Muka yang sangat kepenatan, terpaksa senyum.
Ni Faiz, member dalam group aku. Dulu waktu first sem, aku admit dia memang rival aku dalam presentation. Tapi hari ni, kami berganding tenaga untuk impresskan the whole class and Prof. Zul.
Ni pulak Wan, amat bersyukur dapat member-member yang tahu buat kerja, semua urusan jadi senang dengan diorang. Pasni, kami akan bergabung tenaga lagi untuk presentation Industrial Relation, minggu depan. Ada sorang lagi, Fakrul tapi dia datang lambat tadi so tak dapat nak amik gambar..huu
Ni la kelas kami. Bilik simulator untuk meeting dan presentation. Asalnya digunakan untuk student EMAS - Executive Master of Administrative Science.
Ada 4 group yang sepatutnya present petang ni. Tapi, tak tau lah diorang ni apa masalahnya, hanya 3 saje dapat, itupun yang group Zaza terpaksa jadi bidan terjun.
Before presentation, sesi photography bersama presenter from the other group. Ni Yat, from Group 2 yang akan present pasal Organizing Management.
Noradzuan sekali lagi, tengah buat quick rehearsal. Kami, Group 4 akan present untuk tajuk Motivation
Marcel, huu..xde la. Nama diberi Zulkifly, nama manja Deq Joe. From Group 2. Alah sepatutnya tak yah nak introduce lagi mamat ni, dah selalu sangat keluar dalam blog aku ni.
Pok Jad, also from Group 2. Macam Joe, dia pun kadang-kadang terinterframe dalam ni.
Hee, ni owner blog ni. Perkenalkan, Mr. Fred McBride, huu Farid lah..Hari ni aku present pasal Isu yang dihadapi manager dalam memotivasikan pekerja, memang sesuai sangat dengan budak-budak kelas aku tu..
Faiz, katanya tak reti nak berposing macam model-model kat atas ni..ceyh
Dah-dah, pergi la buat rehearsal, baca doa ke..huu, then masuklah beberapa siswi kelas yang aku rasa sepatutnya present tadi tapi diorang cam rilek je. Aku assume, dah prepare tapi sangkaan aku meleset. Diorang cakap turn minggu depan, aku pun WTF!!!, bukan minggu ni. Dengan muka tak bersalahnya suruh group aku yang pergi dulu, kata diorang - macam tak biasa je CR pergi dulu. Haa, memanglah. Semua aku yang nak kena start, yang kena komplain aku, bukan korang.
Group 2 diketuai Joe memulakan presentation, alhamdulillah dan tahniah untuk diorang kerana telah menetapkan standard tinggi untuk group-group yang belum present. Kemudian, disebabkan Group 3 tak siap apa lagi, Group 4 dipaksa present lebih awal, tapi kami tak kisah sebab lagi cepat siap, lagi bagus. Tahniah juga untuk majoriti siswa hari ni kerana telah menunjukkan kualiti yang baik, lelaki akan dominate balik UiTM kalau semua bersikap macam ni. Kita sentiasa bersedia walaupun apa yang berlaku. Bangga dengan korang sebagai anak buah aku. Siswi, aku agak kecewa. Seriously. Korang dah banyak bawak masalah kat aku sepanjang aku jadi CR.
Malang nya tak sempat nak record. Takpe lah takde rezeki. Minggu depan kan ada dua lagi presentation. Tapi, nasib baik ada gambar ni..huu
Prof Zul, katanya presentation group kami on par dengan Group 2. Erm, takde rezeki nak bagi a "WOW" impression kat diorang. Alhamdulillah, aku berjaya melaksanakan tugas aku dengan baik, takde masalah sepanjang presentation.Kami dah habis, haa..kalau nak tau kat belakang tu namanya Fakrul. Say hello to him.
Waktu ni Group 5 tengah buat presentation. Aku berharap group lain akan settlekan assessment korang minggu depan, tak larat aku nak dengar komplain from Prof Zul lagi pasal atitud korang. Almost every week tau, aku dah mati akal fikir idea nak bagi korang semua berubah.
P/S: nasib baik la term aku jadi CR dah nak expired. Pasni dah tak nak jadi..huu
Minggu depan ada 2 lagi presentation pada hari yang sama. Minggu ni bakal jadi yang paling sibuk and intense bagi aku.
No comments:
Post a Comment