Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Kisah AKU n Masak Time!

Assalamualaikum semua, semalam aku dapat peluang untuk memasak kat rumah ni. Mak tak berapa sihat so memang dia takde plan nak masak. Aku pun asalnya bergurau je, kata boleh masak. Tiba-tiba je mak kasi greenlight suruh keluarkan ayam from fridge tu.

Mula-mula ingat nak masak apa yang aku tau je tapi rasa macam nak try something yang baru. Kakak aku pun suggest benda yang sama, dan dia keluarkan buku resepi yang Opah bagi time Raya hari tu. Pastu kami pun sepakat untuk masak dua lauk je.
Haa, ni lah lauk kami yang pertama. Ayam Masak Sambal Kicap. Sekali tengok macam Tandoori Ayam pulak..haha. Tak lah rumit sangat nak buat, since bahan-bahan tumis yang diperlukan mostly yang asas macam bawang putih, bawah merah, cili, serai, halia, daun limau purut, sos tomato dan kicap. Takde yang pelik kan?
Haha, ni lah lauk kedua. Koboi gilee..Telur dadar bawang je. Malas nak cari resepi lagi sebenarnya. Over sangat nanti..:-p
Ni lah hidangan kami sekeluarga yang dimasak oleh aku and Along. Percubaan pertama membuat resepi baru ni tak lah susah sangat. Boleh dihidang bersama Twister Oren yang menyegarkan..huhu
Nak cuba? Nak resepi? Boleh lah emel aku kat address mcbridefred@gmail.com ni nanti. :-) 

Wednesday, November 6, 2013

Kisah AKU n Nasi Goreng Hack n Slash!!

Assalamualaikum dan haloo semua!! cuti memang cukup je sebenarnya nak balik Rawang but atas desakan kerja yang menimbun, aku dan housemate memilih untuk stay kat Shah Alam ni, and reorganize kerja-kerja yang tertangguh tu. Ok lah, kisah pulak aku nak buat entri pasal study lagi - this time, nak cerita pasal resepi dapur orang bujang and resepi ni aku namakan Hack N Slash Fried Rice..:-)
Macam biasa, bahan-bahan semua sama je macam nak buat nasi goreng. Tapi, ni versi bajet student lelaki lah...haha, since bukak-bukak fridge pun ada sausages, telur and pepper je. Sayur, bawang semua takde..sobs. Bukan apa, kalau beli pun biar busuk macam tu je sebab takde masa nak masak.
Since nama pun Hack N Slash, stail potong sausages pun bajet macam main Fruit Ninja, tu yang jadi ketul-ketul macam tu..lol. So, lepas potong - goreng je lah sampai nampak dah masak.
Telur merupakan satu bahan penting dalam resepi ini - seiring dengan nama resepi ni yang aku dah malas nak mentioned berkali-kali. Telur yang digoreng, dicincang dan dipotong jugak menjadi ketulan-ketulan kecil tapi tebal..
First time, nasi yang dimasak agak menjadi..haha. Nasib baik ada Afiq, dia memang pakar sikit bab nak masak nasi ni..:-p
Tumiskan ketulan sausages and telur bersama perencah nasi goreng. Kalau ada bawang mesti lagi best. But, untuk menambah perasa - aku tabur sikit pepper time tengah tumis tu..See, budak-budak laki ni bila masak tau je apa nak tambah-tambah..haha
Tadaa!! Tak lama pun, ada lah dalam 10 minit buat semua ni. At least berkhasiat sikit daripada makan maggi..:-)
Siap untuk dihidang dan dimakan bersama housemate. Senang kan?

Monday, February 27, 2012

Kisah AKU n Menu Orang Bujang : Maggi Goreng Kari Ayam

Hello, hari ni dalam segmen resepi dapur bujang blog ni - aku nak demonstrate cara-cara nak buat maggi goreng mamak style plus kari ayam tin. Resepi ni senang je, tak perlukan skill advance pun dalam memasak. Cukuplah tau potong bawang, masak air, goreng-goreng sikit dll.
First, sediakan bahan-bahan. Maggi goreng, bukan sup. Tak kisah berapa bungkus korang nak buat, tapi aku anggarkan untuk satu bungkus, sebiji telur, 1/4 bawang merah, 1/8 bawang putih (boleh letak tapi dalam ni takde) dan juga satu tin kecil kari ayam
Secondly, macam biasalah kena celur dulu maggi tu - takkan nak makan raw cam tu je. Tambah air sikit untuk cepatkan proses melembutkan maggi.
Sementara tu bolehlah potong bawang-bawang tadi.. Amacam, professional tak aku potong bawang kat atas ni. :-p
Bahan-bahan yang dah siap, erm telur tu boleh je kalau nak pecahkan dulu wat dadar tapi, aku lagi prefer gorengkan sekali dengan maggi tu.
Then, tapis maggi tadi tu. Hati-hati tangan ye, takut nanti kena kuali yang panas tu. Pesanan penaja sebab dah terkena semalam.
Masukkan bawang yang dipotong tadi, goreng sampai naik bau dan asap sikit.
Masukkan jugak telur tadi. perlahankan api ye sebab kita tak nak ia goreng terlalu cepat - takut hangus. Tapi, make sure sebelum korang masukkan maggi tu, kuatkan sikit api sehingga telur tadi masak.
Dengan pantasnya, letakkan perencah maggi-maggi tu.
Waktu ni, api mestilah ditakat sederhana. Gaul dengan senang hati sehingga perencah, telur dan bawang itu sebati dengan maggi korang.
Panaskan kari ayam tin tadi tu, kita tak nak keadaannya yang sejuk menganggu selera kita. Lagi panas, lagi bagus. Sehangat maggi kita yang siap tadi tu..
Tada!! Siap sudah resepi simple aku hari ni. Boleh dimakan dengan lahap kalau lapar, sebab adik aku habis sepinggan ni. Terima kasih kerana sudi singgah, jangan lupa jenguk resepi-resepi lain di sini

Monday, February 13, 2012

Kisah AKU n Menu Orang Bujang : Cheese Omelette

Memasak itu sinonim dengan wanita. Tapi bila difikirkan balik, ramai chef yang terkemuka berasal daripada golongan kaum adam. Sekarang ni aku perhatikan (melalui pertanyaan spontan), ramai wanita yang kata memasak itu leceh. Err, tak nak la camni, bukankah lagi perfect kalau perempuan itu pandai memasak? But, aku sebenarnya sangat kisah dengan benda ni, kalau aku kenal mana-mana perempuan - mesti aku akan tanya, kalau leceh katanya - erm, sori ek, better luck next time. Mak aku pun cakap camtu. Tapi ada je kes perempuan sangat hebat memasak tetapi lelaki dia pulak yang problem, contohnya - diet la konon, malas beli barang dapur..urgh, macam-macam betul.

Aku bukanlah pandai memasak tapi TAHU memasak. Beza maksud itu perkataan "pandai" dengan "tahu". So, hari ni resepi kedua - Cheese Omelette. Kalau yang fisrst, pasal Cheeseburger.

Stepnya simple - sangat simple untuk orang yang nakkan kelainan dalam telur dadar mereka. Cuma tambah cheese je.
 First, sediakan dulu bahan-bahan yang diperlukan - telur, keju, seasoning dan juga roti (optional)
Second, pecahkan telur dan kacau sampai kuning. Pastu tambahkan dalam 5 titik seasoning dalam mangkuk tu.
Third, potong keju tu..Korang nak carik-carik pun boleh tapi kalau potong nampak lagi kemas.
Tuangkan semua. Ingat, jumlah keju bergantung kepada jumlah telur yang korang guna. Kalau satu bijik, keju pun sekeping jugak.
 Macam resepi dulu, aku tak guna minyak masak - Pakai marjarin sebagai ganti. Panaskan and biar ia cair.
Masukkan telur bercampur keju potong tu. Selerakkan keju tu supaya ia tak bertindih-tindih antara satu sama lain.
Aku ni kalau goreng telur mesti fail bab nak angkat. Sucks tol, so - aku pecah-pecahkan supaya senang nak angkat. Lagipun lagi bagus macam tu sebab kita boleh fokus satu-satu.
Siap. Cheese Omelette ini boleh dimakan dengan roti, nasi atau makanan yang sewaktu dengannya.

Wednesday, April 27, 2011

Kisah AKU n Menu Orang Bujang : Cheeseburger

Well hello there world!!(cam anwar hadi la plak)..okayh, sekarang aku nak cerita menu yang aku selalu bikin if my mom tak masak or takde kat rumah, or nak increase my cooking skills(cam game sims)..and menu ini ialah one of my favourite lunchbox time2 sekolah dulu..

memasak ialah salah satu daripada hobi aku kat rumah(siapa-siapa yang jadi wife aku senang la nanti), kecik2 dulu suka nyibuk and kacau mak kat dapur, lagi-lagi time buat kuih raya..waktu cuti-cuti ni pulak, aku nak menajamkan skill memasak ni dengan membuat eksperimen baru contohnya campurkan telur dengan sardin and many more..tapi cheese burger tetap jadi favourite, because ianya senang

okayh..resepinya ialah fred G's cheeseburger..apa lagi kengkawan, jom la kita menyemakkan dapur memasing..wooohhoooo!!

bahan-bahannya ialah roti burger, daging burger(ayam, kambing, ikan..semua boleh except yang hidung kembang tu..), cheese(important ni..nama pun chesseburger), marjerin and seasoning..

first, sementara tunggu kuali panas, ready kan dulu bahan-bahan yang perlu diprepare contohnya potong roti dulu..

aku tak suka makanan yang banyak minyak sangat, so, aku prefer untuk guna margarine..ianya juga boleh menambah bau untuk burger kita nanti..

bila kuali dah nampak berasap sikit, perlahan-perlahan jatuhkan daging burger ke dalamnya..jangan main campak je, sakit tau kena margarine cair tu..

bila daging dah lembut sikit(try tekan tekan sudip), bolehlah letak seasoning untuk menambah rasa daging tu..jangan letak awal sangat, nanti daging nampak hangus(hitam)..

angkat daging tu..jangan lama-lama sangat, nanti keras..

kemudiannya, bolehlah kita menjatuhkan roti yang dah disapukan margarine ke dalam kuali, make sure letak kat permukaan kuali yang rata, jangan letak kat tengah-tengah(yang berlekuk tu)..

next stage, letakkan daging burger yang dah siap tadi kedalam roti burger yang baru diangkat dari kuali..macam la orang tak tau cam ne bentuk burger kan???

oops..terlupa pulak, apitkan keju cheddar ditengah-tengah burger itu..

taadaaa!!, dah siap pun fred G's cheeseburger,ianya siap ditelan...for the readers, selamat mencuba yea..
p/s: credit to cik nurdarina because sudi m'jadi photographer..:-)
....................the end........................