Friday, July 8, 2016

Kisah AKU n Syawal 2016 - Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Apa macam raya kome tahun ni? Seronok tak? Banyak tak duit raya kome kutip? Okay lah, entri ini merupakan penutup untuk Diari Raya Farid untuk tahun 2016. Sebuah segmen 3 entri wajib setiap tahun yang memaparkan kisah suka dan duka raya aku dikampung. Dan untuk tahun ni, entri penutup ini merangkumi aktiviti yang aku lakukan pada hari kedua dan ketiga Syawal.
Hari kedua Syawal aku tahun ini dimulai dengan menziarahi pusara atuk. Al-Fatihah buat Allayarham Abu Bakar B. Selan, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin Ya Rabbal Al Amin. Seterusnya dipenuhi dengan mengunjungi rumah sanak saudara kami yang berdekatan. Kami bergerak dari Bota Kanan sekitar jam 12 tengah hari, dan merancang untuk menziarahi 3 buah rumah..:-)
Ni lah baju yang aku beli kat Parkson hari tu. Cool kan? hehe
Destinasi pertama kami ialah rumah Opah Yan, adik bongsu Opah kami di Gelung Pepuyu.
Opah Yan ni menetap di Setia Alam sebenarnya. Yang kat Perak ni rumah singgah dia je. Kebetulan tengah ada kat sini, tu yang kitorang lepak sekejap.
Aku bersama Iskandar Putra, anak Acik Man. Besar dah budak ni - baru tadi aku tengok gambar 5 tahun lepas. kiut je dengan adik dia si Puteri Mas Ayu tu..haha
Destinasi kedua pula ialah rumah Opah Nyah, kakak opah kami yang menetap di Titi Gantung.
Rumah ketiga dan terakhir ialah Opah Chu, adik opah yang tinggal di Tanjung Belanja. Kat sini pekena laksa, kebetulan lapar pulak..:-)
Malam hari kedua pulak tak buat apa pun. Cuma bersembang kosong bersama Iskandar dan Ayu. Dua orang ni je lah sepupu yang boleh bawak bersembang. Yang lain semua kecik lagi, bercakap pun tah apa-apa..haha
Bagi Syawal hari ketiga iaitu hari ini - kami tak pergi mana pun. Pergi solat Jumaat di Masjid Jamek Bota Kanan. Acu Keon balik awal pagi tadi (yang pakai baju kaler kuning tu)
Lepas solat, main PES sekejap dengan adik. Walaupun Newcastle dah relegated. Tapi kalau main PES, still pilih team hitam putih ni. Howay The Lads!
Dalam pukul 4 petang - menziarah kampung ayah di Parit. Tapi tak ramai pun family yang ada kat situ, semuanya dah pulang ke rumah masing-masing.
Takpelah, mai bergambar sekejap..huu
On the way nak balik singgah TESCO Seri Iskandar, cari barang untuk buat BBQ. Tahun ni Abg Farid yang sponsor!
Acu Keon pergi memancing kat Tronoh malam ni. So, untuk meneruskan tradisi Esah & Co. ni, kami lah yang mengambil tugas membakar tadi. Mana boleh terlepas aktiviti tahunan kami ni, mau kena bala nanti..hehe
Budak-budak yang dah tidur pun boleh terjaga lepas bau BBQ aku malam tadi..haha
Sponsor/Lead Cook/Photographer malam ini. Multi-tasking betul hang ni?

Dengan berakhirnya entri malam ni, maka dengan rasminya aku menutup Diari Raya aku dikampung untuk tahun 2016 ini. Tahun ni dapat "duit minyak" RM 30. Ada yang tanya bila nak kahwin, tapi aku dengan selambanya cakap "No comment" dengan ekspresi muka "I Don't Give A Damn!". Turn off terus diorang, tau takut..haha. Okay lah, terima kasih kepada yang sudi membaca dan akhir kata - jika ada tersalah kata, atau ada pandangan dalam blog ni yang buat korang tersinggung or ada komen yang aku tak reply. Harap dimaafkanlah ye, kerana aku pun manusia biasa. Tak lari dari kekurangan. Anyway, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!

P/S: Esok aku dan keluarga akan pulang ke Sungai Buaya around 7AM dari Perak, doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.

No comments:

Post a Comment