Wednesday, March 13, 2024

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2024

Assalamualaikum,

Semalam tanggal 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1444 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2024!
Hari Ahad lepas aku dan keluarga berkesempatan menghadiri program ambang Ramadhan di Masjid ar-Rahmah Sungai Buaya.Ada ceramah perdana yang disampaikan oleh Profesor Dr Mohd Nor Bin Mamat yang menyentuh tentang topik "Andai Ramadhan Terakhir".
Seperti biasa, bro Dolah memang akan join jugak if ada event masjid ni.
Ada jamuan makan sikit bagi melengkapkan majlis malam itu.
Sehari sebelum berpuasa, aku dan member-member from Balai Rangers makan special sikit. Bro Irfan bawak kami lunch dekat area PJ. Awat nama Balai Rangers? Sebab port kami berempat lunch dekat food court dekat area Pondok Polis Bangsar South. Haha
Beginilah rutin setiap kali Ramadhan, jalan kaki je untuk menunaikan Terawih di Surau an-Nur Mawarsari.
Memang ramai jemaah kali ni, seiring dengan penambahan penduduk disini. Kali ni aku datang agak lewat sikit atas urusan kerja, so duduklah luar. Takpelah dapat fresh air..:-p
Untuk tahun ni, kami di TNG masih mengekalkan hybrid workforce. Aku still kena datang office at least 3 kali seminggu, while the rest boleh bekerja WFH. Masa bekerja start jam 8.30 hingga 4.30pm, tapi atas budi bicara my direct boss, aku biasanya sampai ofis jam 9.30 dan akan keluar jam 3.30 petang. Cuma bila dah settle urusan ambil anak bini tu, kebiasaanya aku akan sambung kerja sampailah masuk waktu berbuka. If masih ada kerja, sambung lagi after berbuka sampai solat Isyak.
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga akan datang berbuka, unless kalau ada plan lain lah.
Menutup entri pertama Ramadhan 2024 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Saturday, March 9, 2024

Kisah AKU n Shafiq's E-Day @ Salak Tinggi

Assalamualaikum,

Fuhh letih betul hari ni. Baru balik dari Sepang sebenarnya after menghadiri sebuah majlis pertunangan iaitu diantara Shafiq (adik husband kakak aku) dan pasangannya Amira. Yang buat letihnya, lepas majlis tu aku kena melencong ke Bangi pulak ada urusan lain dan of course terpaksa menghadap traffic jem yang menggila. Maklumlah minggu terakhir cuti sekolah, dan juga minggu terakhir before kita memasuki bulan Ramadhan.
Jom start dengan cerita hari minggu dulu. Isnin lepas Fariq dah start bersekolah dan masih lagi berada di Little Caliph Bandar Sungai Buaya.
Minggu meeting dipejabat. Maklumlah most of us ada yang baru masuk office from cuti panjang.
Jumaat tu aku dan wife half-day since kami plan nak bergerak ke venue majlis di Sepang after solat Jumaat. Dalam jam 3 petang, kami disertai anak-anak dan mak ayah memulakan perjalanan. Adik pulak drive kesana from office di Ampang, juga pada hari yang sama.
Hujan lebat sepanjang jalan, so macam biasalah jem. Kami sampai Plaza Tol Bandar Serenia kira-kira jam 5 petang. Ni pun berhenti sebab Fariq muntah dalam kereta, tak sedap badan katanya.
Time nak resume, hujan lebat balik. So tersadai lah nak dekat setengah jam dalam kereta depan hotel ni.
Apa benda lobi hotel ni ada seat kapal terbang? Ya, untuk pengetahuan kali ni kami sekeluarga menginap di Sri Langit Hotel yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira 5 minit sahaja dari rumah orang nak bertunang tu. Hotel ni merupakan hotel pertama yang direka berkonsepkan in-flight di Malaysia ni, so memang design dalam hotel ni macam rasa duduk dalam kapal terbang lah..:-p
Selfie dulu. Huhu
Haa, macam tidur dalam flight kan?
Lega betul dapat baring after almost 2 jam setengah drive.
Jom Iman, kita tidur dulu.
Yang budak ni bukan main seronok dapat greenlight main phone..:-p
Dalam jam 8 malam, kami keluar ke restoran berdekatan. Mak tak join, mintak tapaukan je.
Lovely wife. Asalnya tak plan nak ikut sebab ada kelas online hari Sabtu, tapi follow kami kesini jugak cuma tak join majlis tu je.
Had our dinner di CheMeq Kitchen, juga terletak di area Sri Langit Hotel ni jugak. Jalan kaki pun boleh, tapi sebab hujan drive jugak lah. Apa benda semua kat sini semua konsep kapal terbang? Huhu
Restoran ni terkenal dengan aneka Nasi Lemak diorang, macam-macam jenis nasi lemak ada tapi yang paling famous adalah...
Nasi Lemak Lamb Shank yang brader ni try. Berbaloi-baloi katanya..:-)
Lepas dinner, Fariq muntah lagi. So malam tu aku bawak dia pergi panel clinic di Kota Warisan, around 5km from the hotel. Alhamdulillah takde yang serious pun, cuma mungkin salah makan.
On the way balik tu dia boleh muntah lagi dalam kereta. Doc kata normal sebab that's one of the way untuk keluarkan apa-apa yang tak elok dalam perut dia. Sudahnya aku hantar diorang naik hotel dulu and turun buat cleaning sikit. Lepas tu ngeteh sorang-sorang kat restoran Al-Zain depan hotel ni..:-)
Pagi Sabtu breakfast provided by hotel. Tapi tak banyak sangat pilihan yang ada, takpelah nanti majlis pun makan lagi.
Dalam jam 11 pagi kami bergerak ke rumah tunang Shafiq yang terletak di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. As expected Fariq tak join pun walaupun dah start recover, takpelah bagi rest kat hotel je teman ibu dia join kelas online. Sekitar jam 11.30 pagi, majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan doa oleh pihak keluarga perempuan disusuli dengan perbincangan oleh wakil pasangan.
12pm - Alhamdulillah, perbincangan selesai dengan jayanya. Kami dihidangkan dengan juadah lauk pauk yang disediakan oleh pihak keluarga perempuan. Bila fikir balik dah macam majlis nikah pulak tadi. Meriahnya lain macam. Bukan apa, sebab aku dulu simple je penuh kesederhanaan. Mana Iman? Tidur kat dalam rumah, nasib baik ada makcik offer tolong tengokkan sambil kami menjamu selera.
Ngam-ngam aku habis makan, elok budak ni terjaga..:-)
Dalam jam 1 petang, kami sekeluarga pulang ke hotel semula untuk pickup Ija dan Fariq. Mak dan adik terus balik Rawang, while aku ada satu lagi urusan yang perlu dihadiri di Bangi.
Yup, itulah urusannya. Sign SPA dengan lawyer untuk urusan jual beli rumah. Settle sekitar jam 5 petang before mengharung perjalanan sesak untuk balik ke Rawang. 
Alang-alang lalu jalan dalam, aku menyinggah restoran jiran Mi Tarik Muslim Xinjiang @ Rawang. Saja nak bagi wife try makan mee tarik kat sini, mana lah tau jadi favourite ke. Anak-anak dah pernah makan kat sini, tu yang si Iman dok jelir lidah tu. Haha. After makan kami terus balik takde menyinggah dah, semua pakat lemau dan akhirnya jam 8 selamat tiba dirumah..:-)

Jadi itu sahajalah cerita entri malam ni. Tahniah kepada Shafiq atas majlis pertunangan. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin In Sha Allah.

P/S: Takde match EPL Newcastle hujung minggu ni, game pukul 4 pagi Selasa. Elok lah tu, boleh buat tahajud dulu, tengok bola dan terus sahur. Huhu

Saturday, March 2, 2024

Kisah AKU n TNG Teambuilding 2024 @ The Saujana KL

Assalamualaikum,

Sementara layan Newcastle lawan Wolves ni elok aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our TNG Team Building 2024 yang berlangsung di Subang pada 29 Februari -1 March 2024. 

Hari Khamis tu seawal jam 6.40 pagi aku dah bergerak from Rawang ke R&R Sungai Buloh. Pick up Irfan dulu before driving another 20 min to our event's venue iaitu The Saujana KL @ Subang.

Light breakfast sementara nak tunggu event start.

Event bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan pendaftaran, followed by opening remarks by our CEO, Mr Praba Sangarajoo. Btw, kalau nampak gambar takde trademark tu maknanya aku cedok from photo yang ada dalam shared folder. So, credit in advance to the owner lah ye
Untuk sesi pagi, macam biasalah ada sesi pekenalan. Ni gambar time beramah mesra, biasa berhubung kat emel dan Teams chat je, kali ni baru lah dapat peluang jumpa face to face. Eh mana kau Farid? Yang pakai jaket putih tu..:-p
In total, ada 60 staf yang join sesi teambuilding ni coming from various department dan unit di TNG dan ianya melibatkan staf-staf yang berada didalam mid-management level iaitu dari position Lead sampailah ke Director level. Difahamkan hierarki TNG ada 15 people at senior-management level, 100 di mid-management dan juga around 300 at associate level. So why yang tengah-tengah ni kena pergi teambuilding dulu? Since group ni merupakan perantara diantara policy maker dan juga executor, and of course aspek seperti leadership, communication, coordination, trust, collaboration dan banyak lagi perlu kita improve dan enhance to achieve "1TNG" yang menjadi slogan kami.
Ambil group photo bersama CEO before beliau berangkat pulang ke ofis..:-)
Tea break dulu. 
10.30pm - our day bersambung dengan module berkenaan collaboration. After lunch, event continued with module yang menyentuh kepentingan trust dan effective communication. 
Modul hari pertama ended around jam 5.30 petang dan boleh check-in ke bilik masing-masing.
Bilik tak share kali ni. Huhu. 
Akhirnya, dapat jugak rest. Phew~
Around 7.40pm, we had our dinner at the hotel's restaurant - The Charcoal and sekitar jam 9, most of us gathered at RP Entertainment, a bar establishment managed by the hotel. Of course lah diorang enjoy their night with liquors and live bands, aku tak pergi pun sebab ada plan lain dengan bro Irfan. 
Yahuu! The KTV Firezone. Pulun tu pergi Citta Mall. Tak jauh pun, just 5-minute drive from hotel. 
Karok berdua je malam tu since brother Razif dan Nuh tak dapat join sesi teambuilding ni atas urusan keluarga. Asalnya booked satu jam, tapi tak puas pulak. Tambah sejam lagi, and as part of package diorang bagi additional half an hour. 
Masuk second half member dah tak larat dah. Haha
Yang ni je still energetic lagi, maklumlah bukan selalu dapat karok ni.
Jam 1 pagi jugak kami sampai hotel. Bersihkan diri and alang-alang tak mengantuk tu bukak laptop jap dan flag email kerja yang pending my action. Flag dulu, minggu depan baru reply. Haha
Aktiviti hari terakhir teambuilding kami bermula sekitar jam 8.30 pagi, so sempatlah breakfast dulu.
Event pagi fokus on teamwork dan juga coordination.
Around jam 12.30pm, we had our lunch at Ti Chen Restaurant, juga managed by the hotel. Unlike sebelum ni berkonsepkan buffet, kali ni we were served with 8 oriental dishes.
Dalam jam 1.30pm, aku bergerak ke Masjid Ara Damansara untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, khutbah yang short dan juga concise, so dalam jam 2.10 petang tu dah settle solat semua. Cuma barai kat traffic light je. Dah la banyak, pastu lama pulak. Sampai hotel ngam-ngam 2.30. Jarak 5km je kot. Huhu
Modul petang pulak called "The Endgame" mostly focused on our application of all modules yang kami belajar dalam training ni and as what the trainer concluded; we have passed the test and indeed work as one unit. Well done guys!
Dalam jam 5 petang, we concluded our event dengan closing remarks from our CEO, Mr Praba and CHRO, Mrs Ernly.
One last picture before pulang ke rumah masing-masing.
Around 5.30 petang aku memulakan perjalanan pulang ke Rawang. Belum apa-apa lagi dah jem kat Tol Subang ni, nasib baik NKVE clear. Sampai Rawang pickup wife dalam jam 6.40 jugak, anak-anak memang dah mintak mak ayah tengokkan semalam. 

Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry pagi ni. A very good event yang patut company buat untuk instil togetherness among staff dan eliminate mindset "kerja korang, korang punya pasal" dan tukarkannya ke "WE ARE 1 TOUCH N GO"