Sunday, March 12, 2017

Kisah AKU n Rumah Oh Rumah

Assalamualaikum,

We're back on right track where every week ada sahaja cerita yang akan disajikan kat blog ni. Huu. Baiklah, malam ni nak share sikit recap untuk minggu ni.
Hari Isnin menghadap jammed selama hampir 3 jam. Macam shit doe, nasib baik time nak balik. Tak tahu lah KL ni, merata-rata jem. Buatlah highway baru banyak mana pun, highway extension ke, orang still guna jalan dalam sebab tak nak escape from bayar tol. Suzakke punya Najibun. Dah la harga minyak naik, bayar cukai sana sini pastu kata guna hasil tu untuk tujuan pembangunan infrastruktur. Bila buat infra ingatkan menyenangkan, lagi tambah poning kena bayar tol. And the cycle goes on. Haha
Hari Jumaat, lepas kerja aku terus ke Shah Alam melawat rakan-rakan seperjuangan di UiTM dulu yang masih bekerja kat sini. Lama tak jumpa diorang ni, last rasanya bulan 12 tahun lepas. Tapi tu lah, asal aku datang si Pok Jad tu mesti takde. Haha
Our driver malam tu. Bukan selalu naik Kembara Joe ni. Haha. Malam tu kami lepak minum kat Gerai Gelas Besar Seksyen 24. Banyak benda disembangnya, tapi yang paling penting mengenai rancangan kami ke Johor minggu depan untuk majlis perkahwinan our bro, Helmy. Well, dah agak memang gua jadi driver. Takpe asalkan Touch 'n Go dengan petrol korang payung, gua takde hal..:-p
Pukul 10 melawat rumah sewa baru diorang plus tumpang solat Isya dulu. Around jam 11, I made my way back to Rawang. Singgah OBR Sungai Buloh makan Zinger..:-)
Sabtu - Oleh sebab budak ni balik this week, aku layankan lah request dia nak beli game PES 2017 kat Selayang Mall. Teringat pulak time aku dulu-dulu, memang gila video game. Tapi sekarang sejak dah bekerja, nak main game pun tak sempat. Tidur lagi best. Huu
Melilau cari rumah untuk dijual kat Sungai Buaya ni, memang tak banyak sebab status bandar ni yang merupakan township terbengkalai sebenarnya sebab developer lari dan tak complete kan pembangunan kat sini. As a consequence, takde satu owner pun kat sini yang ada individual grant. Semuanya based on master-plan which is quite difficult to be approve by bank. But, ada certain branch bank yang boleh bagi. Korang kena pandai cari lah branch mana. Huu
Malam pulak meluangkan masa dengan ayah kat Salam Hotel. Pekena capati. Ada lah sembang pasal plan aku nak berumah ni. So far so good. Let's make it happen!

Okay lah, esok nak kena bangun awal. Ada ISO exercise before external audit minggu depan. Nak make sure semua dokumen ready, karang fail mampus aku nak menjawab dengan bos-bos. Dah la gua ni kordinator..:-p

P/S: Newcastle beaten by Fulham, but still dipuncak liga Championship. Yang merisaukan mata sama pulak dengan Brighton, dan gap between 6 teratas pun tak jauh beza. Cuak pulak rasanya..:-(

No comments:

Post a Comment