Showing posts with label Travel-Cherating. Show all posts
Showing posts with label Travel-Cherating. Show all posts

Tuesday, November 16, 2021

Kisah AKU n Family Vacation @ Cherating - Day 3

Assalamualaikum,

Okay, ni merupakan entri terakhir bagi my family vacation di Cherating. Seawal jam 8 pagi lagi ayah dah ketuk pintu. Katanya swimming pool kosong lagi, memang perfect nak bawak the kids berendam dalam tu
Ketibaan Tuan Fariq, bersama pelampung kataknya. Haha
Memang tak ramai orang pagi semalam. Cuaca pun baik je.
Sampai pool, dua orang ni dah sampai dulu. Mikhail memang suka mandi kolam.
Okay Fariq, cepat get ready. Ni pun takut jugak ke?
Haha, model majalah Mangga..:-p
Amboi, garangnya muka Mikhail tu. 
Sambung breakfast dulu. Ada-ada je sikecik ni.

Terjun balik. Haha
Naik bilik dalam pukul 9.30 pagi since kami plan nak keluar awal. Check out sekitar jam 11 pagi, pulun nak tekan loceng tu..:-)
Final activity di Cherating - shopping di Agrobazaar Cherating yang menempatkan hasil-hasil laut seperti keropok ikan, losong dan sebagainya.
Dan sekali lagi, kaum wanita lah yang do the shopping while the jantan..
Sabar menunggu diluar, maklumlah duit belanja dah bagi. Ayah lagi sempoi tunggu dalam kereta with cucu-cucu. Haha
Apahal tu? Gaduh ke. Haha. Takdelah, ni dekat Lay-by Kuantan. Mula-mula ingat nak lunch kat sini sebab Syazwan nak balik rumah parent dia di Segamat, so dia plan nak keluar melalui Gambang. Sekali kat sini takde tempat makan pulak. Sudahnya semua sepakat exit kat Gambang for lunch. Ni time tengah berbincang lah tu.
Makan di Restoran Hijau @ Gambang. Ni yang paling dekat dengan plaza tol. Huhu
Dapatlah jugak merasa makan Ikan Patin Tempoyak, walaupun bukan kat Temerloh. Tapi kat Pahang ni kat mana-mana pun ada lauk ni, maybe makanan rasmi negeri Pahang kot. Tapi memang marvelous Patin Sungai yang aku makan ni. Terbaik!
2pm - Another 300km journey back to Bandar Sungai Buaya. Ni time dalam Terowong Genting Sempah, teringat time kerja MTD dulu. LPT ni memang selalu jugak aku buat site visit - upgrade CCTV, VMS, PABX dan of course toll enhancement yang merangkumi our RFID dan POC MLFF. Good old time..:-)
Alhamdulillah, selamat sampai Sungai Buaya around jam 4.30 petang. Balik rumah terus on laptop untuk tengok kerja pending from email yang berlambak. Apa boleh buat, dah lone ranger kan..:-p
Pukul 7.30 petang, aku pun dah settle tengok kerja-kerja pending. Terus get ready untuk dinner dan juga restock barang Fariq untuk minggu ni.
Haha. dia boleh nampak pulak mainan depan ni. Melalak nak naik, nasib baik dah malam orang pun tak ramai. Bagi main dua tiga round before had our dinner at Dek Non Cafe to end my hectic day.

That's the end of my vacation with beloved family members di Cherating. A very simple yet memorable trip we had together. Hopefully more trip to come in near future. Thank you very much juga bagi pihak EryaSuria Cherating untuk layanan tip top sepanjang kami menginap disini, dan juga kepada local yang ramah dan baik hati. Semoga bertemu lagi dikemudian hari.

Kisah AKU n Family Vacation @ Cherating - Day 2

Assalamualaikum,

Hari kedua kami kat Cherating bermula dengan cuaca yang baik, matahari yang tak terlalu terik.
Seawal jam 8.30 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Pantai Cherating, approximately 6km dari hotel untuk aktiviti pertama kami dihari kedua ini.
Aman damai je pemandangan, jauh dari hiruk pikuk kehidupan di bandar. 
Before mandi, warm up dulu. Kot lah hanyut ke, takdelah muscle ni terkejut sangat bila kena kerah berenang. Maklumlah laut Pantai Timur ni tak macam kat Pantai Barat, tak dapat nak jangka kedalamannya.
Ewah-ewah, berzapin pulak si kecik ni..:-p
Ada budak takut nak mandi laut. Huhu
Takde-takde, jom masuk jugak. Ayah dah bawak sini jauh-jauh tak nak mandi laut pulak. Semalam bukan main lagi kata nak mandi pantai. Sayang betul aku kat baju Quatriz ni, bukan apa, baju ni memang sedap pakai..:-)
Mikhail steady je jalan-jalan. Yang ni nak berdukung pulak. Huhu
Mak ayah dok bawah pokok je tengok anak cucu mandi laut.
Ada cam James Bond tak? Eh, jangan seru nama depan tu. Berpuaka, nanti tau-tau ada message or missed call. Haha
Aku sorang je lah yang freestyle pun. Yang lain buat keras pulak.
Mak ayah berlatarbelakangkan Laut China Selatan.
My beautiful and beloved wife..:-)
Mak bersama Along dan Ija.
Bergambar kenangan bersama my small family.
Haa, kali ni aku pakai Touch 'n Go pulak. Siapa kata tak sayang? Haha
Before balik hotel, sempat breakfast di Kafe Nasi Dagang Faridah. Memang marvelous breakfast kat sini. Boleh terngiang-ngiang lagi ikan Tongkol makcik ni..:-)
Kami sampai hotel dalam jam 11 pagi, berehat dulu before menyambung next aktiviti sekitar jam 2.30 petang. Kali ni kami ke Kemaman which is around 15 minutes driving from Cherating.
Buat apa kat sini? Family Syazwan ajak lepak kat Station Kopitiam Kemaman petang tu. Kami pun on je lah, takkan nak tolak kot. Haha
Memang nice pun, sebab our next activity scheduled around 4pm. So lepak kat sini dalam sejam to kill the time.
Minum je hari tu, karang makan kenyang pulak. Nak kosongkan perut untuk grand dinner. Huhu
Sekitar jam 4 petang, kami tiba di Hafiz Water Activities, iaitu venue bagi aktiviti selanjutnya untuk kami sekeluarga.
Okay guys, jacket on! 
Kat sini kami join aktiviti menyusuri Sungai Cherating yang kaya dengan flora dan fauna. Sedikit info tentang Mangrove River Cruise ni. Mengambil masa hampir sejam setengah, kita akan dibawa menyusuri Sungai Cherating yang dipenuhi dengan pokok bakau. Entrance bagi seorang dikenakan RM35.
Fokus habis Fariq hari tu. Anak aku ni memang suka tengok binatang-binatang ni, habis penuh mainan animals kat rumah tu. Laa ni tengok yang real punya.
Huhu, funny pulak tengok si Fariq ni pakai life jacket.
Bro ni mesti dulu ahli Kelab Pencinta Alam. Bhahaha
Tetap steady walaupun nampak langit macam dah gelap..:-p
Santai...
Disamping dapat melihat keindahan paya bakau sungai ini, kita juga berpeluang untuk mendekati fauna yang hidup disekitar kawasan ini seperti ular, monyet, ketam, ikan-ikan, biawak dan banyak lagi.
Memang enjoy, buat pulak cuaca redup ditambah pula dengan bayu yang bertiup nyaman. Ternyata menambah lagi suasana ketenangan yang ada kat sini.
Selfie seround dulu!
Mendarat di jeti sekitar jam 5.30 petang, snap gambar ramai-ramai dulu..:-)
Our next activity ialah exploring shopping area berhampiran Pantai Cherating. 
Disini menempatkan banyak perusahaan-perusahaan produk-produk batik dari hasil mencanting yang dibuat oleh pakar-pakar seni canting. Produk seperti kain, baju boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Juga ada beberapa kedai yang menjual barang-barang kraf, baju dan sebagainya dengan harga yang affordable.
Alang-alang dah sampai beli lah sepasang dua baju dan juga souvenir buat kenangan.
Kita nak beli apa ni Fariq? Berbondong jugak plastik beg hari tu from kaum perempuan. Maklumlah, bukan selalu datang sini.
Jam 6.40 petang kami singgah early dinner di Restoran D'Cherating, yang terletak tak jauh dari stesyen minyak Petronas.
Bersempena employment confirmation Faris di tempat kerja baru, dia kata nak belanja makan malam tu. Aku okay je, save sikit duit. Haha
Sampai hotel nak dekat jam 8 jugak. Malam tak buat apa pun. Ingat nak karok kat hotel, tapi open karaoke pulak. Sudahnya lepak kat bilik tengok TV je sambil pekena Nescafe panas. Sekejap ye Fariq, ayah tengah tengok email kerja ni. Tengok je lah, masuk ofis nanti baru reply..:-)

So guys, itu sahajalah entri bagi hari kedua kami di Cherating ni. Agak padat jugak dengan aktiviti bersama and of course, truly a very nice experience ditempat orang ni. Good people, nice foods and excellent crafts & arts..:-)