Assalamualaikum semua. Cuma nak bagitau sedikit progress untuk semester ni. Alhamdulillah, dengan berakhirnya Malam Apresiasi semalam, maka program SMF untuk semester ini pun tamat, kalau ada pun teambuilding, lepas final exam nanti..tapi tak tau lah kitorang committee ke apa.
Sangat bersyukur dah takde apa-apa program, dapat fokus belajar walaupun mustahil untuk aku dapatkan gred yang baik untuk semester ni setelah apa yang aku lalui. Bila korang jadi SMF, barulah korang faham. Untuk aku yang dah pilih jalan ni, takde apa yang aku boleh ubah. Time management aku semester ni sangat teruk. Dalam semester ni jugak lah aku dah berubah, kalau dulu aku pantang kerja last minute, tapi sekarang dah biasa je. Skip kelas? semester 1 & 2 aku cuma skip sekali tapi untuk semester 3 tak terkira banyaknya, rasa-rasanya atas pagar je daripada kena barred. Macam Jiha kata, "Dah hilang kredibiliti aku, dulu sentiasa berpakaian formal, tak skip kelas, tak pernah cakap "tak payah buat" kalau ada optional assignment.
Mana taknya, semester nilah kali pertama aku pergi kelas pakai baju round neck. Dulu kalau lecturer offer buat assignment tambahan, akulah yang selalu berebut nak buat. Sekarang ni, maaflah yang wajib pun buat ala kadar je. So, aku harap study week yang tinggal ni dapat digunakan sepenuhnya, plus gap yang ada waktu exam.Untuk carry mark pulak - yang memberangsangkan setakat ni (30+) : International Relation, Nihongo I dan Ethnic Relation. Selebihnya aku tak tau, yang aku paling risau Accounting & Human Resource Management sebab aku memang tak perform assessment.
Rasanya itu jelah coretan petang ni, untuk kawan-kawan lain yang bakal menduduki peperiksaan. Good Luck!!
No comments:
Post a Comment