Monday, December 31, 2012

Kisah AKU n Memories 2012

Tepat jam 12 tengah malam hari ini, 2012 akan melabuhkan tirainya dan menandakan permulaan tahun 2013. Seperti biasa untuk menutup entri 2012, dan meneruskan tradisi yang dimulakan pada tahun 2010 - diarimcbride akan melaporkan a brief summary tentang perjalanan hidup aku pada tahun 2012, dan juga sedikit comment tentang resolution 2012.

May 2012 - menjadi TUNAS SMF FSPPP

June 2012 - mengendalikan program pertama aku di UiTM didalam Program Forum Pemikiran Pemimpin Negara sebagai Pengarah Program & Panelist

July 2012 - tamat pengajian semester kedua a.k.a first year.
September 2012 - memegang portfolio EXCO Penempatan & Non Resident SMF FSPPP
October 2012 - memegang status CDL untuk lesen kereta..kii
Disember 2012 - mengenali Lawn Bowls yang menjadi kegilaan aku sekarang, menggantikan sukan badminton.

Alright, sekarang ni jom kita review sikit Resolution 2012. Jom kita tengok samada azam yang diletakkan tercapai ke tak :

1. CGPA ok : So far setakat ni CGPA aku untuk 2 semester still above 3 - iaitu purata terkumpul sebanyak 3.35. Ianya boleh dikategorikan sebagai success untuk tahun ni.

2.Tambah kawan : kalau nak diikutkan memang ada penambahan kawan tahun ni - SMF, alumni & senior SMF, JPNR, Team Lawn Bowls. So, I'd love to consider this as success too.

3. Aktif dalam persatuan - Alhamdulillah, maybe ini kejayaan paling jelas. Dengan memasuki SMF, ternyata resolusi ini dah berjaya.

4. Join SAF 2012 - Walaupun bukan dalam badminton, aku masih berpeluang join SAF dengan menyertai Team Lawn Bowls. Completed.

5. Membahagiakan ibu bapa - erm yang ni aku tak tau nak nilai macam mana, biar mereka yang tilai.

6. Blogging - masih bertahan nampaknya blog ni..

7. Pengganti - No comment

Sebagai kesimpulan, ingin aku rakamkan jutaan terima kasih pada 2012 kerana telah memberikan banyak kenangan manis yang boleh ku simpan untuk tatapan di hari tua..huu. Nantikan 2013 Resolution hanya di diarimcbride!!

Sunday, December 30, 2012

Kisah AKU n Final Examination Pt. 3

Assalamualaikum semua, peperiksaan akhir semester 3 bakal berlangsung dan membuka tirainya pada 3 Januari 2013. Dalam banyak-banyak edisi final examination yang pernah aku hadap kat UiTM ni, this edition yang aku paling kurang prepare, malas dan juga bekalan carry mark yang sikit. Tapi, keep calm and steady kata orang putih - still got time maa, cuma lega dengan jadual sebab ada gap yang boleh tahan lamanya untuk paper-paper aku.

Orait, seperti biasa aku akan letak target untuk setiap paper, and as I mentioned before, kurangnya preparation membuatkan expectation untuk aku semester ni mestilah realistik but achievable. Jujur cakap untuk part 3 ni - kod subject, nama lecturer, kelas pun aku tak ingat as compare waktu part 1 & 2.

1) CTU 553 - Hubungan Etnik. Sepatutnya aku takde masalah dengan paper ni but aku target A-, carry mark aku 39 out of 50..

2) ACC 280 - Management Accounting, paper yang aku paling takut..aku cuma tau 3 chapter je, lagi 2 tu aku tak faham langsung. Carry mark - sangat menyedihkan, aku rasa bawah 20 kot, wuu. Target : C (no choice sebab aku nak lulus je paper ni)

3) PRO 458 - Public Relations, paper ni aku suka sebab presentation DRB HICOM aku dipilih menjadi case study untuk satu kelas..expectation tak banyak sebab senior cakap lecturer ni jarang bagi A kat student. Carry mark aku tak tau and target aku at most B+, at least B

4) ADM 551 - Human Resource Management, paper ni memang aku minat sebab ia kena dengan jiwa aku but kepincangan dalam time management dimana aku lebih sibuk dengan urusan persatuan, membuatkan aku failed mid term. Carry mark, not so sure but so far Miss Ria cakap presentation , case study, assignment OK. Above all, I still have faith untuk paper ni. So aku target at most B+, at least B

5) ADS 510 - International Relations, paper fevret aku sebab presentation yang konsisten every week. In addition, kebanyakkan subjek dalam ni aku dah belajar sendiri waktu zaman sekolah. Still remember yang aku ada cakap pernah buat buku sendiri.? That's right, dalam buku tu terkandung hampir setengah content IR ni. Carry mark yang agak tinggi iaitu 35/40 membuatkan aku jadi lebih yakin untuk menggengam A+ dalam paper ni - at least A-

6) LAW 503 - Advanced Business Law, satu lagi paper law. Dah 3 sem membuktikan aku tak pernah dapat A untuk paper law. Carry mark aku tak pasti, untuk target harap-harap dapat B+ pun dah OK, at least B

Peperangan ketiga dalam peringkat Ijazah aku, cuma berharap pointer yang baik dalam range 3.00-3.10. Tak mintak lebih, sebab aku faham kehidupan aku yang penuh liku ni..huu. Wish me luck guys!!

Monday, December 24, 2012

Kisah AKU n Badminton : I'm Done

Salam semua, semalam aku ayah, adik and Abg Akram meluangkan masa bermain badminton kat BBGC. Lama dah tak pegang reket, memang kekok jugaklah nak servis semalam. Footwork lagilah memang bantai je semalam.
Stretching dulu before main, nanti jadi macam hari tu seminggu jugak jalan terkengkang..huu
Main 2 jam je malam semalam. Asalnya ajak-ajak ayam je, betul-betul pulak diorang nak main. Sudahnya aku pun join la jugak.
Badminton ni sejarah dah bagi aku. Kalau main pun just untuk suka-suka je. Tak fanatik cam dulu sangat, apa sebabnya ek? Pandai-pandailah korang teka.
Sebab bateri tinggal satu bar, aku tak dapat nak record. Tapi malam semalam memang agak disaster jugaklah aku main. Footwork, pukulan semua hancur, walaupun stamina ada lagi..tapi yang peliknya takde pulak aku down, just terima kekalahan tu..huu
Ayah lah yang paling frust bila aku tak main elok-elok semalam, mungkin dia rasa yang aku still minat gila kat badminton kot. Abg Akram kalahkan aku straight set kot semalam, huu..dulu selamba je aku tibai dia bawah 10.
Sory ye semua, aku dah jumpa cinta hati yang baru, nama glamournya Lawn Bowls, nama Melayu pulak orang ramai panggil Boling Padang. Badminton ni boleh je nak main tapi tak lah macam dulu siap ada target, objektif semua.. Btw, result tadi - kitorang main double 2 kali, single 2 kali : Semua aku kalah..huk

Kisah AKU n A Trip to Port Dickson Pt.2

Assalamualaikum, sihat ke semua? Harap-harap berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Ok, ni entri last day kami kat Avillion. Just a short vacation, and of course untuk relaks-relaks je before nak masuk final exam.
Nama budak tomey ni Iman, lelaki tau bukan perempuan. Kerja dia menggigit barang, apa-apa yang aku pegang mesti digigitnya. Jari, of course lah kena, penuh air liur dia tadi. Henset aku pun jadi mangsa..huu, ganas-ganas..:-)
Breakfast untuk last day ni sama je, cuma aku makan banyak sikit sebab nak balik kan. Takut nanti lapar pulak..huk
Negaraku...tanah tumpahnya darahku...lalala
Tepat pukul 12 tengah hari, kami pun check out. 
Ni bukan tarian kebudayaan tau.. 
Negeri Sembilan ni panas betul, dua hari aku kat sini dah rasa macam Sahara. 
Sementara tunggu proses check out, dengar Gamelan jap..sedap jugak diorang main, tak macam yang biasa aku dengar kat UiTM..:-)
Bye-Bye Avillion, semoga berjumpa lagi!

Yup, dengan berakhirnya entri ini maka aku tutup percutian di PD. Overall semua OK. Customer service yang baik, pemandangan yang marvelous menghadap Selat Melaka dan juga trafik yang sesak (it's true)..:-p

Kisah AKU n Muzium Tentera Darat

Assalamualaikum, entri ni terpaksa dipisahkan sebab aku tak nak satu entri menjadi terlalu padat dengan gambar. Seperti yang mungkin korang dah baca kat entri lepas, aku dan family aku was on our holiday kat PD, and entri tu tergantung kat Muzium Tentera Darat.
Pencinta sejarah macam aku ni amat gemarkan muzium dan anything about history. Sebenarnya kami tak plan pun nak pergi sini until when aku tercakap kat ayah tentang kewujudan Muzium Tentera Darat ni.
Sampai je aku terus ke memorial pejuang yang gugur and cari nama yang tak asing dalam sejarah ketenteraan Malaysia - Leftenan Adnan Saidi.
Bergambar bersama helikopter yang boleh dikatakan batch pertama digunakan TDM ketika itu.
Antara kereta perisai ataupun "armored car" TDM, kereta perisai tujuannya digunakan untuk reconnaissance sebab fizikal yang ringan, membolehkan ia bergerak secara pantas dan fleksibel. 
Contoh seragam TDM yang digunakan ketika operasi bersama PBB.
Bersama bendera PBB, sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menjaga keamanan dunia melalui Security Council dan juga kebajikan negara-negara yang bernaung dibawahnya.
Diorang ni sebenarnya terpaksa ikut aku, maklumlah generasi sekarang ni manalah suka pergi tempat-tempat macam ni.
Colt US M1911, pistol favorite aku dalam game Call of Duty, huu..dapat jugak tengok yang real. 
Pakaian seragam tentera British ketika era Perang Dunia Kedua, seperti yang kita tahu Tentera Imperial Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Siam, asakan yang hebat memaksa tentera British berundur secara berperingkat ke Singapura yang akhirnya jatuh pada 15 Februari 1942
Then, aku dengan Faris masuk terowong PKM. Gelap doe, depan je ada lampu..Sempit tak de lah sangat , tapi dapatlah kitorang rasa pengalaman jadi Komunis hari tu.
Lepas terowong, kami berdua singgah ke Galeri RAMD. Disini kami dapat lihat sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja, dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang ni. RAMD juga merupakan item yang terkandung didalam Wasiat Raja-Raja Melayu
Dah nak balik, tapi mak cakap yang ayah ajak Acu Nani and family dia join vacation kitorang. Kenalah tunggu jap.
Kalau dapat kontrol artileri ni betul-betul kan seronok..huk
Bersama banker, huu..Terima kasih ayah bawak kitorang bercuti sebelum final exam ni..:-)
Family Acu Nani (En. Zul takde dalam gambar), diorang duduk kat Nilai sebab tu ayah ajak, lagipun bilik resort mak ayah ada banyak ruang lagi.
Dinner dulu, sebab kat resort tu nak cari makanan yang ekonomi susah. Biasalah, makanan hotel mesti mark up banyak, rasa lebih kurang je.
Tadaa!! nak jugak amik gambar..huu
Cantik tak, waktu ni air surut..Ok lah entri untuk hari ni kita tutup sini kayh. Insyallah nanti aku update our last day kat sini..till then, take care semua!

Kisah AKU n A Trip to Port Dickson Pt.1

Assalamualaikum semua, study week sekarang ni tapi rasanya minda dan fizikal aku ni deserve 2-3 hari untuk berehat. Setelah apa yang mereka lalui bersama aku semester yang padat dengan program ni. Jadi, balik je daripada kokurikulum terakhir kat UiTM ni, aku terperangkap kat Fakulti Kejuruteraan tu sebab hujan lebat. Dalam pukul 9 tu baru aku dapat gerak, tu pu lepas decide untuk redah jugak. 
Bercuti? Yup, macam tahun-tahun sebelumya cuti krismas memang digunakan oleh family aku untuk lepak-lepak. Untuk tahun ni, kitorang bercuti kat Port Dickson. Bukan apa, sebab adik aku nak SPM tahun depan takut dia tak dapat cuti je.
Kami sampai ke destinasi dalam pukul 1 pagi, check in je terus tidur so aktiviti nya bermula keesokan hari la. Oops terlupa pulak kami menginap di Avillion Port Dickson. 
Pagi tu kami breakfast dulu, huu..muka penat gila aku. Mana taknya, petang Jumaat tu aku ada meeting dengan JPNR, training lawn bowls, pastu ada koku..memang penat gila habaq hang.
Breakfast standard aku kalau lepak kat hotel..:-)
Pastu pergi cari pasal kat Kid's Cabin, mentang-mentang takde budak-budak kat situ memang kitorang jelah yang lenjan
"Sayang-sayang papa main elok-elok eh, jatuh papa tak nak dukung..guu"
Pemandangan dari Observation Post.
Berjalan-jalan kat area resort ni, sebab tak plan pun nak ke PD awal-awal pagi ni
Apa yang uniknya resort ni, ianya dibina diatas aras air. Means that, jika air pasang..resort ni seakan-akan terapung. Bila air surut, sebaliknya lah..
Sedikit gambar dalam bilik kitorang. Bilik parents kat sebelah, huu
Lepas Zuhur tu, kami decide untuk keluar. Ingat nak jalan-jalan beli souvenir tapi bila ingat PD, satu benda je yang aku tau - Angkatan Tentera Malaysia
Bibir siapa yang paling lawa? huu

Nantikan sedutan untuk trip PD, hanya di blog rasmi aku ni..:-)