Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, September 3, 2025

Kisah AKU n Summary: Jendela Perpindahan Newcastle United 2025

Assalamualaikum,

Transfer musim panas ni aku rasa macam duduk atas roller coaster. Mula-mula penuh harapan — nama macam Pedro, Ekitike, Sesko semuanya ada chances. But one by one kena hijack. Dengan Isak ni buat hal. Aku memang frust menonggeng dah, tapi suddenly tak tau apa yang merasuk BOD Newcastle ni, pembelian demi pembelian kita berjaya secured. Cuma ending dia tak berapa menarik since setelah hampir tiga bulan member tak main, akhirnya Isak dilepaskan jugak but for a hefty fee of RM130 million!!

IN

  • Nick Woltemade – striker tinggi lampai from Stuttgart. Natural finisher, something yang kita lacking untuk tiga game terawal. Dia ni top scorer time EURO U-21 hari tu, so he knows where to find the net.
  • Yoane Wissa – versatile attacker from Brentford, boleh main ST atau LW. Memang cantik sangat pair dengan Woltemade.
  • Jacob Ramsey – box-to-box MF from Aston Villa yang composed dan rajin. Tengok dia main few game nampak memberangsangkan.
  • Malick Thiaw – bek tengah dari AC Milan. Harap dia boleh jadi pengganti jangka panjang untuk Schär.
  • Anthony Elanga – speedster from Forest. Aku harapkan dia dapatkan gunakan kelajuan untuk break opposition defender.
  • Aaron Ramsdale – pinjaman. Good backup untuk Pope. 

Aku suka sinergi yang cuba dibina — pairing ikut negara dan kelab lama. Ada chemistry yang boleh bantu dalam bilik persalinan, Thiaw-Tonali (AC Milan), Guimarães-Joelinton (Brazil) and of course, we have a lot of senior English players - Pope, Ramsdale, Trippier, Livramento, Burn, Hall, Ramsey, Murphy, Gordon and Barnes. Walaupun Isak dah keluar, but what the hell, no player is bigger than club. 

OUT

  • Alexander Isak (Liverpool)–  Situasi ni buat aku teringat kes Andy Carroll some 15 years ago. Record breaking deal tapi tak flop kat sana. Tapi aku faham untuk si Isak ni, maybe dia rasa team yang ada sekarang ni tak boleh nak fulfill impian dia untuk dapatkan prestigious cup, tu yang dia pilih masuk Liverpool. Cuma my take, tanpa Jacob Murphy, Isak takkan menjaringkan sebanyak tu musim lalu. Murphy banyak assist dia, tapi tak ramai nampak. So, dekat Liverpool I don't know if karekter player-player kat sana selfless or jenis tamak haloba. Seingat aku lah, Mane keluar pun sebab player sana tak nak assist dia especially si Salah tu. So, apa kita boleh expect? Tengok je lah.
  • Sean Longstaff (Leeds) – sedih, sebab dia antara yang sentiasa beri segalanya. Aku suka pemain macam ni — tak glamor, tapi konsisten. Plus, he's one of our own - a Geordie boy! 
  • Wilson (West Ham) & Dubravka (Burnley) – diorang ni sejak zaman purba Steve Bruce dah wujud, so boleh bayangkan lah impak diorang kat team. Thanks for your contribution!

SUMMARY

Awalnya memang kecewa. Tapi bila tengok impak few players like Ramsey and Elanga, aku mula yakin cuma kita takde natural finisher je so takde siapa yang nak sudahkan passing diorang tu. Murphy tetap underrated — rajin, selfless, tak merungut. Harap Howe terus guna pemain macam Miley, Osula, dan Murphy. Kita perlukan pemain yang main play for the badge, bukannya nak dapatkan spotlight.

And one thing yang aku proud — Bruno Guimarães sebagai kapten. Dulu aku rasa macam pelik gila bila dia dapat lilitan kapten. Sebab bagi aku, Trippier is always our skipper. Sama lah macam Shearer, no one can replace him as captain, not with him still playing lah. Tapi lepas tengok cara Bruno lead the team, especially during this hard time - aku rasa dia memang layak. Ni pun dengar cerita, lepas international break ni dia nak gather semua player and bagi talk sikit. Tak tahulah apa benda yang dia nak cakap, jangan nak buat surprise nak jadi free agent sudah. Melopong aku nanti. Haha

Newcastle bukan sekadar kelab —it's a part of my life.. So, aku akan terus tulis dan rekod moment or game yang aku rasa worth it untuk ditulis. Tapi tu lah, only decisive moment je. Setakat menang 1-0, or kalah 1-0 tu tak payahlah. Haha

Tuesday, September 2, 2025

Kisah AKU n Cuti Hari Merdeka 2025

Assalamualaikum

Before tidur ni, ingat nak mengupdate entri untuk aktiviti kami sekeluarga time cuti Hari Kemerdekaan baru-baru ni.
Awal minggu lepas, anak-anak ada sambutan Hari Kemerdekaan dekat taska diorang. Of course seperti tahun-tahun sebelumnya, wife akan beli kostum untuk budak dua orang ni.. :-) 

Hari Sabtu lepas aku balik kampung, ada wedding. Tapi tu lah, aku terdelete pulak gambar-gambar yang ada kat kampung time clear album. Ingatkan dah transfer ke laptop, rupanya belum. Cb betul. So, pagi Isnin to we made our way back to Rawang seawal 10 pagi. Jalan clear, cuma a bit jem dekat Sungai Besi je. 
Tak terus balik rumah pun. Menyinggah Lotuss Rawang nak penuhkan hasrat wife nak belanja her first salary dengan company baru. Nak visit Mydin Jasin time weekend hari tu tak sempat, sudahnya singgah sini lah alang-alang nak sampai rumah dah.
Our activity petang tu dimulakan dengan main indoor playground dekat sini. 
Langkah seiringan. Huu
Ada gaya jadi keeper tu. 
As usual, Iman memang suka dengan bola-bola ni
Lemau beb. Cuma nasib baik jalan clear je kalau tak aku nak balik terus je..:-p
Ingat dia tu kecik lagi nak main benda ni. Haha
Wife pun tak lepas peluang main dengan the kids jugak. 
Buat istana dengan diorang. 
Tak sampai lima minit siap dah hancur. Haha
Before makan, singgah JJJ. Member nak cari toys Star Wars baru. 
Early dinner di Mi Tarik Oriental, wife favourite restaurant. Kat sini pun dia belanja jugak. Kasi chance sikit lah, asyik abah je keluar duit. Huu
Fariq bergambar with his Knight of Ren, Kylo. Kecik ni pun 40 hinggit! 
Iman ni aku tak tau lah apa benda dia beli. Main random je amik toys kat situ. 
Lepas makan diorang boleh sambung main balik sebab wife beli yang full day pass. 
Mak abah yang dah lemau. Lagi-lagi aku yang drive kereta from 10 pagi. Huu
I believe I can fly.. 
Syok main jongkang-jongket dua beradik ni. Tak lama pun second round ni, ada lah setengah jam. Maybe sebab semua bateri low kot. Huhu
Ingatkan boleh balik, wife nak menyinggah Mr. DIY pulak. Dok luar je to avoid unnecessary spending.
Tapi tak jugak, sebab lama sangat tunggu kitorang tiga beranak berjalan area kiosk and as a result, kena pau dengan budak-budak ni. Haha
Sempat lagi main sementara tunggu abah diorang beli Kopi Saigon. Walaupun rumah dalam 20 minit je lagi, tapi kena recharge since kelemauan yang ekstrim. 
Bukan main lagi cik adik manis ni posing macam model kat belakang tu. 
Haha. Terbungkang tidur. Alhamdulillah sekitar jam 6.30 petang finally kami sampai rumah to conclude our Merdeka's holiday. 

Alright. That's a wrap for tonight. Aku dah lemau ni. Esok kerja lagi, malam Khamis nak balik kampung again for cuti Maulidur Rasul. Nasib baik lah cuti Hari Malaysia, Ija kata tak payah balik. Kalau tak three in a row bhai!

P/S: Next entry kita buat summary untuk transfer activity Newcastle yang baru melabuhkan tirai semalam.

Tuesday, August 26, 2025

Kisah AKU n You Can Shake our Team, But You Can’t Kill our Spirit

Assalamualaikum,

Semalam, aku saksikan satu perlawanan yang mungkin tak dimenangi dari segi skor, tapi dimenangi dari segi jiwa. In a very pressured situation — saga Isak yang belum selesai, transfer window yang jadi bahan gelak team lain — Newcastle United turun ke padang sebagai pasukan yang bersatu hati dan teguh jiwanya.

So, as a fans - ni yang membuatkan game semalam penuh dengan perasaan bangga dan sebak.

Every ball we won, every tackle we made, every corner we took — St James’ Park is roaring. Bukan laungan kekecewaan, tapi sorakan yang membakar semangat pemain-pemain, and hopefully brought fear to the Scousers. The Geordies know walau apa pun berlaku di luar padang, the spirit of the City of Newcastle won't be crush macam tu je.

Despite the roaring sounds of angry Geordies, pujian patut diberikan juga kepada Liverpool where they finally found the net hasil jaringan Gravenbech that abruptly silent the stadium for a while.

Every player yang bermain semalam earned the respect of fans — even Gordon yang dilayangkan kad merah seawal minit ke 45 pun patut diberi pujian. Serangan demi serangan yang dilancarkan kearah gawang Liverpool, cuma takde luck. Maybe sebab we don't have natural finisher macam Isak. Tapi they're keep trying and trying to plug the gap.

Second half, seawal minit pertama lagi gawang Pope dibolosi hasil jaringan our target striker, Ekitike. Sekali lagi silencing the Cathedral on the Hill. But, Newcastle led by our stalwart skipper, Bruno Guimaraes attacking relentlessly despite playing with 10-players. Akhirnya, he himself scored a goal. A hope to all Geordies.

Three key players came injured most probably due to high intensity game - Joelinton, followed by Tonali, and finally Fabian Schar. A new set of players dibawa masuk with Miley, together with our new signing; Thiaw and Ramsey yang membawa a completely new attacking dimension.

Minit ke-88, William Osula equalized where the goal erupts St James Park again. This time, a jubilant eruption. At least for some of us, a comeback is complete! Siapa sangka walaupun ketinggalan 0-2 and handicapped for almost 50 minutes, Newcastle masih mampu melancarkan serangan yang membawa kepada kedudukan 2-2. 

In a deja-vu of last year game, Liverpool managed to found its way and won the match in the last kick of the game and shattered our hope. Hancur hati aku, bukan sebab bengang dengan si Rio muka selenger tu, tapi mengenangkan the hardwork of the team and all player untuk dapatkan something from this game.

Liverpool mungkin menang dari segi jaringan. But apa yang patut diorang sedar— mereka tak kalahkan pasukan yang lemah. Mereka hanya menang atas pasukan yang berjuang hingga ke titisan terakhir.

For Isak, if you're watching this game. You should be ashamed; this is the team that fought for the badge and will continue to fight. I don't know. If you nak bertaubat nasuha and reintegrate with us. Silakan. But if you still rasa you belong to the Reds. I suggest you get your agent to convince Liverpool to pay 150M lah kan. A win-win price for both you and the team. If not, I guess you kena tunggu lah kontrak habis tahun 2028 nanti.

Onward and Onward the Mags, HWTL! 

Monday, August 25, 2025

Kisah AKU n Double Wedding @ Sungai Buaya

Assalamualaikum,

Sabtu lepas aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan anak jiran yang berlangsung di sekitar Sungai Buaya. 
Kami gerak dari rumah seawal jam 11.30 pagi, maklumlah ada dua majlis hari tu. 
Majlis pertama berlangsung di De'Kampung Homestay, alah tempat Dolah kahwin hari tu. Tapi kali ni merupakan majlis persandingan anak perempuan Ustazah Arizah. Jiran belakang rumah yang pernah mengajar aku mengaji some 25 years ago. 
Panas bhai. Pheww.
Mak ayah pun join jugak. Biasalah dah duduk satu taman, mestilah diorang dapat undangan jugak. Plus, tuan rumah ni dulu colleague mak time mengajar di Taska Mawarsari dulu.
Kat sini takde aiskrim, makan dadih pun okay kata Fariq.
Dah-dah moh le kita. Ada satu rumah lagi nak pergi ni.
Eh macam familiar je padang ni? Ya betul, ni lah padang Taman Mawarsari. Rumah kedua ni jiran rumah kitorang Jalan 6. Ingat nak park kereta kat rumah dulu before jalan, tapi since panas. Kita park kat sini je lah, dekat sikit.
Since dah makan berat kat majlis first, kat sini kitorang makan light je. 
Kiddos lah yang paling syok, kat sini ada aiskrim besar. Huhu
Untuk aku pulak, cukup dengan pekena Apam Balik panas + Teh Tarik. Combo yang marvelous!
Sekitar jam 2 petang, we concluded our activity of the day. Balik rumah masing-masing jalan kaki je except for aku yang kena ambil kereta kat padang..:-p

Tu je lah quick entry malam ni. Okay kena tidur awal malam ni. Esok pagi jam 3, Newcastle vs Liverpool. Dengan skuad yang ada, aku tak letak harapan yang tinggi. HWTL!

Tuesday, August 19, 2025

Kisah AKU n Welcome EPL 205-2026

 Assalamualaikum,

Okaylah, title pun dah clear kan. Ya, welcome back to the most entertaining football league in the world - English Premier League.

Hari Sabtu, jam 8 pm merupakan game pertama Newcastle untuk season EPL 2025 - 2026. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak pernah missed tengok first match. Untuk game pertama ni Newcastle menentang Aston Villa di gelanggang lawan, Villa Park.

Final score: Aston Villa 0 - Newcastle 0. Memang nampak tumpul kat bahagian serangan without natural striker walaupun Gordon dah bagi yang terbaik sebagai makeshift striker. Villa bermain dengan 10 orang around minit-65 apabila Ezri Konsa dibuang padang. Despite main 10 orang, Aston Villa dengan disiplin bertahan yang memberangsangkan berjaya mengekang asakan the Magpies yang control almost 75% possession dalam game ni. Sebagai fans Newcastle aku rasa draw is good enough, considering kita bermain di tempat lawan, plus Aston Villa masih mengekalkan rekod bersih mereka disini dengan 22 home game without defeat.

Current standing for MW1 as of 20/8. Nombor 13, it's okay liga masih panjang.

That's all for entry malam ni. Sabtu ni lawan Liverpool pulak, with the current squad aku harap draw pun dah cukup.

P/S: Hopefully kita boleh dapat Wissa dalam sehari dua ni and get him fit untuk match menentang Liverpool, then we have natural CF and Gordon can return to his original role dekat LW.

Thursday, August 7, 2025

Kisah AKU n I'll Love It If We Beat Them, Love It

Assalamualaikum,

This is basically a continuation from entry aku yang lepas berkaitan what's wrong with Newcastle dalam transfer window kali ni. Cuma this time aku tak nak sentuh pasal tu, dalam entry ni kita aku akan tekankan what's next pulak.

Since EPL cuma tinggal lagi 2 minggu je nak start with Newcastle akan menentang Aston Villa di tempat lawan. Sebagai penyokong, situasi sekarang memang merisaukan. In our pre-season tour, Newcastle cuma mencatatkan 1 draw (vs Spurs) dan tewas 3 perlawanan menentang Celtic, Arsenal dan K-League Star. Masih ada dua lagi game friendly hujung minggu ni didalam our annual Sela Cup menentang RCD Espanyol dan Atletico Madrid.

In my previous entry, aku dah cerita everything pasal kerisauan the fans dan juga quick analysis of our squad. Seperti yang dijangka, memang susah nak beli player. Dalam EPL sahaja team lain macam berpakat kenakan the "Newcastle-tax" iaitu letak harga yang ridiculous, just because the fact that we are owned by PIF Saudi. Luar EPL pulak, susah nak pancing player since diorang lagi opt to join our rival especially macam kes si Sesko tu.

So, what's next for the Magpies? Katakanlah memang dah takde player yang masuk sampai at the end of transfer window bulan Ogos nanti, sudah tentu Newcastle berada dalam keadaan yang agak sukar considering kami akan bersaing dalam empat kejohanan - EPL, UCL, FA Cup dan juga EFL Cup. Bila bermain dalam multiple competition, squad depth adalah benda yang paling penting untuk minimize injury dan survival. Lagi tinggi squad depth, lagi banyak player boleh rotate.

Aku ni bukanlah coach or manager, tapi if aku dekat tempat Eddie Howe, this would be my priority dan juga strategy:
  1. Top-priority - FA Cup. Why? If something happens dalam liga for example tak dapat top 6. Dengan memenangi FA Cup, kita still boleh layak ke Eropah atas tiket Europa Cup. Strategy: 60% senior player, 40% junior, but lagi deeper into the competition, lebihkan player senior
  2. Mid-priority - EPL & UCL - For EPL, top 6 dah cukup. For UCL if dapat lepas league / RO16 pun dah okay. Strategy guna high percentage of senior player, maybe around 80% above to ensure stability dan high performance
  3. Low-priority - EFL Cup. Kita dah menang tahun ni, plus prize money pun tak besar mana. Ni peluang untuk guna player from youth-system, letak 2-3 senior player je to support. Gunakan cup ni sebagai platform pembangunan, dan juga boleh rest our key player untuk kempen-kempen kat atas tu.
In conclusion, dengan strategi ni, aku yakin kita boleh survive walaupun dengan squad depth yang agak nipis. Of course, aku still berharap kami dapat tambah few players lagi to reinforce the team. Let us show to those yang gelakkan kita, we can still do it. Memetik the famous rant by our King Kev, “I’ll tell you, honestly, I will love it if we beat them, love it"

Kisah AKU n What's Happening MAGS?

Asalamualaikum,

Minggu ni aku kena bahan kat ofis. Why? Semuanya gara-gara a very disastrous transfer window untuk my kelab kesayangan, Newcastle. Mana taknya semua transfer target, semua kena hijacked. Yang paling malang, our ace and No 14 - Alexander Isak pun nampaknya macam eager sangat nak exit from Newcastle to join Liverpool. Sebagai seorang loyal fan Newcastle, jom kita dengar my own opinion berkenaan topik ni.
Okay, kita go to isu Isak ni dulu. Tak dinafikan brader ni memang tengah meletup dalam transfer market. Semuanya gara-gara performance dia last season yang very remarkable in both league dan juga domestic cup. He's runner-up Golden Boot EPL, dan jaringan dia mengesahkan kemenangan kami keatas Liverpool didalam Piala EFL sekaligus menamatkan kemarau piala selama 70 tahun di Tyneside. 
As a fans, aku pun tertanya-tanya apa yang membuatkan dia nak sangat keluar from Newcastle ni. Of course, as a talented young player, salah satu faktor ialah ambition. Dia percaya by joining Liverpool, he might and could win many cups and maybe boleh nominated dalam Ballon D' Or. Okay, fair enough. Normal lah ada cita-cita. 

Cuma as a fan, yang buatkan a bit terkilan dulu dia ni pernah promised he will stay for another season if we qualify in UCL, which we did. Plus, dia pun still ada active contract with us until 2028. So, the way dia tunjukkan dia memang nak keluar sangat tu memang obvious. Demand gaji sampai 300k/week which will disrupt struktur gaji team, refuse to join our pre-season tour di Singapura dan Korea serta training away from Newcastle iaitu di Spain. Sekarang ni tak tahulah, tunggu masa je Liverpool buat another bid (especially after diorang dah jual Nunez kat Al-Hilal). Kalau rasa itu yang terbaik, elok lah he leave the club.
Baiklah, yang kedua - apa sudah jadi dengan our transfer target? Media memang kerja menokok tambah to show us looks bad, tapi yang betul-betul our target is (which ada active war-bidding dan talk with player or their reps), yang lain-lain tu setakat query je:
  1. James Trafford - GK Burnley, now confirmed as new signing for Mensiti
  2. Hugo Ekitike - ST Eintracht Frankfurt, Liverpool won the bid
  3. Joao Pedro - ST Brighton, sold to Chelsea
  4. Liam Delap - ST Ipswich, also sold to Chelsea
  5. Benjamin Sesko - ST Red Bull Leipzig, confirmed go to MU
Aku tak kisah sangat player yang nak ke Mensiti, Liverpool or Chelsea tu, sebab depa main UCL and berada dalam position yang better or equal to Newcastle dalam liga. Yang aku heran, si Sesko tu. Apa benda nak pergi MU, kelab tu nombor 15 kot, pastu takde European campaign pun next season. 
Actually, dalam lima key target ni, aku memang mengharapkan si Sesko ni. IMO, if Isak boleh stay dia boleh jadi pair yang bagus with him and both of them still in early 20s. Tapi tu lah, bak kata most of fans MU - katanya Sesko ni pilih MU because "when you're big, you big". So tak kisahlah diorang tak main Europe pun, player akan pilih MU sebab their legacy. Pfft. Whatever lah, yang penting kita dah beat diorang six in a row and diorang tak pernah menang since 2023.

So, what's next? Still ada a few target yang kami kena materialize untuk fill-in our squad depth yang sekarang ni dah menipis. Ni pulak some key analysis untuk our current team:
  1. GK - Bagi aku tak critical. Pope still reliable. Plus kami ada new signing, Ramsdale yang boleh jadi good backup. Dubravka dah completed his transfer to Burnley
  2. DF - A bit critical dekat CB. RB rasanya in a safe hand with Trippier boleh rotate dengan Livramento/Krafth. LB pulak can do between Hall/Targett. CB ni isu sikit since ada Burn, Schar dan Botman (member ni pulak injury-prone) je. So if salah sorang injured, kena utilize academy-player, Alex Murphy or rely on Lascelles, yang jugak kerap injured
  3. MF - tbh, we are still solid in this department. Ada Joelinton, Tonali dan Guimaraes. Still ada some player untuk rotation such as Miley, Willock and few promising academy player
  4. FW - ni pun bagi aku still okay. Gordon/Barnes dekat LW, and our new signing, Elanga boleh rotate with Murphy dekat RW. Kami jugak ada new signing, Park Seong Soo from South Korea yang boleh main both wing.
  5. ST - department paling critical. With Wilson released as free agent and recently signed with West Ham, berserta isu yang melanda Isak dan tak kurang jugak we missed all our ST target. That's only left us with Osula - a young Danish' striker yang belum nampak potensi lagi di peringkat kelab. 
If tanya aku, if we can get at least one CB, MF dan ST. Aku rasa we are going to be fine. Bukan apa, next season ada EPL, two domestic cups (FA, EFL) dan juga UCL. Sudah tentunya we need a bigger squad untuk rotate the player to minimize injuries and survive dalam all of these competitions.
BUTTTTTTTTTTTTTT, sebagai seorang penyokong yang loyal. Regardless of what happened in this transfer market, aku percaya Eddie Howe can do it again. He can start all over again and rebuild the team. Bukan apa, ada team ramai star pun tapi kalau badly coached and acah diva, barai jugak. IN KING EDDIE WE TRUST!

P/S: All pictures credit to owner. 

Monday, August 4, 2025

Kisah AKU n Forum Perdana: Teras Pembentukan Jati Diri Remaja

Assalamualaikum,

Entri pertama bulan Ogos nampaknya. 

3 Ogos 2025, seperti yang dirancang aku dan family meluangkan masa ke Surau al-Ansar Sungai Buaya untuk menghadiri dianjurkan pihak Masjid dengan kerjasama PIBG SKBSB dan SMKBSB. Sampai surau dalam jam 7.20 petang untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Bro ni stay dengan abah, while wife bawak Iman kat bahagian Muslimat. Aku dapat duduk luar je sebab surau ni tak sebesar Masjid Jamek, kapasiti main hall pun tak besar

Program bermula dengan ceramah perdana oleh Saudara Syamsul Debat yang menyentuh topik keibubapaan, specifically "Teras Pembentukan Jati Diri Remaja". Memang elok sangat topik ni patutlah sekolah pun ada involved sama. Remaja sekarang ni memang aku perhati banyak yang mengarut. Haha. Waktu aku dan ayah ngeteh kat Mamak lepas solat Jumaat minggu lepas, ada sorang budak ni main amik je kerusi kat meja kitorang. At least tanyalah dulu ada orang ke tak. Pfft
Ada lah dalam sejam jugak ceramah tu, tapi tak terasa lama pun sebab penceramahnya memang pandai engage dengan audience. Nak dekat pukul 10 jugak baru nak solat Isyak. Start pun ada delay sikit malam tu, plus ada sesi Q&A.
Before balik ada jamuan yang disediakan. Kari Kambing yang mahal tu. Huu 
Makan dengan Fariq je. Elok pulak bro ni makan kambing, mungkin lapar kot. Haha
Tengok budak-budak ni main kat compound surau, actually nak bagi jalan clear. Jem kot nak keluar, punyalah banyak kereta nak keluar. Jalan kecik je..:-p
Balik sambung buat kerja, minggu budget dan strategy planning memang buat aku sakit jiwa betul. Haha

Okay tu je lah cerita malam ni. Pening kepala lah, nak tidur awal sikit.