Saturday, January 22, 2011

Kisah AKU n Hari Minggu: Home v. UiTM

Hello everybody..hari ni aku nak buat a comparative studies between my home and uitm shah alam waktu hari minggu ..research question nya ialah mana yang lagi best, rumah or bilik..and juga patut ke balik rumah setiap minggu ataupun duduk kat uitm ni tak balik sampai end of semester..

first candidate..Kolej Perindu, UiTM Shah Alam..
kalau tak balik rumah..maka bilik and blok ni je la tempat aku menghuni..except kalau ada shooting, study group or group discussion..yang tak bestnya kalau stay kat sini ialah:
1. Rindu family di rawang..of course..aku ni family oriented okayh..
2. Duit yang bertaburan macam tu je..breakfast,lunch, dinner..semua perlu diambil kira..kekadang topup tapi usually aku minta ayah topup kan..and selalu dapat..ahakz,erm..kalau nak hangout dengan roomies pun pakai duit jugak..bukannya diorang yang sponsor..
3. Boring..ni pun kadang-kadang juga tapi biasanya miss dell aku akan temankan..tapi, kalau boring sangat bolehlah keluar..itu pun kalau takde yang kacau and tak rasa malas..
4. Diorang??..siapa la pulak tu..erm,mesti la menghadap muka roomies lagi..boring la juga tengok muka mereka ni..jangan simpan dalam pula wahai roomies ku yang hensem..
5. Surirumah??..kena basuh,sidai,lipat,gosok baju..buat breakfast..sapu bawah katil..

tapi..stay kat sini pun ada juga baiknya:
1. kalau nak balik kena naik ktm..duit saving la kalau tak balik..
2. masa akan terbuang atas jalan,balik sampai rumah gerenti berhibernasi sekejap..
3. dapat kemas bilik,kemaskini file, buat homework and assignment..
4. dapat cari pasal dengan roomies..wuwuwuwu..:-)

the second candidate..bandar sungai buaya,rawang
kalau tak stay kat uitm, ni la tempat aku bertapa..apa yang best nya duduk rumah dari pandangan aku ni..:
1. Save duit..breakfast,lunch and dinner tak kisah pun..siap dapat makan luar lagi..tapi biasanya aku tak makan breakfast, disebabkan bangun agak lambat kalau duduk rumah,maka terus lunch la gamaknya..
2. Dapat drive kereta, round-round sungai buaya yang tercinta ni..hihihi..:-)
3. Tidur lepas subuh, bangun agak-agak nak masuk zohor..efisyen kot..
4. My mum akan basuh,lipat,gosok baju..while aku sendiri akan masukkan "mereka" dalam beg untuk dibawa pulang..ha3x
5. Diorang??..yes, no roomies buat masa terdekat ni..:-P
6. Homework, kekadang siap because under special supervision from my dad..
7. Money, dapat duit poket lebih walaupun dompet still penuh..huhu..
8. Dapat jumpa my old desktop, mrs acer(janda aku)..memang tua, tapi still cantik dan bergaya..
9. broadband, here i come..

yang tak bestnya..
1. mesti bil naik sikit..mana taknya, hari-hari tidur lepas subuh..
2. kekadang kena balik sendiri..
3. tak tau if bilik selamat ke tak..bukannya leyh percaya budak-budak dalam bilik tu..tah2, katil aku pun jadi tempat lepak or projek..

okayh guys..setiap tempat yang aku menginap waktu hari minggu ternyata mempunyai pros and cons nya..aku pun tak tau kat mana aku lagi suka stay..
......................the end............................

Thursday, January 20, 2011

Kisah AKU n Love Styles

Haii..dah lama juga tak rambling kat diarimcbride ni, erm..you know blog mestilah selalu diupdate and aku pulak tak tau la nak cerita pasal apa..suddenly, daripada biarkan ia kosong tak diupdate, aku pun decide la nak story sikit pasal salah satu subject yang aku belajar kat uitm ni..subjek itu dinamakan social psychology, subjek yang sangat best because ia mengisahkan diri kita sendiri..dan juga kehidupan harian kita dan of course, relationship kita dengan orang-orang di sekeliling kita..so,topik hari ini ialah the style of love..ok boys and girls, kali ni korang boleh muhasabah diri korang and tahu korang ni jenis lover yang macam mana..happy reading..

first is the love what we called the "eros"..Eros itu sendiri membawa maksud
"suka akan kecantikan"..ia juga ditafsirkan sebagai the highly sensual style of love. Cinta pandang pertama or fall in love at first sight merupakan asas bagi style ini..Manusia-manusia Eros ni melihat perkahwinan sebagai an extended honeymoon dan seks sebagai keutamaan..waah,gila seks rupanya mereka ni...difahamkan, mereka juga amat suka memanggil pasangan mereka dengan panggilan yang erotik juga, such as "sweetheart" or "honey".The advantage of erotic love is the sentimentality of it while the disadvantage is the danger of living in a fantasy world ataupun that what i called, fantasi cinta..bahaya tu..

OMG..mr.hefner and his playboy bunnies..then we'll focused on Ludus..style ni merupakan seseorang yang suka memainkan cinta to be exact the playboy,playgirl,heartbreaker and yang sewaktu dengannya..mereka lebih interested in quantity than quality of relationships,salah satu great ability of the ludic is they're quickly recover from break-ups..dalam perkahwinan pula, Ludic lovers melihat perkahwinan sebagai "perangkap"..They might view children sebagai simbol kesuburan dan ke"maskulin"an bapa itu..dalam seks pula, ia sebagai satu contest dan cinta sebagai satu challenges..

style yang ketiga ialah storge..Storgic lovers bermula sebagi kawan terlebih dahulu dan kemudiannya ia didevelop menjadi cinta..yang paling asas sekali tentang storge ialah komitmen..kerana ia ialah elemen yang paling penting dalam sesuatu relationship..storgic akan cuba sedaya upaya untuk mengelak kecurangan antara satu sama lain.. Children and marriage dilihat sebagai sesuatu benda yang sah dan kemestian didalam ikatan mereka.Storge mencakupi elemen of respect and understanding for another person.

Aku rasa aku mugkin tergolong dalam orang yang pragmatic dalam cinta..Pragmatic lovers ialah seorang yang complicated, dimana mereka akan berfikir secara rasional dan realistik terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu hubungan..kemudiannya mereka akan memilih berdasarkan perbandingan..alah, senang cerita cam ni..orang pragmatic ini choosy..kenapa macam tu, ini disebabkan mereka ni hanya mahu mencari yang the best of the best..Pragmatic lovers akan cuba untuk mengelak kecurangan kerana takutkan kesannya dan juga amat berhati-hati mengimbangi perhubungan mereka..Orang pragmatic macam aku ni melihat seks sebagai hadiah dan juga anak sebagai asset..choosy..memang la,at the end of this topic aku akan senaraikan list aku..okayh..

yang keempat ialah mania..kebanyakkan manic ialah terdiri daripada orang yang mempunyai low self esteem..dimana mereka amat menghargai sesuatu perhubungan...Manic feel that they "need" their partners..Bagi mereka, Love is a means of rescue..seperti style yang lain,Manic lovers will avoid committing infidelity if they fear discovery. Dalam konteks perkahwinan, mereka melihat ia sebagai the ownership and anak sebagai competition...apa yang tak bestnya pasal orang mania ni, ialah cemburu terlebih, terlampau obsesive dan juga tak stabil emosinya..

and the last one is agape..ni la yang P.Ramlee maksudkan,berkorban apa saja..biasanya Agapic lovers ialah orang yang menjaga agama dan taat perintah tuhan...mereka melihat partner mereka sebagai anugerah dan willing untuk menjaga mereka..manusia-manusia agape juga akan kekal setia untuk mengelakkan pergaduhan..dan juga akan menunggu dengan sabarnya sekiranya dah clashed..erk..macam aku pulak..bagi mereka marriage and children are sacred trusts while seks is a gift between two people.Agapic lovers taking an agapic stance to relationships risk suffering from inattention to their own needs...sedih kan..aku pun nak juga la jadi agape..

ni apa pulak..gayboy???..FUCK gayboy..tak mulia betul perangai korang ni..siapa cakap aku gay pasal sebab yang tak kukuh..korang memang &6%@!#$%6)(*...hahahaa..padan muka..
okayh guys..maka itu lah 5 style of love yang aku belajar daripada madam azlina..erm..tadi aku ada cakap nak bagi list of characteristic untuk perempuan idaman aku kan..okayh, here you are..
-rupa:sejuk mata memandang, tak nak cantik-cantik macam miss universe pun..
-physical:lebih rendah dan lebih ringan daripada aku.well balanced..
-education:setaraf dengan aku..
-background:setaraf dengan aku..
-sikap:baik la,takkan nak yang macam paris hilton pulak..
itulah short list aku..siapa-siapa yang ada characteristic seperti diatas..blushing la tu..ahakz..tentang love style aku pulak > pragma+agape = prape
......................the end......................

Monday, January 10, 2011

Kisah AKU n Bittersweet

Pergh..penat jugak nak create cerita pendek..agak-agak macam mana la nak buat full length movie kan..ehem-ehem, apa la yang aku merepek ni kan..erm, meyh la aku story sikit apa kena mengena title diatas dengan cerita aku kali ni..

bittersweet merupakan video pendek yang didevelop oleh abang nezam crew consisted of aku, rizki, muhaimin, hana, iqa, ida, jijah dan juga abang nezam sendiri..why??, ini ialah disebabkan tugasan role play untuk subjek social psychology kami..difahamkan, kami cuma mempunyai masa yang agak singkat iaitu 3 hari untuk booking tempat, penggambaran dan the primetime itself..ini disebabkan kami ialah group pertama sekali yang diarahkan untuk present..cerita ini berkisarkan tentang dua orang adik beradik yang terpisah ketika kecil dan dengan tidak sengaja dipertemukan di universiti tempat mereka belajar, mereka tidak mengetahui yang status mereka adalah sedarah tetapi akhirnya ibu mereka yang bekerja di universiti itu mendedahkan perkara sebenar ketika mereka ditangkap berdua-duaan dan dibawa menghadap ke dekan fakulti mereka..

didalam cerita ni, Rizki membawa watak Aiman Danish, Hana pula membawa watak Aleya Natasha, Muhaimin memegang watak Associate Professor Mokhtaruddin, Ida pula ambil role sebagai cleaner iaitu Melati, Iqa sebagai Lyn,Jijah sebagai Ibu, Nezam sebagai Pak Guard & Ayah and also aku sebagai Castello..ha3x

penggambaran hari pertama-jumaat..

konsentrasi maksimum..

penggambaran hari kedua-sabtu..hari sabtu pertama yang agak memenatkan kat uitm ni..

kereta siapa la yang jadi mangsa keadaan tu..

sementara menunggu shot..mari bergambar gurls..

penggambaran didalam library sekitar pukul 1400-1630..second shift..shift malam pula cuma scene diorang so, aku tak la aktif sangat snap pictures waktu malam..lagipun,karang "ter" snap sekali dengan makhluk yang tak dikehendaki..jadi cerita angker pulak..

day 3-ahad..pagi tu tak banyak sangat benda yang nak kena buat, just rehearsal untuk live part kat auditorium PTAR 2 je..tapi,malam tu memang neraka..aku yang juga memainkan peranan sebagai editor yang bertanggungjawab meng-edit video ni..amatlah merasai tekanan yang bagai nak gila, lepas satu-satu problem timbul and finally aku mengesahkan yang aku melelapkan mata pada pukul 0400 pagi..ha3x, sedih..

hari isnin..prime time,kami bertindak pantas dengan memasuki auditorium pada pukul 0900 pagi..menyiapkan peralatan untuk tujuan dokumentasi..and suddenly, ada scene yang tertinggal ketika aku edit video tu semalam..dengan pantasnya aku re-edit dan akhirnya pada pukul 1130 ia siap..kurang, 15 minit sebelum tayangan bermula..

alhamdulillah, role play kami berakhir dengan respond yang baik daripada madam azlina..walaupun ada "jamming" and "hanging" ketika video dimainkan..tapi at least okayh wat..rilek la..dapat baca buku and tidur awal pasni..
antara babak-babak dalam cerita ni..

kata-kata aluan daripada dR.Nezam..

aiman danish and prof mokh ketika didalam kelas...

castello mengintai aiman danish kat dalam library..

castello mencuri dengar perbualan aiman danish and aleya natasha..

aleya natasha dan lyn..

ketika aiman dan aleya ditangkap berdua-duaan di taman landskap..

ibu menunjukkan bukti yang aleya natasha dan aiman danish ialah adik beradik ke professor mokh..

so akhir kata,walaupun agak memenatkan tapi aku berpuas hati la juga dengan pencapaian group ni..nak tengok ceritanya..tunggu la kat youtube,bakal diupload oleh rizki..
...................the end......................

Saturday, January 1, 2011

Kisah AKU n 2011 Resolution

Olla 2011..tahun ni bakal menjanjikan sesuatu yang lebih hebat rasanya..dan lebih mencabar..but, sebelum tu kita mestilah mempunyai misi dan visi tentang apa yang perlu dicapai untuk memastikan 2011 ni berjalan lancar dan sukses..here are my plan and resolution..

menyambung pengajian law foundation ke peringkat degree..walaupun agak samar-samar tapi chance tu tetap ada..langkah pertama untuk mengenggam segulung ijazah bermula di situ, harapan dan kebanggaan setiap ibubapa di dunia ni..first step itu ialah lulus peperiksaan akhir semester dengan baik dan juga keputusan muet band 4..

justice itu perlu diserahkan kepada orang yang betul, jika tersalah langkah maka rosaklah negara ini..gambar diatas> lady justice simbol keadilan untuk umat manusia..dacing simbol keadilan, pedang simbol kekuatan sebab dan kebenaran dan mata yang tertutup pula membawa maksud objectivity yang ditafsirkan sebagai menidakkan identiti, money, kuasa dan pangkat dalam menegakkan keadilan.

hati yang broken perlulah dibaiki, so..masa yang terbaik untuk 2011 ini amatlah sesuai untuk mencari pengganti dihati..agak lama juga hati yang rosak ni tidak seceria dahulu..

tahun 2010 aku dah hilang ramai kawan baik because kawan sekolah pun dah busy dengan new life mereka..kat uitm pulak macam-macam yang jadi..so aku rasa tahun ni pun aku nak cari kawan lagi ramai lah..

rundingan damai dengan mereka..mengikut kata diorang supaya membenci yang lain..oh tidak..ni bukan stail ku..no negotiation at all..korang tak suka,korang punya hal, jangan nak libatkan aku..

so tahun 2011 ni..askar bantuan mestilah sentiasa tiba untuk reinforced diri aku yang keseorangan kat sini..farid kena kuat,itu pesan ayah aku..walau apa pun yang "mereka" buat, hidup mesti diteruskan..biar hilang kawan, jangan pernah tunduk dengan kemahuan diorang..

resolusi aku seterusnya ialah menikmati hidup ni..tahun 2011 berdasarkan pemerhatian aku macam best because aku dijadualkan tamat program asasi dalam bulan 4 dan jika ada rezaeki untuk sambung degre..insyallah bulan 9 nanti diorang panggil..waktu yang ada bolehlah diisi dengan packing bag trip and alone..BEBAS!!itu yang aku nak..apa yang perlu dibuat ialah menyimpan duit elaun dengan sebaik-baiknya..kalau boleh tak nak guna..

belajar benda baru pun okeyh jugak, tak pun praktikkan bahasa jerman yang telah lama ditinggalkan dulu..

and finally, aku akan cuba meningkatkan prestasi dan skill blogging aku...tahun lepas memang banyak dapat kecaman daripada blogger baru tentang blog aku..tak tau la aa silapnya tapi satu benda yang aku pasti, blog itu universal..kita sebagai the owner bebas untuk decide apa-apa pun content dalam blog kita tu bukannya mengikut trend semasa or kritikan orang,blog itu juga salah satu tempat untuk kita mengekspresi diri kita tentang apa yang kita minat...kalau dalam alam realiti takde siapa yang nak dengar apa yang kita cakap, maka, di alam maya ni la tempat kita meluahkan apa yang kita rasa asalkan tak menyalahi undang-undang negara..so, buat blogger-blogger baru janganlah hendak mencari kesalahan blog senior-senior ni..(tak merujuk kepada saya seorang je)..daripada mengkritik apa salahnya mencari kelemahan sendiri dan try improve blog sendiri..remember, kita semua bermula daripada bawah..

apa apa pun..sekali lagi terima kasih untuk tahun 2010 kerana telah menghadiahkan aku banyak memori yang tak boleh lupa..semoga allah memanjangkan umur diriku, famili dan semua umat islam untuk hari-hari yang mendatang..