Sunday, February 21, 2016

Kisah AKU n PAC PTD M41 @ INTURA

Assalamualaikum,

Entri ini merupakan kesinambungan dari entri berkaitan perjalanan aku ke Sungai Petani. Seperti yang dijanjikan, suka aku nak share pengalaman aku berkursus bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi pengambilan Kadet Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 di INTURA, Sungai Petani. Please be noted that tiada gambar yang diambil semasa aktiviti kerana kami diarahkan untuk menurut perintah supaya tidak mengeluarkan sebarang gejet semasa proses saringan. Jadi, gambar yang ada semuanya ketika waktu riadah dan juga selepas tamatnya kursus aku disini.

Seawal 7 pagi lagi kaunter pendaftaran dibuka. Bernombor 050, aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain diminta untuk berkumpul bagi saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk menguji ketahanan fizikal, stamina dan juga endurance kami. Ukuran nilai BMI memang sangat penting disini, dimana nilai optimum 22-29 perlu dicapai, otherwise calon akan tersingkir awal. Selain itu, ujian-ujian kecergasan juga perlu ditempuh calon untuk melayakkan diri ke ujian seterusnya - iaitu penulisan. Disini, calon akan diberi masa 2 jam. 1 jam untuk esei BM dan another one hour for English Essay. Soalan yang diberikan untuk menguji tahap cakna calon mengenai general knowledge dan isu semasa yang berlaku di Malaysia dan juga dunia. Selesai sahaja menamatkan ujian penulisan, calon-calon akan diminta untuk check-in di Hotel INTURA dan diberi masa yang cukup untuk berehat.
Yup, ini lah bilik hotel kami. Memang selesa, lengkap dengan aircond, heater, TV dan juga meja belajar. Ingatkan pegawai tu main cakap je hotel, tapi rupanya memang betul..haha
Meja belajar yang akan digunakan sepanjang malam..haha. By the way, satu bilik memuatkan dua penghuni. Nanti sat aku introduce my room mate.
Pemandangan dari balkoni bilik. Takde apa yang menarik pun sebab menghadap blok lain.:-)
Introducing my room mate, Dhiyauddin dari Shah Alam. Datang sini dengan family, merupakan lulusan Glarmorgan University, Wales. Seperti aku, dia juga sangat aktif didalam persatuan dan juga sukan ragbi. Mempunyai karekter yang strong dan sangat outspoken. But, he's taken ye girls..:-)
Haa hat ni pulak namanya Farid. Datang sini sorang-sorang, lulusan Universiti Teknologi MARA Malaysia. Sangat aktif dalam persatuan dan lawn bowls. Karekter yang berubah-berubah mengikut kesesuaian dan adakalanya sukar difahami..and well, he's taken too..:-p
Ni gambar selepas aktiviti LDK. Aktiviti LDK merupakan satu aktiviti yang sangat penting bagi calon-calon. Disini lah tempat untuk kita showcase apa yang ada pada diri kita. Calon akan dinilai secara individu oleh pegawai-pegawai bertugas. Siapa yang berani expose, merekalah yang ada advantage. Macam aku semalam tak lah terlampau expose dan tak lah terlampau senyap. Cuma, still ada rasa tak puas dengan performance yang aku tunjukkan. I should be more proactive, I guess.
Shortly after LDK, calon akan diletakkan didalam kumpulan masing-masing dan pembahagian tajuk untuk aktiviti hari kedua akan diberi on the spot. So, malam tu aku, Din dan Syafiq berjaga sampai pukul 3 pagi untuk menyiapkan hujah-hujah untuk pengucapan awam dan public speaking.

Hari Ahad merupakan hari terakhir kami berkursus. Ada 3 sesi yang dijalankan. Yang pertama ialah pengucapan awam, diikuti dengan public speaking dan menutup kursus pada hari ini ialah group discussion. Topik telah diberikan sehari lebih awal, jadi calon mempunyai ample time untuk bersiap menyediakan hujah-hujah yang akan digunakan.
Haa ni lah group kami, Group 3. Gambar ni diambil setelah kami menyelesaikan sesi terakhir. Sekitar jam 12 tengah hari, satu jam lebih awal dari masa yang ditetapkan.
Gambar formal untuk kenang-kenangan. Picture credit to Iqmal (baju kaler pink tu..)
Joining civil service merupakan salah satu impian aku and that's why I enrolled for Administrative Science's Degree back then at UiTM. Cita-cita aku untuk menjadi seorang pentadbir yang memberikan sepenuh dedikasi dan komitmen untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara. Sebenarnya tak sangka pun dipanggil untuk menyertai kursus ni. Bersyukur sangat, cuma apa keputusannya selepas ni. Aku redha dan terima dengan seikhlas hati..:-)
Walaupun I'm the youngest among them. Tapi ketuaanku terserlah. Maybe I should shave lah before datang hari tu. Tak pasal-pasal ada yang cakap umur aku 28, dah kahwin lah..bla, bla, bla...;-p
Jam 12.15, aku bergerak meninggalkan INTURA dengan kenangan manis yang tentunya akan ku simpan. Bukan sahaja diblog ini, tapi didalam ingatanku. Selamat berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. In Sha Allah, ada masa kita ketemu lagi..:-)
Singgah isi minyak dan beli 3 tin nescafe, one for each hour. Serius lemau bila drive petang tadi, demi bantal kat rumah. Aku gagahkan jugak..haha
Singgah di R&R Sungai Perak, solat Zuhur dan had my lunch. Ramai jugak terjumpa dengan kawan-kawan yang on the way ke Selatan. Tapi bezanya diorang dengan family, aku keseorangan..hii
4.20 PM - Selamat tiba di Bandar Sungai Buaya. Sampai rumah tunggu Asar, then terbungkang sampai lah pukul 7. Ngantuk gile beb!
Apa-apapun, a special thanks I bid to my blueish friend ni. Tanpa beliau ni tak mungkin aku dapat join kursus PAC ni. Menemani aku sepanjang hampir 800km perjalanan tanpa ragam. Dah tambah lagi 2 negeri - Pulau Pinang & Kedah..huu

Jadi, bagi mengakhiri entri PAC pada malam ni. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada urus setia yang bertugas menjaga kebajikan kami di INTURA. Sesungguhnya jasa tuan/puan dalam melatih kami amat besar nilainya. Akhir kata, selamat maju jaya kepada SPA, JPA dan agensi-agensi yang terlibat didalam proses pengambilan Kadet PTD yang baru.

Saya Yang Menurut Perintah,
Farid Gani

1 comment:

  1. tahniah dik. nanti boleh buat entri tips untuk bakal PTD. akak exam asyik fail ja. hahaha.

    ReplyDelete