Thursday, October 31, 2013

Kisah AKU n Training SAF Pt. 1

Assalamualaikum semua, macam biasalah update seminggu sekali lagi nampaknya. Aku busy giler sangat ni, mana tak nya dengan research kena ammend, project proposal pulak tengah stuck, second article review pun tak buat lagi. So far, yang betul-betul nak siap pun dokumentari Malaysian Economy je. Tambah lagi busy dengan SAF yang bakal start pada hujung minggu ni - memang whatsapp aku tak putus-putus mesej keluar masuk. Nasib baik ada whatsapp, huu.. kalau tak, berapa lah habis kat messaging je.
Ok lah, entri hari ni ialah a part of SAF 2013 dimana aku bukan sahaja memegang jawatan Timbalan Pengarah Projek, but in line dengan aim aku tahun ni, iaitu menjadi  atlet SAF juga dengan mewakili fakulti untuk lawn bowls. One thing for sure, aku bukan manager lah kali ni, but urusan training semua dikelola oleh aku..:-)
Sebenarnya minggu lepas dah start training but segan lah nak update sebab aku dengan Aqmil je yang datang out of 10 atlet. Team perempuan langsung takde. But, tadi still team laki jugak yang rajin - ada 3 orang plus aku..:-)
Ni Aqmil, player petanque fakulti. Baru nak belajar main, but takpe - still ada masa lagi..:-)
Afzan, player SAF jugak tahun lepas. Kalau korang ingat lagi la..
Haha, lama ni tak main. Kekok pulak rasanya tadi...lol
Dalam sukan boling padang, focus is a must. Macam si Aqmil ni..haha
Nasib baik dapat rink best tadi, thank you Pn Haslah..:-)
Since Asmida pun belum turun coaching lagi, aku conduct lah basic training tadi. Ajar lah part rules & regulation, cara leretan etc.
Dapat jugak lah rasa jadi coach tadi..haha :-p

So, nantikan lah training part 3 minggu depan. InsyaAllah lebih ramai atlet yang sanggup turun. 

Friday, October 25, 2013

Kisah AKU n Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum semua, short entry lagi ni. Just nak cerita lah kehidupan aku lepas mid term ni. Well, seperti yang aku dah mentioned waktu cuti hari tu - minggu ni aku menghadapi mid term dimana ianya menjadi suatu benda yang wajib untuk student-student universiti.

Semalam midterm aku berakhir dengan paper Malaysian Economy, so far aku puas hati jugak lah dengan performance aku menjawab paper midterm ni, cuma ada sikit kekesalan kat Project Management, diagram tu gua salah doe..banyak gila markah hilang tu..sobs :-(

Takpelah, siapa suruh tak study time cuti hari tu. Entri simple hari ni just nak update kerja-kerja yang banyak lagi menimbun kat rumah tu. But, dengan berakhirnya mid term, ada lah meringankan kepala otak aku ni walaupun tak banyak.

List kerja:

  1. Project X for Project Management
  2. Literature Review for Project Management
  3. ISO 9001:2008 for Research Methodology 
  4. Documentary for Malaysian Economy - Inflation
  5. Documentary for Public Finance - Taxation
  6. SAF 2013 - Lawn Bowls and Caretaker SAF FSPPP
By the way, tadi dah start training untuk boling padang. Harap tahun ni dapat buat yang lagi baik dari tahun lepas..Amin.

Wednesday, October 16, 2013

Kisah AKU n Aidil Adha 2013

Assalamualaikum semua, masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2013 ni. Semoga raya tahun ini dipenuhi keberkatan dan juga diisi dengan pengorbanan kita yang jujur dan tulus ikhlas..:-) So, entri malam ni nak story pasal sambutan hari raya kat rumah aku. Kat Selangor ni sambutan tak lah semeriah kat area Pantai Timur, tapi boleh lah, ada jugak lah rasa raya tu...huu 
Untuk tahun ni, rumah En. Gani menyediakan lemang, rendang ayam, daging masak kicap, lontong dan nasi himpit. Banyak kan, sebab budaya datang ke rumah waktu raya haji pun nampaknya semakin berkembang kat sini.
Lepas sembahyang raya, macam biasalah, aku dengan along amik gambar sikit buat kenangan.
Ni lah kakak aku..student UiTM Kampus Bandar Melaka. Bakal HR Officer ni..:-)
Yang ni pemalas nak amik gambar, pastu gaduh lah tak banyak picture kat laptop..
Petang pulak Acik Fendi datang dengan family. Dia memang setiap tahun datang punya, antara adik mak yang paling rajin datang tanya khabar.
Ni anak dia, Rayyan. Dah 10 bulan pun budak ni. Muka pun dah macam copy paste ayah dia dah..haha
Pemandangan dari balkoni bilik ayah..Redup je cuaca semalam. Seredup hati aku..:-)
Bersama Rayyan. 
Dalam pukul 6 petang, aku and ayah keluar ke Bukit Sentosa jap. Nak gunting rambut, mak kata muka aku dah macam pengganas. lol
Nampak ni, interchange dah nak siap. Senang sikit nak masuk highway nanti. Tak payah nak lalu Bukit Beruntung lagi.
Rambut baru..huu, takde lah. Ni sekejap je, sebab style belah tengah still cinta hati aku..haha

Sunday, October 13, 2013

Kisah AKU n List Thing To Do

Assalamualaikum semua, lama kan tak update blog ni. By the way, nak bagitau yang aku dah pun start cuti mid sem kali ni. Cuti mid sem ni sekali dengan cuti raya haji yang akan tiba pada 15 Oktober 2013. Tapi, walaupun nama cuti, tapi bagistudent universiti - cuti tu bermaksud balik rumah je, tapi assignment, assessment semua tak cuti..haha. So, dalam entri ni saja lah nak tunjuk senarai kerja aku dalam cuti seminggu ni..
  1. Project Management
    • Improving Draft for "Project X - Perlis"
    • Preparing Management's History, Background and Past Achievement
    • Interview Property Executive, Contractor etc.
    • Literature Review
    • Study (Mid Term)
  2. Research Methodology & Data Analysis
    • Improving Draft for Research : "Relevancy of ISO 9001:2008 (QMS) in a Mature TQM Environment"
    • Literature Review
    • Study (Mid Term)
  3. Social Security & Employee Benefit Administration 
    • Tutorial Question, Case Study & Workmen Compensation Act
    • Study (Mid Term)
  4. Public Finance
    • Study (Mid Term)
  5. Malaysian Economy
    • Study (Mid Term)
p/s: Yang BOLD tu mesti kena siapkan time cuti ni..study takpe, last minute pun okay rasanya..huu

Sunday, October 6, 2013

Kisah AKU n Modul Finishing School FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, separuh hari aku hari Ahad ni diisi dengan membantu rakan seperjuangan SMF yang conduct Modul Finishing School, khas untuk student Part 6 yang bakal menamatkan pengajian mereka pada awal tahun depan. Tahniah abang dan kakak semua sebab berjaya menempuh halangan yang mencabar untuk mengenggam segulung ijazah.
Untuk Modul ni, ada seramai 6 urusetia terdiri daripada 3 orang SMF berserta 3 orang TUNAS yang membantu HEP. Aku sebenarnya takde dalam list urusetia pun sebab baru je haritu conduct Modul III & IV.
Since minggu ni, ada kekurangan tenaga lelaki dan juga expertise dalam teknikal. So, ketua modul, Sha pun request aid from aku. Mula-mula rasa cam tak nak je sebab turn aku dah settle hari tu, but memikirkan yang kekurangan yang diorang terima minggu ni bakal menjejaskan Modul yang penting ni, aku pun terima.
Modul Finishing School ni secara asasnya bertujuan untuk menyiapkan bakal graduan FSPPP iaitu student Part 6 ni untuk menempuh alam pekerjaan. Event ni diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM
Isi kandungan modul ni meliputi character building, employer's expectation, resume building, mock interview dan juga ceramah dari pegawai-pegawai yang memegang jawatan yang tinggi didalam syarikat. Macam tadi, tak silap aku yang bagi ceramah ialah Chief Resource Officer untuk Legoland tu..nama tak ingat pulak.
Urusetia-urusetia yang penuh komitmen. Ada jugak kat sini yang volunteer untuk datang tolong. Semangat ni lah yang kita nak dalam organisasi.
Team Modul III & IV pun datang jugak. Komited kan diorang ni, memang tak disangkal lagi - ni lah pelapis SMF yang memang ada harapan cerah dan gemilang..huu, ayat macam Najib pulak..lol
Hallooo!! saya berbangga menjadi warga Bachelor of Administrative Science dan juga sebahagian daripada family FSPPP!!
Gambar lagi. Diorang ni pun dah tau, kalau nampak aku pegang henset and jalan-jalan dekat situ mesti nak amik gambar punya..huu
Yang ni pukul 2 petang baru sampai.Takpe lah janji datang. Tapi tadi makanan tak cukup, tak tau pasal apa. Tapi aku syak ada yang ambil lebih, sebab kata Cik Radziah sekarang ni memang order cukup-cukup je, sebab tak nak rugi. Geram betul aku dengan student-student yang jenis lahanat cam ni..Tak beragak betul.
Ni Azidi, kira orang kampung aku jugaklah..Edy ni tinggal kat Kuala Kubu Bharu, memang dekat jugaklah dengan Bandar Sungai Buaya tu..Sembang punya sembang, dia ni rupanya pernah pergi Kem Pemimpin Remaja Islam waktu Form 4 yang mana aku pun ada join sekali kat Masjid KKB time tu..haha, memang tak sangka betul lah. Ada masa boleh la lepak-lepak nanti..:-)
Since aku pun kebuluran sebab tak lunch, before balik rumah - aku pun singgah makan dulu. 

Kisah AKU n A Night With TUNAS SMF

Assalamualaikum semua, malam semalam telah berlangungnya satu event yang dianjurkan oleh our TUNAS kepada SMF FSPPP. Program yang ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara SMF dan juga TUNAS. 
Event ini bermula pada pukul 8.30 malam dengan kehadiran barisan SMF yang diketuai oleh Meor..
Faezah, Nad dan Apai. Basically, malam semalam ada makan-makan, main critical thinking game dan juga penyampaian amanat daripada SMF-SMF yang hadir.
Sesi penyampaian amanat, dimana SMF yang hadir mengenalkan diri, portfolio dipegang, beserta harapan dan expectation kepada TUNAS.
Sesi memotong kek oleh MPP, Amirfiqri dan wakil STC, Mr. President Aqmil Hakim.
Hello!!..huu, lawa tak baju aku ni. UiTM Dihatiku sangat..haha
Ni la santapan kitorang semalam. Ada 4 kotak KFC..dapatlah makan 2 ketul semalam, puas hati betul..
Tudiaa..penuh satu meja..:-)
Faezah and Apai. By the way, Apai ialah SMF yang bertanggungjawab dalam pemilihan TUNAS starting from exam, interview dan juga teambuilding..
Ni senyum kambing ke apa? haha. Kitorang ni asal kelas je mesti kena tegur dengan lecturer - Smiling I and Smiling II..lol
Bersama Pok Jad, semalam dia datang lambat sikit sebab tengok match Kelantan lawan JDT katanya..
Lepas makan, main game Pencuri & Penyelamat. Best jugak game ni..:-)
Dalam pukul 11 kami pun dissolve. Picture kenangan keluarga besar SMF dan TUNAS. Picture kredit to Tiqah..:-) 

Terima kasih kepada barisan TUNAS yang menganjurkan event ni. Korang memang superb dan aku sangat komited dan yakin yang korang boleh menjadi barisan pemimpin pelajar yang cemerlang nanti..:-)