Sunday, March 26, 2017

Kisah AKU n Revitalized!

Assalamualaikum,
Minggu ni hati banyak senang. First, company kami dah melepasi Stage 2 ISO Audit dan yang kedua, nampaknya plan aku nak berumah ni dah hampir menjadi kenyataan. Harap-harap minggu depan punya appraisal pun bagi positif result jugak lah hendaknya. Baru complete sikit Mac aku tahun ni.
Ya, seperti yang aku mentioned kat atas tadi. Our company had successfully passed the Stage 2 for ISO certification. As the ISO Coordinator, takde apa yang lagi membanggakan bila kami manage to passed through the process and be certified. Tak sabar nak tunggu majlis penganugerahan sijil pasni :-)
Petang tadi aku jumpa Winson, realtor from Vivahomes Realty. Nak tengok rumah and discuss sikit pasal arrangement yang aku kena settlekan to secure unit ni.
Ni lah rumahnya. Rumah sub-sale je der. Terletak di Bukit Beruntung where price still reasonable. Aku bawak Ayah sekali since this is the first time aku deal benda-benda macam ni. Pak Cik Mat, our kontraktor pun join untuk access condition rumah and advise kalau ada renovation cost yang akan ditambah later.
Malam pulak, aku pickup Afiq and Dolah. Lama tak lepak bertiga, rasanya last kami hangout 2 bulan lepas. 
Dolah cuti mid-sem sekarang. Kebetulan Afiq pun shift pagi. Aku pulak macam biasalah kalau takde apa, memang free je hujung minggu. Elok sangat lah nak berkarok semalam. Huu
AlloyMtd ada buat pertandingan karaoke bulan 4 ni. Budak-budak ofis tu suruh aku join tapi cam biasalah, aku karok dalam bilik petak ni je. Kat public NO!
Lepas karok, singgah minum je dekat McDonald. Apa lah sangat aktiviti nak buat kat Rawang ni. Balik rumah around 2 pagi, memang terus tidur je. Mengantuk pulak, since tak tidur satu hari semalam. Hii

Okay lah, tu je ceritanya. Aku nak buat kerja sikit ni. Till then, take care semua.

Sunday, March 19, 2017

Kisah AKU n Hangout @ JB

Assalamualaikum,

Ni merupakan sambungan untuk entri kami ke negeri Johor. Seperti yang sempat aku mentioned sikit dalam entri yang lepas, cerita tak habis situ je. Ingat kitorang balik hari ke? Haha
Sekitar jam 3 petang kami tiba di Johor Bahru. Check in kat Hotel Ria ni dulu. RM 80 kongsi 4 orang. Okay sangat dah ni..:-)
Since masing-masing bateri dah low, especially aku. Kami decided untuk berehat dahulu sebelum meneruskan aktiviti orang bujang malam tu. Dah lah bilik takde tingkap, memang bangun-bangun tahu dah pukul 7 petang. Semua tidur mati. Haha
Pukul 8 malam, kami berempat keluar meneroka Bandar Johor Bahru. Macam KL, bandar ni pun tak terlepas dengan kesesakan jalan raya. Ingatkan dah straight 5 hari menghadap jem boleh lah escape kat sini. Rupa-rupanya boleh tahan power jugak trafik kat sini..:-p
Destinasi kami yang pertama ialah Pasar Karat JB. Tipikal uptown, cuma banyak stall yang jual merchandise bangsa Johor. Naik seram aku dibuatnya. Tapi takpe, kita Selangor - Johor kan kawan. Huu
Singgah makan malam kat Nasikk, just a couple of walking distance from Pasar Karat. Restoran hipster ni., tengok interior design pun dah tau. Siap ada lagu Thai lagi..:-)
Jelingan manja Deq Joe. Haha, macam cibai.
Yat muka boring je. Katanya setakat Pasar Karat ni, Shah Alam pun ada. Takpe-takpe, you want fun? Jom kita selongkar port-port baik yang ada kat JB ni!
Lepas makan malam, kami bergerak menuju ke Stulang Laut. Tapi padat gila sini, langsung takde parking. So, sudahnya kami ke Teluk Danga. Ada fun fair kat sini, boleh lah. Huu
Kitorang main benda ni semalam. Tengok orang main macam lame gila, tapi sekali naik sumpah macam bapuk Siam aku menjerit. Haha
Nak dekat 2 jam jugak kami melepak kat sini. Bersembang heart to heart dengan bro-bro. Macam aku cakap berkali-kali, family dan kengkawan jugak yang ada bila tengah dalam problem.
Ingat nak naik ni, tapi semua budak je. Malu pula.. Hii
Sekitar jam 1 pagi, kami tiba di hotel. Sambung bersembang seminit dua sebelum semuanya ketiduran. 
Seawal 8 pagi aku dah bangun, semuanya gara-gara ada mesej dari bos. Kacau daun betul pagi-pagi Ahad ni. Haha. Ingat nak kejut budak-budak tu since plan nak gerak pukul 9, tengok semua lena tak sampai hati pulak. Last-last pukul 10 jugak check out. Singgah brunch kat R&R Machap dan sampai Shah Alam around 2PM.
Sampai je SA, melepak dekat Khalifah sementara nak cool down Myvi aku tu. Kesian bekerja siang malam untuk kami, kira total nak dekat 1000KM jugak dia cover 2 hari ni. Takpe, lepas SIRIM audit ni kita rehat eh baby, bos pun macam okay je nak bagi cuti straight 3 hari. Hii

Pukul 3.30 petang I made my way to Rawang, another 40 minutes of journey. Sampai rumah je tertidur sampailah pukul 8. Habis Asar aku tadi. Bagi menutup entri minggu ni, suka aku nak mengucapkan selamat pengantin baru sekali lagi kepada kenalan yang dah selamat melangsungkan perkahwinan mereka minggu ini, antaranya kepada Helmy & Hazimah, Ishak & Mariam, Hidayah & Abid, Najihah & Saddly, Lisa & Fauzan, Fadilah & Faizal dan kepada sesiapa jugak diluar sana. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

P/S: Okay, minggu depan dah boleh nak visit rumah kat Bukit Beruntung tu. Let's make it real!

Kisah AKU n Helmy's Wedding @ Pasir Gudang

Assalamualaikum, 

Letih gila beb minggu ni. Kalau hari tu ke Utara, laa ni aku ke Selatan pulak. Cuma bezanya for this time aku tak memandu keseorangan dan ditemani beberapa orang rakan yang setia bersembang dengan aku sepanjang perjalanan kami ni. Okay, ceritanya semalam kami ke Johor untuk menghadiri majlis persandingan Helmy. Kawan kami ketika menuntut di UiTM dulu, memang time belajar pun selalu kami berlima. Lepak, main badminton, pergi kelas, kuliah dan sebagainya..:-)
Seawal jam 8 pagi lagi kami dah bergerak dari Shah Alam. Tapi tu lah, manusia ni mampu merancang Allah yang menentukan. Walaupun keluar awal, trafik sesak berikutan kemalangan maut dekat ELITE delayed us for almost one hour. Perjalanan hampir 400 km ni bakal mengambil masa sekitar 4-5 jam, bergantung kepada traffic condition dan kekerapan berhenti kat R&R. Huhu
Haa, ni lah driver sepanjang perjalanan 2 hari kami ni. Dah aku tengok time nak plan hari tu pun takde sorang nak volunteer. Demi tak mengecewakan dan merealisasikan harapan bro kami Helmy, aku pun setuju lah untuk jadi driver. Huu
Singgah berehat dan breakfast di OBR Ayer Keroh sekitar jam 10 pagi.
Sekitar jam 1 petang, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju iaitu di Taman Scientex, Pasir Gudang. 
Haha. Upacara menandatangan dan menulis ucapan buat Bro Helmy. Kami beli hadiah ni dekat AEON Anggun Jumaat lepas..:-p
Sampai-sampai kami makan dulu. Sebab pengantin tengah ghairah berphotoshoot atas pelamin. Hehe
Eh, bila salin baju ni? Huu, mesti lah. Aku dah cakap awal-awal. Asal majlis kahwin, baju Melayu lah yang jadi favourite aku..:-)
Bergambar bersama pasangan pengantin yang diraikan semalam. Saudara Helmy dan isterinya, Hazimah. Apa aku dengan Yat tu dah pose macam kumpulan nasyid. Haha
Amik berkat raja sehari kita..:-)
Lepas makan, kami meminta izin tuan rumah untuk bergerak meninggalkan majlis. Mata aku memang dah ngantuk gila time tu. Mana taknya, tidur pun 3 pagi. Pukul 7 dah bangun lepastu terus drive ke Johor. Kami berehat untuk menunaikan solat Zuhur sebelum menuju terus ke Johor Bahru. Well, rugi lah datang sini tak tengok tempat orang kan? Nak tahu apa aktviti kami di capital negeri Johor ni? Klik sini.

Itu lah cerita majlis persandingan bro kami yang telah selamat dijayakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Pasir Gudang, Johor. Unfortunately, kami tak sempat menghadiri majlis pengantin lelaki di JB atas kekangan masa. Sekali lagi ingin aku ucapkan selamat pengantin baru buat Helmy dan Hazimah. Semoga penyatuan korang berkekalan hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan juga solehah. Amin. In Sha Allah.

P/S: Draw pulak Newcastle ni, nasib baik Brighton dengan Huddersfield kalah. 8 more games to play. We can do it, Howay The Lads!

Saturday, March 18, 2017

Kisah AKU n A Night @ AEON Anggun

Assalamualaikum,

Awal update minggu ni? Bagus-bagus. Keep it up! Okay lah, sekarang ni aku ada kat Shah Alam. Esok pagi aku dan my Brotherhood UiTM akan berangkat ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan one of our bro, Helmy. Tapi since cerita minggu ni boleh tahan banyak, so better update dulu separate entri. Yang entri journey kami ke Johor ni will come later..:-)
Minggu ni 4 out of 5 hari aku dihabiskan di TPM Bukit Jalil. Mana taknya, Isnin depan kami dah nak kena audit dengan SIRIM. Aku kan kordinator ISO company, so kenalah bertanggungjawab benda-benda ni..:-)
Ni pulak satu-satunya hari dekat HQ. Sempat lunch together with colleagues dekat Sharin Low, Seri Gombak.
Yang ni pulak makan tengahari dengan staf-staf baru di TPM. Fresh blood ni! Huu
Tadi after office hour aku terus ke Shah Alam. Aku akan bermalam disini selama sehari since esok pagi kami dah nak gerak ke Johor Bahru. Untuk aktiviti kami malam tadi, pergi AEON Anggun Shah Alam nak cari hadiah kahwin untuk Bro Helmy..:-)
Melilau cari souvenir shop. Biasalah lelaki. Hehe
Haa, jumpa pun. Elok lah kongsi duit nak beli hadiah ni. Baru ada berkat dari Brotherhood..:-)
Time ni pulak dapat satu berita yang dijangka setelah sekian lama. But no worries, stay strong and keep smiling..:-)
Selfie sikit. Bukan selalu kumpul berempat. Selalu aku datang, mesti Pok Jad tak free. Nasib baik minggu ni dia free untuk join kami.
Singgah makan malam kat Seksyen 24. Tengah tengok live video akad nikah bro kami. Alhamdulillah, selamat jadi laki orang dah, Yang pertama sekali off market antara kami berlima ni. Huu, congratulation bro. Tunggu kami datang naa!

So, itu lah dia guys cerita ringkas aku malam ni. Okay lah, nak tidur. Esok nak kena bangun awal, maklumlah dah aku sorang je driver..:-p

Sunday, March 12, 2017

Kisah AKU n Rumah Oh Rumah

Assalamualaikum,

We're back on right track where every week ada sahaja cerita yang akan disajikan kat blog ni. Huu. Baiklah, malam ni nak share sikit recap untuk minggu ni.
Hari Isnin menghadap jammed selama hampir 3 jam. Macam shit doe, nasib baik time nak balik. Tak tahu lah KL ni, merata-rata jem. Buatlah highway baru banyak mana pun, highway extension ke, orang still guna jalan dalam sebab tak nak escape from bayar tol. Suzakke punya Najibun. Dah la harga minyak naik, bayar cukai sana sini pastu kata guna hasil tu untuk tujuan pembangunan infrastruktur. Bila buat infra ingatkan menyenangkan, lagi tambah poning kena bayar tol. And the cycle goes on. Haha
Hari Jumaat, lepas kerja aku terus ke Shah Alam melawat rakan-rakan seperjuangan di UiTM dulu yang masih bekerja kat sini. Lama tak jumpa diorang ni, last rasanya bulan 12 tahun lepas. Tapi tu lah, asal aku datang si Pok Jad tu mesti takde. Haha
Our driver malam tu. Bukan selalu naik Kembara Joe ni. Haha. Malam tu kami lepak minum kat Gerai Gelas Besar Seksyen 24. Banyak benda disembangnya, tapi yang paling penting mengenai rancangan kami ke Johor minggu depan untuk majlis perkahwinan our bro, Helmy. Well, dah agak memang gua jadi driver. Takpe asalkan Touch 'n Go dengan petrol korang payung, gua takde hal..:-p
Pukul 10 melawat rumah sewa baru diorang plus tumpang solat Isya dulu. Around jam 11, I made my way back to Rawang. Singgah OBR Sungai Buloh makan Zinger..:-)
Sabtu - Oleh sebab budak ni balik this week, aku layankan lah request dia nak beli game PES 2017 kat Selayang Mall. Teringat pulak time aku dulu-dulu, memang gila video game. Tapi sekarang sejak dah bekerja, nak main game pun tak sempat. Tidur lagi best. Huu
Melilau cari rumah untuk dijual kat Sungai Buaya ni, memang tak banyak sebab status bandar ni yang merupakan township terbengkalai sebenarnya sebab developer lari dan tak complete kan pembangunan kat sini. As a consequence, takde satu owner pun kat sini yang ada individual grant. Semuanya based on master-plan which is quite difficult to be approve by bank. But, ada certain branch bank yang boleh bagi. Korang kena pandai cari lah branch mana. Huu
Malam pulak meluangkan masa dengan ayah kat Salam Hotel. Pekena capati. Ada lah sembang pasal plan aku nak berumah ni. So far so good. Let's make it happen!

Okay lah, esok nak kena bangun awal. Ada ISO exercise before external audit minggu depan. Nak make sure semua dokumen ready, karang fail mampus aku nak menjawab dengan bos-bos. Dah la gua ni kordinator..:-p

P/S: Newcastle beaten by Fulham, but still dipuncak liga Championship. Yang merisaukan mata sama pulak dengan Brighton, dan gap between 6 teratas pun tak jauh beza. Cuak pulak rasanya..:-(