Saturday, August 31, 2013

Kisah AKU n Majlis Kesyukuran Keluarga En. Gani

Assalamualaikum kawan-kawan. Eh, kenapa pulak berbaju Melayu ni, nak tengok Tanda Putera ke? huu, songkok mana? Takde lah, hari Khamis yang lepas, family aku ada buat majlis kesyukuran dan doa selamat untuk family kami. Ye lah, adik aku nak amik SPM dah, aku and Along pulak akan memulakan semester yang kelima kami di UiTM. 
Majlis ni kecil je, tak ajak ramai tetamu pun. Ayah ajak orang surau dengan family masing-masing. Lepas Isya je majlis pun bermula.
Menunggu ketibaan tetamu, for your information aku tak pergi surau malam tu sebab baru je balik dari kerja dalam pukul 8 malam. Sampai je terus sembahyang maghrib, mandi and tolong kemas ruang depan tu..
Bacaan Yasin dan tahlil membuka majlis pada malam itu. Kat bawah ni untuk lelaki je
Yang sini pulak untuk wanita. Ni kakak aku yang snap.
Makan time. Mak aku yang masak ni, dengan bantuan along and isteri Uncle Mat. Takdenya nak catering-catering, sebab event kecik je..:-)
Penat weyh, ingat nak tidur je bila sampai rumah hari tu. Tapi since ni event family, takkan lah nak biar je..hadap je la
Dah lama rumah ni tak buat majlis. Tak silap aku last buat camni time aku and along mula-mula masuk degree 2 tahun lepas. 
Organizer mana boleh makan sekali, kena layan tetamu dulu. Tapi, aku layan movie je lah. :-p
Bersama kakak aku.:-)
Time ni ramai tetamu dah balik, cuma tinggal berapa kerat je lagi yang tengah syok pekena kopi panas dengan rokok yang tak putus-putus..huu, biasa lah, orang tua..:-)
Ngantuk gilos time ni..Terlelap sekejap, huu..tapi ni fake lah..:-p Nasib baik hari Khamis tu last day aku kerja kat Onyx, so semalam puas jugaklah aku tidur seharian..hii

So, itu lah cerita event yang dianjurkan oleh family aku. Bukan rumah terbuka Syawal but majlis kesyukuran sebagai tanda syukur kepada Allah yang mengurniakan kesenangan bagi family kami. Bak kata ayah, kesemua anaknya menjadi - dua orang kat IPTA, yang sorang lagi kat SBPI. Alhamdulillah dan syukur atas nikmat ini Ya Allah.

Friday, August 30, 2013

Kisah AKU n Wk 6 & 7 Review

Assalamualaikum, sory lah lambat nak update pasal review minggu lepas. Buat sekali dengan minggu ni la..:-) Lagipun, minggu lepas dengan minggu ni punya kerja pun lebih kurang je.
Maacma biasa lah rutin yang sama, tapi lepas puasa ni memang selalu datang awal sebab nak breakfast dulu.
2 minggu ni memang aku buat kawan je, ni Ikhsan - Geophysicist from Indonesia. Ada lagi 2 orang tu memang aku dah kenal diorang waktu aku mula-mula masuk sini 2 tahun dulu - Shukur dengan Shaffwan.  
Pemandangan dari pantri officw. KLCC, lambang kemajuan dan kemegahan rakyat Malaysia. Disinilah terletaknya headquarter sebuah gergasi industri petroleum dan minyak negara Malaysia, Petroliam Nasional Berhad
2 minggu ni memang penuh partition belah belakang ni. Biasanya dua orang je, tapi ada satu part tu menjangkau 5 orang. Yelah, aku, Ikhsan, Shukur, Shaffwan dengan Hakam, lelaki je yang duduk kat area sini, area yang senyap je, petang-petang baru havoc..haha
Goyang kaki pulak..huu, takdelah. Minggu ni aku go slow je, tak de lah struggle sangat macam awal-awal dulu sebab dah tak banyak section pun nak siapkan. 
Aku banyak fokus untuk improvise and edit mana-mana yang tak penting, ada lah jugak tambah-tambah sikit and yang paling penting recommendation.
Minggu ni pun dah start untuk bawak buku sikit-sikit. Yelah dulu bersepah-sepah kot buku Management aku kat atas meja ni..:-p
Pukul 3, aku print report. Banyak tu, 140 page untuk 7 minggu, tapi aku buat double sided. Tak nak lah bazir company punya property..haha
Lepak kat pantri before meninggalkan Onyx buat kali kedua. Dan pada pukul 5.30 petang, aku pun mengucapkan goodbye kepada personnel-personnel yang ada kat ofis time tu, malangnya bagi aku, takde sorang pun bos yang ada time aku nak pergi tu - ada meeting maybe. Tapi takpelah, yang penting aku dah siapkan report aku selama 7 minggu ni dan berharap ianya dapat digunakan management untuk improvement company for a better future..:-)

Terima kasih kepada semua personnel-personnel Onyx for your utmost cooperation, semoga kita berjumpa lagi di lain hari. Insyallah.

Sunday, August 18, 2013

Kisah AKU n Dinner at Sukhotai

Assalamualaikum semua, saja nak cerita tentang aktiviti kami sekeluarga semalam. Yelah, masing-masing busy, aku dengan ayah bekerja, yang ada kat rumah pun along, mak and adik je. Yang tu aku tak tau lah diorang buat apa je. Tapi, one thing for sure kami sekeluarga memang dah lama tak gather and makan kat luar sama-sama.
So, kami pun decide untuk makan kat Bukit Beruntung, sebuah restoran ala thai yang diberi nama Sukhotai. Adik aku ni sibuk je nak pakai spek. Sekali pandang dah macam apek jual sayur je muka aku ni..:-p
Akak aku yang memang famous dengan muka bajet kontrol ayu bila depan kamera..haha
Bersembang pasal hal kerja..haa
Yang diorang ni pulak bincang pasal aktivit yang dah buat kat rumah, open house, shopping dll.
Budak ni nak balik petang ni, haha. Cian, cuti sekolah dah habis. Takpelah, pergilah berjuang untuk trial and SPM. Kau kan harapan mak ayah..:-)

Haa, tu je lah. Takde pulak nak amik picture makanan semalam. Sori lah, saya ni bukan tipikal Malaysian yang snap picture before makan, saya lagi prefer snap picture lepas makan..haha

Saturday, August 17, 2013

Kisah AKU n Wk 5 Review

Assalamualaikum semua, jom baca review minggu kelima untuk attachment aku ni. Minggu lepas raya ni penuh jugak dengan schedule aktiviti. Nasib baik lah dah habis puasa, so, penat-penat pun boleh lepak kat pantri buat air sarsi..huu
Minggu kelima ni bermula pada hari Selasa since hari Isnin, kami di Onyx diberikan forced leave..haha Cuaca yang agak baik, sebab aku sampai agak awal minggu ni. Biasanya aku naik bas pukul 7 but untuk minggu ni, aku naik pukul 6.40 and sampai sekitar pukul 7.40 pagi. Buat apa awal-awal pagi tu Farid?
Apa lagi, breakfast la. Before tu buang air dulu, haha..pastu breakfast awal-awal kat NZ Curry House ni sambil baca paper. Bukan apa, rutin kerja aku - kalau dah sarapan, lunch tak payah lah keluar..Jimat sikit duit, sebab biasanya lunch ni kos tinggi sikit..huu
Hari Rabu paling tak menahan sekali, ni lah kali pertama aku drive kat area KL..semuanya pasal tender yang tebal gedabak sampai nak kena isi dalam kotak. So, our office boy pun tak boleh nak dispatch dengan motor. So, Qila bagi pakai kereta dia untuk hantar tender tu. 
Ingatkan si Helmi tu yang drive, pastu dia kata "Eh apa pulak, ko la drive.." Nervous woo, bukan apa, sebab kereta orang kan, takut jadi apa-apa pulak.
Perjalanan hari Khamis pulak dipenuhi dengan revisit Shah Alam, aku half day untuk settle beberapa masalah dengan UiTM.
Hari Jumaat pulak aku seharian berada kat Batu Caves untuk Lab Visit.

So, itu jelah ceritanya. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk aku completekan attachment aku kat sini.  Still ada 2 unfinished section dalam report aku, semoga jalan terus dipermudahkan untuk menyiapkan ia.

Kisah AKU n Onyx's Lab Visit

Assalamualaikum semua, semalam aku tak masuk ofis KL sebab ke Onyx's lab yang terletak kat Batu Caves. Lab visit ini adalah salah satu requirement untuk aku completekan report aku yang sekarang ni cuma tinggal lagi 2 section..huu, dengan baki 2 minggu lagi attachment aku kat sini, aku konfiden yang report tu boleh disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Pagi tu aku gerak ke KL macam biasa, sampai LRT Masjid Jamek terus ke Gombak. 
Kat LRT Gombak, aku breakfast jap sementara tunggu En. Safuan (Onyx's DM XO) fetch aku kat sana. 
Ni lah dia lab tu, since ni pun personal blog aku takde intention untuk buat official report kat sini pulak..huu, cukup je lah aktiviti yang aku buat kat sini sepanjang hari.
Informal lab visit from En. Safuan, since time tu PIC untuk lab visit pun tak sampai lagi.
Patung Dewa Hindu, Murugan kelihatan dari tingkat 4 lab ni..haa. Tapi, kelakar jugak bila dengar cerita asal-usul hari Thaipusam tu..kii
Untuk hari ni, partition aku menumpang kat DM Office, since ada 3 personnel je yang datang hari ni.
Sementara tunggu authoriti yang berkenaan, aku pun prepare lah plan and questionnaires yang related dengan operasi makmal Onyx ni.
Tunggu punya tunggu, tak sedar dah pukul 12.30, so, aku, En. Safuan and En. Huzaifah pun lunch sementara menunggu untuk solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Batu Caves.
Dalam pukul 2.30 petang, lab visit aku dijalankan dengan bantuan, En. Ramlan. Lepas dah berjalan-jalan, amik gambar untuk dokumentasi, plus sesi interview dan consultation dengan beliau. Lab visit aku pun ditamatkan sekitar pukul 4.30. Then, aku naik balik tempat aku untuk buat report..ingat nak settle semua kat Batu Caves je, boleh fokus lagi 2 section kat main office pulak pasni.
Hari ni santai je pakai baju FSPPP..yelah, hari Jumaat dapatlah pakai smart casual.. Ni time tengah nak prepare report.
Pemandangan dari partition aku. Dalam pukul 6.00, En Safuan hantar aku ke LRT Setiawangsa, and dari sana aku terus ke Masjid Jamek and naik STAR ke Plaza Rakyat. Untuk review minggu ni, malam sikit lah aku update, till then - tak care uolls.

Thursday, August 15, 2013

Kisah AKU n Half Day at Onyx

Assalamualaikum semua, lama tak update blog kan? huu, ok lah, nak update la ni. Cerita pasal apa benda aktiviti aku hari ni je - unlike hari-hari tipikal kat ofis, hari ni aku pergi Shah Alam atas urusan dengan universiti. So, semalam aku dah bagitau kat Rina yang aku half day je hari ni. Pukul 9 pagi aku tunggu bas U80 kat Brickfields and sampai kat Shah Alam dalam pukul 10.15 pagi.
Before pergi settle semua urusan, pergi makan nasi lemak favourite kat Seksyen 2 dulu..nyum-nyum, sedap nya..dah lama tak rasa..:-)
FSPPP Shah Alam, macam ni je lah daripada mula-mula aku masuk dulu..haha
Dah siap semua urusan, nak balik..bye-bye FSPPP, bulan 9 jumpa lagi eh. Tunggu aku tau!! Aku bergerak dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dalam pukul 12.00 and tiba sekitar pukul 1.15 - sampai-sampai je terus ke office. Sebab aku target aku masuk balik pukul 12, tak tau lah pulak sesak Federal tu.
Sampai ofis pukul 1.30 petang, terus je mintak dokumen kat Kak Rina then straight away buat kerja..huu, gigih tak aku ni. Bukan apa, since aku pun tinggal 2 minggu je kat company ni, plus ada lagi 3 section tak cover lagi. Takut tak sempat habiskan je.
Since aku masuk lambat, so terpaksalah balik lewat sikit tadi - amik bas TM-KL kat Puduraya pukul 7 petang. Hari ni aku unleash baran aku kat orang tau - nak tau siapa? huu, kat orang yang jaga kaunter tiket tu - dah terang-terang aku bayar RM20, mestilah baki 16.00 - ada ke dia bagi aku RM6 je sebab dia percaya yang aku bagi RM10. Dah kau yang berfacebook time buat kerja memang lah tak fokus, pastu dia tarik muka, and marah aku balik - aku pun sound lah balik and lagi agresif pertahankan stand aku - last-last tau pun dia bagi jugak baki aku..:-)

p/s : Mulai esok aku beli tiket dalam bas je la, malas nak menghadap muka brader tu lagi.