Thursday, December 20, 2012

Kisah AKU n Malam Apresiasi Bersama Alumni

Assalamualaikum semua, entri kedua dalam masa sejam. Aku ni kalau tak update blog, lama sangat..tapi kalau ada story, 100 entri sehari pun boleh buat. Seperti yang korang dah baca, SMF ada organize satu lagi program. To be exact, ni adalah program ketiga dalam minggu yang padat gila ni. Hari Isnin ada Entrepreneurial Day, Selasa pulak ada Majlis Anugerah Dekan, and penutup program minggu ni ialah Malam Apresiasi. Dijalankan bagi menghargai alumni dan juga mantan pemimpin pelajar di FSPPP ni.
Sadly, aku jadi Biro Multimedia lagi. And kat bilik inilah station aku untuk malam ni. Memang aku jadi SMF sebab nak jadi budak komputer. Do you get it siapa-siapa yang bertanggungjawab? Daripada Majlis Perjumpaan Dekan waktu awal semester sampailah program akhir semester, kerja aku kat backstage je. Alasannya, "ko kan terer benda-benda ni". Habis tu, korang je ke yang boleh belajar benda baru, tukar-tukar biro sepanjang semester ni? and aku pulak statik je tanpa perubahan.
Hari ni memang aku kena fokus sebab melibatkan 2 buah komputer yang aktif, sebab semalam cuma satu je. Kelam kabut jugak sebab biasanya aku kontrol satu, tak pernah pulak wat dua-dua sekali. Waktu ni dah nak habis, macam biasalah aku baru nak keluar workstation waktu diorang dok seronok amik gambar kenangan.
Malas nak pakai blazer bagai sebab tau aku bukannya kena duduk kat dalam dewan tu.
Baru nak makan, sedih..wuu. Takpelah tapi aku lega jugak sebab program semester ni dah habis. Boleh aku fokus belajar pulak. 
Satu je yang aku suka malam ni, dapat bergambar dengan mantan-mantan EXCO Penempatan & Non Resident. Dari kiri, Abg Fauzan (2011-2012), Abg Amirul Ashraf (2010-2011) dan aku (2012-2013)..huu, seronok betul sebab program ni menemukan kami bertiga. Bak kata Abg Mirul, This is Trio-NR!!


2 comments:

  1. Farid, sem tiga awak ambil elektif apa yep ?
    And for language tak tau la nak ambik apa. Arab or Japanese.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil International Relations, 3rd language pulak Japanese

      Delete