Showing posts with label Lawn Bowls. Show all posts
Showing posts with label Lawn Bowls. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

Kisah AKU n Hit The Green!

Assalamualaikum,

Perghh, bukan main lena lagi aku tidur tadi. Tidur pukul 6 petang, pukul 10 baru terjaga. Letih sangat kot, Apa yang hang buat sampai letih-letih ni bro? Haa, ni lah nak cerita sikit aktiviti aku pagi tadi bersama rakan-rakan sekerja. Nak dijadikan cerita, time hari pertama aku bekerja dimana I was being introduced to our Group's Sports Club or known as Kelab KITA, aku ditanya oleh the Club President, En.Hafizee tentang sukan yang biasa aku main. Without much hesitation, aku pun jawab "I'm a bowler, lawn bowler..". 3 hari lepas tu, aku terima call from En. Khairul, where he invited me for a training session bersama ahli kelab yang terlibat untuk Kejohanan Sukan Kementerian Kerja Raya 2016.
So, just this morning kami berenam went to Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan yang terletak di Paroi. Kami bergerak from HQ pada pukul 7.45 pagi, singgah breakfast di lay-by Nilai dan sampai ke destinasi sekitar jam 9.45 pagi.
This is the green yang ada kat kompleks sukan ni. Karpet, which I hate so much..haha
Since I'm an ex-bowler, I have my own set - 4 biji bola Henselite Emerald 2H dan cracked jack (adik pecahkan kat kampung hari tu..huu).
Ni lah En. Khairul. Colleague yang bertanggungjawab register aku didalam team boling padang company. Kalau dia tak invite, takdenya aku dapat melepaskan rindu bermain benda alah ni. Mana taknya, last aku play this game time SUKOL 2014, almost 2 years ago..:-)
We start our training session around 10 AM. Since ada enam orang, kami praktis main ikut format mixed triple tadi. 
Tapi tu lah, aku ni sejak kenal lawn bowls tak pernah main format selain men's fourth. hentam je lah labu..:-p
Memang menggamit kenangan betul main tadi. Dah lama tak rasa excited camni where you guys can feel your blood and adrenaline pumping vigorously inside.
Antara result game kami sepanjang hampir 4 jam berlatih..:-)
Let me introduce my colleagues. From left to right - Mr. Sarman, Mr. Fuad, Mr. Khairul, Mdm. Maiza, Mdm. Su dan juga Mr. Farid. Ada sorang lagi yang tak dapat hadir, Mr. Rodhuan. Apasal aku paling gelap? Haha
Regrettably, I will not be with them untuk kejohanan kali ni since aku ada tugasan penting yang perlu dihantar this week, kebetulan jatuh pada hari yang sama kejohanan. Best of luck and Godspeed kepada kontinjen syarikat kami yang akan bertanding di Larkin pada Khamis ini..:-)
Dismissed around 1.30 PM, we headed back to HQ and arrived sekitar jam 3 petang. Lemau beb drive tadi, nasib ikut jalan dalam je. Kalau lalu DUKE memang peratusan nak tertidur sambil memandu tu tinggi dah..haha

Memang puas sangat dapat reunite dengan lawn bowls ni after hampir 2 tahun melupakannya. In Sha Allah, selepas ni aku akan rajin-rajinkan diri untuk join aktiviti kelab. Dulu sebab takde kawan nak ajak main, so sekarang ni dah ada cukup forum. Bukan setakat forum, kelab terus..huu

P/S: Kalau tugasan tu tak urgent nak hantar minggu ni, memang konfirm aku ikut pergi Larkin..hihi

Sunday, May 11, 2014

Kisah AKU n SUKOL 2014 - Award Ceremony

Assalamualaikum semua, petang tadi aku sempat menghadiri upacara penyampaian medal dan piala kepada pemenang-pemenang SUKOL UiTM. Tak sangka pulak dapat menang something from sukan kat UiTM ni, dulu ingatkan kalau nak aktif pun banyak kat organisasi je. Rezeki Allah kan, siapa lah kita nak menolaknya.
Tengah tunggu turn ni. Dapat lah tengok wajah kegembiraan atlet-atlet yang join SUKOL ni. Buat adik-adik yang baru nak masuk universiti, aktif kan lah diri anda sikit, jangan tau nak dok bilik study je. Tak kemana pun CGPA 4.00 kalau kokurikulum hampeh.
Bersorak bersama-sama atlet-atlet dan penyokong from NR. Kami satu hati, satu jiwa!
Skipper yang mainkan impak yang besar semalam, Muzakkir dan Amin yang banyak memberi sokongan mental kepada kami.
Amira belum send lagi gambar kami atas podium bersama En Mustaza Ahmad (Pengarah Sukan UiTM) tadi. Tapi takpelah, team lelaki bersama pingat dan piala iringan.
Team Teratai, naib johan yang sempoi dan kelakar..:-)
Team wanita yang mendapat gangsa. Tahniah, diorang kalah tipis je time semi hari tu. Respek betul kat diorang ni yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Sampai menangis skipper diorang semalam aku tengok. Takpelah, korang ada chance lagi nak main. Aku ni dah tua.....tua lah sangat..lol
Bergambar kenangan bersama-sama. Nanti kalau nak turun main, call lah nombor kat business card yang aku bagi tadi..haha. Bajet betul aku ni bagi biz card SASea kat diorang..haha

I'm really proud for this. Terharu sebenarnya..huk
So, apa lagi yang ko nak Farid? Sijil-sijil aktiviti dalam SMF dah bersepah-sepah, yang SASea ni pun waiting in line je especially event peringkat kebangsaan yang ternyata bagi impak besar dalam resume kau, sukan pun ada something yang boleh dibanggakan dengan medal ni.

Apa lagi? Rasanya dah accomplished kot, sekarang ni let finish this final semester dengan CGPA yang average (sebab tak berapa cemerlang lah aku letak average..haha) dan juga graduate on time. You can do this Farid!

Kisah AKU n SUKOL 2014 - Matchday

Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya kejohanan Sukan Antara Kolej 2014 UiTM Shah Alam, acara tahunan yang mengumpulkan atlet-atlet dari kolej-kolej residen UiTM Shah Alam dan juga atlet-atlet Non-Resident. Seperti yang korang sedia maklum, aku mendapat peluang untuk bermain di kejohanan kali ni didalam sukan boling padang.
Venue untuk game ni ialah di Sime Darby Bayuemas Sports Complex di Pandamaran, Klang. Ni lah first tournament yang aku join main kat padang karpet, which is sangat pelik sebenarnya..haha
Breakfast kami roti Butterscotch dan juga mineral, tak boleh makan berat sangat nanti asyik nak ke tandas je..:-p
Manager kami, Hizwan form JPNR yang sentiasa berada di sisi kami memberikan semangat. 
Team Lelaki - Dari kiri: Alif (Third), Muzakkir (Skipper), Din (Lead), Farid (Second) dan juga Amin (Reserve)
Team Wanita - Dari kiri: actually, aku tak ingat pun nama-nama diorang ni apatah lagi position :-p

Skuad Boling Padang Lelaki & Wanita Non Resident 2014, bersama manager dan RS Non Resident
Game pertama diorang ni lawan Anggerik. Menang 22-4!
Team lelaki memulakan kejohanan dengan mengalahkan Perindu, 15-5.
Lunch dulu sebelum next game kami pada pukul 4 petang. Lama beb nak tunggu semalam, nak tidur tak boleh, hati tak tenang..haha
Terbungkang ketiduran..lol. Asal aku nak tidur je mesti ada nyamuk datang. 
Team wanita kalah dengan Mawar 10-8 didalam game yang mendebarkan. Tapi masih layak ke separuh akhir, point advantage.
Menjadi "ultras" untuk team wanita..haha, tapi tak boleh bising sangat. Nanti kena marah pulak dengan Pn. Haslah..:-)
 Game kedua kami menentang Meranti berakhir dengan kemenangan sebanyak 20-4.
Kemudiannya, didalam game seterusnya bertemu Jati juga berakhir dengan kemenangan 20-4 dipihak kami. :-)
Waktu ni kalau ikutkan margin score memang dah sure-sure emas dalam tangan. So, last game bertemu Teratai merupakan pelengkap liga sahaja bagi kami. Kalah tipis 7-8.
Bak kata Din, leretan terakhir aku untuk kejohanan didalam UiTM. Serius part ni tiba-tiba sebak pulak bila mengenangkan macam mana aku boleh terjun dalam sukan ni..sobs
Alhamdulillah, merasa jugak satu medal before habiskan pengajian aku kat UiTM and its GOLD!!
Isi KI? Macam shit je..haha, ingatkan dah habis Fisnishing School, dah habislah KI aku. Ada satu lagi rupanya. Lepas ni dapat dua sijil, Sijil SUKOL from NR and Sijil Boling Padang from Pusat Sukan. 
Packing barang-barang kat Camp NR, nak celebrate dengan team wanita yang dapat Gangsa.
Bergambar kenangan bersama pengurus pasukan dan team lelaki yang menunjukkan profesionalisme sukan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Bye-bye Bayuemas, nanti ada masa aku datang lagi..:-)
Menuju ke KFC Federal Highway untuk meraikan malam yang cemerlang buat Team Lawn Bowls Non Resident.
Dengan RM 120 baki dari elaun team yang tak digunakan, memang cukuplah untuk support 2 team ni semalam. Apa-apapun korang memang the best team yang aku pernah jumpa lah. Goodluck untuk korang ye, sebab ni final semester aku kat UiTM, insya allah. Sedih nak cakap, ni lah last tournament yang aku main kat UiTM ni, sobs..:-(

So guys, maka berakhirlah tournament terakhir aku untuk sukan boling padang kat UiTM ni. Sukan yang aku jumpa waktu Semester 3 ni ternyata bagi impak yang besar bagi aku, memang menyesal sebab tak tau pun kewujudan sukan ni sebelum diletak menjadi pengurus time SAF dulu, tapi bersyukur sebab diberikan masa untuk mengenal boling padang ni. Terima kasih!

Saturday, May 3, 2014

Kisah AKU n SUKOL 2014 - Training II

Assalamualaikum semua, semalam aku dan rakan seperjuangan didalam team boling padang NR menjalani latihan kedua kami bagi persiapan sukan antara kolej UiTM. Unlike training-training sebelumnya yang bertempat di Padang Bowls UiTM, semalam kami menjalani training di Sime Darby Bayuemas Sports Complex, di Pandamaran, Klang.
Kami bergerak from Shah Alam dalam pukul 5.30 petang. Tumpang kereta Muzakkir sebab senang bila pergi semua sekali.
Sampai dalam pukul 6.20 petang sebab jalan sesak kat Bukit Raja. Kalau ikutkan setengah jam dah boleh sampai.
Inilah dia Bayuemas Indoor Bowls Stadium yang dibangunkan pada tahun 2006 oleh Sime Darby as a part of Bayuemas project development.
Untuk pengetahuan korang, ni lah first time aku main kat sini tau. Memang beza gila main kat karpet ni, weight kena control, line dan angle lagi lah..Tapi memang terkejut jugaklah bila nak aim tu, memang besar gila!
Ni Muzakkir, our Lead. Dulu dia ni Skip untuk FSG time SAF 2013.
Ni pulak Din, Skip kami untuk Team NR. From FSG jugak. Dah lama kenal bro ni, sejak Part 4 lagi.
Ni Alif, juga from FSG. Ni aku kenal saing-saing Din jugak lah. Gila-gila jugak perangai bro ni..haha. Sometimes kita perlukan The Joker dalam team kan?
Hari ni aku mintak diorang ajar aku cara bermain kat padang karpet ni sebab aku memang tak pernah ada peluang main kat sini. Alhamdulillah, tahu jugak aku trik bermain kat karpet ni.
Dah kenapa seluar macam tu? Boleh pulak koyak kat part lutut tu. Memalukan betul, tu la tak nak dengar cakap mak hari tu. haha
Tengok team wanita training. Tapi takde lah pulak gambar diorang dalam ni. Segan lah aku nak ambik, belum kenal sangat diorang tu..huu
Peace! 
Bincang taktikal tu..haha. Risau jugak sebab our first match akan menentang Kolej Perindu which is memang terbukti hebat pada kejohanan tahun 2013.
 
Lepas ni nak kena study lagi tips and trick untuk main kat padang karpet ni. Rasa tak puas pulak main 2 jam je semalam.
Insya Allah akan training disini lagi dalam dua round before our next game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2014.
Pukul 8.40 kami bergerak meninggalkan Bayuemas dan pulang ke Shah Alam.

So kawan-kawan, doakan kami berjaya ye. Nak jugak something for kenangan boling padang aku kat UiTM before habis belajar ni..:-)