Sunday, March 5, 2017

Kisah AKU n Mee Hailam D'Perak @ Pekan Parit

Assalamualaikum,

First entry untuk bulan Mac. Okay lah, not bad minggu pertama dah update. Alright guys, malam ni aku nak share sikit cerita tentang my beloved hometown, Parit. Seperti pekan-pekan kolonial yang wujud kat Malaysia ni, Pekan Parit juga mempunyai it's signature food. Nak tau apa yang famous kat sini, jom baca sampai habis.
Jumaat lepas aku dan parents balik ke Perak. Kami gerak dari rumah lepas Maghrib, tiba di Parit sekitar jam 10 malam. Sampai-sampai je bukan lah rumah opah yang kami tuju, tapi..
Haa! Sini lah destinasi pertama kami malam tu. Kat Parit ni takde benda yang lagi famous dari Mee Hailam. Sebut je Pekan Parit, confirm orang akan teringat makanan ni. Bagi kami, Mee Hailam D'Perak @ Kampung Tengah merupakan yang the best from the best..:-)
Cer kome tengok mi ni? Tak rasa terliur ke. Mee yang tebal, kuah yang pekat dan juga isi daging yang banyak. These are the essence yang membawa kepada terkenalnya Mee Hailam Parit ni.
Memang A+! Tercapai jugak hajat keme nak ngelam kat sini. Selalu tengok je owner kedai dok update fb hari-hari. Tu yang pulun nak balik kampung jugak. Haha
Mee dah habis? Ada satu lagi step sebelum korang betul-betul declare dah rasa mee ni.
Sekarang time hirup kuah pulak. Memang sesiapa yang ngelam kat sini tak sah kalau pinggan tak licin.
Mak ayah yang puas kekenyangan. Dah lama wei tak makan sini. Rasanya last raya tahun lepas..:-)
Pagi Sabtu di Bota Kanan.
Sambung buat cashflow sikit untuk presentation next week. Cuti pun kena kerja jugak ke? Haha
Petang pula kami ke Pekan Parit. Selain Mee Hailam, pekan ni pun terkenal dengan Menara Jam yang dibina untuk memperingati hari kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. 
Kami nak try satu lagi makanan legend yang ada kat pekan ni yang hanya terdapat kat sini, di Restoran Tawakal. Betul-betul terletak di lot kedai berhampiran Menara Jam tu..-)
Haa. Ni diaa, Mee Goreng Mamak Parit. Rasanya betul-betul asli. Dah berpuluh-puluh restoran Mamak aku singgah, takde satu pun yang boleh beat resepi turun temurun restoran ni. Plus, memang menggamit kenangan time dulu-dulu. Ayah kata time aku kecik dulu suka sangat makan mee ni. Well, in fact nama aku si Farid ni pun derived dari Pekan Parit ni jugak. Katanya. Haha
Pagi tadi kami ke kubur arwah atuk. Menziarah sambil bersihkan pusara atuk dari semak samun. Pastu singgah melawat dusun pokok pisang Opah..:-)
Kami bergerak pulang ke Rawang sekitar jam 11 pagi. Singgah Bukit Sentosa - repair henset again dan gunting rambut, before sampai rumah around 2PM. 

Jadi itulah dia kawan-kawan, sedikit sebanyak makanan yang terkenal dekat hometown aku ni. Tak tahu lah kalau ada yang aku missed, tapi aku rasa yang ni pun dah cukup untuk represent Pekan Parit for it's signature foods.

P/S: Newcastle beat Huddersfield semalam. We're on top of the league now. 5 points clear now. Howay The Lads!

No comments:

Post a Comment