Monday, May 28, 2012

Kisah AKU n It's Holiday!

Assalamualaikum semua, hari ni tak panjang pun entri. Just nak habaq kat semua yang cheq dah sampai kat rumah. Terkejut jugak tengok keadaan kat sini, rumah dah cam kilang milo. Sebab tengah under renovation. Mak kata dah nak raya baru siap.

Cuti kali ni, takde balik awal macam mid sem dulu. Insyallah hari Sabtu ni aku balik Shah Alam. Cuti kali ni jugak aku highlightkan sebagai "study week", sebab our real study week nanti cuma 4 hari je. So, aku nak gunakan masa seminggu kat sini dengan menelaah subject yang considered as lemah dan tertinggal. Jujur cakap, meeting dan aktiviti yang dibuat telah memakan diri aku sendiri. Aku rasa sangat tak terurus, tapi lama-lama nanti dah boleh overcome pelan-pelan.

Subjek yang memerlukan penilitian yang banyak - LAW, ECO, QMT. But hampir terlupa yang aku still ada proposal CA yang perlu disiapkan. As well as teks forum untuk Pertandingan Forum HPD132, aku kan panelist jugak..:-p

In conclusion, cuti ni bakal jadi satu minggu yang penuh dengan penumpuan. Wish me luck!!

Thursday, May 17, 2012

Kisah AKU n Cerita Isnin Lepas.

Salam semua, hari ni ada niat nak update blog lagi..huu, laju pulak minggu ni kan. Tiap-tiap hari dok update. Sebenarnya bukanlah cerita baru, berlaku hari Isnin lepas tapi pasal ada cerita yang lagi menarik untuk dikongsi, aku K.I.V dulu yang ni.

Hari Isnin lepas aku dijadualkan untuk membuat dua presentation. IR & Public Admin, alhamdulillah walaupun tak sempat lagi nak rehearse tapi aku sangat bergantung dengan kuasa spontan dibantu oleh fakta yang siap diprepare lepas habis modul 5. Tak sabar nak habiskan dua presentation ni, so that lepas cuti Gawai aku dah boleh rehat sekejap.
                                 
Kelas ECO415 batal lah pulak, so kitorang pergi breakfast kat Barra. Gerombolan mat motor FSPPP menmbakar tar UiTM.

Waktu ni kitorang cerita pasal masa depan, waah..banyak jugak plan kawan-kawan aku ni. Yang tak boleh belah waktu situasi nak ajak main badminton lagi, siap bawak anak bini..lol
Presentation IR bermula sekitar pukul 2.30 petang, bertempat di bilik simulasi EMAS.
Tekun membaca pada waktu kritikal. Group kitorang nombor dua tapi atas masalah teknikal Group 1. Kitorang jadi yang first.
Mamat ni memang selalu pakai baju ni waktu present, baju bertuah katanya.
                                 
Ada gaya lecturer tak?
First presenter, Faiz membuka presentation kami. Tajuknya - Contract of Employment. Sepatutnya ada sorang lagi, Sabri tapi dia kena konvokesyen. So tak dapat nak join.
Second presenter, Wan menyambung presentation tentang Termination of Benefit. sangat lancar ketika ni, takde gangguan external yang kami hadapi.
Third presenter, aku yang menyentuh tentang Working Hour, Leaves and Employment. 
Aku terlupa nak bawak pen bertuah yang dihadiahkan Onyx kepada aku dulu (Parker) waktu presentation ni, seperti biasa aku tak memerlukan nota atau cue card ditangan cuma sebatang pen. So, pen Orogenic ni pun jadilah.
Terima kasih kat kawan-kawan dan Sir Hashim Ahmad yang memberi perhatian dan kerjasama ketika presentation kami. 

Petang tu, kelas Public Admin cancel. So, presentation aku dengan Yat pun takdelah. Anjak ke minggu depan, alahai Prof. Kenapalah tunda sebab saya nak sangat habiskan minggu ni..:

Wednesday, May 16, 2012

Kisah AKU n CDO

Assalamualaikum semua, semalam seperti yang korang tau aku takde kelas sampailah pukul 6. So, aku dan berapa member yang urus modul 5 hari tu decide untuk buat CD0 - huh, apa tu? CDO tu maksudnya Campus Day Out, kata diorang la. Bukan apa, sepanjang kami menguruskan modul hari tu, bonding relationship diantara kami menjadi lagi kuat. Sampai-sampai aku dapat title "Pak Ngah" waktu 2 hari tu, and melekat sampai sekarang, dalam kalangan diorang la. Untuk hari ni, tema pakaian kami bebas, tapi mestilah berwarna hitam. Ops, terlupa pulak, ada seorang senior yang join kitorang, Abg Suhairy.
Agenda pertama, seperti didalam tentatif yang disediakan Biro Program, haa..berbowling kat Shah Alam Megalanes, Plaza Alam Sentral. Picture sebelum berjimba,waktu ni Oked tak sampai lagi.

Berapa banyak game kitorang main hari ni? Total : 4

Pakcik, ponteng kerja nampak..huu
Brader ni memang femes dengan mimik muka yang bermacam-macam. cam proooit!! :-)
Dari kiri: Nad, Mira, Sya.

Dari kiri: Joe, Zahida, Pok Jad
Waktu at the end of first game, jari aku injured la pulak but still terus bertahan sampai habis kesemua game - dah bayarkan?
                                 
Diskus apa tu korang, permasalahan fakulti? program VCSP? Proposal? Huu, takde la..kitorang kat sini nak enjoy, bukannya nak bermeeting.

Dah habis, solat Zuhur jap then kami ke agenda seterusnya - makan.
Makan kat foodcourt, tingkat atas Alam Sentral.
"Modul" seterusnya - karok. Objektif : Melatih sifat berani, dan juga pernafasan yang betul..as well as siapa tarik paling nyaring..haa
Aku rasa up to 25 lagu jugak tadi, tak pasti lah. tapi aku bayar 2 hinggit je, so dapat la test suara sikit-sikit tadi. segan sebenarnya, karok dengan laki pun tak pernah, tiba-tiba kena depan perempuan pulak.

Habis je karok, singgah arked depan tu. Dah la tak main game-game macam ni. Last main, kat Leisure Mall waktu kecik-kecik dulu.
Abg Suhairy pun join jugak, huu..seronok rasa tengok kitorang dapat spend time together dengan senior. Aktiviti kami ni membuang tanggapan yang junior sombong dengan senior..
Cuba tengok Joe nye muka, oit, ko memang drive kereta macam ni ke apa? 

Lepas puas berentap kat arked, kitorang solat Maghrib, dinner sama-sama kat KFC. Ada "round table" tentang aktiviti hari ni, overall semuanya having quite a good and memorable time. Seronok sangat dapat join aktiviti macam ni walaupun report Management yang nak kena hantar Khamis ni tak buat satu apa lagi..huu, jangan risau..Insyallah sempat. 

Akhir kata, semoga hubungan yang dijalin ketika mengurus modul ini kekal selama-lamanya. Erm, terlupa yang ada dua urusetia tak dapat menghadirkan diri untuk hari ni, Biro Program Modul 5 - Atikah , dan juga Ain.


Monday, May 14, 2012

Kisah AKU n Hari Minggu Ini.

Assalamualaikum semua, maaf kerana jarang update blog sebab honestly 4 hari ni, aku balik rumah just untuk tidur je. For straight 3 days aku ada meeting sampai ke lewat malam. Dan yang paling latest, menjadi urusetia untuk Modul LPKP dan Kenegaraan untuk student Part 3, 4 dan 5 FSPPP. Kami berkerja selama dua hari, Sabtu (12 Mei) dan Ahad(13 Mei).
Pagi sabtu yang hening, waktu aku sampai ada Abg Suhairy je. Sekitar pukul 7.05 pagi di FSPPP. Oleh sebab tak dapat menghadirkan diri untuk meeting before event ini, aku jadi lost sekejap sebab tak tau nak buat apa. Aku dapat tugas ni pun sebab volunteer malam before event ni.
Deq Joe n Pok Jad datang, so aku tolong Joe (Peralatan) tampalkan tagging untuk kelas Modul Kenegaraan untuk student Part 5
Then, tolong Pok Jad(Teknikal) untuk setup AV kat DK 1 & DK2. Joe ni sempat karok pulak time-time ni.
Selalu sangat buat kerja ni, biasalah CR. Memang semua aku kena buat kan?
Waktu Modul sesi pagi berlangsung, kitorang rehat jap.
Then, aku diarahkan untuk monitor perjalanan program di Blok Akademik C, Joe yang setakat ni takde kerja join aku. Sebab fasilitator takde sebarang masalah, kitorang layan video badminton hari tu.
Modul Kenegaraan, kekadang rasa kelakar tengok senior kena buat apa yang kitorang buat dulu..huu, just like old time ye senior-senior ku.
Photographer bersama.
Some of them classmate waktu semester lepas, kelas multimedia.
Cover album ke apa ni?
Lompat bang, saya rasa yang petak nombor tiga tu agak besar.
Tuang ayaq siap-siap dulu, senang nanti tak crowded sangat.
Waktu nak bagi makanan memang best. Seronok tengok senior-senior tu beratur mintak makanan, 
Waktu senior dah masuk untuk sesi petang, kitorang pun makan dan berehat. Sebab petang semuanya modul, so agak rilek sikit. Just kena iring fasilitator kekelas yang ditetapkan.
Time rehat ni la, kami bebas buat aktiviti. Ada yang tidur, baca buku (macam aku..huu, tu pun sebab ada dua presentation esok..), ada yang berentap Chess dengan Abg Suhairy
Aku dengan Joe je yang faham benda ni..haa
Solat Maghrib, then bermulalah sesi post mortem yang berlansung sehingga hampir pukul 11. Sedangkan esok kena datang awal lagi. Macam Abg Suhairy cakap, nanti dah jadi the real SMF. Inilah realiti kehidupan yang bakal kami hadapi, sampai ada yang tidur dalam bilik gerakan.
Didalam Bilik Gerakan SMF. Agak-agak mampu ke aku berada didalam bilik ni sebagai one of the SMF?

Habis je, balik rumah singgah Tajmaah jap, pekena kopi o' panas. Sebab, aku nak stay sampai pukul 2 - nak buat slide untuk presentation yang bakal berlangsung esok. Satu apa pun tak prepare..huu, siap je terus tidur.
Pagi tu aku dalam usaha menyahut cabaran Abg Suhairy, berjaya jadi orang pertama tiba di fakulti - sekitar pukul 6.47 pagi. Tanggalkan list nama untuk modul semalam, then tunggu yang lain.
Hari ni agak rilek, sebab student Part 5 je yang terlibat dan mereka semuanya berada di DK1. Program hari ni bermula pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, pukul 10.00 pagi aku dikehendaki mengambil ujian 1Citizen, kalau ikutkan aku kena buat semester depan tapi syukur kepada Allah, dengan jadi urusetia aku dapat buat sem ni. Test aku habis pukul 2 sebab ada problem sikit dalam registration, dan Alhamdulillah, aku lulus ujian ni.
Hari ni memang paling best, banyak permainan analytic yang kami main, dan banyak jugak yang aku dapat pecahkan kod tu. Before ni aku tak tau menahu pun pasal game-game macam tadi tu.
                                 
Yang girls tengok Program MDS yang disertai Abg Suhairy, dapat pendedahan sikit la tentang tugas mereka waktu tu.
Yang laki, kami bertiga ni bantai main PES, nak baca buku ngantuk. Sebab takde benda nak buat. Tak sesibuk semalam.
Tahan lama jugak bateri lappy Joe ni.
Before Post Mortem, jujur aku katakan disini. Kami Tunas SMF yang menguruskan modul kali ni amat bersyukur sekali kerana dipilih, walaupun aku volunteer nak join jugak. Sebab banyak manfaat yang kami dapat, hubungan sesama kami bertambah, pengalaman mengendalikan program juga menjadi lebih clear, disamping itu dapat belajar etika pemakaian professional (untuk yang perempuan la, lelaki takde masalah sangat).

Post Mortem bermula dalam pukul 5.15, menariknya kali ni kami perlu berbahasa Inggeris dalam menyampaikan report. Alhamdulillah, takde masalah yang aku terima ketika deliver report. Rasanya, berkat presentation yang bersepah-sepah kot before this. 7.00 PM, tamatlah tugas kami sebagai urusetia. Sangat enjoy walaupun penat, tapi demi FSPPP yang tercinta, apa-apapun sanggup aku buat. Aku yakin, yang lain juga merasakan begitu. Tahniah kepada kawan-kawan, yang aku anggap sebagai adik-beradik aku kat sini kerana telah berjaya dalam menjayakan modul kali ini.

Sekian.