Jarang sebenarnya aku meletakkan isu-isu politik didalam blog aku ni tetapi hari tu M.G JOE ada cadangkan kat aku buat liputan pasal BERSIH - yakni perhimpunan haram jadah yang menyusahkan hati rakyat Malaysia dan juga yang paling perit, warga Kuala Lumpur. Kenapa aku masukkan rakyat Malaysia sekali, ini disebabkan perhimpunan maha haram jadah diorang tu telah menyebabkan ramai orang-orang tua diseluruh negara yang terpaksa menunggu bas dengan lama disebabkan road block yang dibuat, kesesakan jalan raya juga berpunca daripada diorang yang otak kuning yakni memakai baju kuning ni - dahlah menyusahkan, lepas tu ada pulak pengantin yang sepatutnya bersanding dengan keadaan yang selesa, dipaksa berjalan kaki sendiri - berpeluh-peluh. Bodoh sial lah orang-orang ni.
So, apakah BERSIH ini sebenarnya. Secara amnya, bersih didalam bahasa Inggeris disebut sebagai "CLEAN". Tapi , BERSIH yang aku nak bincangkan hari ini ialah sejenis coalition of Malaysian opposition political parties dan NGO yang memperjuangkan pembaharuan didalam proses pengundian di Malaysia. Tambah mereka, proses pengundian di negara ini, tidak bersih, so, adalah menjadi tanggungjawab diorang untuk memBERSIHkan proses itu. Apa yang diorang ni sebenarnya nak?? Ok, first mereka ni demand untuk penggunaan permanent ink untuk memastikan pengundi hanya mengundi sekali. Second, removekan senarai nama orang yang tidak sah mengundi - seperti orang yang dah meninggal dunia. Third, menghapuskan sistem postal votes kerana mereka beranggapan ia disalah gunakan. Finally, BERSIH demand semua calon-calon dan parti-parti politik mempunyai akses yang sama didalam media cetak dan penyiaran. Ya, ini mungkin betul tapi cara diorang memperjuangkan itu sangatlah salah.
Sebenarya, BERSIH yang tak bersih langsung ni pernah buat satu perhimpunan haram pada 10 November 2007 di depan Istana Negara. Ini disebabkan ketidakpuasan hati mereka dalam sistem pilihan raya Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional sejak kemerdekaan lagi. Rally pertama BERSIH ini sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka, seperti yang dijanjikan pihak penganjur tetapi itu semua hanya helah mereka untuk menarik perhatian polis. Consequently, perhimpunan itu bermula dengan orang orang ramai yang berkumpul di empat kawasan berlainan (SOGO, Masjid India, Masjid Negara, Pasar Seni) dan kemudiannya bergabung lalu berarak ke Istana Negara.
So, as usual kalau ada perhimpunan haram mestilah mengakibatkan kesesakan lalu lintas disebabkan road block polis yang ditempatkan bertujuan untuk tujuan security. Authorities juga telah menukarkan jadual perjalanan train untuk menghalang rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan itu contohnya train ke Kelana Jaya yang akan berhenti di Masjid Jamek dan Pasar Seni tidak berhenti di stesen ini sebaliknya train ini akan meneruskan perjalananya ke KL Sentral - lebih susah dan jauh untuk participant untuk sampai ke area rally itu.
Ketika perhimpunan itu berlaku, PDRM menembak gas pemedih mata kearah penyokong BERSIH di Masjid Jamek. Response from negara luar such as Al-Jazeera yang membuat liputan menyeluruh tentang perhimpunan haram ini with detailed video footage dan satelit image. Manakala BBC, CNN and The Bangkok Post memuatkan berita ini didalam online newspaper mereka. Malu tak??, respons media negara - takde, cuma The Sun sahaja yang membuat liputan itupun berkaitan dengan lalu lintas trafik yang teruk.
Didalam 2007 BERSIH rally, PDRM membenarkan 7 orang delegasi iaitu Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Nasharudin Mat Isa, Tian Chua, Lim Guan Eng bersama 2 pemimpin lagi untuk memasuki Istana untuk menyerahkan memorandum mereka itu.
So, habis dengan isu perhimpunan haram 2007, mari bergerak kepada yang terbaru dan yang paling bangang sekali - BERSIH 2.0 Rally, err..Illegal Rally. Tanggal 9 July 2011, satu lagi kisah hitam Malaysia disingkap - patutkah kita samakan ia dengan 13 Mei 1969. Demonstrasi jalanan haram ini disokong oleh Pakatan Rakyat. BERSIH diterajui oleh Ambiga Sreenevasan, bekas President of Bar Council. So, sama seperti edisi yang terdahulu, ianya untuk memastikan proses pilihan raya dan pengundian di Malaysia bersih dan adil. Kali ini, mereka meminta agar mengubah sistem undi post, indelible ink, 21 hari kempen pilihanraya , equal acces of media dan bebas konspirasi dan penipuan. Untuk menghalang penyokong-penyokong BERSIH ni, PERKASA dan PEMUDA UMNO (harap-harap aku dapat join nanti..ngee) ataupun dikenali sebagai Malay Nationalist dan Patriot membuat counter rallies - noted that PERKASA membatalkan rally mereka kerana tidak mendapat permit. Perhimpunan BERSIH kali ini disertai seramai 20000 orang yang berkumpul di Menara Maybank, Jalan Pudu dan Puduraya, kebanyakkannya dari bangsa aku sendiri - Ya Allah, sedih dan malunya aku melihat keadaan ini. Kenapalah korang pergi join rally yang dikepalai bangsa lain - tolonglah bangkitlah wahai Melayuku. Jika beginilah keadaan kita - aku dah dapat agak, apa akan berlaku kepada cucu-cicit kita di masa akan datang.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang menuduh Barisan Nasional, parti pemerintah sekarang ini menipu, menggunakan taktik kotor didalam pilihan raya dan menyalahgunakan media dan postal ballot. Seperti yang kita tahu, jarang sekali kita melihat demonstrasi jalanan berlaku di Malaysia ini kerana ia memerlukan permit daripada pihak berkuasa dan jarang sangat ia diberi.
YDPA bertitah "Demostrasi jalanan lagi banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat dan tujuan mereka itu sebenarnya baik.." Duli Yang Maha Mulia juga meminta agar BERSIH menyelesaikan perkara ini dengan aman bersama-sama kerajaan. Kepala Negara Malaysia telahpun menyeru agar masalah dan isu ini diselesaikan secara aman dan diplomasi - ingatlah wahai bangsa Malaysia, kemerdekaan yang dikecapi kita sekarang ini, hasil diplomasi dan toleransi kaum - bukannya pertumpahan darah sesama kita. Kita belajar subjek Sejarah di sekolah, jangan sampai aku cakap korang semua ni cetek sejarah. Walaupun aku lebih banyak mempelajari sejarah luar negara - contohnya Amerika yang memperoleh kemerdekaan daripada British melalui peperangan, Perang Revolusi Amerika - aku berbangga yang kemerdekaan kita dicapai dengan proses yang sangat baik. Aku tak nak, negara kita berpecah disebabkan ini. Aku tak mahu melihat negara ini bergolak seperti apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Syria , Libya dan banyak lagi. Sudan telah pun berpecah dua - adakah kita mahu lihat negara Malaysia ini juga berpecah kepada dua, pastinya tidak.
Demonstrasi itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas, kerugian premis perniagaan - kemana perginya nilai moral kamu semua - jangan pentingkan diri sangat. Difahamkan bahawa seorang protestor, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Seramai 1667 protestor ditahan mengikut S27 Akta Polis. 8 daripada 10 pemimpin yang ditahan ialah daripada parti pembangkang - ini menunjukkan yang perhimpunan haram ini didalangi pembangkang. Apakah lagi yang mahu dijelaskan oleh mereka sekarang ni - mesti ada agenda yang tersirat. Imej negara di mata dunia telah tercalar, banyak agensi dan pihak dari luar negara yang mengkritik tindakan kerajaan didalam menghentikan perhimpunan haram ini - Amnesty International, The Wall Street Journal, Al-Jazeera, Human Right Watch, United Nations Human Right Council semuanya menghentam kerajaan Malaysia kerana tidak peka dalam perkembangan demokrasi dan hak asasi manusia yang dikatakan mempunyai kelemahan. Pada pendapat aku, mungkin perhimpunan BERSIH ini cuma untuk mendapat publisiti dari luar negara sekaligus memberi tekanan kepada pucuk pimpinan kerajaan yang memerintah.
Respons dan jawapan daripada EC Chairman, Abdul Aziz Mohd Yusof dan juga EC Deputy Chairman, Wan Ahmad Wan Omar kepada BERSIH didalam pertemuan mereka pada Disember 2010.
1)Pengundi secara automatik dimasukkan didalam sistem only after mereka mencecah umur wajib mengundi - proposal daripada BERSIH itu tersangatlah kontra dengan apa yang termaktub didalam Artikel 119(1) Perlembagaan Persekutuan.
2)Undi Hantu - Election Commision tidak boleh membuang senarai nama yang telah meninggal dunia unless keluarga mereka meminta berbuat demikian dan menyerahkan sijil kematian orang itu.
3)Dakwat Kekal - Hanya digunakan di negara yang kurang membangun, lagipun kebarangkalian pengundi tidak mahu menggunakan ia. Election Commision mungkin akan menggunakan kaedah yang lebih maju iaitu biometric fingerprinting.
4)Kempen 21 Hari - Tidak perlu kerana Malaysia mempunyai penduduk yang tidak begitu ramai dan hanya meliputi kawasan yang kecil
Jadi, apa lagi yang mereka mahu dari pihak kerajaan sekarang ini, EC telahpun menjelaskan pada mereka. Mesti ada agenda lain.Tiba-tiba pula aku rasa yakin akan ini.
p/s: takde gambar?? malas nak cari sebenarnya..
hurrmmm aku suka pandangan kau! mereka ni tak tau penat lelah org dulu2 utk mencapai kemerdekaan. hurmm sedih dengan keadaan negara sekarang terutamanya org2 melayu ni :'(
ReplyDeleteaku sangat concern tentang hal dalam negara kita ni, lagi-lagi yang berkaitan dengan orang melayu.
ReplyDeleteSetiap org berhak mencoret pendapat masing2... Yours is nicely written...
ReplyDeleteit's just a critical observation toward the nation's political issue
ReplyDeletecara dan tindakan adalah salah tapi prinsip yang dibawa kelihatan kasar tetapi punya inti untuk cerahnya masa depan tampuk kepimpinan negara . betul parti sekarang yang memperjuangkan kemerdekaan , tapi soalnya , pimpinan utama sekarang punyai kualiti pimpinan contoh zaman kemerdekaan ?
ReplyDeletesemua parti memperjuangkan kemerdekaan - cuma bezanya, cara mereka itu. kita tidak dapat mengagak siapa yang betul kat sini -akan tetapi pimpinan najib lebih jelas memperlihat usaha untuk menyatupadukan rakyat dengan pelbagai usaha - satu usaha yang juga dijalankan tunku abdul rahman dan malaysian founding father yang terdahulu..
ReplyDelete