Sunday, July 31, 2016

Kisah AKU n Goodbye MISB!

Assalamualaikum,

Hari ni nak story sikit satu entri kejutan dalam blog ni. Korang still ingat aku ada mentioned sorang staff company kami akan resign this week in my previous entry? Haa, ni ada sikit cerita pasal majlis farewell dia semalam. Anyway, let's start with review minggu ini dulu.
Macam biasa kerja - travel, travel dan travel. Kali ni ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam, ada jugak singgah Kajang beli dokumen tender, site visit etc.
Semalam kerja pulak, ingatkan cuti. Tak pasal-pasal je kena bangun awal..:-p
Okay guys - semalam tanggal 30 Julai merupakan hari terakhir aku bersama MISB setelah 2 bulan menaburkan bakti disini. This resignation was being made atas kerelaan aku sendiri untuk melepaskan jawatan ini demi peluang kerjaya yang lebih baik. For time being, eloklah aku rahsiakan dulu dengan organisasi mana aku bakal berkhidmat. Cukuplah korang tahu yang ianya "top-secret" dan "highly confidential" kerana melibatkan hal-hal keselamatan negara. Bukan PTD yang eksklusif tu tapi ..adalah..haha
Of course, aku akan merindui workstation ni. Mana nak dapat beb, eksekutif pakai kerusi full leather CEO. But, yang paling penting kenangan tidur bawah meja tu time bulan puasa..huu
Menariknya tentang resignation aku, this is my first time resigned dengan notis 2 minggu as per company's policy (Trueventus notis setengah hari, CapSource pulak 48 hours termination-notice). 2 minggu yang ada aku guna sebaiknya dengan terus berkhidmat with more aggressive work-rate. In a mean time, jari ni tak berhenti-henti menaip final report untuk submit ke HOD.
Jadi, semalam merupakan farewell untuk budak berjaket tu sebenarnya..haha. Gambar kenangan bersama Datin dan staf-staf pentadbiran MISB.
Tepat jam 1.30 PM, shortly setelah aku melengkapkan final speech didepan rakan-rakan sekerja, sesi bergambar dan juga penyampaian cenderahati from our Executive Director, Datin Saveyah. Aku pun punch card buat kali terakhir disini dan meninggalkan kompleks HQ. In Sha Allah, kalau ada masa aku akan singgah. Bukan jauh pun dengan rumah..:-)
Sampai je di rumah, solat Zuhur and then pergi open house rumah jiran. Kebulur beb, dari pagi tak makan apa..:-p

Unlike lepas kena dump dengan CapSource bulan 4 hari tu, kali ni aku ada backup plan in the case of resignation/termination. Notis 2 minggu telahpun dibuat dan esok (1/8/16) aku akan mula bertugas di tempat baru. Kalau ikutkan boleh je nak bagi short-notice and blah macam tu je hari tu. Tapi bak kata mak ayah - kita masuk beradab, kita keluar pun beradab.

Apa-apapun, itu merupakan pengakhiran bagi full tme employment ku di MISB. I wish the company the best of luck and terus maju dalam usaha menaikkan martabat ekonomi bangsa Melayu. 

No comments:

Post a Comment