Saturday, July 23, 2016

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri MISB 2016

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Pagi ni nak share sikit tentang satu lagi majlis anjuran syarikat yang aku join semalam. But before that, jom selak sikit apa yang happened sepanjang minggu ni.
Pagi ni gua kerja der. Since claim and kerja-kerja lain pun dah siapkan semalam, so mengular je lah kat office pagi ni. Tu yang naik mood nak mengupdate blog..:-)
Minggu ni aku travel je. 90% minggu ni dihabiskan diluar pejabat. Buat marketing, attend site visit dan sebagainya.
Antara salah satu tempat yang aku buat courtesy visit minggu ni - Sabak Bernam beb! Haha
Rabu dan Khamis attend site visit di Universiti Malaya. Merasa lah masuk kat universiti terulung di Malaysia ni..huu
Haa, semalam pulak company ada buat jamuan Raya Aidilfitri untuk tahun 2016. Ni merupakan one of acara tahunan syarikat sepanjang penubuhan MISB sejak 1986.
Antara hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah..:-)
Hidangan untuk VVIP yang terdiri dari pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan syarikat.
Majlis semalam berlangsung di lobi MISB di Ground Floor. Sempoi kan? :-p
Ucaptama dari Pengarah Urusan, Dato Hj Ruslee, sekali dengan announcement official resignation seorang staff kami disini, baru nak bermesra-mesra. Tapi takpelah, dengar-dengarnya bro tu ada lagi minggu depan..:-)
Acara cabutan bertuah dan penyampaian hamper Raya oleh Pengerusi Eksekutif MISB, Dato Hj Abu Samah.
Makan time! Hidangan kami simple je semalam - ada Sate, Lontong, Nasi Himpit, Lemang dan kuih-kuih tradisi bangsa Melayu..:-)
Hamper aku semalam. Haha. Dua kali dah dapat hamper besar cenggini. Time majlis iftar pun besar hat ni jugak. Tuah badan..huu
6PM - Aku meninggalkan majlis dan terus bergerak ke Gopeng untuk pick up adik kat Matrik. Dia ada program alumni kat sana. Sampai around 7.45, tumpang Maghrib sekejap. Pukul 8.10 terus bergegas pulang ke Rawang dan sampai sekitar jam 10 malam. Hantar bro tu, and sambung melepak dengan Afiq sampai 3 pagi (sedangkan kerja pagi ni). Gila babs betul! Haha

Malam ni ingat nak ke Shah Alam. Joe ajak makan steamboat kat sana. Benda dah bayar dulu sebelum tanya gua. Nak tak nak kena pergi je lah..haha

No comments:

Post a Comment