Apa ada pada 2 Mei sampai tarikh ni jadi tarikh yang penting sangat dalam hidup aku.
Sebenarnya aku sendiri pun hampir terlupa, itupun tetiba je alarm aku bunyi waktu tengah
jawab test Ekonomi tadi. Nasib baik silent, huu
Tanggal 2 Mei 2012 ni penting sebab ia menandakan dah 2 tahun aku menjadi seorang blogger.
Alhamdulillah, selama bergelar blogger banyak suka duka yang aku terima. Banyak kritikan
jugak sebab waktu awal penglibatan aku dulu, memang aku kekeringan idea dan takde entri yang menarik. Tapi semakin hari berganti hari, banyak idea baru datang, Ditambah dengan kisah-kisah menarik yang aku lalui dan dikongsi dalam ni. 2 tahun bergelar blogger juga dimana aku kenal ramai orang - kebanyakkan visitor aku mostly datang dari kalangan pelajar lepasan SPM. Sebab nak tau apa tu Asasi Law..huu, ada jugak yang datang sebab dah terbiasa singgah. Tapi maaf sangat sebab celebration kali ni tak segempak celebration yang pertama. Siapa ada vlog lagi tu, huu.
Kenapa? Busy sangat sekarang. Seperti yang korang tau, aku baru je balik dari teambuilding dan sekarang ni memegang jawatan CA untuk UiTM dan FSPPP. Menyebarkan ilmu tentang 5 Pillars of Attributes kat public, as well as introduced my beloved faculty and university. Ada 2 assignment yang terbengkalai- Industrial Relation & Management Practices. Satu presentation yang aku tak tau bila pun turn aku (Public Admin). Finally, menyediakan satu proposal untuk VCSP 2.0 bersama Team CA 2nd Generation. Tadi pun waktu tengah update filing kat bilik, terperasan ada 2 set handout yang sepatutnya aku photostate and distribute kat kelas. Banyak benda terlupa ni.
Tambah lagi, balik dari teambuilding aku diserang fungus infection kt muka, gatal-gatal kat tangan, kaki semua sebab gigitan nyamuk, pacat hari tu. Menambah lagi tekanan, minggu ni aku dihentam bertubi-tubi oleh kawan sekolah aku sebab perbezaan pendapat dan fahaman politik. Yang paling menyedihkan, aku tak kisah kalau nak berdebat, tapi jagalah mulut dan bersopan sikit. Segelintir kawan sekolah aku dulu memaki seorang kawan universiti aku. Memang malu aku dengan perangai diorang. Aku dah cukup lama bawak imej baik SMKBSB kat sini tapi orang lain yang kotorkan. Aku demand diorang minta maaf personally tapi diorang tak nak. Angkuh dan sombongnya korang! Terdetik dalam hati, kalau dasar pembangkang tu memang camtu lah perangai. Aku cakap pasal bangsa Melayu je, ada ke diorang tiba-tiba sembang pasal PTPTN, Rosmah, Hudud, BERSIH..Bodoh, nampak sangat tak boleh bawak buat forum. Topik lain, dijawabnya lain. Nasib baik lah kawan aku kat UiTM ni faham dan let it go je..
Akhir kata, sangat berbangga dapat meneruskan blog ni walaupun banyak cabaran waktu awal kelahirannya. Terima kasih for those yang membaca, teruskan membaca dan menyokong aku..
No comments:
Post a Comment