Showing posts with label Malpro Industri. Show all posts
Showing posts with label Malpro Industri. Show all posts

Sunday, July 31, 2016

Kisah AKU n Goodbye MISB!

Assalamualaikum,

Hari ni nak story sikit satu entri kejutan dalam blog ni. Korang still ingat aku ada mentioned sorang staff company kami akan resign this week in my previous entry? Haa, ni ada sikit cerita pasal majlis farewell dia semalam. Anyway, let's start with review minggu ini dulu.
Macam biasa kerja - travel, travel dan travel. Kali ni ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam, ada jugak singgah Kajang beli dokumen tender, site visit etc.
Semalam kerja pulak, ingatkan cuti. Tak pasal-pasal je kena bangun awal..:-p
Okay guys - semalam tanggal 30 Julai merupakan hari terakhir aku bersama MISB setelah 2 bulan menaburkan bakti disini. This resignation was being made atas kerelaan aku sendiri untuk melepaskan jawatan ini demi peluang kerjaya yang lebih baik. For time being, eloklah aku rahsiakan dulu dengan organisasi mana aku bakal berkhidmat. Cukuplah korang tahu yang ianya "top-secret" dan "highly confidential" kerana melibatkan hal-hal keselamatan negara. Bukan PTD yang eksklusif tu tapi ..adalah..haha
Of course, aku akan merindui workstation ni. Mana nak dapat beb, eksekutif pakai kerusi full leather CEO. But, yang paling penting kenangan tidur bawah meja tu time bulan puasa..huu
Menariknya tentang resignation aku, this is my first time resigned dengan notis 2 minggu as per company's policy (Trueventus notis setengah hari, CapSource pulak 48 hours termination-notice). 2 minggu yang ada aku guna sebaiknya dengan terus berkhidmat with more aggressive work-rate. In a mean time, jari ni tak berhenti-henti menaip final report untuk submit ke HOD.
Jadi, semalam merupakan farewell untuk budak berjaket tu sebenarnya..haha. Gambar kenangan bersama Datin dan staf-staf pentadbiran MISB.
Tepat jam 1.30 PM, shortly setelah aku melengkapkan final speech didepan rakan-rakan sekerja, sesi bergambar dan juga penyampaian cenderahati from our Executive Director, Datin Saveyah. Aku pun punch card buat kali terakhir disini dan meninggalkan kompleks HQ. In Sha Allah, kalau ada masa aku akan singgah. Bukan jauh pun dengan rumah..:-)
Sampai je di rumah, solat Zuhur and then pergi open house rumah jiran. Kebulur beb, dari pagi tak makan apa..:-p

Unlike lepas kena dump dengan CapSource bulan 4 hari tu, kali ni aku ada backup plan in the case of resignation/termination. Notis 2 minggu telahpun dibuat dan esok (1/8/16) aku akan mula bertugas di tempat baru. Kalau ikutkan boleh je nak bagi short-notice and blah macam tu je hari tu. Tapi bak kata mak ayah - kita masuk beradab, kita keluar pun beradab.

Apa-apapun, itu merupakan pengakhiran bagi full tme employment ku di MISB. I wish the company the best of luck and terus maju dalam usaha menaikkan martabat ekonomi bangsa Melayu. 

Saturday, July 23, 2016

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri MISB 2016

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Pagi ni nak share sikit tentang satu lagi majlis anjuran syarikat yang aku join semalam. But before that, jom selak sikit apa yang happened sepanjang minggu ni.
Pagi ni gua kerja der. Since claim and kerja-kerja lain pun dah siapkan semalam, so mengular je lah kat office pagi ni. Tu yang naik mood nak mengupdate blog..:-)
Minggu ni aku travel je. 90% minggu ni dihabiskan diluar pejabat. Buat marketing, attend site visit dan sebagainya.
Antara salah satu tempat yang aku buat courtesy visit minggu ni - Sabak Bernam beb! Haha
Rabu dan Khamis attend site visit di Universiti Malaya. Merasa lah masuk kat universiti terulung di Malaysia ni..huu
Haa, semalam pulak company ada buat jamuan Raya Aidilfitri untuk tahun 2016. Ni merupakan one of acara tahunan syarikat sepanjang penubuhan MISB sejak 1986.
Antara hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah..:-)
Hidangan untuk VVIP yang terdiri dari pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan syarikat.
Majlis semalam berlangsung di lobi MISB di Ground Floor. Sempoi kan? :-p
Ucaptama dari Pengarah Urusan, Dato Hj Ruslee, sekali dengan announcement official resignation seorang staff kami disini, baru nak bermesra-mesra. Tapi takpelah, dengar-dengarnya bro tu ada lagi minggu depan..:-)
Acara cabutan bertuah dan penyampaian hamper Raya oleh Pengerusi Eksekutif MISB, Dato Hj Abu Samah.
Makan time! Hidangan kami simple je semalam - ada Sate, Lontong, Nasi Himpit, Lemang dan kuih-kuih tradisi bangsa Melayu..:-)
Hamper aku semalam. Haha. Dua kali dah dapat hamper besar cenggini. Time majlis iftar pun besar hat ni jugak. Tuah badan..huu
6PM - Aku meninggalkan majlis dan terus bergerak ke Gopeng untuk pick up adik kat Matrik. Dia ada program alumni kat sana. Sampai around 7.45, tumpang Maghrib sekejap. Pukul 8.10 terus bergegas pulang ke Rawang dan sampai sekitar jam 10 malam. Hantar bro tu, and sambung melepak dengan Afiq sampai 3 pagi (sedangkan kerja pagi ni). Gila babs betul! Haha

Malam ni ingat nak ke Shah Alam. Joe ajak makan steamboat kat sana. Benda dah bayar dulu sebelum tanya gua. Nak tak nak kena pergi je lah..haha

Saturday, July 16, 2016

Kisah AKU n Marketing!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Nak dekat seminggu jugak aku tak update blog ni. Lately, I'm quite busy dengan workload. Jadi agak terabai sikitlah blog ni. Okay, takde nak cerita banyak hari ni. Cuma nak share sikit aktiviti minggu ni di pejabat. Eh, pejabat lah sangat. Haha
So guys, minggu ni merupakan minggu pertama aku menjalankan official duty sebagai Marketing XO disini. Quite nervous since aku tak pernah buat marketing face to face sebelum ni, but WTH - redah je lah! Hahaha
Marketing kit aku - simple je. Corporate profile, catalogue berserta log book and a lot of my business card..hehe. To save cost and time - normally hari Isnin aku akan full day dipejabat and try to set appointment before hit client's office for that particular week. Of course, I'm not going to stick with old school 'door to door' marketing style. Sangat membuang masa, kos dan tenaga. So yesterday, pfft..
Nak dijadikan cerita, minggu pertama ni macam-macam hal jadi. Hari pertama kena kompaun parking luar petak di Rawang. Hari kedua alarm kereta rosak, tersangkutlah aku kat Selayang tu nak dekat 2 jam. Hari ketiga hujan selebat-lebatnya di Gombak sampai habis basah lencun baju, marketing kit pun lunyai kena air hujan. Dah kena print baru..:-)
Hari keempat, Jumaat di Kuala Lumpur. Ada appointment dengan KWSP. Nak dekat setengah jam melilau cari parking. Sudahnya parking kat Plaza Dataran Merdeka, 2 jam RM17! Pastu lepas solat Jumaat ada appointment dengan JKKN. Punya lah konfiden pergi Menara TH Selborn, rupa-rupanya office diorang kat Menara TH Perdana. Haha, apa malang benor hang ni Farid?
Haah, apo bondo eh? Nak dijadikan cerita aku buat courtesy visit di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor. Ikuti perbualan kami:

Tn. Hj: Dah kahwin belum En. Farid?
Aku: Belum lagi Tn. Hj, takde plan terdekat pun.
Tn. Hj: Ishh kamu ni, tak boleh camtu. Mesti kena ada niat. Baru Allah tunjukkan jalan.
Aku: Bukan apa Tn. Hj...(tak habis cakap)
Tn. Hj: Nah saya bagi buku ni. Boleh share pahala sama-sama. Kot la makan nasi minyak nanti jangan lupa ajak. Kad saya ada dalam tu. Haha

Itu lah ceritanya. Tak pasal-pasal dapat buku free. Sempat skimming content this book semalam, bagus isi dalam ni. I'll definitely read this whenever I have free time. Betul cakap Tn. Hj, tak payah tunggu calon ada ke takde. Pasang niat simpan duit/aset nak kahwin, In Sha Allah jodoh tu datang sendiri nanti. But the best thing is bila dia datang, kita dah ready - mental, physical dan juga financial wise.

Overall, memang menyeronokkan pengalaman buat marketing face to face. I learn a lot of new things, and made a lot of new contact.

P/S: Jom kita ke next entri. Malam ni kita update 2 terus! hehe

Saturday, July 2, 2016

Kisah AKU n Iftar Ramadhan MISB 2016

Assalamualaikum,

Ramadhan 2016 cuma berbaki 3 hari je lagi. Rabu depan dah nak Raya beb! Teruja jugak nak menyambut lebaran tahun ni walaupun nothing extraordinary pun yang membezakan tahun ni dengan tahun-tahun sebelumnya. Okay lah, sembang banyak pun tak guna. Jom kita selak sikit cerita mengenai Majlis Iftar Ramadhan Malpro Industri 2016 yang telah selamat berlangsung dengan jayanya semalam.
Pukul 7 petang aku dah bergerak dari rumah. Tapi Masya Allah, sesaknya dari traffic light kuil tu sampai ke simpang office. Elok je aku sampai, azan Maghrib pun berkumandang menanda telah berakhirnya hari ke 26 Ramadhan semalam.
Majlis bertempat di ibu pejabat kami di Wisma Malpro. Plan asalnya nak buat di Golf Club, tapi Dato berpendapat lagi better buat kat office since staff-staff kami almost 90% tinggal sekitar sini. So, ramai sikit boleh datang.
Hamper-hamper cabutan bertuah untuk staff-staff..:-)
Majlis kami dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif MISB, Dato' Hj Abu Samah Bachik dan keluarga, Pengarah Urusan, Dato' Hj Ruslee Hashim bersama keluarga, pengurusan tertinggi + staff-staff dan family masing-masing. Ada juga delegation from our highly valuable client, FiTEC dan juga Majlis Amanah Rakyat.
Majlis semalam berlangsung dengan Tahlil, diikuti dengan jamuan ringan. Solat Maghrib berjemaah di Bilik Pameran dan kemudiannya makan berat. Makanan semalam memang terbaik - ada Briyani Gam, Kambing Bakar, Laksa Penang dan berbagai jenis pencuci mulut.
Sedikit gambar mewarnai majlis kami semalam. Aku makan kambing 2 plate je semalam, tapi kenyangnya sampai ke sahur..:-)
Kalau takde gambar aku, takde lah entri ni..hehe
Qalisya, anak Kak Intan. Gila kamera budak kecik ni. Ingat dah snap satu cukuplah, dia boleh tercongok situ lagi mintak amik gambar lagi..haha
Sepatutnya kena jadi emcee semalam, tiba-tiba tukar orang lain..haha. Penat je buat teks..:-p
Cabutan nombor bertuah dan penyampaian hamper. 
Duit raya untuk anak-anak staff syarikat oleh Dato' Hj Ruslee.
Bersama staff logistik, Wak. Bro ni lah yang paling banyak ajar aku kat sini..:-)
Bergambar bersama colleague from Marketing Dept. Dari kiri -  Farid, Luqman, En. Ku Azlan dan Farahim. Kami je lah yang tinggal dalam department ni..haha
Staff-staff MISB bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi syarikat sebelum bersurai.
10.30 PM - Majlis bersurai. 
Dapat hamper dengan duit raya semalam, cukuplah isi minyak full tank 4 kali..huu

Habis je program, terus pergi kedai Siam. Sambung melepak dengan Afiq dan Dolah sampai pukul 2 pagi. Berdasarkan perbualan kami semalam, Ramadhan tahun ni nampaknya kami tak berpeluang untuk iftar sama-sama. Takpelah, benda-benda camni memang akan berlaku jugak cuma tunggu masa je.

P/S: Petang ni ingat nak quick shopping + berbuka puasa dengan family.

Tuesday, June 28, 2016

Kisah AKU n Ramadhan 2016 - Day 23

Assalamualaikum,

Pejam celik cuma tinggal seminggu je lagi Ramadhan untuk tahun 2016 ni. Work-rate kat office pun semakin menurun day by day. Bukan sebab takde kerja, tapi client-client pun dah masuk mood nak beraya. Sudahnya, mereput je lah aku kat office ni.
Business card dah siap! Bestnya, boleh lah distribute kat sedara mara balik kampung nanti..hehe
Hari ni seharian kerja luar pejabat. Biasalah, dah nama pun kerja marketing. Mula-mula pergi KL, pastu shoot ke Pelabuhan Klang. Tapi bukan jumpa client pun tadi, hantar dokumen je. Mau 200km jugak aku travel hari ni, nasib baik boleh claim mileage + petrol..:-)
Petang tadi berbuka puasa bersama Team Marketing kat Restoran Mohd Chan di Bukit Sentosa. Introducing my colleague, Farah.
Dari kiri - En. Amin, our Operation Manager dan juga En. Ku Azlan, Marketing Manager.
Memang sedap makanan kat sini. As it name suggest, Restoran Mohd Chan menyediakan masakan Cina Muslim yang telah disahkan halal oleh JAKIM. Branch Bukit Sentosa ni merupakan the latest addition untuk chained operation restoran ini. So, untuk you guys yang nak merasa makanan Cina Muslim yang halal boleh lah singgah restoran ni. Boleh didapati di Shah Alam, Kota Kemuning, Klang, Bangi, Kelana Jaya dan juga Taman Melawati. Promote ni..huu

So, itu je lah cerita malam ni. Ingat nak main Red Alert jap tapi mata mengantuk lah pulak, penat drive tadi pun tak habis lagi ni. Okay lah, semoga berjumpa dilain entri. Till then, take care dan selamat berpuasa!

Tuesday, June 21, 2016

Kisah AKU n Training @ FITEC

Assalamualaikum,

Apa macam puasa kali ni kawan-kawan? Dah masuk hari keenam belas kita menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dan aku sekarang berada di sebuah bilik hotel di Batu Caves. Buat apa kat sana bro? Panjat tangga kuil ke? Haha..tak lah, aku baru je selesai menghadiri satu kursus mewakili Malpro untuk 2 hari ini.
Seawal 6.30 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah untuk ke venue latihan Furniture Industry Technology Center di Batu Caves. Sampai exactly 1 jam, macam biasalah power nap dulu dalam kereta sementara nak tunggu kursus bermula.
For you guys punya info, aku mengikuti training BHIC Safety Access Pass. It's a must-have pass untuk our personnel to enter fasiliti Boustead as a part of our "top-secret" mega project..:-)
Modul hari pertama finished around 4 o'clock dan some of us yang memilih untuk menginap telah dibawa oleh staff FITEC ke bilik penginapan kami. Ni lah bilik aku semalam. Share dengan staff dari Ruffntuff Sdn Bhd, Shamsul. Lengkap dengan penghawa dingin, running hot water, flat screen TV dan juga katil single bed yang selesa.
Kami yang menginap berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama disini since already provided by FITEC. Thanks!
Tak pergi Terawih pun semalam. Punya lah leka berbual dengan Shamsul sampai tak perasan jam dah masuk pukul 1 pagi..:-p
Hari kedua training pula berjalan seperti biasa. Ada latihan praktikal sikit mengenai some fire fighting dan juga examination untuk lulus criteria Safety Pass tu.
Seperti hari pertama, our second day juga tamat sekitar jam 4 petang. Ada sedikit penggulungan dari wakil FITEC, Boustead Heavy Industries dan juga from wakil vendor yang diwakili oleh my boss, Dato' Hj Ruslee. Habis je sesi bergambar, kursus 2 hari kami pun ditamatkan dengan jayanya..:-)
Bergambar dengan Shamsul, rakan sebilik sepanjang kursus berlangsung. Sekali pandang macam muka Mujahid pun ada..haha
Selfie seround bersama delegasi from Ruffntuff Sdn Bhd, Shamsul dan Syazwan.
Left FITEC compound sekitar jam 4.10 petang. In Sha Allah next training di TLDM Lumut pulak. Itu pun kalau ada rezeki Dato' nominate aku lagilah..:-)
Check in Hotel Inap di Prima Seri Gombak. Esok ada urusan lagi disini. Yang tu cerita lain entri. Dah penuh gambar dalam entri ni..:-p

Okay lah guys, nak kena tidur ni. Karang esok terlajak tidur pulak. Jumpa lagi next entry, till then take care semua!