Wednesday, October 16, 2013

Kisah AKU n Aidil Adha 2013

Assalamualaikum semua, masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2013 ni. Semoga raya tahun ini dipenuhi keberkatan dan juga diisi dengan pengorbanan kita yang jujur dan tulus ikhlas..:-) So, entri malam ni nak story pasal sambutan hari raya kat rumah aku. Kat Selangor ni sambutan tak lah semeriah kat area Pantai Timur, tapi boleh lah, ada jugak lah rasa raya tu...huu 
Untuk tahun ni, rumah En. Gani menyediakan lemang, rendang ayam, daging masak kicap, lontong dan nasi himpit. Banyak kan, sebab budaya datang ke rumah waktu raya haji pun nampaknya semakin berkembang kat sini.
Lepas sembahyang raya, macam biasalah, aku dengan along amik gambar sikit buat kenangan.
Ni lah kakak aku..student UiTM Kampus Bandar Melaka. Bakal HR Officer ni..:-)
Yang ni pemalas nak amik gambar, pastu gaduh lah tak banyak picture kat laptop..
Petang pulak Acik Fendi datang dengan family. Dia memang setiap tahun datang punya, antara adik mak yang paling rajin datang tanya khabar.
Ni anak dia, Rayyan. Dah 10 bulan pun budak ni. Muka pun dah macam copy paste ayah dia dah..haha
Pemandangan dari balkoni bilik ayah..Redup je cuaca semalam. Seredup hati aku..:-)
Bersama Rayyan. 
Dalam pukul 6 petang, aku and ayah keluar ke Bukit Sentosa jap. Nak gunting rambut, mak kata muka aku dah macam pengganas. lol
Nampak ni, interchange dah nak siap. Senang sikit nak masuk highway nanti. Tak payah nak lalu Bukit Beruntung lagi.
Rambut baru..huu, takde lah. Ni sekejap je, sebab style belah tengah still cinta hati aku..haha

1 comment: