Sunday, October 30, 2011

Kisah AKU n Coretan Petang 30.10.2011

Apa pentingnya restu ibubapa dalam perhubungan? Aku pasti ramai diantara kita tak sedar akan pentingnya doa dan restu mereka, sama juga - aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peringatan olehNya untuk terus menerus meminta izin daripada ibubapa, meminta panduan daripada mereka dalam mengharungi hidup yang penuh liku ini. Meminta izin untuk keluar? mungkin kelihatan agak skema disitu tetapi yakinlah kamu semua - adakah kita semua pasti yang kita akan selamat keluar mengusung anak perempuan kepunyaan orang lain yang belum tentunya hak kita tanpa memikirkan kesan buruk yang menimpa. Adalah lebih baik jika kita meminta restu dan izin daripada ibu bapa, supaya doa mereka mengiringi kita agar dijauhkan dari malapetaka. Aku bersyukur, pertemuanku hari tu mendapat keizinan kedua ibubapa kami dan alhamdulillah - ianya berjalan lancar.  Betul, ramai kenalan yang ketawa sinis selepas mendengar penjelasanku tetapi aku tak kisah, sebab tanggungjawab sebagai seorang anak untuk memastikan ibubapa mengetahui segala perbuatanku terlaksana.

Bagaimana pula, dengan mendengar nasihat ibubapa. Sebagai seorang pembimbing rakan sebaya - aku banyak didedahkan dengan kisah dan pengakuan jujur rakan yang lebih mempercayai kawan sendiri daripada keluarga. Baru-baru ini juga, aku agak terkejut apabila seorang kenalan yang memberitahu bahawa dia tidak mempercayai keluarganya sendiri yang terlebih lama mengenali dirinya, didahulukan rakan yang baru. Kemana hilangnya prinsip kamu semua - adakah rakan itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang melanda - bagiku, keluarga adalah segalanya. Hanya mereka yang mengenali diri kita. Dari segi perhubungan, aku lebih selesa mendengar nasihat daripada mereka berbanding kawan yang padaku langsung tidak matang dan serius. Baru-baru ini, aku mempunyai masalah yang pada mulanya agak asing, hatiku berbelah bagi lantas aku meminta nasihat daripada ibu, ayah dan kakak - aku bertanya "Adakah abang telah melakukan perkara yang betul dengan tidak meneruskan perhubungan ini.." Kata ayah dan ibu hampir sama - "Komitmen abang sekarang adalah keluarga dan diri sendiri - that's all, masih terlalu awal" Kata kakak yang memang rapat benar dengan ku agak berlainan "Jangan tipu hati, rosak diri.." Walaupun singkat tapi aku cukup faham. Egoku berkata - "Mari, gunakan senjata lama, sangat berhasil - buat dia benci kau.." Bagaimana mahu aku lakukan, dia sangat baik - tidak sampai hati langsung hati aku, bahkan tidak terfikir dek akal. Keputusan telah dibuat tiga setengah berbalas setengah - I said no.

Tika ini, hatiku berfikir apakah langkah seterusnya - rakan-rakan menyalahkanku dengan mengatakan aku seorang yang suka mempermainkan hati wanita, memberi harapan palsu dan memperkecilkan harga insan bergelar wanita. Sedih, mereka tidak mengerti - jika diberi peluang ingin aku beri peluang kepada mereka untuk menginap walau sesaat didalam jasadku dan merasai sendiri - bagi lelaki yang objektif mereka bertukar-tukar pasangan, apalah sangat masalah ini - ada yang memberi cadangan "Couple dulu, dah jumpa yang lain clash jelah.." Sangat rendah harga diri lelaki sebegini, sangat lantang bibir kau mengucapkan ayat itu. Itu bukan aku, bayangkan lelaki lain membuat perkara yang sama kepada kakak dan adikmu, marah? Sudah banyak yang sudahku jelaskan kepada mereka tetapi tidak ada hasilnya, mereka lagi giat menghentamku. Ku telefon ayah, katanya "Biarkan sahaja, jangan dilayan.." mahu sahaja diri ini bisu akan tetapi, hatiku lebih berapi lagi untuk menafikan segalanya - jiwa muda agaknya. Kurang ajar mereka, lidah sahaja lantang berkata-kata padahal bukannya tahu perkara sebenar. Bodoh! getus hatiku.

Akhir kata, didalam hidup - tolonglah dengar nasihat ibubapa dan keluarga, jadikan mereka sebagai kawan rapat - bukannya aku suruh kamu menolak kawan, tidak. Cuma mengingati buat mereka yang terlupa, akan pentingnya doa dan restu keluarga didalam kehidupan seharian.

Saturday, October 22, 2011

Kisah AKU n Transformasi Berjaya??

Hari tu tengah sedap-sedap berfacebook tiba-tiba dikejutkan dengan satu status update di secret group of Abang Nezam Crew..

Huh..apesal pulak minah ni, erm..aku pun expect status ni tak akan menarik perhatian member-member lain, but lain pulak jadinya..

ooh, sebab ni ke..okayh inilah transformasi dia - untuk pengetahuan korang kebanyakan baju kemeja t-shirt aku waktu asasi dulu aku tak bawak and sudah direplace dengan kemeja..Sebabnya, aku dah terbiasa pakai baju kemeja waktu kerja kat Onyx selam 4 bulan, etika kerja yang dah dipupuk tu seakan dah sebati dengan diri aku, inilah yang membuatkan aku tak rasa segan pun pakai baju kemeja hampir setiap hari..plus, nanti lepas grad and kerja pun kena pakai formal and terapkan imej professionalisme jugak..kan?? (style zaza..ha3x)

ok, ingatkan kali ni dah habis sebab aku pun dah tau apa reason si ida tu buat status kontroversi tu..but..

ok..ni betul compliment ke apa?

terharu..sob3x - err, makan kat DC tu umpama makan pas office hour gitu. sebab aku anggap waktu kuliah and kelas tu office hour aku..

dah habis ke, ada sape 2 nak bagi komen lagi..

saya!!


err guys, sudah-sudah la tu..tak ada maknanya kalau menang gaya tapi pointer hampas..kan?? (style zaza lagi..ahaa)

pengkritik terakhir..fuuhhh, habis pun - sebab muka aku dah blushing gila kot lepas meneliti semua komen-komen diorang ni..

okayh, apa maksudnya tu - aku rasalah kan transformasi aku setakat ni berjalan dengan baik, aku cuba jugak tarik Joe dengan Yasin but diorang refuse..erm, takpelah nant korang dah kerja nanti kau taulah macam mana kekoknya berpakaian formal setiap hari except jumaat..

Mesti korang nak tengok comparison aku dulu and sekarang..

zaman asasi - aku ingat lagi bila aku pergi kerja pakai outfit ni waktu hari jumaat - on of my boss, En. Zainal tanya : "Kau nak pergi tengok konsert ke??" . Pergh, pedih gila dengar tau..

zaman ijazah..ni je la gambar yang aku ada, sebab classmate aku kali ni tak macam dulu - waktu asasi dulu hampir kami semua suka snap pictures satu sama lain so lepastu kitorang sharing but kali ni nak harapkan aku yang jadi photographer tak bertauliah pastu tau pulak nak condemn, tak cantik lah, senget lah..kalau korang bayar aku takpela jugak..kan?? (zaza lagi..ha3x)

In conclusion, tak tau lah komen tu datang dari hati atau pun sekadar pemanis kata but whatever it is, aku akan teruskan jugak transformasi aku ni..kbai

Wednesday, October 19, 2011

Kisah AKU n Kucing Perindu

Bila dah takde benda nak update, benda pelik-pelik pun jadilah..so, hari ni aku nak bercerita tentang haiwan yang sangat common kat Kolej Perindu, UiTM Shah Alam - Kucing. Kucing kat sini semuanya cantik-cantik and gemuk, tak taulah kenapa but aku rasa mungkin ada kaitannya dengan sifat pemurah siswa-siswa yang tinggal kat sini, aku pun termasuklah jugak dalam kategori siswa macam yang dinyatakan..Kat UiTM Shah Alam ni ada satu stall nasi lemak yang special, dengan harga 3.50, kita akan dapat nasi yang agak banyak, telur rebus yang cantik dan juga ayam goreng size XL..promote ni..

Balik kelas tadi, aku, Wan and Eiz Goth singgah la tapau nasi lemak ni, pastu visit jap Office Perindu nak tuntut baju kolej, and then melantak..

Kekenyangan, aku tengok tulang ayam yang besar-besar.."Hmm..apa nak buat ni??" Pastu aku bukak pintu bilik, nampak beberapa ekor kucing yang tengah sedap baring atas kasut-kasut and minum air kat longkang..sob3x

Aku masuk bilik balik then patah-patahkan tulang ayam tu kepada 5 ketul, sebab ada 5 ekor kucing..baru fair and square kan..pastu aku keluar and jemput diorang bersila and makan..hu3x, so - ada la sedikit gambar yang mewarnai jamuan ringan itu..

Makan lahap sangat, padan muka kau..kan dah habis.

Nak lagi..kasihanilah saya..sob3x

gi main jauh-jauh lah..ni aku punya..

dah habis kan??, cakap apa kat abang farid..terima kasih??, pandailah korang ni..

Saturday, October 15, 2011

Kisah AKU n The Hunt of Joe's Fischer

Ayoo Farid, cerpen baru ke ni..he3x, takdelah ni cerita from aktiviti aku and Joe bersama Idzard petang tadi..Siapa Joe Fischer tu?? Erm tu Joe tu Joe la, Fischer tu nama brand racquet badminton yang dicari Joe..itu je.

kitorang naik bas ke PKNS from Sec 2 dalam pukul 4.30 petang tadi, cuaca sejuk je hari ni - hujan..ingatkan nak tidur but atas permintaan abang hot stuff ni, akupun ikut je..well, aku kan sidekick dia..ha3x

da lama tak naik bas U80 ni, but seriously suasana dalam ni agak creepy sikit sebab takde orang yang bersembang pun except kami bertiga..dah macam bas zombie,hu3x

Setibanya disana, kami singgah Plaza PKNS dulu sebab Joe nak cari racquet brand Linning, err..tak tau la betul ke ejaan tu sebab aku tak pernah dengar pun jenama ni..hampa, tak jumpa so kitorang pergi PAS pulak, pun tak jumpa so Joe memutuskan untuk patah balik ke Plaza PKNS and cari brand lain..

Waktu diorang patah balik ke PKNS, aku memutuskan untuk stay kat PAS and cari baju sebab ada satu baju aku dah rosak (turun warna) waktu rendam hari tu..tu la tak nak dengar cakap mak lagi..ha3x, ni memang best sebab aku beli kat kedai yang ada amoi cina yang comel gila - part yang best waktu dia ukurkan baju kat badan aku, jatuh iman aku tadi..ha3x. Bukan tu je part yang best, lagi satu waktu on the way nak ke PKNS aku terserempak dengan En. Safuan, staff from Onyx - dia dengan tunang dia dok jalan-jalan cari baju kat situ..seronok dengar cerita-cerita kat office sekarang such as, kekurangan runner macam aku, takde siapa nak pergi bank and running errand..and one more thing yang buat aku happy ialah account exec, En.Hafiz sudahpun bernikah, congrat bro. Tak sabar nak datang kat majlis kahwin diorang ni nanti..


tough tak Idzard..tangan dah menggeletar habis tu..hu3x, tape2 nak bergambarkan??

Joe dengan Fischer dia..

nak balik then ternampak Shah Alam Convention Center, teringat zaman asasi dulu - grand dinner kat sini..

mana gambar aku, takde kan? erm..untung sape yang keluar dengan aku, ade je gambar nak buat memories..

Kisah AKU n Malam Tautan Mahabbah FSPPP

Semalam, 14 Oktober 2011 - aku dan classmate menghadiri sebuah malam amal anjuran BACASS FSPPP, difahamkan malam amal ini bertujuan untuk menyambut kedatangan anak-anak yatim. So, petang semalam kami ada latihan KESATRIA, habis je kawad, sejukkan badan then mandi..dalam pukul 8.00 tu aku, Joe dan Yasin bergerak ke FSPPP, yang tak menahannya diantara kitorang aku pulak yang excited terlebih pakai baju melayu ungu lengkap dengan songket putih..yang lain semua rilek je..hu3x.

Aku dan Deq Joe..ungu tak kami, pilih meja dekat dengan food station memang silap besar..habis kena himpit dengan diorang yang dah kebuluran.

Perkenalkan Zhafir, first penampilan dia dalam blog ni..dan juga orang yang tak asing lagi- Yasin

Diorang ni pun newcomer dalam blog ni - ladies and gentlemen - I'm proudly introduced and present Geng Akak (dari kiri Izzah, Eyka dan Syafa), kat kanan sekali tu Zaza.

kaki melangkah pulang - overall, malam ni hampir mengingatkan aku waktu malam dinner asasi..lebih kurang macam mini dinner la kan, dengan ada yang pakai kaftan, kebaya - tak nak kalah tu..whatever it was, we're having fun coz dapat merapatkan kami sebagai classmate untuk semester ni.

ooops, it's still not over yet- budak-budak lelaki yang otw ke Perindu memilih untuk lepak2 kat DC jap, minum-minum and sembang-sembang sikit pasal study, ceyh sembang kencang je kau Farid..takdelah, kitorang borak-borak kosong je, malas nak balik bilik - seronok rasanya sebab dulu jarang dapat buat macam ni..
dari kiri yasin, erm ada dua orang lagi yang buat penampilan pertama dalam blog ni - yang pakai baju ungu sebelah yasin tu namanya nora, eh silap noradzuan..aku panggil deviruchi and sebelah dia yang pakai baju kaler putih tu Faiz atau dikenali sebagai Eiz Goth..yang hujung belah kanan tu our class hotstuff, Deq Joe..

in conclusion, malam semalam memang aku enjoy jugak walaupun pinggang aku ni kerap sakit sekarang - demi kawan, sakit itu aku sepak laju-laju..ha3x

Tuesday, October 11, 2011

Kisah AKU n Nak Bawak Ke Tak?

Patutkah aku bawa transport kat UiTM ni? Adakah ia bakal membawa kesenangan untuk aku, ataupun sebaliknya?

Baru-baru ni, ramai orang disekeliling aku dah berjaya membawa masuk kenderaan diorang dalam UiTM : Aqi,Helmy, Idzard, Zhafir, dan Syawal.

Setakat ni aku tak melihat apa kepentingan membawa kenderaan kat dalam UiTM, dengan status aku yang masih pelajar residen, bas sentiasa ada walaupun ada risiko disebaliknya if naik TransRengit or Bas UiTM, so aku lagi prefer naik Rapid eventhough it cost me RM 1 per way

FSPPP jauh terletak diatas bukit, kaki aku masih mampu melangkah kesana from Perindu walaupun baru-baru ni aku mengalami sakit yang agak menganggu di sekitar pinggang dan celah kelangkang..maybe naik turun tangga, and kawad(of course)

Dulu waktu asasi, ayah ada cakap waktu degree dia akan bagi greenlight untuk aku bawak transport waktu degree but baru-baru ni dia extend kan sampai semester 2 degree..takpe, aku dah janji tak nak jadi rebel kat dalam rumah. So, untuk itu aku berjanji yang akan cuba bertahan sepanjang semester 1 ni..i hope so la kan..

Ada jugak betulnya kat situ, katalah aku bawak transport..aku ni dah lah jenis malas nak keluar bilik, siapa nak pergi isi minyak, nak suruh kawan...huh, i dare not to give anyone to touch my valuable things..kalau rosak, servis?? amacam Farid..nak buat apa, buku JPJ kan ada - servis sendiri,ha3x

But, ayah cakap if betullah FSPPP kena pindah kat Seremban 3 dalam tahun 2013 nanti, dia bagi aku drive kereta terus but dengan satu syarat - aku mesti tengok-tengokkan kakak aku kat UiTM Melaka sekali dalam satu minggu, probably hari minggu...hu3x

Whatever it is, aku still dalam mode negotiation dengan En. Gani sekarang..but apa-apapun decision dia - aku redha..wu3x

p/s: Nak jugak pindah sebab ada kepentingannya kat situ but i'll miss UiTM Shah Alam a lot.

Saturday, October 8, 2011

Kisah AKU n Balik Rumah

Maaf atas kelewatan untuk mengupdate blog ini, jujur aku katakan agak susah untuk melakukan tanggungjawab ini apabila sudah bergelar pelajar university semula. Mungkin juga disebabkan faktor “benda yang sama” yang sering menganggu fikiran – tak faham? Okay, meyh aku terangkan, kata lain bagi frasa tu adalah takde benda yang menarik dan baru untuk aku ceritakan dalam blog ni. For example, jogging, main badminton, assignment, test, quiz and even dinner. Semua benda tu korang dah muak baca kan sepanjang hampir 2 tahun aku menjadi blogger ni.

Balik rumah, juga satu entri yang tak asing dalam blog ni..contoh yang paling biasa : cuti semester dan minggu perayaan..but, untuk kali ni. Persoalannya, kenapa aku balik? Homesick? Bagi roommate jeles? Takde kerja? Free? atau suka-suka.
Jawapannya..kesemua diatas dan juga ada barang yang perlu aku ambik dari rumah such as reket badminton, sejumlah kecil baju dan seluar, kasut badminton, buku Contract yang dipesan Jr(roommate aku yang amik BLS) dan juga kiwi kasut..hu3x

Bukan itu je, kakak aku pun balik juga tadi..seronok dapat sembang and borak-borak dengan dia..maklumlah, kami ni kan tak boleh berenggang. Dengar cerita, dia buat business jual beg domo kat UiTM Melaka tu..macam-macam betul, kat FSPPP aku baru perasan ada 2 orang je yang pakai – aku and sorang budak perempuan kelas lecture..
Finally, semalam aku dapat installer PES 2012 and FIFA 2012 from Qi, PES dah install but ada error(dah fix pun petang tadi), FIFA best jugak, maybe sebab nak install senang plus tak payah nak install patch untuk kits and stadium yang ori..

Esok, aku balik UiTM, lepas ni aku tak promise dapat update selalu , erm..korang pun tau kan..kbai