Showing posts with label Travel - Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Travel - Langkawi. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Goodbye Langkawi!

Assalamualaikum,

Ini merupakan entri terakhir untuk Travelogue Langkawi aku bersama Quatriz. Terima kasih kepada sesiapa yang sanggup baca dari awal sampai akhir. You guys memang the best! Okay lah, tak nak cerita panjang, sekarang pun dah pukul 1 pagi. Esok nak masuk kerja balik and I'm sure it will be another Gloomy Tuesday. Haha
Okay, sambungan entri yang lepas. Selepas membeli belah untuk kali keduanya di Pekan Kuah, kami dibawa ke Dee Thai Restaurant untuk lunch. Ni lah lauk kami untuk hari tu - Siakap 3 Rasa, Udang Masak Cili, Mixed Vege, Sotong Goreng Tepung, Lala Phatphet, Claypot Beancurd dan juga Sirap Limau. Puas dah makan ikan 2-3 hari ni..:-p
Bukan main seronok anak si Izuwan tu..:-)
Awat muka sedih je Shah? Macam tak nak balik KL je. Kalau tanya aku pun, memang tak ready lagi nak balik. Banyak tarikan yang belum aku lawat, instead of shopping sampai 2 kali. Aku berpendapat baik satu slot diisi dengan melawat Makam Mahsuri dan tempat-tempat bersejarah yang lain. That's why Langkawi ni hailed as Pulau Lagenda. Tak tahu lah orang lain, tapi untuk pencinta sejarah macam aku ni. Memang 'orgasm' sikit kalau melawat tempat-tempat bersejarah. Hehe
Bas sempat lalu di kawasan pembunuhan Mahsuri. Ada sebuah tugu keris yang dibina oleh Authority untuk mengenang peristiwa itu. Sedih beb bila En. Azam bukak cerita pasal lagenda Mahsuri. Rasa nak mengalir air mata aku ni, tapi sebab takde siapa dalam bas tu yang amik port sangat. Aku pun tahan je lah rasa tu, karang orang kata over pulak. Haha
Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 2 petang.
Dari kiri - Kak Azie, Arif, Zaaba dan Shahrul.
Posing wajib kat airport. Jadi model luggage sekejap..:-p
While waiting for some of our friend yang nak wrap luggage. With Kak Nurul and Kak Amelia.
Another quality picture from Arif's GoPro. Rasa macam nak kena beli sebijik jugaklah..:-)
 Wefie seround!
Sempat selfie before kena tegur dengan crew. Haha, suka hati lah..:-p
Penerbangan AK6313 berlepas dari LGK jam 4.30 petang. Ketiduran aku sepanjang flight hari tu.
Mendarat di KUL sekitar jam 5.30 petang tanpa sebarang gangguan.
Tengah tong-tong nak bayar parking. Satu kereta kena dalam RM140 jugak, kira sorang kena bayar around RM45. Okay lah tu, dari parking kat TBS, pastu naik ERL. Lebih kurang je kot harga dia.
Bersama Shahrul, sharing the same department with me. This trip merupakan yang terakhir buat dia dan Quatriz. He resigned from his post about a couple of weeks ago for a better opportunity. Godspeed bro for your future endeavor. In Sha Allah, bulan 2 next year aku datang majlis hang dekat Temerloh..:-)
Jalan sesak dari KLIA ke Bukit Jalil. It took us almost an hour. Sampai rumah Saiful dalam pukul 7.40 PM, dan aku terus memandu pulang ke Rawang. Singgah TESCO untuk solat Isya and cari KFC, muak beb makan ikan hari-hari. Ni cari Zinger pulak.
Souvenir yang sempat aku beli kat Langkawi. I'm a family guy, so tak kisah lah duit habis asalkan family dapat buah tangan dari pulau lagenda ni. Haa, cawan Wifey tu jangan fikir lain eh. Tu aku beli untuk akak aku, dia kan nak kahwin dah bulan 12 ni. So, a part of hadiah kahwin dia dari aku..:-)
Dan untuk aku sendiri, memang jujur beli satu keychain je buat kenangan. Plus, dapat baucer Giant RM 100 untuk lucky draw (itu pun bagi kat Mak). Nevertheless, apa yang aku dapat ialah kenangan dan memori bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz. That's already precious for me, and of course, aku bawa pulang sekali knowledge mengenai sejarah, hikayat, mitos dan lagenda pulau ini. At least, kalau diberi peluang dah ada family boleh lah cerita kat anak-anak buat bedtime stories. Huhu.

Okay lah, maka berakhirlah 10 entries untuk Travelogue Langkawi aku. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengalamanku berada kat pulau bersejarah ini. Okay lah, nak tidur dah. Esok gua nak kena pergi Bangsar South, ada kerja sikit kat sana untuk 2 minggu ni. Semoga berjumpa di lain entri, till then. Take Care!

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Shopping Spree @ RAMS & Pekan Pandak Mayah

Assalamualaikum,

Pagi ketiga kami agak havoc sikit. Mana taknya, bas dijadualkan bergerak meninggalkan Frangipani pukul 9.30. Kami pukul 8.30 baru bangun tidur. Nasib baiklah aku dah siap packing awal-awal, so mandi cepat-cepat and then breakfast kat Mentari.
Breakfast Nasi Lemak dengan Guava Juice. Terasa nak makan nasi pulak hari tu..:-)
Pukul 9.30 pagi, kami check out dari Frangipani. Ada sesi bergambar beramai-ramai di lobi before boarding. Diorang tak share lagi gambar tu, dah lama tunggu ni.
We had another shopping spree di Pekan Kuah. Kami dibawa oleh En. Azam untuk melawat RAMS. Sebuah pusat membeli belah bebas cukai yang terletak di Pekan Rabu, Kuah. Lebih kurang macam HIG, cuma lebih kecil sedikit.
Di bahagian tekstil dan home deco. Mula-mula naik Level 2 ni, aku rasa aku je lelaki yang ada kat aras ni. Haha. Ada lah nak beli sikit untuk family, and yang paling penting "cadar kereta". Haha
Bro-bro ni aku perasan dari HIG, sampailah ke RAMS ni. Memang cari perfume je. Tak pandang benda lain dah. Haha
Set pinggan mangkuk yang cantik dan berpatutan. Ni kalau mak nampak ni, konfirm dia borong satu RAMS ni. Haha
Our next destination is Pekan Pandak Mayah. Beliau merupakan bapa kepada Mahsuri, lagenda Langkawi yang paling mahsyur. Sayangnya tak dapat nak pergi melawat Makam Mahsuri, kalau tak boleh mandi perigi kat sana. Biar hilang sikit malang aku ni, asyik tak nak melekat je..Haha
Pekan ni juga merupakan tempat yang excellent untuk membeli belah. Ada berpuluh premis bebas cukai yang terdapat disini. 
Still ingat Haji Ismail Group? Kat sini lah kedai pertama beliau sebelum expanded to other part of the Island. Sini jugak menempatkan another famous duty free franchise seperti Warisan dan Langkawi Saga.
Kat Pekan Pandak Mayah ni most of us berpecah. Aku malas nak ikut group bro-bro tu, diorang cari perfume dengan barang sukan je, yang aku ni banyak benda nak cari - keychain, fridge magnet, t-shirt etc.
Sunderland? WTF, ada Mackem ke kat sini? Gua dah la Geordie, memang pantang jumpa Mackem ni. Haha

Around 1PM, kami kembali ke bas dan ianya membawa kami ke Dee Thai Restaurant untuk makan tengah hari kami yang terakhir di Pulau Langkawi untuk kali ini.

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Dinner @ Fish Farm Langkawi

Assalamualaikum,

Entri ini merupakan entri untuk malam kedua kami di Langkawi. Tak banyak aktiviti kami untuk malam tersebut, cuma makan dan berhibur. Berhibur jenis apa? Scroll je kebawah, nanti korang tahu lah..:-)
Fish Farm Restaurant ni antara seafood restaurant yang boleh tahan popular jugak kat pulau ini. Both interior and exterior designs memang cantik dan kreatif. Tambahan pula, ada jetty-seat yang membolehkan pengunjung menikmati hidangan sambil ditemani bayu Laut Andaman, tapi kena bayar lebih lah..:-)
Luckily, we had our jetty-seat experience. Memang nyaman, sepoi-sepoi bahasa je angin kat sini. Maybe sebab petang agak panas, so malam lawannya sejuk. 
Dari kiri - Helmi, Zaaba dan Arif.
Dari kanan - Azrul, Shah, and tangan Tain..:-p
Memang semua kebulur sangat sampai tak sempat nak snap gambar hidangan yang ada. But, let me share with you guys apa yang kami lantak that night - we had 2 set of Steam Grouper (Hong Kong Style and Bena Paste), A1 Thai Prawn, Hometown Bean Curd, Smoke Duck, Nyonya Style Squid, Thai Manggo Salad, Clams Lime Steam, Stew Soup and a Mango Juice. Dengar pun dah kenyang kan? Haha
Bergambar kenangan sebelum berangkat meninggalkan Pekan Kuah.
Around 10PM, kami tiba di Hotel. Berehat sekejap before rally balik di lobby sekitar jam 11. Our next destination is berhibur sampai lebam di Sun Block, berhampiran Frangipani. Ni takde dalam tentatif, kitorang je pandai-pandai plan. 
Aku tak sure the exact number of people yang join, tapi memang lebih dari 10 dan tak melebihi 20 orang. Dan aktivitinya adalah..
Tadaa! Karok Time! Memang semua kat sini kaki karok, tengok cara pegang mic pun dah tau. Haha
Saiful paling perform malam tu. Sepatutnya buat award, baru thrill..:-p
Sekitar jam 2 pagi kami semua pulang ke Frangipani. Aku dan Shah terus masuk bilik, yang lain semua sambung main poker sampai pukul 5 pagi. Tak penat ke gila! Haha

Esoknya merupakan hari terakhir kami di Langkawi. Next entry - Shopping Spree @ Pekan Pandak Mayah. Bring it on!

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Shopping Spree @ Kuah

Assalamualaikum,

Seperti didalam tentatif yang telah ditukar, kami dibawa oleh pihak Asian Overland ke Pekan Kuah untuk sesi membeli belah. Sedikit mitos mengenai Pekan Kuah, namanya diangkat seiring dengan peristiwa pergaduhan Mat Raya dan Mat Cincang. Dimana ketika klimaks pergaduhan, sebuah belanga berisi gulai/kuah telah disepak jauh ke Selatan Langkawi dan kuah itu mengenangi kawasan itu yang kemudiannya dinamakan Kuah.
Destinasi pertama kami ialah Toko Batik Langkawi yang menempatkan produk-produk batin, pelikat, songket dan pelbagai jenis kain yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah dari Tanah Besar.
Dah nama pun orang bujang, memang datang sini bersembang je lah sementara menunggu. Tapi aku ada lah beli 2-3 pasang songket untuk mak dan Along..:-)
Just across the road from Toko Batik, berdirinya Kompleks Gamat Nusantara yang menempatkan pelbagai jenis produk berasaskan gamat, be it from minyak, gel, shampoo, sabun dan even minyak lintah! Nampak brader tu tengah buat promo baik punya.
Sempat jugak tengok proses buat minyak gamat. Orang lain semua berhimpit tengok dari depan, aku selamba je masuk ikut pintu belakang. Huhu
Try Tongkat Ali asli. Memang payau rasa dia, tapi sekali minum payah nak turun dah.. Hahaha
Shortly after that, bas membawa kami ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Untuk pengetahuan semua, Haji Ismail merupakan seorang usahawan Melayu Langkawi yang berjaya. Business HIG merangkumi dari retail, hotel, mall, property dan juga travel segment. Kesemuanya diuruskan oleh anak-anak beliau.

Sedikit gambar dalam HIG Mall. Kompleks ni merupakan syurga membeli belah buat pengunjung pulau lagenda ni, ianya menempatkan premis yang menjual barangan bebas cukai. Cakap je lah coklat, perfume, rokok, pinggan mangkuk, cadar etc. Semuanya ado dan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan!
Ni syurga lelaki yang merokok. Nasib lah aku ni tak merokok, so tak amik port pun..:-)
Bergambar didalam premis chocolate. Semua jenis coklat import ada kat sini. Of course untuk sesiapa yang mengenali diri aku ni, I'm not a chocolate lover, tapi adalah beli 10 jenis bawak balik untuk family.
Perbincangan serius..:-p
Bagus betul Arif ni bawak GoPro, dapat lah amik gambar cantik camni..:-)
Our next destination is the Dataran Lang, a home for the famous statue of Helang Perang of Langkawi.
Quatriz's staffs bergambar bersama tugu Helang Perang Langkawi.
Serius bila aku tengok Helang ni, terus teringat part Mighty Eagle tengah kencing dalam Angry Bird. Haha. Damn!

Setelah melawat dan puas bershopping di Pekan Kuah, kami dibawa oleh En. Azam untuk menikmati makan malam yang disediakan di Fish Farm Restaurant, Kuah. Nak tau apa yang kami makan? Klik next for entri seterusnya.