Monday, May 22, 2017

Kisah AKU n Weekend @ Asahan

Assalamualaikum,

Aik, petang Isnin baru nak update? Tak kerja ke hari ni, senang lenang je update blog time office hour ni. Huhu. Memang pun, aku cuti hari ni. So, nak update cerita minggu lepas sebenarnya. 
Petang Isnin submit tender IJM, hari Selasa tu sempatlah berehat sekejap di HQ sebelum menyambung tugas..:-)
Rabu-Khamis full dipejabat TPM untuk submission tender PNB pulak. Haha, gila betul. Satu minggu 5 tender kitorang submit. Memang busy beb BD department minggu lepas.
Selamba je hantar tender naik LRT. Tak kuasa aku nak drive pergi Menara PNB tu. Dah lah jem, parking belum tentu dapat lagi. Nasib baiklah tender kali ni tak setebal BRT hari tu. Huu
Sabtu - Seperti yang dijanjikan aku bersama parents ke Melaka untuk melawat Along. Asalnya diorang kata nak naik bas, sebagai anak lelaki bersalah pulak rasanya. So, instead of drop diorang ke Terminal Bersepadu Selatan, aku pun offer untuk hantar terus ke Asahan.
Singgah R&R Nilai for breakfast. Bila singgah sini, tak sah kalau tak makan Nasi Lemak Manjo. Buat siapa-siapa nak ke Selatan yang berhenti R&R Nilai ni, korang memang kena try. Kalau tak rugi beb! 
Alang-alang ke Selatan, kami singgah Nilai dulu melawat Acu Nani yang baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan. Tambah sorang lagi sepupu aku. Huu. Tak lama pun lepak sini, adalah dalam setengah jam je. Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Ladang Bukit Asahan sekitar jam 4.30 petang. Oleh sebab penat minggu lepas pun tak habis recover, aku ketiduran sampailah Maghrib..:-p
Makan malam bersama di Jasin..:-)
Eh, apasal ni? Makan kat restoran lain-lain ke?? Haa tu lah, nak dijadikan cerita. Restoran first yang kami pergi tu (eloklah tak mentioned dalam ni) servis punyalah lambat selambat alam. Mana taknya, tukang masaknya sorang. Yang si waiter tu pun dok sedap amik order. Sempat jugak tengok adegan perang mulut malam tu. Haha. Sudahnya kami bayar air dan makan kat restoran lain.
Bro Syazwan kata nasi kukus kat sini sedap. Jom kita try sepinggan.
Nasi Kukus Daging Berempah. Tambah sikit telur masin. Perggh, memang tip top. Okay, untuk sesiapa yang dah sampai Jasin and nak try makanan baik dari dapur ni. Boleh lah singgah ke Nasi Kukus Sallimna yang terletak di JC 1863, Bandar Jasin Bestari Seksyen 2, Jasin, Melaka. Kalau susah sangat nak jumpa, cari landmark Mydin Hypermarket Jasin. Dekat-dekat situ je.
Ahad, 4PM - Aku bergerak dari Asahan meninggalkan mak ayah bersama Along. In Sha Allah, hari Jumaat diorang balik sini untuk menyambut Ramadhan pertama untuk tahun 2017 ni. Rupa-rupanya itu lah plan ayah. Nanti diorang balik satu kereta je, boleh tunjuk jalan alternatif ke Utara kat abang ipar aku tu..:-)
Are you ready Nescafe? We gonna hit the highway now!
Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Sungai Buaya sekitar jam 7 petang. Lewat sikit dari biasa - jalan agak sesak nak keluar Tol Simpang Ampat, trafik perlahan di Senawang dan juga terpaksa lalu ELITE since jalan utama KL banyak yang tutup angkara StanChart Marathon tu..:-P
Ni cerita pagi tadi pulak. Singgah breakfast kat Salam Sentosa jumpa Tn. Mustam untuk finalizekan urusan loan rumah. Then, I got myself a new haircut. Macam takde beza je. Haha 

Okaylah korang. Tiba-tiba pulak bos call tadi, ada urgent quotation nak kena submit. Haishh nasib, off-day pun kena stay alert. Camne lah kalau aku nak bercuti luar negara nanti, gerenti tak dapat fokus punya. Haha. Bersyukur lah bro, ada orang hari minggu pun kerja. Stop whining!

P/S: Championship Playoff Final - Reading vs Huddersfield. Siapa yang akan mengikut jejak Newcastle and Brighton ke EPL next season? Personally, aku sokong Huddersfield. Go Terriers!

Monday, May 15, 2017

Kisah AKU n Sepetang @ Perpustakaan Raja Tun Uda

Assalamualaikum,

Adoi, boleh pulak terlelap lepas Isya' tadi. Ingat nak baring sekejap while nak tunggu laptop cool down. Apa boleh buat, dah nak masuk 8 tahun Miss Dell ni dengan aku. So, faham-faham je lah performance pun dah tak semantap malam pertama. Haha. Okay lah, simple entry je malam ni. Nak story sikit quality work time with my bos dekat Shah Alam hari Sabtu lepas. 
Okay, seperti yang dijangka minggu lepas memang agak hectic dipejabat. Boleh kata almost setiap hari pukul 8 malam baru aku balik rumah. Yelah, balik awal pun bukan ada orang kat rumah. Elok pun sebenarnya, jalan pun clear.
Haa tengok lah, kadang-kadang kereta aku je yang tinggal kat basement parking ni. Seram beb, teringat Clown Prank pulak. Huu
Pagi Jumaat ada tender briefing + site visit di LKSA. Ingatkan petang tu nak ke TPM untuk siapkan tender IJM. Baru je sampai office TPM, tiba-tiba dapat call from our Iron Lady, katanya minta return to HQ untuk assist KLBRT team for our presentation to SPAD. Dilema beb time ni! Yang IJM ni nak submit hari Isnin, presentation SPAD tu pun hari Isnin jugak. Setelah diingatkan to whom shall I report, aku pun balik ke HQ dan chose to lend support untuk buat slides presentation sampailah jam 8.30 malam. Itupun tak settle lagi since ada partners kami yang tak send their slides. So instead of tunggu,  Puan suruh balik and sambung buat hari Sabtu je.
Luckily, hari Sabtu we decided to start petang. So I got an ample time untuk rehat after having quite a strained week. Pukul 2.15 aku gerak dari Sungai Buaya dan sampai at our meeting point at The State Library of Selangor, or known as Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Kenapa kat sini pulak, apasal tak kat office? Well, sebab library ni just 5 minutes je dari rumah bos aku. Haha
 
Aku pernah pergi Perpustakaan ni time menuntut di UiTM dulu. Buat video dokumentari Public Finance rasanya. Maybe you guys can click this link. Haa, betul lah - 23 November 2013. That's almost 4 years back and I'll always remember that date.
Cantik library ni. Well managed, clean dan very organized. Pengunjung pun boleh tahan ramai sampai nak cari parking kena tawaf 3-4 kali baru boleh dapat yang dekat. Kalau tak alamatnya kena parking jauh lah. But don't worry, kalau parking jauh pun still boleh lift shuttle yang beroperasi sekitar area Perpustakaan ni..:-)
3PM - Kami start brainstorm dan settlekan the presentation slides. Eh, kami? Macam ramai je? Apa benda yang ramainya, aku dengan Puan je yang buat slides hari tu. Nasib baiklah time belajar dulu suka buat presentation, so memang dah biasa sangat buat benda ni..:-p
Well, kalau time belajar dulu bolehlah siapkan slides 2-3 jam. Yang hat level dah masuk kerja ni kena buat betul-betul and must be detail but still, the concept is presentation bukan membaca. So, kami wrap up the work around 8.30 jugak malam tu.
We left the library around 9PM. Ingat nak lepak sekejap dengan bro-bro. Tapi memikirkan yang aku pun dah lemau gila plus baru sangat jumpa diorang minggu lepas. Aku pun decided untuk balik rumah. Kawan-kawan kat sini pun takde, last-last singgah tapau burger je buat dinner. Nak makan nasi pun tak larat beb!

Alright guys, cukuplah entri tangkap muat malam ni. Gotta sleep now. Esok nak kena bangun awal, ada tender nak kena submit. Yang penting lepas submit pukul 4 petang ni aku nak terus balik rumah. Adieu!

Wednesday, May 10, 2017

Kisah AKU n Wesak's Eve

Assalamualaikum,

Selamat Hari Wesak diucapkan kepada rakan-rakan Buddhist yang menyambut perayaan ini. Itu lah bestnya hidup dekat Malaysia, banyak cuti! Sebabnya kami disini hidup berbilang kaum dan bangsa, jadi diorang cuti kami pun cuti. Elok lah, sebenarnya seminggu dua ni quite exhausted jugak dipejabat. Memang perlukan satu hari day-off to recover. So, dipetang yang tak berapa panas ni aku nak berkongsi aktiviti semalam bersama Brotherhood Sungai Buaya. Jom selak sikit!
Semalam ada discussion with peoples from AZRB. Buat petang pukul 4.30, memang gua packing barang terus lah. Haha. Tak sampai sejam pun discussion, pukul 5.15 habis tu aku terus gerak balik rumah. Sampai elok je before 6. Jalan heaven beb, terbentang luas mata memandang..:-)
Happy 60,000 KM my dear Blueniey. Baru pakai 2 tahun, tapi mileage dah macam apa. Haha
Sampai rumah terus siram pokok bunga mak (karang layu mampus aku kena hambat..Haha), pastu solat Asar. Before taking a short nap, aku text bro-bro kat group WhatsApp. Thank God! Semua free - Aku dah sampai rumah, Afiq tak shift malam, Dolah baru je balik Sungai Buaya dari UNISEL. So, kami set to lepak together. Lepas confirmed baru aku tidur. OOTN - simple grey shirt and pant. Selain merah, aku cukup berkenan kaler kelabu ni..:-)
Mula-mula aku yang offer nak pick up diorang ni, tapi Afiq kata dia boleh amik. Memang pucuk dicita ulam mendatang lah. Haha. Tapi, dah naik kereta kawan ni memang normally aku bawak sekali lah SmartTag sendiri. Baru fair and square.
Bro ni minggu depan nak start final exam. Tapi selamba badak je join, nak prepare minda katanya. Huu
10.30 PM - Plannya karok dulu dekat Rawang, then merayau ke Kuala Lumpur. Memang betul kami bertiga last karok Mac lepas, tapi yang jadi kutu rayau tu dah lama tak buat.
Feeling habis nyanyi lagu Taman Rashidah Utama. Ada sejarah ke lagu tu bro? Ohh yelah, ex kau kat sekolah dulu nama Rasyidah. Haha
Kelakar betul bila ingat a question throw by my office-mates dulu. Ada ke diorang tak percaya aku ni kaki karok. Mungkin tengok muka aku yang nerd ni kot. Haha. Well, karaoke ni merupakan my premier recreation activity tau. Sorang-sorang pun boleh layan kalau dah sangap gila. Huu
Haa, si Afiq ni pun feeling lagu Ukays. Dah lah bro, move on je. Bunga bukan sekuntum. Tengok aku, tiga kuntum bunga layu, tak sempat nak sedut pun madu. Steady je..:-)
Habis karok around jam 12.30, aktiviti malam Wesak diteruskan dengan merayau disekitar ibu kota Malaysia ni. Bayangkanlah sejak Afiq kerja shift, Dolah pulak sambung belajar memang kami tak pernah melepak sampai lewat pagi macam ni. Habis-habis pun lepak kat Kedai Siam je. Nak tahu bila last? Sila klik link ni. Haa, amik kau. Setahun lepas beb! Time tu aku sedang menganggur after being terminated from CapSource, Afiq pulak baru je start kerja Domino and Dolah belum masuk UNISEL pun. How time flies man..:-)
Late dinner at Nuri Seafood, Kampung Baru. Kalau nak tahu, yang hat kitorang lepak setahun lepas pun makan kat sini jugak lepas merayau. Buat teruk anniversary apa gila? Haha. 

3AM - We made our way back to Sungai Buaya. On the way tu bersembang lah next vacation plan since we stalled our Bangkok Trip due to ada bro yang sangkut PTPTN. Holiday dalam negara pun okay apa, plannya nak pergi pulau. Tentatively, nak ke Perhentian tapi tu subjected to changes lah. Mana-mana pun okay bro, asalkan dengan korang. Haha

P/S: Middlesbrough relegated from Premier League Sabtu lepas. Maknanya Newcastle je lah wakil Northeast England. No Tyne-Wear and Tyne-Tees derbies lah season depan kat EPL.:-)

Sunday, May 7, 2017

Kisah AKU n We Are The Champions!

Assalamualaikum,

Malam ni merupakan antara malam terbaik dalam hidup aku sebagai penyokong setia Newcastle United. Kelab yang aku sokong sejak berumur 10 tahun ni sememangnya sebuah kelab yang penuh dengan kejutan. Sekejap perform, sekejap down. Setahun yang lepas The Magpies tersingkir dari top tier English football dan relegated. Dan sekarang we're back and much sweeter, baru sekejap tadi our beloved Newcastle crowned as the Champions of Championship League. Entri malam ni nak story lah macam mana debarnya aku mengikuti final match yang menentukan kejuaraan liga ini tadi.
Macam biasalah, stream dekat Vipbox. Match tadi berlangsung jam 8 malam waktu Malaysia. Tak payah nak bangun awal pagi, kunci jam segala bagai. Haha
Our Spaniard, Ayoze Perez meletakkan The Magpies didepan melalui cheeky back-heel goal yang memperdayakan goal keeper Barnsley seawal minit ke-23.
Diikuti dengan gol rebound dari defender, Chancel Mbemba pada minit ke-60. 
Dwight Gayle menambah luka Barnsley dengan jaringan pada minit terakhir sekaligus melengkapkan malam gemilang The Magpies. Sekarang ni kami ternanti-nanti result match diantara Villa dan Brighton. As being mentioned before, if Brighton draw. Newcastle will be victorious.
and finally, memasuki minit-minit terakhir perlawanan, Jack Grealish (Villa) menyamakan kedudukan that effectively send The Magpies to the top of the league. Seperti yang diharapkan dalam previous entry aku "the best scenario is diorang slipped dan we won our remaining games...". It really happened. Thank God. Huu
Oi, melompat aku time ni beb! Tapi kali ni pakai seluarlah. Dulu time promoted sampai tertanggal kain. Haha
 
Our gaffer, Rafael Benitez mendahului senarai penerima Championship medal..:-)
Yeay! We are the Champions! Seronok tak terkata der, walaupun tengok dalam henset. Takpelah pasni dah masuk EPL, boleh layan bola kat AstroHD pulak. Hehe 
Ni haa, gambar proper sikit. Rembat kat page EFL..:-p
Thank you King Rafa for keeping your word. Now, let's storm the EPL and destroy em'. The Rafalution has begun!
After 46 matches, ni lah final table.
A tribute banner from EFL for our success to clinched the Championship title.
and of course from us, Toon Army Malaysia. Howay The Lads!
Selfie seround after match. Its indeed a very good time to be a part of this great club. Promoted, Champions dan sudah tentu our fierce rival, Sunderland relegated. What's next? King Rafa must stay, splash some cash for extra muscles, be a title contender next season and hopefully, rejoin the Elites. Amin.

Tak kisah lah esok kerja ke tak, yang penting aku nak sambung main Total War sampai 2 pagi lepas ni sebab hati banyak senang der. Huu

Kisah AKU n Jimba-Jimbo @ Space U8

Assalamualaikum,

Ni hujung minggu ketiga berturut-turut aku duduk kat rumah sorang-sorang. Minggu pertama family pergi bercuti, minggu lepas ke Muar menghadiri majlis persandingan Sofea & Nordin. Hat minggu ni pulak pergi melawat adik kat Nilai, kebetulan Opah ada kat sana jugak. Hari Selasa ni baru balik katanya. Okay, tak nak cakap banyak. Nak kongsi sikit aktiviti semalam aku kat Shah Alam bersama Brotherhood UiTM..:-)
OOTN semalam. Lama tak pakai baju polka dot ni. Hee
Aku keluar rumah around 8.30 malam dan sampai sekitar jam 9. Terus pick up bro Joe dan Yat kat rumah sewa diorang and heading to Space U8. Niat hati nak berkarok + tengok wayang. Tapi cerita semua cam shit, so kami putuskan untuk karok je.
Betul tak aku cakap, asal datang Shah Alam diorang berdua ni lah yang selalu ada pun. Pok Jad tah mana hilang semalam. Since ada plenty of time, 2 jam setengah jugak kami lenjan. Mana taknya, last karok dengan diorang ni bulan 1 hari tu. Sangap derr.. Huu
Sabar menunggu giliran. Huu
Feeling habis si Yat ni nyanyi lagu Kangen Band. Haha
Freddy in action. Amazingly, update pulak lagu-lagu kat sini. Syamel ada, Haqiem Rusli ada. Wany Hasrita pun ada beb!
Haha. Korang tengok Space U8 ni. Baru pukul 1 kot, dah gelap camni. Tapi mall ni remain my favourite when it comes to meluangkan hujung minggu. Sebabnya, tak ramai orang, parking pun senang. Nak cari tempat makan pun ada banyak dekat area U8 ni.:-)
Snap gambar seround before balik.
Nak jugak. Diorang dah masak dengan habit aku ni. Sejak zaman belajar lagi. Huu
Singgah late dinner kat Khalifah. Tempat lepak zaman muda-muda dulu. :-p
Around 2.30 pagi, aku hantar diorang balik and made my way straightly to Rawang. Sampai rumah solat Isya dulu before ketiduran.

Okay lah guys, nak main Total War jap. Malam ni tak sabar nak tengok final match Newcastle kat Championship ni. Maklumlah, season depan dah main Premier League. Berjumpa lagi dilain entry ye. Till then, take care!

P/S: Saja main Napoleon: Total War ni balik, semuanya gara-gara tengok Miniseries Napoleon kat History Channel hari tu..:-)