Monday, May 14, 2012

Kisah AKU n Hari Minggu Ini.

Assalamualaikum semua, maaf kerana jarang update blog sebab honestly 4 hari ni, aku balik rumah just untuk tidur je. For straight 3 days aku ada meeting sampai ke lewat malam. Dan yang paling latest, menjadi urusetia untuk Modul LPKP dan Kenegaraan untuk student Part 3, 4 dan 5 FSPPP. Kami berkerja selama dua hari, Sabtu (12 Mei) dan Ahad(13 Mei).
Pagi sabtu yang hening, waktu aku sampai ada Abg Suhairy je. Sekitar pukul 7.05 pagi di FSPPP. Oleh sebab tak dapat menghadirkan diri untuk meeting before event ini, aku jadi lost sekejap sebab tak tau nak buat apa. Aku dapat tugas ni pun sebab volunteer malam before event ni.
Deq Joe n Pok Jad datang, so aku tolong Joe (Peralatan) tampalkan tagging untuk kelas Modul Kenegaraan untuk student Part 5
Then, tolong Pok Jad(Teknikal) untuk setup AV kat DK 1 & DK2. Joe ni sempat karok pulak time-time ni.
Selalu sangat buat kerja ni, biasalah CR. Memang semua aku kena buat kan?
Waktu Modul sesi pagi berlangsung, kitorang rehat jap.
Then, aku diarahkan untuk monitor perjalanan program di Blok Akademik C, Joe yang setakat ni takde kerja join aku. Sebab fasilitator takde sebarang masalah, kitorang layan video badminton hari tu.
Modul Kenegaraan, kekadang rasa kelakar tengok senior kena buat apa yang kitorang buat dulu..huu, just like old time ye senior-senior ku.
Photographer bersama.
Some of them classmate waktu semester lepas, kelas multimedia.
Cover album ke apa ni?
Lompat bang, saya rasa yang petak nombor tiga tu agak besar.
Tuang ayaq siap-siap dulu, senang nanti tak crowded sangat.
Waktu nak bagi makanan memang best. Seronok tengok senior-senior tu beratur mintak makanan, 
Waktu senior dah masuk untuk sesi petang, kitorang pun makan dan berehat. Sebab petang semuanya modul, so agak rilek sikit. Just kena iring fasilitator kekelas yang ditetapkan.
Time rehat ni la, kami bebas buat aktiviti. Ada yang tidur, baca buku (macam aku..huu, tu pun sebab ada dua presentation esok..), ada yang berentap Chess dengan Abg Suhairy
Aku dengan Joe je yang faham benda ni..haa
Solat Maghrib, then bermulalah sesi post mortem yang berlansung sehingga hampir pukul 11. Sedangkan esok kena datang awal lagi. Macam Abg Suhairy cakap, nanti dah jadi the real SMF. Inilah realiti kehidupan yang bakal kami hadapi, sampai ada yang tidur dalam bilik gerakan.
Didalam Bilik Gerakan SMF. Agak-agak mampu ke aku berada didalam bilik ni sebagai one of the SMF?

Habis je, balik rumah singgah Tajmaah jap, pekena kopi o' panas. Sebab, aku nak stay sampai pukul 2 - nak buat slide untuk presentation yang bakal berlangsung esok. Satu apa pun tak prepare..huu, siap je terus tidur.
Pagi tu aku dalam usaha menyahut cabaran Abg Suhairy, berjaya jadi orang pertama tiba di fakulti - sekitar pukul 6.47 pagi. Tanggalkan list nama untuk modul semalam, then tunggu yang lain.
Hari ni agak rilek, sebab student Part 5 je yang terlibat dan mereka semuanya berada di DK1. Program hari ni bermula pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, pukul 10.00 pagi aku dikehendaki mengambil ujian 1Citizen, kalau ikutkan aku kena buat semester depan tapi syukur kepada Allah, dengan jadi urusetia aku dapat buat sem ni. Test aku habis pukul 2 sebab ada problem sikit dalam registration, dan Alhamdulillah, aku lulus ujian ni.
Hari ni memang paling best, banyak permainan analytic yang kami main, dan banyak jugak yang aku dapat pecahkan kod tu. Before ni aku tak tau menahu pun pasal game-game macam tadi tu.
                                 
Yang girls tengok Program MDS yang disertai Abg Suhairy, dapat pendedahan sikit la tentang tugas mereka waktu tu.
Yang laki, kami bertiga ni bantai main PES, nak baca buku ngantuk. Sebab takde benda nak buat. Tak sesibuk semalam.
Tahan lama jugak bateri lappy Joe ni.
Before Post Mortem, jujur aku katakan disini. Kami Tunas SMF yang menguruskan modul kali ni amat bersyukur sekali kerana dipilih, walaupun aku volunteer nak join jugak. Sebab banyak manfaat yang kami dapat, hubungan sesama kami bertambah, pengalaman mengendalikan program juga menjadi lebih clear, disamping itu dapat belajar etika pemakaian professional (untuk yang perempuan la, lelaki takde masalah sangat).

Post Mortem bermula dalam pukul 5.15, menariknya kali ni kami perlu berbahasa Inggeris dalam menyampaikan report. Alhamdulillah, takde masalah yang aku terima ketika deliver report. Rasanya, berkat presentation yang bersepah-sepah kot before this. 7.00 PM, tamatlah tugas kami sebagai urusetia. Sangat enjoy walaupun penat, tapi demi FSPPP yang tercinta, apa-apapun sanggup aku buat. Aku yakin, yang lain juga merasakan begitu. Tahniah kepada kawan-kawan, yang aku anggap sebagai adik-beradik aku kat sini kerana telah berjaya dalam menjayakan modul kali ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment