Tuesday, September 2, 2025

Kisah AKU n Cuti Hari Merdeka 2025

Assalamualaikum

Before tidur ni, ingat nak mengupdate entri untuk aktiviti kami sekeluarga time cuti Hari Kemerdekaan baru-baru ni.
Awal minggu lepas, anak-anak ada sambutan Hari Kemerdekaan dekat taska diorang. Of course seperti tahun-tahun sebelumnya, wife akan beli kostum untuk budak dua orang ni.. :-) 

Hari Sabtu lepas aku balik kampung, ada wedding. Tapi tu lah, aku terdelete pulak gambar-gambar yang ada kat kampung time clear album. Ingatkan dah transfer ke laptop, rupanya belum. Cb betul. So, pagi Isnin to we made our way back to Rawang seawal 10 pagi. Jalan clear, cuma a bit jem dekat Sungai Besi je. 
Tak terus balik rumah pun. Menyinggah Lotuss Rawang nak penuhkan hasrat wife nak belanja her first salary dengan company baru. Nak visit Mydin Jasin time weekend hari tu tak sempat, sudahnya singgah sini lah alang-alang nak sampai rumah dah.
Our activity petang tu dimulakan dengan main indoor playground dekat sini. 
Langkah seiringan. Huu
Ada gaya jadi keeper tu. 
As usual, Iman memang suka dengan bola-bola ni
Lemau beb. Cuma nasib baik jalan clear je kalau tak aku nak balik terus je..:-p
Ingat dia tu kecik lagi nak main benda ni. Haha
Wife pun tak lepas peluang main dengan the kids jugak. 
Buat istana dengan diorang. 
Tak sampai lima minit siap dah hancur. Haha
Before makan, singgah JJJ. Member nak cari toys Star Wars baru. 
Early dinner di Mi Tarik Oriental, wife favourite restaurant. Kat sini pun dia belanja jugak. Kasi chance sikit lah, asyik abah je keluar duit. Huu
Fariq bergambar with his Knight of Ren, Kylo. Kecik ni pun 40 hinggit! 
Iman ni aku tak tau lah apa benda dia beli. Main random je amik toys kat situ. 
Lepas makan diorang boleh sambung main balik sebab wife beli yang full day pass. 
Mak abah yang dah lemau. Lagi-lagi aku yang drive kereta from 10 pagi. Huu
I believe I can fly.. 
Syok main jongkang-jongket dua beradik ni. Tak lama pun second round ni, ada lah setengah jam. Maybe sebab semua bateri low kot. Huhu
Ingatkan boleh balik, wife nak menyinggah Mr. DIY pulak. Dok luar je to avoid unnecessary spending.
Tapi tak jugak, sebab lama sangat tunggu kitorang tiga beranak berjalan area kiosk and as a result, kena pau dengan budak-budak ni. Haha
Sempat lagi main sementara tunggu abah diorang beli Kopi Saigon. Walaupun rumah dalam 20 minit je lagi, tapi kena recharge since kelemauan yang ekstrim. 
Bukan main lagi cik adik manis ni posing macam model kat belakang tu. 
Haha. Terbungkang tidur. Alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang finally kami sampai rumah to conclude our Merdeka's holiday. 

Alright. That's a wrap for tonight. Aku dah lemau ni. Esok kerja lagi, malam Khamis nak balik kampung again for cuti Maulidur Rasul. Nasib baik lah cuti Hari Malaysia, Ija kata tak payah balik. Kalau tak three in a row bhai!

P/S: Next entry kita buat summary untuk transfer activity Newcastle yang baru melabuhkan tirai semalam.

No comments:

Post a Comment