tahu, tentera Soviet dengan dashatnya menyerang Berlin untuk memastikan kejatuhan Nazi dalam Perang Dunia Kedua.Persenjataan didalam Sniper Elite pula kebanyakannya terdiri daripada senapang, pistol buatan Soviet dan German. Contohnya kita boleh menggunakan silenced pistol Walther P38, sniper rifle Gewehr 43, Tokarev SVT dan juga Mosin Nagant (favourite), submachinegun yang ditawarkan ialah PPSh dan juga MP40, machinegun pula semestinya MG42.

Overall, from 10, aku bagi 8 untuk Sniper Elite disebabkan idea baru yang diketengahkan didalam game shooter. Grafik pula tidak mengecewakan, audio memang menarik dengan dentuman bunyi artileri yang real dan juga jeritan musuh yang ditembak. Gameplay, aku memang puas hati walaupun agak susah sebenarnya menjadi orang yang sabar, at least, game ni train aku untuk jadi penyabar kan..betul tak??


nak tengok headshot - lihat gambar kat bawah ni, aku target mata dia..ha3x

beberapa milisaat sebelum impak.

bullseye..!!

Thursday, July 7, 2011

Kisah AKU n Bachelor of Administrative Science (Hons)


Aku telahpun membuat kata putus untuk menyertai FSPPP (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi) di UiTM. This is an offer that I can't refuse. Why?? First, FUU dah kick aku, so, kemana lagi aku nak sambung belajar kalau bukan kat sini, Second, UiTM dah offer, ambik jer laa, kau nak letak high demand pulak..Third, kampus di terletak di Shah Alam, dekat sikit dengan rumah, lagipun aku dah biasa dengan UiTM Shah Alam. Fourth, Malaysian Examination Council telah memutuskan yang rayuan MUET aku tu tepat, tiada kesilapan - blah la, tak considerate langsung perangai korang ni, lagi sikit je pun.

Pada 1 Julai 2011, UiTM telah menawarkan aku pengajian peringkat ijazah didalam Bachelor of Administrative Science (Hons) atau dalam bahasa Melayu kita sebut Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian), ataupun didalam bahasa Perancis, "Baccalauréat ès sciences en administration (avec distinction)". Sebenarnya, aku telah pun membuat kajian tentang program ini bermula dari Perjumpaan Bersama Dekan FUU, dimana mereka telah shortlisted kan beberapa course untuk mereka yang kandas untuk meneruskan Bachelor of Legal Studies (BLS). Dari saat itu, aku telah laid out some blueprint in case kalau terkandas - on the other word, "the backup plan". Last-last, memang terkandas betul lah pulak. So, seperti yang aku jangka, dengan tewasnya aku disitu, UiTM 100 % akan tawarkan aku program backup ini dan alhamdulillah, aku dapat.

Apa-apa pun, aku nak cerita serba sedikit tentang FSPPP, my new faculty. Fakulti ini telah ditubuhkan pada 14 Januari 2004, pada asalnya FSPPP hanya menawarkan program Diploma Sains Pentadbiran yang kemudiannya ditukar menjadi Diploma Pentadbiran Awam, pada masa itu juga, FSPPP menyediakan external programmes such as Chartered Institute of Secretaries dan juga External LLB. Pada tahun 1995, FSPPP telah memperkenalkan program Bachelor of Corporate Administration (Hons.). Tahun 2002 pula, FSPPP memperkenalkan satu lagi program yang diberi nama Bachelor of Administrative Science (Hons.)..Haah, inilah program yang aku dapat, ia bertujuan untuk melatih mahasiswa-mahasisiwi untuk menjadi seorang Diplomat atau Public Manager yang versatile.

Untuk objektif, misi, visi, staff directories, map of faculty, programmes offered dan lain-lain.Silalah ke laman web yang diberikan di bawah:
Welcome to Faculty of Administrative Science & Policy Studies
http://fsppp.uitm.edu.my/index.php

Sekarang ini pula, aku nak memperkenalkan apa itu Bachelor of Administrative Science (Hons.) secara ringkas. Program ini mengambil masa selama 3 tahun untuk complete. Basically, ia diwujudkan untuk melahirkan graduan yang kreatif dan unik didalam job market. Program ini ditawarkan di UiTM Shah Alam, Kedah, Bandaraya Melaka, Sabah dan Sarawak.

Bagaimana pula dengan syarat kemasukan - ianya tidak strict macam FUU (sempat lagi nak condemn tu..ha3x).Hanya memerlukan Band 1 didalam MUET dan juga:

a) STPM: 3 Principals termasuk Pengajian Am, kredit dalam English, Matematik, Prinsip Akaun or Economics.
b) UiTM Diploma: CGPA at least 2.5 didalam Diploma Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Accounting or Banking.
c) IPTA & IPTS Diploma: CGPA at least 3.0 didalam Diploma Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Accounting or Banking.

Peluang pekerjaan bagi lepasan program ini : kita boleh join Public Service Department sebagai Pegawai Tadbir, Enforcement Officer ataupun menjadi seorang Pegawai Pengurusan Sumber Manusia (HR Officer) dan yang sewaktu dengannya.

Untuk sesiapa yang nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi pula, mereka boleh menyertai program Master didalam Sains Politik, Business Administration dan juga Sains Pentadbiran.

Apa yang kami akan belajar, Farid??
Untuk First Semeter, aku target dululah, yang lain-lain tu -depends on my result for first semester nanti.
a) Semester 1 : Tamadun Islam dan Asia Tenggara (aku nak solid 4.00 kat sini..), Co-Curiculum (macam mana nak kira??), Business Mathematics (at most 3.00), Introduction to Interactive Multimedia (kalau boleh 3.67), Intoduction to Public Service Quality Management (apakah ini??), Malaysian Legal System (kau jangan buat malu aku - 4.00, janji tau) and Accounting I (at most 3.00)

b) Semester 2 : Co-Curiculum, Business Statistics, Economics, Principles of Public Administration, Industrial Relations, Management Principles & Practices, Business Law

c) Semester 3 :Ethnic Relations, Third Language I, Co-Curriculum, Advanced Business Law, Reading & Critical Thinking, Management Accounting, Public Relations, Human Resource Management,
Electives - Quality Management/Electronic Government/International Relations/Malaysian Premiership Studies/Social Marketing

d) Semester 4 :Third Language II, Policy Analysis, Ethics in Administration, Management Information System, Report Writing, Organizational Behavior
Electives - Innovation Management/Southeast Asian Affairs/Local Government/Advanced Industrial Relations/International Business Environment

e) Semester 5 : Third Language III, Research Methodology & Data Analysis, Business Professional Correspondence, Project Management, Public Finance, Malaysian Economy
Electives - IT Management /Managing Change/Urban Sociology/Social Security and Employee Benefits Administration/Environmental Management in the Developing Countries

f) Semester 6 : Applied Research Project, Strategic Management for Public Sector, Practical Training, Service Management
Electives - Seminar in Global Affairs/Seminar in Public Management/Alternative Delivery System/Knowledge Management/Human Resource Development

sumber : http://fsppp.uitm.edu.my/

Wednesday, July 6, 2011

Kisah AKU n SUCKS !!

Bila dah takde kerja nak buat semalam - akupun dok tertanya-tanya "Nak buat apa sekarang ni, staff pun tak ramai, boring gila kot..". Then, mata terpaku kearah Gmail depan mata.."Ahaks..ada pun idea!!"

Hantar invitation Gmail (mcbridefred@gmail.com) dekat account Yahoo Mail (red_airborne92@yahoo.com)aku..

buka Yahoo Mail pulak, jom reply mesej tadi..ha3x

buka balik Gmail..then reply mesej tu..

bila boring..memang semua benda jadi SUCKS!!