Assalamualaikum semua, study week sekarang ni tapi rasanya minda dan fizikal aku ni deserve 2-3 hari untuk berehat. Setelah apa yang mereka lalui bersama aku semester yang padat dengan program ni. Jadi, balik je daripada kokurikulum terakhir kat UiTM ni, aku terperangkap kat Fakulti Kejuruteraan tu sebab hujan lebat. Dalam pukul 9 tu baru aku dapat gerak, tu pu lepas decide untuk redah jugak.
Bercuti? Yup, macam tahun-tahun sebelumya cuti krismas memang digunakan oleh family aku untuk lepak-lepak. Untuk tahun ni, kitorang bercuti kat Port Dickson. Bukan apa, sebab adik aku nak SPM tahun depan takut dia tak dapat cuti je.
Kami sampai ke destinasi dalam pukul 1 pagi, check in je terus tidur so aktiviti nya bermula keesokan hari la. Oops terlupa pulak kami menginap di Avillion Port Dickson.
Pagi tu kami breakfast dulu, huu..muka penat gila aku. Mana taknya, petang Jumaat tu aku ada meeting dengan JPNR, training lawn bowls, pastu ada koku..memang penat gila habaq hang.
Breakfast standard aku kalau lepak kat hotel..:-)
Pastu pergi cari pasal kat Kid's Cabin, mentang-mentang takde budak-budak kat situ memang kitorang jelah yang lenjan
"Sayang-sayang papa main elok-elok eh, jatuh papa tak nak dukung..guu"
Pemandangan dari Observation Post.
Berjalan-jalan kat area resort ni, sebab tak plan pun nak ke PD awal-awal pagi ni
Apa yang uniknya resort ni, ianya dibina diatas aras air. Means that, jika air pasang..resort ni seakan-akan terapung. Bila air surut, sebaliknya lah..
Sedikit gambar dalam bilik kitorang. Bilik parents kat sebelah, huu
Lepas Zuhur tu, kami decide untuk keluar. Ingat nak jalan-jalan beli souvenir tapi bila ingat PD, satu benda je yang aku tau - Angkatan Tentera Malaysia
Bibir siapa yang paling lawa? huu
Nantikan sedutan untuk trip PD, hanya di blog rasmi aku ni..:-)
No comments:
Post a Comment