Tuesday, November 16, 2021

Kisah AKU n Family Vacation @ Cherating - Day 2

Assalamualaikum,

Hari kedua kami kat Cherating bermula dengan cuaca yang baik, matahari yang tak terlalu terik.
Seawal jam 8.30 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Pantai Cherating, approximately 6km dari hotel untuk aktiviti pertama kami dihari kedua ini.
Aman damai je pemandangan, jauh dari hiruk pikuk kehidupan di bandar. 
Before mandi, warm up dulu. Kot lah hanyut ke, takdelah muscle ni terkejut sangat bila kena kerah berenang. Maklumlah laut Pantai Timur ni tak macam kat Pantai Barat, tak dapat nak jangka kedalamannya.
Ewah-ewah, berzapin pulak si kecik ni..:-p
Ada budak takut nak mandi laut. Huhu
Takde-takde, jom masuk jugak. Ayah dah bawak sini jauh-jauh tak nak mandi laut pulak. Semalam bukan main lagi kata nak mandi pantai. Sayang betul aku kat baju Quatriz ni, bukan apa, baju ni memang sedap pakai..:-)
Mikhail steady je jalan-jalan. Yang ni nak berdukung pulak. Huhu
Mak ayah dok bawah pokok je tengok anak cucu mandi laut.
Ada cam James Bond tak? Eh, jangan seru nama depan tu. Berpuaka, nanti tau-tau ada message or missed call. Haha
Aku sorang je lah yang freestyle pun. Yang lain buat keras pulak.
Mak ayah berlatarbelakangkan Laut China Selatan.
My beautiful and beloved wife..:-)
Mak bersama Along dan Ija.
Bergambar kenangan bersama my small family.
Haa, kali ni aku pakai Touch 'n Go pulak. Siapa kata tak sayang? Haha
Before balik hotel, sempat breakfast di Kafe Nasi Dagang Faridah. Memang marvelous breakfast kat sini. Boleh terngiang-ngiang lagi ikan Tongkol makcik ni..:-)
Kami sampai hotel dalam jam 11 pagi, berehat dulu before menyambung next aktiviti sekitar jam 2.30 petang. Kali ni kami ke Kemaman which is around 15 minutes driving from Cherating.
Buat apa kat sini? Family Syazwan ajak lepak kat Station Kopitiam Kemaman petang tu. Kami pun on je lah, takkan nak tolak kot. Haha
Memang nice pun, sebab our next activity scheduled around 4pm. So lepak kat sini dalam sejam to kill the time.
Minum je hari tu, karang makan kenyang pulak. Nak kosongkan perut untuk grand dinner. Huhu
Sekitar jam 4 petang, kami tiba di Hafiz Water Activities, iaitu venue bagi aktiviti selanjutnya untuk kami sekeluarga.
Okay guys, jacket on! 
Kat sini kami join aktiviti menyusuri Sungai Cherating yang kaya dengan flora dan fauna. Sedikit info tentang Mangrove River Cruise ni. Mengambil masa hampir sejam setengah, kita akan dibawa menyusuri Sungai Cherating yang dipenuhi dengan pokok bakau. Entrance bagi seorang dikenakan RM35.
Fokus habis Fariq hari tu. Anak aku ni memang suka tengok binatang-binatang ni, habis penuh mainan animals kat rumah tu. Laa ni tengok yang real punya.
Huhu, funny pulak tengok si Fariq ni pakai life jacket.
Bro ni mesti dulu ahli Kelab Pencinta Alam. Bhahaha
Tetap steady walaupun nampak langit macam dah gelap..:-p
Santai...
Disamping dapat melihat keindahan paya bakau sungai ini, kita juga berpeluang untuk mendekati fauna yang hidup disekitar kawasan ini seperti ular, monyet, ketam, ikan-ikan, biawak dan banyak lagi.
Memang enjoy, buat pulak cuaca redup ditambah pula dengan bayu yang bertiup nyaman. Ternyata menambah lagi suasana ketenangan yang ada kat sini.
Selfie seround dulu!
Mendarat di jeti sekitar jam 5.30 petang, snap gambar ramai-ramai dulu..:-)
Our next activity ialah exploring shopping area berhampiran Pantai Cherating. 
Disini menempatkan banyak perusahaan-perusahaan produk-produk batik dari hasil mencanting yang dibuat oleh pakar-pakar seni canting. Produk seperti kain, baju boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Juga ada beberapa kedai yang menjual barang-barang kraf, baju dan sebagainya dengan harga yang affordable.
Alang-alang dah sampai beli lah sepasang dua baju dan juga souvenir buat kenangan.
Kita nak beli apa ni Fariq? Berbondong jugak plastik beg hari tu from kaum perempuan. Maklumlah, bukan selalu datang sini.
Jam 6.40 petang kami singgah early dinner di Restoran D'Cherating, yang terletak tak jauh dari stesyen minyak Petronas.
Bersempena employment confirmation Faris di tempat kerja baru, dia kata nak belanja makan malam tu. Aku okay je, save sikit duit. Haha
Sampai hotel nak dekat jam 8 jugak. Malam tak buat apa pun. Ingat nak karok kat hotel, tapi open karaoke pulak. Sudahnya lepak kat bilik tengok TV je sambil pekena Nescafe panas. Sekejap ye Fariq, ayah tengah tengok email kerja ni. Tengok je lah, masuk ofis nanti baru reply..:-)

So guys, itu sahajalah entri bagi hari kedua kami di Cherating ni. Agak padat jugak dengan aktiviti bersama and of course, truly a very nice experience ditempat orang ni. Good people, nice foods and excellent crafts & arts..:-)

No comments:

Post a Comment