Sunday, October 30, 2011

Kisah AKU n Coretan Petang 30.10.2011

Apa pentingnya restu ibubapa dalam perhubungan? Aku pasti ramai diantara kita tak sedar akan pentingnya doa dan restu mereka, sama juga - aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peringatan olehNya untuk terus menerus meminta izin daripada ibubapa, meminta panduan daripada mereka dalam mengharungi hidup yang penuh liku ini. Meminta izin untuk keluar? mungkin kelihatan agak skema disitu tetapi yakinlah kamu semua - adakah kita semua pasti yang kita akan selamat keluar mengusung anak perempuan kepunyaan orang lain yang belum tentunya hak kita tanpa memikirkan kesan buruk yang menimpa. Adalah lebih baik jika kita meminta restu dan izin daripada ibu bapa, supaya doa mereka mengiringi kita agar dijauhkan dari malapetaka. Aku bersyukur, pertemuanku hari tu mendapat keizinan kedua ibubapa kami dan alhamdulillah - ianya berjalan lancar.  Betul, ramai kenalan yang ketawa sinis selepas mendengar penjelasanku tetapi aku tak kisah, sebab tanggungjawab sebagai seorang anak untuk memastikan ibubapa mengetahui segala perbuatanku terlaksana.

Bagaimana pula, dengan mendengar nasihat ibubapa. Sebagai seorang pembimbing rakan sebaya - aku banyak didedahkan dengan kisah dan pengakuan jujur rakan yang lebih mempercayai kawan sendiri daripada keluarga. Baru-baru ini juga, aku agak terkejut apabila seorang kenalan yang memberitahu bahawa dia tidak mempercayai keluarganya sendiri yang terlebih lama mengenali dirinya, didahulukan rakan yang baru. Kemana hilangnya prinsip kamu semua - adakah rakan itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang melanda - bagiku, keluarga adalah segalanya. Hanya mereka yang mengenali diri kita. Dari segi perhubungan, aku lebih selesa mendengar nasihat daripada mereka berbanding kawan yang padaku langsung tidak matang dan serius. Baru-baru ini, aku mempunyai masalah yang pada mulanya agak asing, hatiku berbelah bagi lantas aku meminta nasihat daripada ibu, ayah dan kakak - aku bertanya "Adakah abang telah melakukan perkara yang betul dengan tidak meneruskan perhubungan ini.." Kata ayah dan ibu hampir sama - "Komitmen abang sekarang adalah keluarga dan diri sendiri - that's all, masih terlalu awal" Kata kakak yang memang rapat benar dengan ku agak berlainan "Jangan tipu hati, rosak diri.." Walaupun singkat tapi aku cukup faham. Egoku berkata - "Mari, gunakan senjata lama, sangat berhasil - buat dia benci kau.." Bagaimana mahu aku lakukan, dia sangat baik - tidak sampai hati langsung hati aku, bahkan tidak terfikir dek akal. Keputusan telah dibuat tiga setengah berbalas setengah - I said no.

Tika ini, hatiku berfikir apakah langkah seterusnya - rakan-rakan menyalahkanku dengan mengatakan aku seorang yang suka mempermainkan hati wanita, memberi harapan palsu dan memperkecilkan harga insan bergelar wanita. Sedih, mereka tidak mengerti - jika diberi peluang ingin aku beri peluang kepada mereka untuk menginap walau sesaat didalam jasadku dan merasai sendiri - bagi lelaki yang objektif mereka bertukar-tukar pasangan, apalah sangat masalah ini - ada yang memberi cadangan "Couple dulu, dah jumpa yang lain clash jelah.." Sangat rendah harga diri lelaki sebegini, sangat lantang bibir kau mengucapkan ayat itu. Itu bukan aku, bayangkan lelaki lain membuat perkara yang sama kepada kakak dan adikmu, marah? Sudah banyak yang sudahku jelaskan kepada mereka tetapi tidak ada hasilnya, mereka lagi giat menghentamku. Ku telefon ayah, katanya "Biarkan sahaja, jangan dilayan.." mahu sahaja diri ini bisu akan tetapi, hatiku lebih berapi lagi untuk menafikan segalanya - jiwa muda agaknya. Kurang ajar mereka, lidah sahaja lantang berkata-kata padahal bukannya tahu perkara sebenar. Bodoh! getus hatiku.

Akhir kata, didalam hidup - tolonglah dengar nasihat ibubapa dan keluarga, jadikan mereka sebagai kawan rapat - bukannya aku suruh kamu menolak kawan, tidak. Cuma mengingati buat mereka yang terlupa, akan pentingnya doa dan restu keluarga didalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment